5/28/12

Tergamak kau #2

Hi world, now my maid officially dah lari 14/5/2012. Memang aku takkan lupa hari bersejarah ni. May you rotten in hell dan aku takkan halalkan semua duit yang kau dapat, semua kerja yang kau buat(walaupun kerja kau bagus huhu) makan minum yang aku bagi! Seluruh keluargaku mendoakan agar hidup kau takkan senang sebab kau dah aniaya aku dan keluarga aku! 

Ceritanya begini.

Pagi Isnin, aku ke tempat kerja macam biasa. Lambat sikit pasal hubby terlepas train Ipoh-Kl pukul 5:30 pagi. Maid aku tak ada nampak tanda-tanda yang dia nak buat projek BESAR haritu. Sebelum hire maid, aku hantar Hayyan ke pengasuh. Tapi bila Hannah dah lahir, maid pun ada maka aku tinggalkan 2 anak kesayangan aku di rumah dengan maid tu. Aku layan dia macam manusia, makan minum tak pernah aku lupa siap kadang-kadang ajak dia makan woo. Sebab aku tau dia manusia. Hak asasi manusia aku tak boleh nak ambil ringan. 

Lepas aku habis mesyuarat dengan bos, pukul 12:30 aku dapat satu mesej berbunyi " Bak balik rumah sekarang ada kecemasan.", aku terus panik tak tentu arah terigatkan apa pulak yang terjadi. Anak aku jatuh? Anak aku sakit? Semua tentang kejadian buruk menimpa anak aku yang aku terfikir. Aku terus pack barang dan bergegas pulang. Masa dalam perjalanan pulang, aku call maid aku sampai setiap saat tapi tak berjawab. Eh bukan tak berjawab tapi tak dapat. Dia macam off kan hp nya. Aku jadi semakin panik. Masa tu, aku dah rasa pelik sebab sebelum ni kalau aku call maid aku dia akan jawab. Aku terfikir, Ya Allah, takkan la bibik ni nak lari kot...Sememangnya aku dah bersedia dengan keadaan ini sebab dah beratus-ratus kejadian aku dengar dari mulut orang yang pernah hire maid. Dalam 50 call yang aku dah buat, sekali dia angkat. "Kenapa neng(nama dia), kecemasan apa? ", dia terus menjawab "Hannah ni, Hannah asyik menangis dari tadi..." terus tanpa mendengar jawapan aku, line dimatikan. Aku dengar suasana dalam telefon maid aku dah lain macam. Macam bukan di rumah. Kalau di rumah, keadaan semestinya sunyi. Tapi masa aku cakap dengan dia, bunyi seakan-akan dia di luar, noise banyak sangat.

Aku dah gelabah mengingatkan anak-anak aku. Janganlah dia apa-apakan anak aku. Bawak kereta macam orang tak keruan. Cucuk sana cucuk sini nasib baik Allah selamatkan perjalananku. Tapi 30 minit lebih jugaklah aku ambil masa untuk sampai ke rumah. Doa semoga Allah lindungi anak-anakku sentiasa di mulut. Aku tak putus-putus berdoa. Dalam masa yang sama, aku contact mama, husband bagitau betapa tak senangnya hatiku ni. 30 minit rasa macam lamanya alahai!

Sampai aja di rumah, aku nampak pintu rumahku tertutup rapat, SUNYI.Ya Allah, apa dah terjadi? Aku terus berlari ke arah pintu, aku panggil bibik aku, TIADA JAWAPAN. Pintu dikunci rapat. Aku terus menjenguk dari luar mencari-cari anak-anak ku dengan menyelak langsir dari tingkap luar.  Buaian Hayyan bergerak. Hayyan dalam buai tidur! Mana kunci?? Rupanya kunci ditinggalkan di dalam kasut yang digantung dekat dengan pintu supaya aku cepat nampak. terus aku capai kunci, buka pintu rumah nak melulu  ke hayyan. Hayyan seolah-olah baru terjaga dari tidur. Senyumannya meruntuhkan hati aku. Tergamak kau! Tergamak kau tinggal anak-anakku sendirian. Selesai Hayyan, tiba giliran Hannah. Mana Hannah?? Aku toleh ke lantai. Masyaallah, Hannah dah terkelepek meniarap di atas tilam. Bukan tilam, tapi di hujung tilam sikit lagi nak terperosok bawah sofa. Barangkali sudah letih menangis tidak digendong. Susu ditinggalkan untuk anak-anakku. Kau ingat Hannah pandai ambil susu sendiri kah? Bangang! Aku terus mencapa Hannah. masa tu hati aku hancur! Kasihan anak-anak aku. Mereka tak tahu apa apa! Hayyan gembira nampak mommy dia pulang ke rumah.

Aku terkedu, terpaku tak tahu nak rasa apa. Sedih? Marah? Kecewa? Semua perasaan tu bercampur dalam masa yang sama. Tak setitik pun air mata jatuh dari mataku. Tak sempat pun aku nak merintih meruntun menangis sebab keadaan jadi sangat kelam kabut. Esoknya mana aku nak letak anak aku nak ke kerja? Ya Allah kuat sungguh dugaan aku masa tu. Aku mesti kuat, yang penting anak-anak aku selamat di pangkuanku. Hayyan nampak kelaparan terus aku cari makanan untuk dijamahnya. 

Semua keluarga terdekat datang selepas 3 jam kejadian. Hubby pecut kereta 180km/j dari KL(tak sampai 2 jam ), mama, papa dan dua adikku dari Alor Setar bersama mak mertuaku. Mereka datang menemani aku di kala aku dalam kesusahan. Nasi dah jadi bubur. Aku mesti teruskan hidup. rasa nak ambil maid untuk kali ke-2 macam serik! Tapi tak tahulah kedepan hari nanti. 

Mungkin aku terlalu baik Mungkin bukan rezeki kami untuk senang. Allah sudah merancang hidupku. Mungkin Allah nak aku lebih menghargai hidup susah dan akan mengurniakan kesenangn yang melimpah ruah ke depan hari. 

Aku redha.


9 comments:

*SiRibenMerah said...

DART,

sabaq byk2.. terkejut akak baca.. iskk.. awat la celaka sgt pompuan tuh buat dajal kat budak2.. mujur Allah lindung anak2 kecil neh..
Hanya Allah je mampu balas kekejaman maid neh.. Allahuakbar..~

eug|ena said...

Ya Allah, sampainye hati dia tinggal budak2 tu mcm tu je..
Dart, kuat kan hati ye.. insyaAllah u'll find a better solution =)
semoga anak2 kita semua dijauhi dari sebarang musibah... AMIN!!!

eye*da said...

Dart,

Kak Aida kagum dengan kekuatan dart.And I am truly sad by reading your stories, Chapter 1&2. That's life, my dear. If I were in your shoes, I hardly imagine what would I do. Ujian yang Allah bagi nih untuk Dart lebih kuat sebab hanya Dia yang tahu betapa kuatnya Dart. Kak Aida doa Dart dan anak-anak selamat, sentiasa dilindungi. InsyaAllah. And thanks to Allah the Almighty for granting you with such a blessed family. Take care Dart:)

chocolate bowl said...

kagumnya dgn hg dart..tabah sungguh..smoga semuanya dipermudahkan lepas2 ni..ujian dan dugaan Allah tu..

nur hidayah isa said...

sabar je la dengan orang macam tu. dia lari lepas kena marah haritu kot. kot ye pon jgn la tinggal budak kecik tu macam tu jer. nasib baik tak jadik apa2..maid indon ni mmg takleh percaya semuanya. so kena berjaga2 sikit. my grandma punye maid byk kali yg lari. taktau la apa yg diorang nk sebenarnya..

ape2 pon take care ye..

Noor Zakiyah Isa said...

sedih kan kalau orang buat anak kite mcm tu. tapi i kagum la dgn ketabahan u dart, duduk jauh dgn husband, besarkan anak2 sorang2.. if i were in your shoes, memang tak pasti la boleh go through ke tak semua tu.

takpe la,anggap la ni ujian dari Allah. mungkin lepas ni Allah nak kurniakan ganjaran lagi besar.. dapat tukar KL duduk dengan husband ke..
banyakkan berdoa k.

take care dart!

Zihan Zamberi said...

oowhh dear...sorry to hear bout ur condition now. Ur story wat I really berhati2 nak amik maid. Cant imagin if that happened to me..sib bek ur babies xde pepe.
But I still want to say that u r really strong,..kalo i, dh teriak dah...
take care ye dart.

Hafizah said...

hebat sungguh dugaan hang dart....semoga this will be the first and the last dugaan hang dgn maid. banyak2 berdoa..insyaAllah ada yang lebih baik menanti. *hugs*

::: Diyana Arshad ::: said...

dart.. hg mcm Bionic Woman lak aku tgk. tabik kat hg! Survive sorang2 dgn anak dua org hg nak kena handle. abg aku penah kena gak dgn maid mcm tu.. tp lagi la tak inform apa mcm maid hg inform. kak ipaq n abg aku balik 6.30ptg tgk pintu ternganga pastu dok dengaq anak2 dia nangeh. Yang kecik tu umo br 3 bln.. huhu.. hg bygkan tgk. tatau la dia tinggai anak2 tu dr pukul brp. jiran2 pun xda sbb keja... sian weh. last2 kak ipaq aku berhenti kerja sbb dah ralat nak amik maid. huhu... apa2 pun dart.. be tough k..ada hikmah di sebalik dugaan semua ni..

 

Blog Template by YummyLolly.com