12/11/12

pindah

Salam..

Tiba masanya part yang paling letih, PINDAH!!! Hari Ahad lepas lori pindah datang dan angkut semua barang yang ada di Ipoh dan bawak balik ke USJ. Fuh Fuh. penat macam nak patah pinggang jugak. Yang tinggal di sini hanyalah toto, bantal untuk kami 3 beranak tidur, kipas meja, buai Hannah, baju Hayyan, baju Hannah dan baju Ammi! Dan.....pot air panassss. Itu yang paling penting nak buat susu anak hihi.
 
Semasa kejadian angkut mengangkut
 
Yang paling lawak atau terharu masa orang lori angkut mainan Hayyan. Dia menangis sangat-sangat meraung tak bagi orang tu ambil mainan dia. Hayyan's stuff mostly kat Ipoh. Kat USJ takda mainan pun jadi memang banyak lah barang dia yang dia sayang.
 
Nanges. Please...Dont take my stuff away!!
 
Last-last tinggal kosong rumah. Terasa sunyi sangat dan sangat hampir dah Dart nak tinggalkan bandar Ipoh ni.
 
Muka kepenatan.
Nasib baik ada jugak Ipad Hayyan bleh kita layan Youtube kan.

I will be working in Ipoh until tomorrow wuwuwuuw..sedih. Hubby ikut balik ke KL dengan kereta. Masa husband nak balik KL, he hugged me and that was the last time we spent in Ipoh. Lepas ni, Dart akan jumpa hubby di KL. And last week maka berakhirlah kehidupan kami sebagai pasangan jarak jauh(PJJ). I'll be back in Alor Setar to attend my sis' Engagement Day on 14th. Then 15th terus tumpang Big Bro balik KL.
 
Dart guna perkhidmatan sewa lori yang dart jumpa dalam internet. RM600 IPOH-KL. Siap ada seorang lagi untuk angkat barang. Jadi agak cepatlah proses pindah berjalan sebab 2 orang termasuk driver pon ada untuk angkat barang.
 
Safely arrived in USJ.
Oh mai. Camna nak start kemas niiii???
12/6/12

babaluna baby sling review

Salam.
 
Masih ramai lagi yang kalau outing dengan family bawak anak kecil dan dukung anak sambil jalan-jalan. Dart terfikir tak lenguh ka korang? Tapi tak dinafikan jugak sekarang ni dah ramai yang outing bawak baby carrier dan baby sling or anything yang boleh baby wearing. Bagi Dart, baby carrier or sling is a must!! Wajib!! Untuk parent yang suka berjalan, memang disarankan la selain kita ada stroller, kita juga perlu ada carrier supaya bukan apa, takla masa kita kat luar tu terjejas. Kalau tidak nak melayankan anak menangis meraung, last-last tak jadi shopping terus balik rumah. Rugi rugi.
 
Satu lagi, baby carrier ni penting kalau nak ke tempat-tempat crowded, tak ke mengganggu nak tolak stroller bagai. Tak pun , kalau kita nak jalan-jalan naik public transport, kita tak perlu bawak strolller, just pakai carrier dan bawak baby tanpa perlu berasak nak jjugak masukkan stroller ke dalam LRT etc.
 
Stroller dan baby carrier/sling ni memang mempunya fungsi yang totally different! Punca utama Dart cari baby sling sebab anak dah masuk dua, stroller pulak jenis single, bukan tandem. Kalau keluar, sorang tidur dalam stroller, sorang lagi nak letak mana? Tidur dalam dakapanku la jawabnya haha. Nak dukung lama-lama pun sangat lenguh tangan woi. Kalau ada carrier/sling at least beban load baby tu tak sepenuhnya di tangan kita. Divert ke bahu plak. hehe
 
Apa beza carrier dengan sling pulak? Baby carrier ni macam ala-ala beg galas. Kita galas di ke dua-dua belah bahu kita. Sling pulak sebelah bahu ja yang akan menampung beban. Komfomlah baby carrier kurang terasa load baby untuk jangka masa yang panjang.
 
Why i chose Baby Sling?
 
Firstly, Dart suka tengok macam cool aja hewhew takleh blah.
 
 
Point paling penting sebab Dart nak baringkan anak bila dia tidur or menyusu. Kelebihan sling ni sambil jalan kalau baby dah terlentok, kita boleh terus baringkan dia. trust me hannah pernah tidur dalam sling tu 2-3 jam masa Dart keluar jalan-jalan. Kalau baby carrier baby tidur secara duduk. Tapi ok ja kalau carrier yang betul betul ergonomik. Menyusu pulak sambil jalandaaa pon buleh kalau pakai sling.
 
Ada juga baby sling yang dipanggil baby sling bag yang boleh bagi baby baring dalam tu tapi AWAS! Tidak disaranka kerana ada kes kematian dalam baby bag sebab baby lemas dalam tu. Lemas sebab apa pi google balik.
 
 

 
Never use a bag sling. A bag sling is one shaped like a bag with a narrow strap – see the diagram. The baby cannot be placed in a safe position and can suffocate. One brand (Infantino) has been recalled following three deaths of babies in the US, but any sling of this design is unsafe.
Never use products that allow the baby to lie with a curved spine – these are described as ‘womb-like’, or a ‘cocoon’, or placing the baby in a ‘foetal position’. These place the baby in a dangerous position with a curved back which folds the windpipe and blocks the airway. A foetus doesn’t need a straight back to breathe – a baby does.

 
Dont worry. Baba luna sling takkan bagi anak kita dalam keadaan "curve" dan melemaskan anak.

Rata-rata bila orang pakai baby carrier nampak macam kaki baby tergantung ke bawah. Macam sakitnya dia nampak. Kalau carrier yang betul-betul
 
What is a safe position for a baby who is being worn?
 
A baby, when being picked up, will pull the legs up in the correct position which will place the hip joint into the socket in a perfect position to ensure correct hardening of the cartilage present the first few month after birth. This position is called squatting straddle position or wrongly called frog leg position.
 
A good baby carrier will always ensure this healthy hip/leg position for the baby.

source : babywearingschool.com

From the IHDI "The most unhealthy position for the hips during infancy is when the legs are held in extension with the hips and knees straight and the legs brought together, which is the opposite of the fetal position. The risk to the hips is greater when this unhealthy position is maintained for a long time. Healthy hip positioning avoids positions that may cause or contribute to development of hip dysplasia or dislocation. The healthiest position for the hips is for the hips to fall or spread (naturally) apart to the side, with the thighs supported and the hips and knees bent. This position has been called the jockey position, straddle position, frog position, spread-squat position or human position. Free movement of the hips without forcing them together promotes natural hip development."



Ha...kalau nak cari baby carrier yang betul-betul meet straddle postition ni mahai la kan. Macam Ergobaby, Boba etc.

Kalau taknak spend lagi boleh la cari baby sling. Ada macam-macam jenis. Nak ikan sendiri macam bibik pon ada hahhaha pakai kain batik ja sonang.

Untuk baba sling,

 
Macam-macam position boleh bagi baby kita duduk. lagi satu yang best pasal sling ni, kita boleh terus pusing baby kita dari facing forward ke facing ke arah kita on da spot tanpa perlu bukak sling tu. Sebab Hannah kadang-kadang dia boring asyik facing ammi dia ja, dia teus menggelupur jadi ammi faham la dia boring dan trus boleh tukarkan dan pusing badan dia ke arah depan. Kalau dia boring jugak boleh ubah letak ke sisi pinggang kita pulak. Sangat senang.






 
 
Jangan risau kain baba luna ni 100% cotton, jadi tak panas tak sejuk sangat. Hannah tak pernah la pulak lemas dalam tu. Sangat-sangat reccomended.
 
 
Happy babywearing!
 
12/5/12

syukur ya Allah.

Salam.

Dear blog, dart just nak kongsi di sini that permohonan pertukaranku untuk balik ke pangkuan suami diluluskan!!! Actually Dart dapat call dah lama awal bulan 11 lagi. Tapi memandangkan tak dapat surat official lagi malas nak update kang tak jadi pulak nayaaaa. Syukur sangat-sangat sangat tak terhingga sampai tatau nak cakap apalah. Sebab all this while setiap hari Dart merintih dan berdoa dengan Allah supaya Dart dapat balik ke Lembah Klang cepat-cepat. Kesian kat anak-anak. Pejam celik pejam celik 2 tahun jugaklah Dart berjauhan. Tapi apa lah sangat 2 tahun tu kan. Ramai lagi yang bertahun-tahun tak duduk bersama family. Rasa macam dah tak sanggup untuk jauh dengan husband. Mungkin keadaan Dart yang kena take care of my babies sejak lepas pantang sorang-sorang. Anak yang tak faham apa-apa dan masa yang paling kritikal sepatutnya seorang suami berada di sisi Dart tapi tak boleh. Or kalau takda suami pon kalau ada family yang boleh tengok-tengokkan dart pon ok. Tapi takda. Saya sebatang kara! Kalau anak dah masuk umur 3 tahun ke atas ok kot.
 
Keadaan ni memang bagi kesan mendalam la kat dart. Kalau tengok si ibu yang perut boyot-boyot dan dalam masa yang sama dia dukung baby lagi sorang letak atas perut mesti rasa macam nak menangis. Sensitive sangat. Sebab Dart pernah merasa macam mana penat lepas balik kerja, Hayyan meruntun runtun suruh dokong dia. Dia tak faham pun ammi dia macam mana. Susah sangat waktu tu tapi dart dapat harungi dengan baik. Alhamdulillah sebab Allah bagi kekuatan mental dan fizikal kepada Dart untuk jaga anak-anak tanpa sedikit pun kurang kasih sayang kepada anak-anak Dart. Kalau setakat ibu-ibu mengeluh penat tu rasa macam nak penampaq pon ada haha bukan apa, kau ada suami kot kan. Itulah manusia. Mungkin nanti Dart dah balik dengan suami Dart akan balas dendam hahhahhaha. Adoi.
 
Sepatutnya Dart kena lapor diri di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia di Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan 3 hb Disember tapi HR KKM tunda pulekkk ke 17 hb Disember ni. Takpalah. Sekarang ni tugas-tugas berat dah takda. Bos agaknya dah taknak bagi kerja dah kot kakaakaka. Lori angkut barang akan sampai Ahad ni. My last day in Ipoh will be next Thursday. Huwaaaaa memang happy dapat balik ke sana tapi dalam masa yang sama i feel saaaaaaad sangat nak tinggal Ipoh. Sebab Dart besarkan anak kat sini. My life lagi banyak kat Ipoh compared to USJ walaupun di USJ kami dah beli rumah tu. Tapi, rumah di Ipoh ni banyak tinggalkan kenangan dan memori pahit manis kehidupan di sini. I looove my work so much in here. Rakan-rakan sepejabat pun best sangat. Memang Dart akan merindui bandar Ipoh ni sangat-sangat. Kehidupan yang kelam kabut setiap weekend hihi.
 

Huwaaaa sedih gila tengah tulis blog ni. I feel like crying. Life goes on. My life is better out there maybe. Kepada rakan-rakan yang berada di Ipoh, Dart mintak maaf kalau Dart ada buat salah siap, korang memang terbaik bagi Dart. Masa Dart susah korang ada untuk jenguk-jenguk. Dart doakan supaya korang mendapat keredhaan dari Allah dan dimurahkan rezeki selalu. Terima kasih warga Ipoh. Terima kasih yang tak terhingga. Hanya Allah dapat membalas budi baik korang.
 
 
Hubby dah tak sabar repair rumah menuggu kepulangan isteri dan anak-anak
 
 
p/s: tak sabar nak decorate rumah macam rumah impian walaupun rumah kecil molek aja.
Doakan saya di tempat baru ya.
 
 

Blog Template by YummyLolly.com