10/5/09

dengar cerita...4

Sistem kemasukan ke sekolah dan juga sektor pekerjaan diselaraskan kepada bulan April sejurus selepas graduasi pada akhir bulan Mac.


Senior aku(master 2nd year) pelik dengan cerita aku. Aku bakal mendapat degree pada akhir bulan 3 sama seperti beliau yang akan menghabiskan mastersnya. Rata-rata kat Jepun semua orang akan grad pada bulan Mac dan akan memasuki alam pekerjaan pada awal bulan 4. Para pekerja fresh graduates yang akan menjadi ahli sesebuah syarikat akan berkumpul, pakai suit lawa-lawa dan akan hadir dalam satu maljlis yang dipanggil "Company Entrance Ceremony". Tapi di Malaysia, aku menceritakan tentang budaya kerja kita di mana kita boleh masuk kerja pada bila-bila masa. Contohnya, aku yang akan masuk kerja pada awal bulan April tahun depan. Padahal, di Malaysia majlis graduasi bukan diadakan pada bulan Mac kan. Terkejut beruk senior aku. "Kalau masuk kerja randomly, macam mana nak buat plan betul-betul untuk membangunkan syarikat?",kata senior. Terkedu seketika aku.

p/s: aku percaya Malaysia ada sistem yang tersendiri. Cuma aku tak berapa pasti. Sesiapa yang tahu sila komen. Boleh aku ceritakan kat senior aku supaya dia faham ha ha.

1 comments:

Hafizah said...

ntah aku pun x tau dart. TM pun amik org every mth. tapi each intake ramai jugak la bukan mcm hang yg sorang2. tapi aku tau ada some companies yg intake dia ada beberapa kali ja. ikut 4 seasons countries and june kot untuk local grads.

 

Blog Template by YummyLolly.com