4/5/12

tribute to mommies who suffer with constipation / piles

Anda tak senang buang air besar? Bila nak buang air besar ja takut berdarah atau luka di bahagian bontot? Banyak orang pesan banyakkan minum air dan makan sayur atau buah-buahan tapi bila anda makan haram tak menjadi kan? Especially bila dalam pantang masyaallah dengan luka di tooot tooot membuatkan kita lagi rasa takut untuk meneran. Ubat yang hospital bagi untuk cairkan tahi pun tak jadi keras macam batu lagi adalah!

Dart dah jumpa jalan penyelesaian! Actually masa dalam pantang 3 benda sekaligus dart makan untuk kurangkan sembelit. Dart memang ada masalah sembelit yang teruk, bukan susah nak berak tunggu di tandas berejam, tapi najis keras macam batu makanya selalu sakit dan luka. Sampaikan masa Dart dah sarat mengandungkan Hannah i suffered with piles! Bayangkan dengan kerja dart yang terpaksa round hospital gila Tanjung Rambutan yang berkeluasan 300hektar, balik nak jenguk Hayyan yang semakin berat(masa tu belum ada maid), asyik nak dokong, dalam perut ada Hannah lagi, mana tak keluarnya kan. 

So, masa dalam pantang, dart makan ubat cair tahi which masa 1st baby tak jalan langsung! 2nd, Dart makan Pil Nona Roguy NR Herbanika Phytonatal, mahal nak mampus rasa sebotol RM140! Tapi sebab takut sembelit datang lagi dan banyak pujian ke atas pil ini maka pejam mata dan beli jugak. Tatau nak bagi review macam mana sebab makan banyak benda masa dalam pantang ha ha. So far dalam pantang kali ke-2 ada improvement dari segi phsycal dan mental. Itu kita cerita kemudian.


Ke-3, my mom introduced me to PSYLLIUM HUSK! Terima kasih banyak-banyak MAMA! Inilah jalan penyelesaian yang sangat memberangsangkan! ha ha. Lepas pantang, bila stop benda ni jadi sembelit balik, jadi memang sah benda ni membantu dart dalam melancarkan proses meneran haha. Pernah dengar tak benda ni? Sumpah sebelum tak pernah tau kewujudan psyllium husk ni. Benda ni macam kind of cereal berwarna putih-putih. Setiap hari ambil satu sudu dan bancuh dengan air masak. Dan TERUS minum ya, jangan tangguh-tangguh kalau idak akan bertukar jadi jelidalam masa beberapa saat ja! Langgah ja terus senang cerita.

this was the one yang my mom introduced. Tapi kenapa gambar orang tua aaa?

ada macam-macam brand lagi.

My mom pun sebenarnya ada staff dia bagitau dia nak diet makan husk ni. Tapi tatau la pulak macam mana fungsi dia untuk nak diet kan. Dart just makan sebab bila minum dengan air esok senang dan lancar aja bila nak buang air besar! Syok gilaaaaaaaaa. Untuk kesan yang optimum. minum 3 kali sehari sebelum makan.

Kalau google pun,  kat wikipedia cakap "recommends its use for colon cleansing/ bowel regulation as well as for better blood circulation." Memang betul tak tipu colon cleansing habis!

lagi lagi?

Psyllium seed husk are indigestible and are a source of soluble dietary fiber. They are used to relieve constipation, irritable bowel syndrome, and diarrhea. They are also used as a regular dietary supplement to improve and maintain regular GI transit. The inert bulk of the husks helps provide a constant volume of solid material irrespective of other aspects of the diet or any disease condition of the gut. Some recent research is also showing them to be promising in lowering cholesterol and controlling diabetes.



Ha.....tak percaya cuba. Saja ja nak share sebab most pregnant ladies memang susah nak buang air besar kan.

4 comments:

Khairyna said...

PSYLLIUM HUSK ni mkn masa preggy blh ke? brp harga dia?sy pun ada mslh sembelit pas bersalin anak 1st..now nk bersalin anak 2nd pulak. mmg seriau bab2 sembelit ni..mcm minat dgn produk ni. mana nk cari? tk

dib rosli said...

btolll dlm pantang ako trauma gila nak pi toilet, dok berjam2 hahaha

dartdadada said...

khairyna : i beli kat pharmacy ja...kebanyakan farmasi yang besar2 ada jual husk ni...selamat untuk dimakan bila-bila masa jangan risau ...dia bahan organic...sejenis pokok...

cucurjawa said...

kena bancuh dengan air sejuk..kalau lambat makan dah likat,takut kembangh pulak tekak.tapi best time membuang,soft je..hehehe...kalau nak sedap letak perisa.saya biasa bancuh dengan air sirap.minum sejuk2..

 

Blog Template by YummyLolly.com