8/23/09

sambungan "long journey"

Walaupun aku tak dapat jejak kaki ke PARAM(pasar ramadan, kool plak sebut macam tu ha ha), tapi 1 Ramadan aku dipenuhi dengan kata perangsang yang penuh bermakna dari pakcik yang duduk sebelah aku dalam flight. Tak banyak, 4 huruf ja. Tapi maksud yang aku dapat sungguh mendalam sampai menyucuk kalbu. Ok, saja aku tambah.

Masuk aja dalam flight MH52, letak beg dan duduk di sebelah tingkap(asal naik flight aja aku dapat sebelah tingkap). Tingkap ok lagi, tapi tingkap di bahagian tengah. Potong stim la nak tengok pemandangan. Cis. Tengok luar aja nampak sayap kapal terbang yang dah kelabu. Eh tapi sayap flight semalam ada lekat Sticker RR(Rolls Royce) tu. Perjalanan dimulakan dengan bebelan flight attendant. Semak telinga nak dengar, nasib baik flight ke Jepun ada translation dalam Japanese. Sedap telinga dengar pramugari Jepun cakap lembut-lembut. Dalam flight 90% orang bermata sepet. Masa dalam flight pon dah terasa aku dah kat Jepun, agaknya dah berkarat bahasa Jepun aku. Nasib baik pakcik ramah tamah kat sebelah sudi mengasah 3rd language aku.

Kurus kering, aku sangkakan baru berumur dalam lingkungan 60-an tapi salah tekaanku. Rupanya hujan di tengah hari. Pakcik tu dah umur 70. Impressive. Sangat sihat walafiat, tegang , stylo habis kalau nak dibandingkan dengan tokwan aku. Tapi tokwan aku hensem lagi la. Datang ke Malaysia untuk ber"party" dengan member sekolah rendah yang ada 2nd home kat Kota Kinabalu. Haih kayanya kamu orang Jepun sekalian.

Sembang punya sembang, silap orang la sembang dengan aku sebab aku memang suka bersembang dengan stranger. ha ha. Sampai satu tahap mengantuk tapi terpaksa tahan buat macho sambil sembang, pakcik tu cerita dia bekas orang besar kat Panasonic, tempat yang aku akan jadi kuli membuat kipas nanti. Wow memang tak sangka habis. Pakcik tu pon seronok semacam aku cakap aku akan kerja kat situ sampai cerita kat pramugari. Oi tak perlu la sampai macam tu sekali kalau la syok pun! Pramugari tu pun layan tak layan ja la aku tengok muka dia. Jarang jumpa orang Jepun "peramah"(selalunya agak pemalu sambil buat bodoh dengan stranger), jadi agak mual bila lama-lama nak kena sembang. Aku bajet nak layan movie 3 kali ka. Tapi tak sempat boleh layan movie selai aja. Tu pun dah mengantuk gila dah tak boleh FOKUS. Last-last pakcik tu suruh aku tidur. Yes. Sori pakcik saya sangatlah letih.

Makanan yang disajikan dalam flight sedap, sahur Omelette with salmon. Tak sempat nak ambil gambar makanan. Bila 2 2 dah letih, kami pun berhenti bercakap dan tidur dengan aman...

Tapi one thing yang aku suka pasal pakcik tu, masa dah dekat nak sampai, pakcik tu kalut cari kertas kosong nak kasi contact number dia. Kot-kot ada masalah masa kat Panasonic nanti. Thanks pakcik! lastly, pakcik tu ambil tisu dia dan tulis perkataan kat bawah ni utuk aku :


前途揚々
zen-to-yo-yo

意味:将来の見通しが開けていようす。
maksud : the prospects for your future is good.

(note: popular Japanese idioms are idioms with 4 words of Kanji together.)

Oh pakcik, terima kasih kerana mengajar saya advanced bahasa Jepun. Dan saya tahu pakcik tu sebenarnya nak say goodluck kat aku nanti. Tapi pakcik, saya cari dalam kamus, 前途洋々ada la, kanji yang pakcik tulis tu tak keluar pun. Salah perkataan kot pakcik....ha ha(takpa la kau dah tua, mak aku ajar kena hormat orang tua)

Bila dah nak turun dari flight, dia terus berjabat tangan dengan aku. Ok, jasamu dikenang. Dan kebetulan kami berjumpa untuk bersembang pasal kerjaya di Panasonic. ha ha. Sungguh tak sangka. "Adik ipar saya Home Appliances President, kalau ada apa-apa you contact dia la k." fuh, sampai begitu sekali pakcik? Tapi tak apalah, saya pun nak blah tak sampai 2 tahun kerja kot. ha ha.

Aku pun keluar dari flight dengan keadaan yang amat letih. Naik train 5 jam pulak ke Toyohashi. Dan saya demam sebab terlampau letih kot. Anyway seronok bila teringat pengalaman bersembang dengan pakcik tu. :)

coretan pakcik yang ramah.

Happy fasting all!

5 comments:

Zarpeno said...

pasar ramadan jepun ada joi choq peneyram dak?

hahaha

dartdadada said...

kalau ada pun aku la yg jadi makcik penjuai tu haha

mat mimpi said...

ang ingat dak kalau param loq staq, depa mesti sebut, "seghingget sghingget".hehe. dart, note tu, ang simpan weh, mana nk tau kot paklong tu bukan salah tulih, maybe ada maksud.

dilla kamal said...

eleh pakcik tu, tgk muka comei terus jadi ramah hahahaha...

dartdadada said...

mat gee:memang aku simpan note tuh.kotkot nk buat lap hinguih ka :p
kdillah : pakcik tu comey adalaaaaa.hehe

 

Blog Template by YummyLolly.com