1/9/10

journal intern : 1st & 2nd day

baru lepas siap-siap nak main salji esok. Snowboard time bebeh! kol 2 pagi nanti bertolak.

Sebelum tu, tulis-tulis journal & experiences pasal 1st and 2nd day menjadi career woman(kepala hots...minah kilang kot).

1st day :
me in suit. career woman wannabe.

Fuh, naik bas awal tak sia-sia. Keluar rumah pukul pukul 7 : 40, Zaza tunggu sampai aku naik bas pukul 08 :01. Zaza memang baik. he he. Sampai pun awal , dekat 8 : 30, terus pak gad suruh masuk bangunan hr. Topy industries, syarikat yang agak multi, besi jambatan, besi bagunan, rim kereta Harrier, dan keluli-keluli lain depa "konker". Orang yang incharge dah tunggu, Furukawa-san. Walaupun sampai awal, tapi awal-awal dah disambut dengan senyuman palsu tak palsu aku tak tahu lah. Tapi yang aku tahu, hati aku lega tengok muka orang Jepun sambut tetamu. Furukawa san bawak aku masuk dalam satu bilik. Ada 3 orang lagi student yang akan sama-sama menjadi kuli Topy industries ni. Nampak gayanya, tak lain tak bukan, aku seorang sahaja perempuan. Nak buat macam mana, perempuan jepun lain bila dah kawin nak jadi ibu mithali jaga makan minum suami dan anak-anak. So, takdalah perempuan dalam sektor pekerjaan tambah-tambah di kilang besi pulak.

Ada bustop khas "Topy Industries"

Tepat pukul 09:00, Furukawa-san pun start lah sesi penerangan pasal company, pendaftaran, kena isi banyak borang termasuk borang akaun bank(hihi dapat gaji 1800¥ per day), dan terus kami dibawa ke Research & Development department. Semua orang masuk group research tak sama. Aku pulak masuk group dealing with Magnesium punya extrusion. Ah tak boleh cerita banyak di sini nanti kena saman dengan Topy ha ha. Tapi depa memang strict, dah kena warn jangan suka-suka hati nak curi benda company's private & confidentials. Loyal dengan company.

Then, kami dibawa ke "tempat kerja" masing-masing. Semua dapar meja sorang satu, yang luas memang dah macam employee betul, atas meja disediakan desktop untuk kegunaan sendiri berserta dengan baju kerja kilang yang sangat tak hot bila aku pakai(seluar besar nak mampus kena lipat 2 kali!arghh) 2 set, topi keselamatan, penyumbat telinga, kasut kilang yang tak berapa fit dengan saiz kaki sendiri. Nama pun minah kilang. Ada ka minah kilang yang hot? ish mulut saka. Macamla kerja lain hot sangat. Aku suka sektor kejuruteraan dan kalau boleh aku nak sampai mati aku akan main dengan dunia engineering.

Kami berkumpul di meeting room untuk sesi penerangan yang lebih detail pasal R&D department ni dan jugak rule2 yang kena kami obey masa kerja kat Topy ni. Dimulakan dengan sesi ucapan macho dari manager department yang suka hidap rokok 5min sekali. Diikuti dengan penerangan oleh 2 bucho(manager kecik) yang sangat lawak(anak dia toyota kosen 1nensei), kami dibawa melawat seluruh department dan kilang(more to tempat eksperiment). Department ni kan tak ubah macam universiti kat sini. Device2 macam tensile testing, microscope, polishing, SEM, hardness test, grinder, fine cutter yang aku selalu guna kat lab dulu memang haruslah sebab nama pun RnD. Cuma Topy ni lagi banyak mesin yang mencecah jutaan ringgit dan canggih la compared to barang kat lab univ aku. Prof Mori kedekut. So basically benda yang aku akan buat tak ubah macam benda yang aku buat kat univ, cuma BERBAYAR.

Antara "rule-rule" & environment kerja yang tak boleh belah (agak pelik untuk Malaysian):

1. 指差喚呼"shisakanko"(Driving with pointing confirmation)adalah wajib sejurus selepas melangkah masuk dalam kilang dan juga semasa lintas jalan. Shisakanko ni KYT(kiken yochi training) iaitu, salah satu cara untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini/bahaya berlaku. Selalunya perkeja yang bekerja dalam sektor yang senang dapat bala seperti pemandu train, pemandu bas, pekerja kilang lah. Kalau di kilang, sebelum masuk kilang, pakai jari telunjuk tunjuk arah sambil cakap "右よし、左よし、頭上よし、足元よし"(kana OK! kiri OK! atas kepala OK, bawah OK!), then baru masuk kilang. Ha aku 1st time rasa macam pelik dan sungguh lawak nak buat macam tu. Dah sah-sah takda apa pun kat depan mata, Forklift apa pun tak gerak ha ha detail sunggoh la kamu orang Jepun! Nak on suis pun kena cakap kuat-kuat.



2. Semua orang tak bercakap dan buat kerja macam robot. Serius aku tak penah nampak sorang pun cakap apatah lagi bersembang ala kedai kopi dok bergosip. Semua orang pandang monitor, ada yang tengah pakai CAD design, ada yang tengah tulis surat, ada yang membaca, TAK ADA yang bersembang. Kalau nak cakap pun pasl hal kerja kat meeting room.

3. Masa rehat pukul 12:00~12:40. Bunyi aja loceng tepat, then semua orang turun ke dewan makan, dan terus makan tanpa bersembang selama 15 min SAHAJA. Wey kalau orang kat Mesia sah-sah la bising gila macam aku pi Panasonic interview cuti aritu. Ni tak, dah la makan laju, pastu blah. Tinggal aku yang makan paling "laju" antara Malaysian ha ha.

4. Greeting sesama employee/employer adalah wajib. Bila berselisih, jangan berat mulut nak ucap Selamat pagi, selamat tengah hari, dan sebelum balik kena cakap, saya balik dulu(ah skemanya bunyi.)

Tu ja 1st day benda yang aku tegezut. Yang lain macam biasalah Jepun kan, hitech segala bagai tu semua orang sedia maklum kot. 1st day aku banyak penerangan aja lah. Best sebab sambil dengar penerangan boleh berjalan dalam kilang, tak la mengantuk. Pukul 5 habis sesi, pukul 5:19 pm naik bas balik rumah~

SHOCKED : Kalut nak kejar bas balik, kad pass masuk tercicir. Ohara-san (dahla berbadan "gumpal") tercungap-cungap lari kejar aku bagi pass tu. Sanggup beliau lari dari department sampai bustop! dart, clumsy nya aku!!!

2nd day :
2nd day. Harini hari SABTU ok tapi aku kena kerja! Shitto. Tapi bila fikir duit orang nak bagi free-free aku layankan aja. ha ha. 2nd day aku banyak habiskan masa dengan supervisor, nama Ohara-san. Ohara-san bawak aku masuk kilang dan ajar pasal experiment yang akan aku buat tiap-tiap hari nanti. 熱間押し出し加工(extrusion process).

Lepas habis sesi penerangan, Ohara suruh baca buku pasal Magnesium!waaaaa. Sama ja macam kat lab dulu hahhaha. Tapi respect la orang yang kat department ni semua power-power. Ada yang grad dari Tokyo Univ(ph.D) lagik. Nak rnd kena pakai otak. So nak pakai otak kena pakai otak orang yang ada otak kot. 2nd day aku agak hambar, biasa saja. Dah tak payah berangan nak pakai suit gaya career woman. Tiap-tiap hari datang pakai baju selekeh pun tak apa. Last-last kena tukar baju kilang jugak!

SHOCKED : Last day kena present 25min depan rnd Magnesium group, dan lecturer aku. Gila apa! Haritu present 5 min pun aku dah separuh mati!


fail amik gambar sendiri
HAIDER. bukan nama sebenar.

fail lagi.

timer jugak membantu

Amacam baju kilang aku?ha ha. Dah macam minah kuroneko(penghantar parcel) ya tak?

sebelum balik

Selekeh.

OK bye. panjang betul. nama pun journal. Kena la panjang.
Jom snowboard!yehaaaaaaaaaa!

5 comments:

zhrh said...

wey kelapa hots ayat baru lagi...haha

haidEr kewl!

cujern said...

best kan budaya org jepun ni. kalau kerja, mmg betul2 wat kerja...

namasayatihah said...

wuu..hots la u punya uniform!!cool!!hee~have to call u 'gadis besi' ka??hehe!!

nti keje panasonic eh??bgs!!ada mamat jepun gorgeous kt Panasonic Malaysia hee~

dartdadada said...

rah : kewl kan kewl kan!!pala hots!
cujen : memang...macam robot dah ni ha!
fatihah : hots ka uniform?macam makcik hantar surat ja kat sini waaaa. panasonic besar la..hopefully ramai la yg hot hot. boleh cuci mata hahahaah

namasayatihah said...

okay la dr minah kilang kt mesia..my uniform lg sucks ok..huu~

yup2..panasonic bsr...da lupa name pakcik gorgeous tuh..tp one of the directors laa..I use to go there dulu...been missing all those japanese dudes!!~

 

Blog Template by YummyLolly.com