Kadang-kadang perasaan benci dan menyampah aku kat "Jepun" ni membuak-buak sangat. Terutamanya time aku homesick, time nak exam, time tengok orang semua nak balik for good dah. Aku dah muak la dok Jepun ni. Cukup setakat 4 thn. Serious. Tiap-tiap hari mesti aku akan fikir, kalaulah aku boleh balik hari ni..for good..kan bagus....Selama 4 tahun ni, aku banyak juga bercampur dengan Japanese, baik lelaki baik perempuan. Tapi bila fikir-fikir balik, orang negara sendiri jugak yang paling bagus.
Orang Jepun ni, memang sopan, cukup pakej, comel, tapi diorang ni suka berpura-pura. Dah memang lumrah alam kot. Dari kecik-kecik diajar macam tu. Semua benda di mulut orang Jepun adalah manis. Kadang-kadang benda macam ni buat aku jadi menyampah dengan orang Jepun. Asal jumpak ada ja benda yang nak dipuji. Bahasa jepun aku mantaplah, aku pandailah, aku comellah, semuanya aku. Hakikatnya aku pun sedar yang aku tak sampai setahap itu.
Contoh kepura-puraan, Di kedai-kedai Jepun, layanan yang diberi sungguh 1st class. Semua orang senyum kat pelanggan, welcoming us. Suara yang dilontarkan kat pelanggan, pijak semut pun tak mati, lembut, comel. Sampai kadang-kadang tu suara yang halus tu pun kena dibuat-buat. Member jepun aku pernah cakap memang lumrah alam diorang berpura-pura buat suara macam tu. Ada jugak kebaikan. Tapi hakikatnya,smua ini pura-pura saja.
Lagi satu yang aku tak suka, orang Jepun suka membeza-bezakan kawan-kawan. Sejak aku dok kawan dengan diorang, diorang ni rupanya berpuak-puak. Lebih teruk puak dari orang Melayu, Malaysia berkawan. Diorang suka buli-membuli. Aku pentang kes buli sebab aku faham perasaan orang yang kena buli. Masa sekolah rendah aku pernah merasa "buli" tu sakit macam mana. Kesian aku tengok orang yang takda kawan. Memang tak akan ada kawan sampai bila-bila. Last-last mati bunuh diri. Macam tu ka nilai etika orang yang bertamadun?
Orang jepun, tak suka strangers. Semua orang luar yang duduk negara diorang, diorang tak pandang hina ataupun apa-apa yang buruk, cuma diorang tak berminat dengan orang luar. Diorang takkan nak tegur kita yang terkapai-kapai ni kalau kita tak tegur dulu. Tak macam orang di Malaysia,ramah. Kalau kita ada kenalan baru, orang luar yang baru masuk dalam komuniti kita, kita akan bertegur sapa, kita akan tertarik untuk bertanya dari manakah orang tu datang, sebab orang baru memang akan rasa sedikit malu nak tegur orang yang dah lama dalam komuniti tu.
Walaupun aku agak tak suka perangai orang Jepun, tapi aku tetap berkawan dengan diorang. Sebab apa?Sebab banyak lagi benda yang aku taktau pasal Jepun. Dan aku sangat berminat nak tau. So nak tak nak aku yang kena tanya. Lagi satu, aku senang berkawan dengan lelaki Jepun berbanding dengan perempuan di sini. Orang pompuan jepun lagi menyusahkan dari lelaki. Ntahlah kenapa. Banyak sangat masalah nak diadukan kat aku. Menyampah!
Tak semua orang Jepun tak best. Orang Jepun tetap orang Jepun. Ada yang best jugak tapi apa pun aku tetap suka perangai orang Malaysia yang tulus hati, ikhlas berkawan.Cuma kat kedai tu tolonglah berpura-pura sikit untuk welcom pelanggan yang datang ke kedai anda. Nak masuk pun takut kena marah. pelik btol.
Aku dah tak larat nak hidup dalam dunia kepura-puraan.
Makcik in the house.
13 years ago
0 comments:
Post a Comment