10/29/09

main masak-masak


Ahah! Harini aku main masak-masak kat lab. Nak tau resipi?

Batang besi goreng... kot.

Cara memasak :
1. Potong besi bentuk ikut suka(ketebalan besi mestilah nipis)
2. Panaskan "oven" sehingga mencapai suhu 875 darjah celcius dan biarkan selama setengah jam
3. Sementara tunggu oven panas, sediakan periuk yang berisi minyak cutting, tuang minyak sehingga separuh tenggelam.
4. Bukak api, panaskan minyak sehingga mencapai suhu 120 darjah celcius. Kekalkan suhu tersebut. Jangan biarkan suhu turun atau naik(pandai-pandai lah korang)
5. Apabila oven sudah mencapai suhu 875 darjah, bakar batang besi selama 15min.
6. Keluarkan besi dan terus "menggoreng"nya di dalam minyak cutting yang bersuhu 120 darjah tadi.
7. Kacau selama 10 min dan biarkan sehingga besi itu berada di bawah suhu 550 darjah celcius. (Permukaan besi akan tampak hitam melegam dek kena bakar, jangan panik.)
8. Siap dan boleh biarkan batang besi itu menyejuk dengan sendirinya.

Sebelum dimasak : besi agak lembut
Selepas dimasak : besi menjadi keras seperti keras kepala.

Selamat mencuba!


p/s: sebenarnya proses masakan tadi dinamakan "quenching" lagi sekali. ha ha
 

Blog Template by YummyLolly.com