10/30/09

hari ni tak sushi

Oleh kerana dah muak dengan sushi kat kedai runcit dalam univ ni...aku beli 天丼(tendon), lunch sama-sama dengan Zaza. "Tendon", salah satu makanan kegemaran aku sejak aku mula-mula sampai ke Jepun 4 tahun yang lalu. Rasanya tendon ni makanan Jepun yang pioneer la masa baru-baru nak berjinak degan Japs food. Teringat kedai bentou kat Maizuru kan Dib kan! Sedap sungguh tendon kat situ...Tendon yang kat kedai univ ni agak hampeh....Tak la sedap mana pun. Nampak pun kurang cantik, tapi dah bosan makan sushi aku angkut jugak lah.


Meh aku cerita pasal "tendon". 天(Ten) adalah singkatan dari perkataan 天ぷら(tenpura), dan 丼(don) pula singkatan dari perkataan 丼(donburi). Tenpura mesti ramai yag tahu kan, macam goreng celup tepung lebih kurang la. Donburi pula bermaksud "big china bowl". Orang Jepun makan nasi dalam bowl, selalunya, bowl yang digunakan untuk makan nasi kecik aja dan asing dengan lauk-pauk, tapi donburi ni besar, so lauk-pauk ni letak atas nasi dalam bowl besar tu.

Tendon selalunya terdiri daripada udang, sayur(pumpkin, bendi, kacang panjang, radish, paprika), fishcake, sotong, dan ikan digoreng celup tepung. Campuran lauk tadi diletakkan atas nasi dan たれ"tare"(kuah kicap manis) dituang atas lauk tadi dan siap. Ramai member aku yang makan tendon ni rasa muak, tapi aku tak la pulak. Semua aku hentam. One of my favourites will be Tenpura, so no wonder aku sangat suka tendon.

Air kat sebelah tu air pear. Masyaallah, macam pewangi toilet ka apa. Pening kepala aku lepas minum air jus tu.
Jalan-jalan makan angin jap

Hari ni balik awal sebab kerja tak banyak, nak buat eksperimen tak boleh sebab mesin semua dipakai untuk student 3rd year untuk lab work diorang. Balik cepat-cepat sebab semalam boleh pulak terlupa aku kena masak. ngeeeeee~

Today's sunset!

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com