9/12/09

It' s Fall!

Sanbongi Girls

Hari ni, Kak Nadia ajak berbuka puasa di rumah dia. Perjalanan dimulakan dengan menaiki keretapi laju dari Toyohashi st. menuju ke Chiryu st. selama lebih kurang setengah jam, sambil mencalit makeup dek kerana tak sempat kena bangun awal(8:30 am, sempat mandi dan blow rambut sahaja). Suasana public di sini dah nampak sangat masuk musim luruh dan akan kesejukan dari sekarang. Awek-awek muda dengan boot fancy, pakaian yang "up-to-date" dengan Fall season iaitu pakaian yang berwarna kusam-kusam(kelabu, coklat) belaka, tidak lagi ceria seperti musim panas. Fashion di sini dikenakan dengan pemakaian baju yang agak berlapis-lapis memandangkan cuaca yang semakin sejuk di sini. Kalau nak pakai selapis boleh jugak; boleh mati beku. Sampai sahaja di stesen Chiryu, Kak Nadia bersama suaminya sampai dengan menaiki Toyota Wish mereka seterusnya meneruskan perjalanan ke Jusco Odaka(大高). Sangat besar dan "perak" sekejap. Teruja dengan baju-baju musim luruh sekejap. Rambang mata. Hampir beli stud heels. Sumpah lawa. Tapi buat-buat bodoh sahaja. Yang paling teruja dapat membeli pair watch from Tommy Hilfiger for our big day nanti. Nantikan kemunculannya he he.

Setelah penat menghabiskan masa di Aeon Mall Oodaka, Kami meneruskan perjalanan menuju ke rumah Kak Nadia pada pukul 15:00. Fuyooo. Kak Nadia dah siap perap ayam, dengan bergedil bagai. Menu berbuka hari ini; Nasi Ayam dan mee sup, dessert ; kuih sarang semut dan Japanese cheese cake by Zaza. Menjilat jari. Nasi ayam dan mee sumpah sedap. Kak Nadia dan Abg Ijam sangatlah pandai masak ok! Nasi yang lembut(dah lama tak makan beras lonjong macam beras Malaysia asyik makan beras Jepun yang gemok pendek) dan sambal kicap yang sedap ha ha. Lepas makan, magrib dah terus tertidor tepi sofa. aku memang pantang kenyang, katil dok panggil. Majlis berbuka puasa jugak diserikan lagi dengan kehadiran senior sekampung dari Aloq Setaq, KE(Key-i). Bekerja di Jepun selama 2 tahun lebih dan yang sangat teruja, KE datang dengan kereta Mazda Altenza baru hitam itu perrelys. huwaaaaaaaa. Kereta tu sangatlah modern, cantik, lengkap dengan full navigation system; sebut sahaja tempat yang hendak dituju(kalau sebelum ni kena tekan butang di skrin), ada sensor kot yang akan detect suara dan nanti makcik navigation tu akan lead.

Sebelum mukaku habis disiram wuduk he he.

Marvelous OK

Kenyang perut suka camwhoring

Lepas sembang-sembang, KE hantar kami pulang ke stesen Chiryu dengan kereta barunya. Sumpah best. Letih, dan sekarang sepatutnya mandi tapi sedang mengadap komputer lagi dan lagi. Oi sudah la Dart! Anyway, thanks kak Nadia and iJam korang memang best! Hari ni sangat lah best sebab baru hari ni aku perasan bahawa Jepun sudah memasuki alam kesejukan yang paling aku tak brapa nak suka la. Sejuk weyhhhhh! Nanti boleh pi makan lagi yehhhh. Kesian kan kami orang bujang. Dah la bujang mak bapak jauh pulak tu kan. Ah sudahlah. Pi mandi dart.

red wool cardigan : bundle
logo one-piece : CONEY New York
Skinny pants : Uniqlo
Shoes : Converse boot

2 comments:

nadia said...

thank u sudi dtg..jgn serik ek..n gomen gile lmbt amek kat eki..maji rase bersalah..

Nizam said...

pompuan tak panggil bujang. panggil anak dara lah!

 

Blog Template by YummyLolly.com