8/19/09

di sini tak OK di sana OK

OK muka tak mandi aku tau. Aku memang malas mandi ops pecah rahsia.

Balik Malaysia kali ni, ada 5 makanan saja yang teringin, simple kan aku?
1. Makanan di RUMAH (petai, rebung, masakan cincai Mama ha ha)
2. Burger Mutiara
3. Steamboat Medan selera
4. J-Co Donuts
5. Char Kuetiau (utara punya, tak utara tak mau)

Semua aku dapat makan. ha ha. Puas hati. Masa makan steamboat paling masyuk dalam donia. Orang Malaysia hirup sup dengan sudu. OK. Aku terlupa aku hirup sup tak pakai sudu, hirup terus dari mangkuk. Di SINI tak OK. Tapi di SANA OK. Dan memang menjadi rutin harian untuk orang di SANA menghirup sup tanpa menggunakan sudu. "Ni, depan mak mentua jangan dok buat macam tu na...", kena sekali dengan pak brahim. OK. Aku sudah biasa dengan budaya orang di SANA nak buat macam mana. Satu lagi, masa makan steamboat jugak, ada dimasukkan mee. Di SANA aku lebih suka "slurrrrrppppp"(dengan bunyinya sekali), memang masyuk makan mee macam tu baq hang. Tapi di SINI tak OK. OK lagi sekali aku kena tegur. Di SANA adalah biasa jugak menghirup mee yang panas-panas(dengan cuaca yang sejuk) supaya dapat mengurangkan suhu mee panas tu. Kat SINI orang hembus hu hu hu sebelum makan mee kan? Di SANA takda hembus hu hu hu dah. Kalau hembus hu hu hu, nanti dah sejuk mee nak makan pon tak lalu. OK 2 budaya yang sangatlah berbeza. Dan aku akur. Masuk kandang lembu mengelembu OK. Tamat.


Sila fokus kepada tangan :
Aku langsung tak pegang sudu. Macam mana pak brahim tak teguq kan?ha ha

6 comments:

zhrh said...

jom gani sepam.haha

haha mana leh lawan makan char keteow sambil camwhoring baq hangg. set timer plak tu.

haha

kew_chop said...

hahaha, dulu mase dating ngan joe pun selalu ckp buruk betui perangai laki aku ni mkn laksa pun nk kene slurrrpp slurrpp. bile dtg sini diri sendiri pun dah terikut..hihi

dartdadada said...

hahahhah laksa pon slurppppppp?memang ho liaw aaah!

Unknown said...

p try mkn char kueyteow kat permatang pauh..mmg sedap gila..hehe

mart gee said...

hai pengetua ku! hehe. dart, jalan nk p shahab nu, ada lalu bank islam blah kiri, blakang dia ada restoran dapoq bonda, cha dia sedap gak baq ang. (ang blk jepun bila weh?)

dartdadada said...

ala hg habaq lambat sgt..takdan.nnt aku try!tenkiuuuu

 

Blog Template by YummyLolly.com