11/25/09

lebih kurang

Aku paling naik lemak, allergic bila membuak-buak perasaan nak masak masakan baru, tapi cek cek resipi, resipi tu agak "kurang asam". hehe takdalah, aku rasa resipi yang orang Malaysia tulis ni kan halai-balai gila. Contohnyalah kan, garam dan gula memang "secukup rasa", cariklah resipi kat mana pun, memang wajib semua tulis secukup rasa tu. Sapa yang lidah dia memang macam chef, retilah nak bajet, yang tak reti tu, last-last jadi tawar la, terlebih masin orang cakap nak kawin plak. Yang paling bengong, resipi tu tak tertera untuk berapa orang makan. Memang takleh nak budget, kang buat resipi tu terlebih sapa nak melantak? Tolongla kalau nak tulis resipi kat mana-mana, jangan la lebih kurang sangat kan..kalau sukat betul-betul lagi senang nak jadi masakan tu, jangan kedekut ilmu ha ha.

Semalam serius teringin nak makan masak lemak yang "pure". Bukan perencah instant(selalunya mama yang buat, aku makan ja) dan aku jarang masak masakan ni sebab, entahlah. Bila rasa teringin ja baru nak makan. Tak berapa minat, yang paling aku suka, kari ha ha. Tengoklah resipi yang aku cari ni, rasa nak rimbuk ja laptop. Geram sebab benda paling main(santan), dia suruh letak IKUT SUKA. Baik tayah post resipi babe! Nasib baik tangan ni ada umph jugak, so takla sampai tak jadi, tapi geram gak la.

Kat buku resipi malaysia pon macam tu, resipi tak precise sangat. My mom masa dia kat aussie cakap, best baca buku resipi sana sebab sukatan memang perfect! Kat sini pon macam tu, sukatan walaupun garam, dia akan tulis. Tapi kalau dah sikit sangat memang la dia cakap "sedikit" garam. Tapi kalau dah masak lomak, takkan nak letak garam sejemput kan? Hish bengong. Last-last cipta resipi sendiri. Bagus gak resipi lebih kurang ni, boleh test skill masak sendiri ha ha.

Masak lomak cili api Hotate & terung

2 comments:

aiko kato said...

wahh..nice...tihah still fail gulai2 ni ok..hehe!!
haa..nti i post my recipe kt blog..try eh..hehe!!

dartdadada said...

ok babe~

 

Blog Template by YummyLolly.com