4/8/09

setahun sudah....

Aku ke Lab macam biasa hari ni, bangun pagi dengan rasa tak ikhlas yang amat. Kalau boleh nak ponteng ja rasa. Tak apa. Aku buat-buat rajin. Lab guidance pun berjalan macam biasa. Kami dipaksa main dengan mesin Autograph untuk buat Tensile test. Sebelum ni mengelat, alah orang lain boleh tolong buatkan, aku ambik data ja. Padahal aku rasa dah berjuta kali aku main dengan 引張り試験(Tensile test). Tapi, hari ini lain. Semua orang dipaksa buat sorang-sorang. Hah ambik kau. パニックル.

Entah kenapa hari ni nasib malang aku berterusan. Mungkin aku "ter"hilang fokus akibat daripada ketidakikhlasan aku ni. Bahan yang perlu digunakan oleh mesin patah. Aku tak cek Aluminium dengan Steel betul-betul. Padan muka. Lagi satu, robot Lego mindstorm yang dicipta oleh member Jepun aku, bila dipasang berjalan elok. Bila aku dekat saja dengan lego tu, PAP! Kaki robot tercabut. Mak aih..

Hari ni jugak hari malas seToyohashi. Semua pakat nak cabut awal gara-gara Hari mem"promote" Kelab masing-masing di khalayak ramai terutamanya budak baru. Pukol 3 30 semua chow. Aku? Hari berjalan tengok sakura sekeliling sekolah. Aku sempat lalu di kaki lima campus untuk tengok dengan sendiri bagaimana program ciput ni berjalan.
Kebetulan aku merupakan ahli kelab Nature, aku buat-buat tunjuk muka kat Booth Nature club, kadang-kadang meluat dengan muka "nerd" ahli kelab. Entah kenapa. Aku memang tak boleh tengok orang nerd kot. Nasib baik ada jugak Kepala Kelab yang handsome. Ah, tak apa, asalkan aku bersosial dengan diorang. Lain belakang kira.

Nature club members

Suasana di campus...meriah. Di tengah-tengah bangunan A(korang tatau pun tak apa) ada disediakan stage. Stage di mana ahli kelab seperti Brass band, jazz band, kendo, boleh menunjukkan kepada org ramai terutamanya junior skill2 kelab masing-masing. Hari ini jugak senior-snior mencari-cari junior yang comel-comel, untuk dingorat. Ah, ngorat Jepun tak sama dengan ngorat Malaysia. Takda "kak long" atau "kak ngah". Aku teruja sorang-sorang. Sambil dengar musik jazz, aku sembang kosong dengan member2 seJepun. Muka orang Malaysia sorang pon aku tak nampak.

Aku teringat. Masa ni lah aku dan housemates aku mencari-cari Kelab yang nampak cool. Berjalan-jalan sambil mendengar alunan muzik, tanpa arah tujuan ke sana ke mari menayang muka. Memori di mana keadaan setahun lepas yang sebijik dengan hari ini. Ah...Dah setahun rupanya aku kat sini....

chocolate jacket : bought somewhere in Maizuru, from Lepia
yellow lonf sleeve shirt: from Petitreire
damaged pants : From Levi's
leather necklace : present from Baby

4 comments:

zhrh said...

macamana la agaknya suasana sekolah hang kan?
must b interesting

dartdadada said...

nampak ja cam best.penat.haih.

Diyana Arshad said...

..syioknyaa~! Hg ni amik course apa? robotics ka cik haidar?

dartdadada said...

engineering yang meletihkan.hahak

 

Blog Template by YummyLolly.com