11/27/12

Tips biasakan anak-anak kecil dengan Car Seat


Salam. since dah 2 tahun duduk berjauhan dengan suami, Dart cekalkan hati untuk berdikari dengan membawa anak-anak keluar rumah dan drive seorang kadang-kadang keluar untuk fetch husband balik from KL ke Ipoh di Stesen Bas atau Stesen Keretapi. Kalau anak sakit Dart akan bawa anak ke klinik, pun sorang jugak, anak letak dalam car seat. semuanya kerana TERPAKSA. Asalnya Dart dah biasakan dengan Hayyan masa dia kecik-kecik lagi. Almaklumla sejak dari pantang lepas cuti bersalin Dart setiap minggu akan fetch husband. Masa mula-mula letak Hayyan dalam car seat tu risau jugak takut Hayyan memberontak sebab taknak duduk car seat. Masa perjalan dalam 20 minit la dari rumah ke stesen. Tu first time.
 
Lama-kelamaan Dart biasakan diri untuk walaupun keluar kejap untuk ke shopping mall yang akan makan masa tak sampai 30 minit per perjalanan pun Dart akan letak Hayyan dalam car seat. Even masa husband ada. Dart tak suka duduk di belakang seat kereta, ramai jugak mommies yang duduk di belakang, let suami drive di depan sorang-sorang tapi memandangkan my husband seorang yang pendiam, kalau dart duduk di belakang alamatnya tak bercakap la kitorg dalam kereta tu. Suara dia pon perlahan ja ha ha.

So, bila Hannah dah lahir pun dart biasakan Hannah untuk duduk dalam car seat jugak sama macam abang dia. Fair n square. Tapi Hannah Dart start expose dengan car seat lambat sikit since she is still being breastfed. So far, Hayyan almost 2 years old, Hannah almost 11 months dah boleh duduk car seat dengan jayanya untuk perjalanan 2-3 jam straight. Kebanyakan masa diorang akan tidur. hihi.
 
Keselamatan anak-anak jugak amat penting. That was the main point jugaklah kenapa dart nak biasakan diorang dengan car seat. Lagi satu, bila diorang ni makin besar, makin banyak kerenah nak main-main tekan butang radio lah, nak lompat ke daddy while driving lah, tak bleh duduk diam, maka keselamatan sangat penting. Keselesaan pun sangat penting. Nampak sangat i nak selesa ja ha ha. Tapi memang betul kalau anak-anak dapat duduk dalam car seat, kita pon jadi selesa nak travel.
 
Tapi, tak semudah yang disangkakan tau. Agak ramai mommies yang cakap syoknyaaa anak hang mau duduk dalam car seat.....Jangan sangkakan anak Dart terus-terus suka dengan car seat ni. Banyak masa juga berperang nak biasakan diorang ni untuk "suka" duduk dalam seat diorang. Hayyan n Hannah buat keras tanak masukkan tangan dalam harness tu pon pernah. Tapi percayalah, kecekalan kita akan membuatkan resultnya positif, cuma kita perlu strict sikit lah.
 
So, let me share the tips :
 
1. THE RIGHT TIME
Untuk yang baru nak biasakan anak-anak dengan car seat, Dart sarankan pilih masa travel anak-anak masa diorang tidur. Contohnya babies yang umur setahun kebawah, waktu tidur siang diorang 2 kali kan selalunya. Pukul 10 pagi dan 3 petang macam tu. Jadi, ambil kesempatan untuk travel masa tu. Kalau anak-anak yang setahun ke atas, masa tidur diorang tengah hari, jadi dalam pukul 11 tu masa yang terbaik untuk kita keluar dari rumah. Diorang konform akan tidur saja dalam car seat tu.
 
2. PAKSA cara LEMBUT
Masa diorang berkeras tanak bagi kita buckle up the belt, kita cuba alihkan pandangan diorang dengan bagi something macam toys yang diorang suka untukdipegang. Masa tu perhatian diorang akan beralih dan takkan buat berkeras, tangan pun lembut aja dan senang nak buckle up. Jangan pula kita marah diorang. Pujuk lah diorang dengan cara alih perhatian. It works i tell ya! Husband dart pon kadang-kadang fail untuk buckle up. he he he.
 
3. SEDIAKAN SUSU SECUKUPNYA
Sebelum travel, pastikan dah buat siap-siap susu supaya diorang rasa macam time nak tidur. Lepas buckle up, terus bagi susu kat diorang. Kalau baby yang belum pandai pegang susu, bawak bantal dan lapikkan kat dada diorang supaya susu dalam mulut diorang tak jatuh. Sebab kita duduk di depan kan hehe.
 
4. TOYS TOYS TOYS!
Toys ni wajiblah untuk tak bagi diorang boring. Bila diorang bising-bising aja merengek nak suruh kit angkat kita bolehlah gunakan toys untuk tarik perhatian diorang. I thing yang paling berguna adalah Rattle untuk baby yang masih kecik. Kalau baby dah besar kalau ada ipad pon berguna jugak. hehe.
 
5. BE STRICT
Jangan layankan sangat kalau anak merengek nak suruh angkat melainkan dia betul-betul nangis taknak duduk dalam car seat. Insyaallah kalau masa yang betul, diorang takkan merengek sangat sebab terlalu mengantuk.
 
6. CONTINOUS 
Janganlah kejap bagi anak duduk car seat kejap malas. Kena continously bagi anak duduk dengan seta dia supaya dia faham car seatlah tempat dia yang terbaik hahahhahhaa.
 
7. SELALU MAIN PEEK A BOO
Selalulah berkomunikasi dengan babies kat belakang macam main caaaaak supaya diorang tak boring. Tapi akan sakit tengkuk aaa selalu kena pusing belakang. Tapi kalau diorang tidur bolehla kita sembang-sembang dengan husband hihi.
 
8. START EARLY
Nak ajar anak sesuatu mestilah dari kecik-kecik. janganlah anak dah umur 3 tahun baru nak paksa dia duduk car seat mampos dia tanak.

9. CUBA LAGI DAN LAGI
If anak kita refuse harini, esok cuba lagi. esok refuse lusa cuba lagi dan lagi dan lagi. insyaallah ....
 
 
Antara tips yang my friends shared.
 
heeeeeeee..

4 comments:

dibdibadibah said...

vivy dan car seat adalah musuh ketat. dah biasakan dr kecik, tapi makcik tu bukan tahap merengek2 yer, die meraung smpi ako takut dia kena fit, and mmg takleh fokus lgsg drive.

dartdadada said...

takpa dib keep on trying..nnt nak ada adik lg...boleh boleh! start dr perjalanan yang singkat...vivy musuh ketat dgn car seat hahah lawak la hg.

Has said...

Kawaii dua dua duduk kat belakang. Hehe. Bagus dart! And, dib, gambatte juge! :)

Noor Zakiyah Isa said...

dart kalo macam hannah tu kan still breastfeed. so pernah tak time dlm kete dia menangis2 nak susu? ke dart dah awal2 breastfeed dia prior to the start of journey?

 

Blog Template by YummyLolly.com