Tajuk : Elakkan Memakan Organ Dalaman Haiwan
Penulis emel tersebut khabarnya seorang guru Biologi dan kebetulan, anak sulung beliau dijangkiti penyakit talesmia, anemia atau penyakit kekurangan darah yang sewaktu dengannya. Doktor prubatan menyarankan supaya anak beliau banyak makan hati ayam/lembu supaya boleh menigkatkan lagi sel darah merah di dalam badan. Cuba punya cuba, selama bertahun-tahun penyakit anak beliau masih tidak sembuh. Akhirnya, beliau ikhtiar untuk mengubati anak beliau menggunakan kaedah perubatan Islam. Bukan bomoh-bomoh ni. Bomoh-bomoh aku tak layan karut belaka. Katanya, tok guru demikian menyarankan supaya berhenti memakan organ dalaman haiwan sepertimana yang telah ditulis dalam Al-Quran. Gimik banyak makan hati ini kononya diheboh-hebohkan oleh orang Nasrani/Yahudi untuk menjatuhkan orang Islam. Antara ajaran tok guru tadi termasuklah :
Sudah bertahun-tahun aku tak minum air gas dan mengamalkan pengambilan air mineral. disebabkan perut yang lemah. Aku rasa bagus la kalau tak minum air gas. Jadi, marilah kita mengamalkan pemakanan yang telah disarankan oleh Nabi. hehe. Tapi alangkan bagusnya jikalau perubatan Islam boleh dimodenkan dan tidak menampakkan kekolotan pemikiran sesama kita. Bukan apa, supaya kaedah perubatan ni nampak logic dan boleh diterima akal oleh semua penduduk di pelusuk dunia. Wallahualam.1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya . Kepala ikan juga tidak digalakkan makan.
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya
3. Elakkan minuman bergas
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
6. Makan buah delima
7. Makan epal hijau
6 comments:
like, seriously?baru semalam pi cek baby dlm perut, nurse pesan suruh makan hati ayam sbb my red blood cell level is very low.
hmm tp betul jugak, nabi kan tk bagi makan internal organs binatang.
tu la kdila...tak berani nk ckp..tp org tu ckp byk makan buat delima, tatau la btol ka dak...
penah gak baca artikel nih sebelum nih..tp mmg tak sedap pon kalo makan internal organ nih..
pas bace ntry nie trus x jd nk mkn maggie..hehehe
@ezudin : artikel ni mmg famous kot huhu
mushroom : boleh makan tapi jangan la everyday. tak elok.
Post a Comment