10/7/09

seminggu sekali pun belum tentu

Semua orang ada impian masing-masing kan? Sama la macam aku. Salah satu impian aku kan...kalau lah boleh nak masakkan untuk family aku nanti Japanese food seminggu sekali.....macam best aja. Ofkos la family sendiri, sebab family mak bapak aku memang tak boleh nak telan makanan Jepun ni kecuali Adik n tokwan. Aku sangat suka Japanese food. So does bubu. Ya la, kami sama-sama pernah belajar kat sini kan so apa salahnya untuk tidak melupakan memori-memori indah kat sini, make a point untuk masak sediri dan makan dengan bahagianya sama-sama. Uhuhu.

Sebenarnya tak susah nak masak makanan Jepun. All we just need are miso(soybean paste), fish stock(selalunya pakai ikan katsuo @ bonito), dan kicap masin. Dalam banyak-banyak resipi yang aku pernah tengok dan kaji, hampir kesemua resipi ni pakai 3 bahan tersebut. Makanan Jepun seperti yang semua orang tahu, sangat berkhasiat dan kurang rasa(ala-ala tawar gitu). Kenapa berkhasiat? Sebab majoriti masakan Jepun menggunakan kaedah REBUS dan RENIH atau makan menta begitu sahaja(ikan boleh terima lagi, ada yang makan daging kuda, daging BABI mentah pon ada uwekkkk!). Ada jugak lah goreng-goreng tapi tak banyak. Tak payah susah-susah nak tumis bawang dengan minyak macam masakan di Malaysia.

Impian nak masak seminggu sekali tu harap-harap dapat direalisasikan la supaya aku tak lupa kat Jepun esok lusa. Aku sangat sayang kat Jepun sebenarnya sebab di sinilah aku membesar , kenal erti hidup yang sebenar selepas alam remaja. Kalau boleh jugak, nanti kalau dah ada rumah sendiri, aku memang nak ada satu bilik yang dihiasi Tatami(Japanese flooring) hiasan Jepun dan pintu tarik-tarik kertas yang macam selalu korang tengok kat TV tu. Betul ni tak tipu. Then semua kenangan yang aku lalui kat sini aku akan letak dan hias kat dalam bilik tu. Maybe one fine day....

Minggu lepas aku masak Makanan Jepun for our dinner :

明太子茶碗蒸し"Chawan mushi"
steamed egg(pudding) with cod roe

鰯尽くね汁"iwashi zukune jiru"
sardine ball wisth miso soup

ハンバーグ "hamba-gu"  
Japanese hamburger steak
sory guys kuah telebih masin ha ha

p/s: hopefully boleh master masak Japs cousine. Alah ada buku resipi mesti jadik punya! ngeeee~

7 comments:

marumaruchan said...

nak blaja gak wat hambagu n chawan mushi tuh!!

an hamzah said...

daging babi mentah diorg mkn ke?
xpenah dgr lak..sbb rsnye daging len sume leh mkn mentah except yg tu~

chocolate bowl said...

dart..apa kata hg masukkan resipi2 tu dlm blog hg? aku pun suka mknn jepun gak tp bli kat sini ja la..mana tau rupa2 nya rasa asli lain..bley msk sniri xpyh bli dh..mahal lak tu

dartdadada said...

@zana ok nanti kami boh resipi kat dalam blog ni

@aan ada...yg hamu tu ada yg mentah...orang cina kata busuk.

@shad ok aku boh resipi ni k. lagi sedap dari kedai sebenaqnya. plus btoi hg kata mahai.

dibdibadibah said...

i read ur mom`s blog pastu tak pasai2 tersedey,rindu mak ako T_T

lorongsetia8.com said...

ahaaa yummy! silalah rajin bleh i gi umah u makan japanese ok ka?? hehe

dartdadada said...

@dib : gambatte to iu koto wo ieru shika nai! T_T

@k nara : boleh-boleh tapi kena tunggu balik Malaysia for good dulu hihi. k nara tak masak japs food ka kat hubby?

 

Blog Template by YummyLolly.com