10/6/09

sakit kepala dan Round 1

Hari ni sangatlah banyak kerja di lab. Ulang-alik dari tingkat 4 ke ground floor dalam 20 kali(naik lif pon bising). Lab semua orang di Tingkat 4. Bilik eksperimen di ground floor dan tak lupa juga ulang-alik ke tempat mesin-mesin sebab kena potong besi.

Dari pagi tadi sangatlah sakit kepala. Balik terus mintak Zaza berenti di kedai ubat. Singgah beli pnadaol versi Jepun(EVE Quick) dan Alinamin X(untuk sakit-sakit belakang, lenguh-lenguh badan, lenguh mata-nak cakap rajin sangat buat kerja la tu macam orang Jepun ha ha).

Sekali makan 2 biji

Balik rumah gotong-royong kami bertiga bersihkan peti ais. Peti ais baru sampai pagi tadi. TERPAKSA beli peti ais baru(second hand) sebab peti ais lama rosak. Shit. Seminggu ni makanan kat rumah asyik basi ja. Itu masam, itu kena buang, sangatlah membazir OK. So kami beli jugaklah peti ais yang baru weekend aritu. Terbang lagi duit(7800 yen)......

Mandi-manda, makan nasi dan terus ke ROUND 1!

Dah lamaaaaaaaaaaaaaa sangat tak hang out dengan member Jepun. Sebabnya bila masing-masing dah masuk lab asing, semua busy dengan kerja research. Bilik pon asing. Tahun ni dah takda kelas yang kena ambik sama-sama, masa untuk berjumpa pun terhad, so sangatlah さみしい(terasa kehilangan). Dalam course aku(Production System Engin.), ada seramai 60 orang ja. So kami memang kenal sesama sendiri. Kalau tak kenal pun at least kenal muka. Bila jumpa senyum dan angguk-angguk kepala haik haik tu lah kan. Susah nak baik dengan orang Jepun sebab diorang sangatlah pemalu dan memang akan ada bearier bila berkawan dengan orang sepet ni. Tapi kalau kita selalu approach diorang, no problem at all, diorang pon ok ja nak berkawan. Cuma yang aku tak suka diorang ni suka bermuka-muka. Tak suka pun cakap suka. Susah....

Hari ni, kami reunite balik di ROUND 1 for bowling, entertainment spot yang sangatlah popular di sini. Dalam setiap negeri atau daerah memang berlambak Round 1 ni. Dalam satu bangunan, semua entertainment stuff kita boleh main. Cakap saja apa jenis; Bowling, Karaoke, Darts, Game center(heaven OK), Purikura, outdoor games(badminton, ping pong, memanah, bola tampar, futsal, basketball, batting), massage chair, internet cafe, dan ada jugak round 1 yang ada inline skate rink. Orang jepun suka sangat lepak kat sini selepas balik dari kerja untuk hilangkan penat-penat, lepak sampai pagi then baru balik rumah. Memang dah jadi budaya kat sini. Sebab sini takda mamak maple kot. So cara diorang nak lepak-lepak, kat tempat entertainment spot ni lah.

Round 1 Toyohashi, tak kecil tak besar.

Kami lepak main bowling 2 game saja. Aku, Inaho, Megumi, Yuuhei, Hiroaki, Okazaki. Macam biasa aku masuk longkang memanjang ha ha. Memang takda bakat langsung main bowling serius shit. Tak pernah markah aku lebih dari 100. Kalau ada pun, hari tu agaknya aku macam terkena nombor ekor kot. Punyalah bertuah kot.

Yuuhei sebelum mebuat balingan masuk longkang

With the tak betul guys
(from left : yuuhei, me, okazaki, hiroaki)

Da sepetz gugurls
(me, Inaho, Megumi)

Orang Jepun tak reti camwhoring

Main 2 game dan chow. Punyalah tak reti tak da seni main bowling. Ha ha. Bayar dan turun tingkat bawah masuk dalam Game center dan main game-game yang kena msuk syiling tu...Game yang paling glamour kat sini panggil UFO Catcher. Masuk duit, aim barang dalam kotak tu untuk jatuh ke tangan kita. Ha ha. Kalau takda skill alamatnya beratus-ratus la duit terbang. Rasa macam boleh target, tapi punya lah susah.

Tengoklah betapa addictednya member-member aku main :
(nasib baik aku tak minat)

Megu try key chain yang selalu aku buang kalau dapat. Menyemak bilik.

Inaho mencuba nasib dengan Pingu gedabak

Okazaki tak puas hati tak dapat ais krim haagen Daz

Beralih kepada gula-gula pula ha ha sangat addicted ok

Last-last yang dapat :
Bear kecik

dan

Gula-gula Gulico sahaja ha ha(bazir bazir...)

Lepas main UFO catcher, lepak main kuiz perdana online(science, sejarah, sports, game) plak. Time ni la aku rasa bahasa Jepun aku memang 5%. Lambat gila nak baca kuiz. Takpalah. Nama pun orang Malaysia bukan beranak kat sini pun kan. Aku boleh jawab sikit sangat. Satu la yang aku realize, orang Jepun ni pengetahuan am diorang sangtala tinggi berbanding orang Malaysia. Serious tak tipu. Memang kalah la Malaysian. Yang aku tau, Malaysia kaya dengan artis-artis yang tah apa apa. Budak-budak yang lahir-lahir tengok AF, Malaysian idol, gadis melayu. Apa boleh dapat? Malu malu.....

Sebelum balik, lepak di Mc d dengan megu dan inaho sebelum aku hantar diorang balik. We had so much fun!

Mac flurry autumn version sangatlah sedap!

Eh, terlupa. Inaho dapat jugak pingu gedabak tu ha ha ha. Memang la kau dapat no ekor ari ni Inaho oi sebab bowling td pon markah dapat seratus lebih tak pernah-pernah :p


p/s : nite-nite! semoga esok boleh bangun g lab dengan best. Sakit kepala pun dah hilang :D

3 comments:

Ezzudden said...

mahal tol nk berhibur...kat msia,kat maple beli teh ais sudah..lepak,borak sampai pagi...hehe...

Anonymous said...

siot ..Makcik Keding.. pandai kata orang Jepun mata sepet...ingat mata dia besar sgt la tu..

dartdadada said...

kusanagi diam aaah. haha

 

Blog Template by YummyLolly.com