11/29/09

aku suka wartawan ni

Mawi, Ekin dan apa?

MAWI penyanyi yang dilahirkan menerusi proses “demokrasi” iaitu mengundi. Undi kepada Mawi adalah majoriti dan dia dipilih untuk duduk di kerusi penyanyi popular selepas keluar dari Akademi Fantasia. Mawi dalam erti kata sebenarnya belum teruji sebagai penyanyi.

Siti adalah satu-satunya yang belum meminati Mawi. Siti sedang mencari sudut untuk meminati Mawi tapi belum terjumpa lagi. Tapi berjuta orang meminati Mawi, dan dia tak perlu kisah dengan seorang Siti tak meminati dia.

Daripada sudut seorang artis, Siti melihat Mawi sebagai seorang peniaga yang kekurangan modal. Dia mempunyai modal kecil untuk perniagaan yang besar. Akhirnya Mawi kehabisan modal kerana tidak banyak ranjau duri yang mengajar dia menjadi penyanyi yang hebat.

Kerana itu sejak akhir-akhir ini kita lebih banyak nampak Mawi memperagakan “kemesraan” dengan isterinya Ekin. Siti tidak melihat ini satu yang bijak daripada Mawi. Dia boleh merancang untuk tidak terlampau memperagakan isterinya kepada media.

Mawi mesti memperagakan hasil karyanya. Mana lagu-lagu baru Mawi? Penyanyi mesti ada lagu. Lagu pula mestilah yang baru supaya ini menunjukkan kerjaya dia konsisten. Mawi dapat peluang keemasan apabila orang simpati dia dikeluarkan dari Akademi Fantasia dulu.

Tidak semua orang mendapat peluang itu. Tapi Mawi mesti realistik untuk menjadi penyanyi yang berjaya, tidak boleh bergayut pada simpati sepanjang masa. Mawi mesti tunjukkan bahawa dia bukan penyanyi yang naik kerana simpati.

SITI JARUM: Nasihat Mawi janganlah berlakon lagi.


p/s:mawi get lost!buat malu ja. glamour saja tapi habuk pon tadak. industri muzik malaysia tak perlukan artis samp** macam ni laaaa. emo plak aku. ok bye.


3 comments:

namasayatihah said...

oo..I've read this..in pancaindera..dun really like mawi jgk..hehe!!;))

Zarpeno said...

pasaipa hg tak puaih ati dgn mawi?haha

dartdadada said...

tak suka sebab menyemak.aku sangat suka muzik!

 

Blog Template by YummyLolly.com