5/1/09

3 budak "nakal"

Semalam, aku ada kelas yang wajib aku attend, handled by my lab's lecturer, namanya Prof Mori. (Aku macam dah pernah sebut nama orang tua ini). Kelas yang bertajuk Dynamic of Processing, patutnya aku takyah ambik pun sebab dh cukup kredit, tapi sebab aku di bawah orang tua ini, aku terpaksa ambik jugak. Kalau tak ambik takleh grad dia kata!Wudda Hell!!

Abaikan rasa tak puas hati aku kat Pakcik Mori. Ceritanya begini, lepas aku masuk kelas, aku terus duduk di depan Jian(Mori panggil dia Nion-kun, nasib baik Nion, Kalau Nio, jadi "air kencing" terus), sorang lagi Malaysian yang boleh tahan kepala bengong serta disukai mamat-mamat gila Jepun. Di sebelah Jian budak bernama Yamada Yuhei, one of my craziest Japs friend. Dalam kelas Pakcik Mori ni semua orang wajib bawak buku teks. Yuuhei dan Jian bawak. AKU TERLUPA. .....

Nak dijadikan cerita, Yuuhei(mamat ni genius actually) sembang-sembang dengan Jian, macam biasa la gaya budak nakal tak mahu dengar lecture supaya nampak macho. Atauapun si Yuuhei ni memang hobi dia bercakap, mulut pun dah macam rupa mulut tempayan. Tak reti tutup mulut. Pakcik Mori ni pulak pantang kalau dalam kelas dia bercakap. Semua orang mesti dengar dan faham dia ajar padahal ntah apa apa dia bebel.

Pakcik Mori bengang lagi. Terus aku dan Jian kena halau dok depan. "Foreign student buat cara foreign student, jangan dok belakang, susah nak faham", direct aku kena angkut beg mengadap pakcik Mori secara dekat. Aku mintak pinjam buku Yuuhei supaya aku tak kena marah sebab terlupa bawak buku teks.

Bila habis kelas, si mamat kerek Yuuhei ni kena tanya dengan pakcik Mori, "mana buku teks?", Yuuhei jawab, "LUPA", dengan selambernya buat muka tak bersalah. Pakcik Mori makin membara terus si Yuuhei ni keluar sambil menengking "Minggu depan saya tak mahu tengok muka kamu lagi!menyemak!dah la bising, buat kacau!", Hantu Raya Mori sergah(mata dia dah merah, sikit lagi nak tersembul keluar).

Aku terkebil-kebil sambil menahan rasa bersalah.........

6 comments:

Anonymous said...

your friend is good..you owe him a lunch

syazfir said...

ahakz, kesimpulannya mamat yuuhei ni ade hati kat dart. hik3... best2

dartdadada said...

oh semestinya yuuhei tu tkda perasaan .dia just nk backing his friend. how sweet. masa kena marah time ckp tu pon dia backing jian..konon ckp pasal study haha

syazfir said...

hik3, best giler klu ade member camtuh.

zhrh said...

rilek gila
sporting kawan hang
hang memang kena belanja dia la weh

dartdadada said...

ya ya.semua pon sporting!

 

Blog Template by YummyLolly.com