Kau dengarlah rintihan hatiku ini. 9 hb Mei 2012. Bibik sialanku yang tidak berhati perut tergamak tak bagitau aku hal kecemasan yang berlaku haritu. Pagi Rabu aku ke tempat kerja macam biasa. Cuma, aku tak ke JKN, aku ditugaskan ke Makmal Kesihatan Ipoh untuk cover Asst. Engineer yang sedang cuti bersalin. Kerja berjalan macam biasa. Bila waktu kerja tamat, aku pun bergegas pulang macam biasa jugak.
Sesampai aja di rumah, aku hairan bila pandang ke arah meter bekalan elektrik. Wah, meter letrik hilang! Dah kenapa pulak ada kecurian ka? Aku tertanya-tanya. masa tu pulak, pintu rumah aku terpelahang, anak sulung aku hayyan tersengih manja melihat wajah mommy pulang ke rumah, macam menunggu-nuggu kepulanganku. Bila aku keluar dari kereta, bibik bergegas datang ke arahku sambil menggendong anak kecilku Hannah. "Mbak, tadi ada orang datang..katanya elektrik tak bayar sudah 6 bulan..dari pukul 9:30 pagi lagi.." Aik? Aku rasa macam dah bayar. Masya-Allah, aku ke tempat kerja pukul 8, pukul 9:30 benda ni berlaku tapi kenapa kau tak bagitau aku? Rasa macam nak terajang pun ada. Bila dah petang, apa pun tak boleh nak setel sebab dah lepas waktu kerja la ngok! Tu lah, HP ada tapi asyik bergayut 24 jam, hal kecemasa macam ni tak boleh nak bagitau! Aku terus melenting.
Masa tu teringatlah aku, kesian anak-anakku kepanasan dari pagi, sebak. Rumah sewa di Ipoh ni bukan calang-calang panas kalau siang. Kipas bukak nombor 4 pun rasa macam tak bukak kipas. Sigh. Bibik ada pun tak boleh diharap langsung. Dia boleh bagi alasan HP dia bateri kong, mati. Langsung tak terfikirkah nak bagitau bekas pengasuh hayyan which is selang 5-6 buah rumah aja. Salah aku jugak, petang tu aku langsung tak terfikir nak call tanya khabar anak-anakku disebabkan sibuk kerja. time-time kecemasan macam nilah jiran diperlukan ye tak?
Aku terus panik, mula la fikir malam nanti macam mana nak tidur, anak-anak aku macam mana nak tidur mesti tak boleh sebab panas yang amat, gelap pulak tu eeeeeee camnaaaa! Fikir-fikir dan fikir, telefon husband yang nun jauh di KL mintak tolong bayarkan bil, hantam bayar ajalah RM200 via Maybank2u sebab tak tau the exact amount. I've been waiting for the bill to be settled tapi tak sampai-sampai sejak aku cuti bersalin aritu tup-tup dah kena potong tak bagi notis.
Masa pun berlalu, senja makin hampir, dalam suasana panik tapi bibik buleh buat bodo ja, aku teringatkan EBM ku. Ya Allah!!! Kalau dah dari pukul 9:30 pagi takda elektrik, komfom cair dan rosak semua susu-susu perahanku! Bibik tak fikir kaaaa anak aku Hannah hanya depend on that milk! OMG aku rasa macam nak nangis masa tu. Bila aku buka peti ais, memang cair semua susu cuma ada sikit kesan sejuk kat botol. Aku mesti selamatkan botol ni no matter what! Terus masukkan botol susu dalam cooler box walaupun aku tau punah harapan tapi aku cuba selamatkan, bawak ke rumah member, tapi kena bawak naik kereta. Tak boleh jalan kaki.
Sebelum tu aku ke rumah ex-housemate ku Suri, mintak kalau-kalau aku boleh bermalam di sana satu malam sebab dah tak boleh nak buat apa. kalaulah bibik aku bagitau awal aku boleh setelkan, terus ke TNB or whatever. nasi pon dah jadi bubur, i have to save my kids. Tak sanggup nak bermalam bertemankan lilin. Terus drive ke rumah Suri dan dia kata ok boleh tidur di rumah dia. Alhamdulillah.
Aku bergegas pulak ke rumah untuk pack barang-barang. Tau tak even nak siapkan barang simple-simple untuk 2 anak kecik, bukan mudah! Aku hanya fikirkan barang anak-anak. Aku sehelai sepinggang tak apa. Asalkan anak aku sempurna. Lepas siap pack, terus drive kereta hantar susu yang tak berapa boleh nak diselamatkan, lepas tu terus drive patah balik ke rumah memberku Suri. Masa tu dah tak fikir penat. Masalah nampak simple tapi disebabkan aku tak ada keluarga terdekat di situ, masalah jadi besar.I was all alone. And the kids only have me.
Malam pun berlalu, esok pagi Khamis kami balik ke rumah, pukul 8 pagi dah mula rasa panas. Aku terpaksa ambil EL haritu. Nak setelkan hal meter ni by hook or by crook mesti pastikan orang TNB datang harini jugak! Selepas berjam menuggu, aku dah panas bontot apsal la tak datang-datang lagi, bila call hotline diorang cakap pulak kalau cabut meter punya kes kena ambil masa 3-7 hari bekerja! MasyaAllah... awat lama sangat...Masa tu otak aku dah suruh aku pack ajalah balik ke pangkuan suami di USJ. Alang-alang dah hari khamis kan. Tapi tak boleh! Takkan nak tinggal rumah tu takdak meter kan. Aku dah mula kesiankan anak-anak aku berpeluh setiap masa. Sementara tunggu, aku ke kedai baby belikan anak-anakku kipas batteri yang selalu pasang kat stroller tu sorang satu. Kesian kan.
Pukul 1 tengah hari, aku dah tak keruan terus ke TNB ipoh. Nak tau keadaan sebenar sebab apa letrik rumah aku kena potong. Masa tu baru tau memang tak ada dalam sistem menyatakan aku dah bayar letrik tunggakan bulan 9-12 2011. Notis pemotongan bulan 12 aku ada terima tapi aku yakin aku dah bayar selepas terima notis tu sebab aku ni jenis suka bayar tunggakan sekaligus. Alah, sebulan rm50 camtu malas la kan haha. TNB ingat letrik rumah dah dipotong sejak bulan 12 sampailah bulan Mei. Adoi, macam tu ka ceritanya. Aku bayar dalam mimpi la kot haih careless me! Balik rumah dalam pukul 3 ptg, tunggu punya tungu at last pukul 5 petang TNB team datang pasang semula Meter.
Apa pun, aku tetap bengang dengan bibik aku tu sebab tak bagitau aku hal kecemasan macam ni dan sebab dia punya pasal aku terpaksa merempat di rumah orang. Nasib baik ada jugak ex-housemate, kalau takda? Sabaq ajalah. Survival tinggi sungguh sejak anak 2 ni. Nak tau apa jadi dengan susu? Rosak, ada yang boleh pakai ada yang rosak terus. Member aku Yana bagi sikit stock susu dia. Tapi taklah sampai jadi anak susuan, sebab aku sempat perah sebotol pagi tu. Sedih betul.
5 comments:
ya allah, kalau i la..metsi dah nangis2 tak tau buat apa..ngan budak kecik lagi..haih, tak guna punya bibik...
da bsr baby!!siyes..dart...still cm xcaya dart da ade 2kids..still remember dart yg berada di toyo yg begitu fashionable...hee~
neway...u r so tabah my dear...kuat for ur kids ok..insyaallah..ad rezeki plg kl n work here..amin~
Sabooo je la...bibik mmg tuttttttttt!
kesian kat hang. hang berleter sebakul kat bibik tu baru dia berakai.
mcm mcm la dugaan kena kat angah dan hasrul.hang in there, sbb i have a strong feeling yg allah nak bagi something yg special dan grand kat korang in the future, thats why dia bg test dulu.take care, tolong gomoikan hayyan dan hannah for me :D
Post a Comment