Ya, aku sangat suka membuang duit aku di salon. Bukan apa, aku rasa sebagai seorang perempuan yang sangat mementingkan penampilan diri, serta menjaga kecantikan rambut, aku senang untuk ke sana, lebih-lebih lagi sebab aku tak suka menjaga rambut sendiri, menyusahkan. Dari kecil, masa aku kat Alor Setar, time sekolah menengah, aku ingat lagi aku selalu ke salon seorang pondan ni di City Plaza. Servis di situ best walaupun kedai buruk, pondan tu suka bersembang kosong dengan aku. Buat treatment, dan masa tu memang rebonding boom, tapi duit tak cukup, aku selalu buat instant straighten yang berharga lebih kurang rm10 sekali. Kalau kena air, habis. Masa sekolah menengah, rambut aku tak pernah panjang, pendek selalu. Aku kurang berkenan dengan rambut panjang masa tu. Entah kenapa.
Lepas aku SPM, salon tu dah tak ada. Tu lah satu-satunya salon yang dikendalikan oleh Melayu. Walaupun pondan.hehe. Sejak tu, salon-salon yang aku kunjung semuanya dikendalikan oleh Chinese. Tapi masa itu rambut aku panjang dan rebonded. Terserlah keperempuanan. Auww.
Bila aku datang ke Jepun 4 tahun yang lalu, aku menjadi salon fan lagi dan lagi. Masa aku kat Kyoto, rambut aku yang panjang tu serabut semacam, aku decide nak nipiskan sikit. Rambut aku macam singa jugak lebih kurang. Tebal, senang demaged. Aku ke salon bernama Salon de ar, dikendalikan oleh kakak-kakak cun. Aku panggil hairstylist tu "Ne-chan" ja. Ne-chan tu potong rambut aku jadi bentuk V, lama-kelamaan serabut pulak rambut aku yang V tu. Cuti summer aku dah serabut sangat, aku terus potong pendek. Suka gila..Cheeky style.
Aku juga selalu ditemani roomate aku yang bernama Dibah. Dibah suka ke salon lain, namanya ALLURE. Kat luar kedai tu semua dicat dengan warna merah "ang-ang". Masa aku dengan Dibah ke salon tu, aku pernah cuba Hair Extension. Rambut pendek tiba-tiba boleh jadi panjang. Selain itu, aku juga pernah ke salon-salon lain di Maizuru dengan member-member Jepun, salah satunya ialah salon bernama Ecru. Masa kat salon tu, aku try Digital Perm, di mana rambut pendek aku yang lurus di"perm" menjadi sedikit curl. Masa rambut pendek juga aku pernah try Straight Perm, sama la jugak dengan rebonding, tetapi kurang damage berbanding rebonding. Suka jugak style tu. Dulu, aku kurang jaga rambut di rumah, nak rambut cantik, cari salon.
Sejak aku buang rambut palsu di rambut, aku terus tak buat apa apa styling. Sabar nak tunggu panjang macam sekarang. Kalau aku ke salon pun, aku akan buat treatment untuk menjaga rambut aku yang senang rosak ni. Masa cuti panjang, ada jugak aku ke salon di Malaysia. Adik-adik aku pun boleh tahan kaki salon. Aku ke salon bernama MAY Hair & Beauty Consultant. Aku cepat bosan dengan rambut panjang aku yang straight ni, aku cuba Water Perm pulak. Konon-konon water perm ni akan jadikan rambut aku ikal mayang macam Kris Dayanti sebab aku mintak kat pondan tu nak rambut wavy, bukan curl macam nyonya. Tengok-tengok jadi macam nyonya dan singa jugak, terus aku blacklist May. Adik aku pulak recommend salon Red2. Dikendalikan oleh mamat-mamat dan minah-minah "comel" dan muda Chinese. Aku takut nak buat rambut jenis pelik-pelik sebab serik, cuma buat treatment yang agak mahal kononnya bagus. Membazir pulak bila fikir dua kali.
Tahun lepas, aku pindah ke Toyohashi, di mana aku akan ke salon ni paling kurang sebulan sekali. Nama salon tu, Lucido Style. Aku tertarik dengan top-stylist yang bernama Jyunya Morita. Setiap kali aku ke situ, Morita yang akan layan aku. Bukan apa, Morita tu dah tahu keadaan rambut aku, senang sikit kalau dia nak consult aku. Morita ni jugak banyak mengajar aku cara-cara menjaga rambut dengan betul, cara styling rambut dengan pelbagai cara dengan hanya satu perm. Seronok jugak dapat belajar semua ini. Selalunya kalau ke salon lain, masa kat salon rambut cantik sebab stylist yang buatkan, tapi bila balik rumah, mandi, nak keluar dengan styling yang sama tak kan jadi. Itulah sebabnya aku suka dengan Morita. Dia ajar cara styling sendiri di rumah, dari blow sampailah ke spraying mousse. Masa dia nak buat styling, di akan suruh aku cuba sendiri di salon tu, supaya aku biasa dengan cara-cara menjaga rambut. Di Lucido Style, aku berkeras nak buat semula rebonding,disebabkan aku sangat sibuk dengan kelas. Tapi Morita tu tak kasi sebab dia kata rebonding cepat rosakkan rambut, dia lebih suka kalau rambut itu tak rosak, tapi cantik. Apa-apa ajalah Morita, nasib baik kau handsome. Aku banyak consult dengan Morita pasal penjagaan rambut. Tahun lepas bulan 10, aku try Water Perm, perm pakai ubat sahaja. OK jugak, puas hati. Perm yang lepas dah jadi tak berkesan, 2 hari lepas aku try Digital Perm. Nanti aku cerita pasal Lucido Toyohashi, harga, pakej, servis salon di Jepun yang aku sangat suka sekadar berkongsi pengalaman.
Morita Top-Stylist
(dicuri dari blog lucido style ;p)
(dicuri dari blog lucido style ;p)
4 comments:
saye suke salun jugakkkk!!hihi.
dah pegi 5 salun kat nagaoka,nak compare2 cr yg terbaek br jd pelanggan tetap.tp kesimpulannye gitu aa kan,patut la org kaya rmbut cantek ;p
yeah.duit duit duit.hehe
weiiii....aku pon suka salon pondan kat atas city plaza tu
aku ingat lagi nama dia
KAK MIN
ahaha....
suka sangat
tengah berusaha bersabaq taruh rambut pjg ni....haha
yes kak min.mana dia pi tah la ni.dh jadi laki balik kot.
Post a Comment