6/21/09

tak baik tipu diri sendiri. Upgraded!


Ya. tak baik kan. Tipu orang tak apa jangan tipu diri sendiri. haha. boleh tak? Khamis depan aku ada exam. Lectuer aku paksa. Geram betol. Ala lambat lagi kan..subjek boleh tahan susah. Tapi apakan daya hati aku dok berkata-kata: lambat lagi Dart...jangan, jangan study..eh hati ka setan? Time pegang pensel ja, mata terus nak tertutup. Kacau jugak.

Baik aku menulis pasal semalam. Kan aku cakap aku suka berkunjung ke barber. Eh salon. semalam aku ke salon lagi dan lagi. Suka sungguh orang belai rambut aku. haha Bukan apa, rambut aku ni "khetiau"(bahasa kedah yg bermaksud: senang kusut), dan aku malas untuk menjaga sendiri, apa kata aku bagi tanggungjawab tu kat Mr. Morita!! Ya, my personal hairdresser(konon). He knows everyting about my hair condition. Sah-sah dia selalu sumpah rambut aku macam dawai. Dawai pun ikal mayang tak macam rambut kau orang Jepun! Lembik. hehe Rambut macam ni lah baru boleh masuk iklan Pantene. Hitam berkilat. kah kah.

Macam biasa appointment pukul 3 pm. Sampai saja di pintu masuk Lucido Style, penjaga counter dengan senyuman "fake" mereka greet "selamat datang...sila duduk...bla bla...", haih..maneh maneh. Selalu minuman teh Jepun disajikan, tapi tak pula semalam. Air bekas orang yang duduk kat kerusi ni diorang ingat air aku. Tak apa, minum banyak-banyak teh Jepun pun bikin sembelit/buasir saja.

Ladies department

Then here he comes....Mr. morita, mulalah ayat manis consult untuk perabih duit aku. Nasib baik berbaloi. My previous water perm dah semakin kurang, i need something new. Aku cakaplah kat dia macam tu. Morita-san ni tak sebulu dengan aku. Aku nak buat macam gini, dia bantah. Tapi semalam aku buat muka bad mood sikit, last last dia setuju nak buatkan perm baru(digital) untuk aku. Morita-san ni prefer kalau aku tak main-main sangat dengan perm, sebab rambut rosak dia cakap(rambut aku khetiau)..ya he's right..tapi boring la...aku ni pulak tak sabar. Sebelum tu, treatment macam biasa diperlukan, nak bagi rambut sihat bagai. Ya la tu. Masuk collagen semua. ha ha. Yang bestnya, servis kat sini best, bukan nak kutuk servis kat Malaysia. Tapi ini bener. Diorang suka greetings. Sikit-sikit tanya kot-kot kat mana tak kena. Masa basuh rambut pun tanya..."Ada gatal kat mana-mana tak?"(nak tolong garu la kot), "Kalau air ni panas, bagitau ya...", "ok, saya shampoo ya sekarang", "saya basuh ya sekarang..." kadang-kadang tu diam dan angguk-anggukan aja semua. Malas dah nak jawab seribu satu soalan. Lepas basuh rambut, semua staff akan greet "お疲れ様で〜すOTSUKARE-SAMA-DE~SU(yang ni aku tak reti nak translate la dalam BM)" macam, ahh serious tak reti! Then duduk semula, masa nak duduk punya la jaga kerusi tu takut kita tersungkur ka apa, haih. Sopan sungguh orang Jepun. Pastu, assistent akan tanya..."boleh tak nak massage?", dapat pulak massage kat bahu....perempuan la aku prefer. Kurang la sikit sakit bahu dok dongak masa rambut tengah kena shampoo tu.

Morita-san yang pemurah senyumannya

Sudahnya perm, tengok jam dah 7 lebih. Lama sungguh. Last-last Morita datang stylingkan rambut aku. Dia suka buat style lain-lain everytime aku ke situ. Tapi semalam dia buat biasa aja. Mungkin sebab hal aku nak kahwin tahun depan dah tersebar gara-gara assistant kepoh bernama Chiemi-chan(Oh, she's half Japanese, half Brazillian). Sembang sampai terlupa hal rambut klien. Dalam 4 jam tu, adala sejam lebih Morita dealing dengan aku. Yang lain assistant ja. Hampeh. Nasib baik kau Topstylist. So bulan depan aku nak datang lagi. Time nak balik tu, hantar sampai luar kedai sambil lambai-lambai mintak kita datang lagi. Naik malu aku diorang tengok kereta buruk yang aku naik. Tapi aku tak kisah. Kat Malaysia nanti aku beli la kereta beriya sikit. Kat sini tak perlu. Yang sedihnya, balik aja rumah tak jadi nak curling. Menyampah i!
Chiemi-chan yang kepochi. She's cute tho. Siap mintak contact no. aku tuh.



pink cardigan : honeys (rematched)
Black logo one-piece : Honey suckle (right on)
Skinny pants : Uniqlo
Handbag : shimamura's

p/s: Oh, kan dah habis hari aku. Esok dah pun Isnin. Pastu mula la menggelabah. Eeee gelabah-gelabah. Ha Ha.

:
pose perasan. sekian.

4 comments:

zhrh said...

wow cantik cantik
alangkah bagusnya mak nya mesia layan aku bagai-bagai-bagai mcam tu
haha

dibdibadibah said...

gorjas u bebeh !
simpan2 jgn potong tau nnt kawen rmbut pjg cantek ;)

Zarpeno said...

agak2 rambut aku pon dia mau buat ka.heh

dartdadada said...

zhrh: ala sini bukan maknyah.lelaki tulen bang!
dib: thanks babe. kawin semestinya la rambut pjg.tk sabaq nk kawin dan terus potong esoknya.ha ha
zarep:buleh aih.mesti hg nampak lebih macho.sila sila.

 

Blog Template by YummyLolly.com