1/23/10

kipas susah mati ; shiseido

Shiseido, kau memang idola aku. Sampai bila-bila pun aku akan adore kau. Skin care products kau semua best-best sampai boleh buat aku jadi gila dan broke. Tapi aku tak kisah. Mukaku tetap akan ku jaga, self confidence tu. Aku sampai pernah berangan nak kerja di Shiseido nya company. Jadi engineer di kilang dia. Boley? Boleh kata hampir setengah jenis produk kau aku dah try(produk shiseido ni ada berpuluh+-), ELIXIR, AQUALABEL, INTERGRATE, MAJORLICA, D PROGRAM, MAQUILLAGE, SINOADORE. Aku selalu menafikan kemahalanmu, dan beralih kepada produk yang lebih berpatutan. Tetapi tidak! Last-last aku kalah. Sebab bila aku try Sinoadore semalam(kulit dah kering tahap teruk, plus pencuci muka pakai sekarang dah boring), baru sehari aku pakai dah tak rasa kering muka(kat sini cuaca sejuk menyebabkan kulit muka jadi kering gila, jadi bersisik kalau teruk). So macam mana aku tak adore kau sampai bila-bila? Kalau aku balik Malaysia, macam mana aku nak teruskan pakai? Sebab mostly shiseido yang aku pakai ada kat sini takda di sana(skin care products). Mungkin aku harus lupakanmu. :( Eh tapi mungkin dah ada ya. Yang international SHISEIDO THE MAKEUP segala tu bapak la mahal nak mampos. Nak sentuh pun takut kot. heh.

Trial pack, murah skit. Kalau elok semula muka baru nak beli yang besar.

forever love...

Ok dah ada masa ni mehla aku nak cerita pasal shiseido skin care yang aku pernah cuba.

ELIXIR SUPERIEUR

Kalau pakai, kulit memang akan lembut. Jerawat kurang kalau sesuai lah.

D PROGRAM

Untuk kulit yang delicate atau sensitif atau bermasalah. Konon-konon perasan kulit muka bermasalah dulu, tapi tak pun. Balancing teruk. Sebab tu naik jerawat. So, tak sesuai sangat dengan kulit muka.

AQUALABEL

Tak murah, berpatutan, OK. Tetapi agak kering ya muka kalau tak terlupa pakai pelembab.

Ok itu saja. Kulit muka ni, sebenarnya perlukan balance yang elok. Air, perjalanan darah & satu lagi aku dah lupa. Kalau naik jerawat tak bermaksud kulit kita ni bermasalah, TETAPI mungkin tak balance. Kalau kurang air, akan naik jerawat. Kalau lebih minyak, pun akan naik jerawat. Kalau stress macam aku dulu masa kalut dengan rnd segala bagai, lagi la naik jerawat banyak! So basically, bila dah basuh muka, wajib pakai toner dan mosturizer supaya dapat bagi kulit muka kita balance. Kalau kaya, kau pi spa, massage2 pon boleh jadi cantik, cari consultant dan buat skin 検査, dan fahamilah kulit kita ni jenis apa.

Masalah aku sekarang mata lebam. Tapi malas nak cari eye cream. Survey elixir eye cream. Mak aih, 8000yen(rm320) sebijik, agak gila. Best la kalau duduk kat bandar sikit, banyak lagi produk yang boleh aku try dan tak semahal shiseido. Tapi aku duduk kat kampung. So shiseido ni macam brand sendayu tinggi, felisa cosmetics la kalau kat malaysia, buatan negara sendiri. Patriotik sikit. Kat ceruk kedah pun boleh dapat kan? Mungkin aku patut beralih ke felisa cosmetics. Siapa tahu?(Mak aku pakai Nouvellis kulit menawan ja auwwww~)

5 comments:

aiko kato said...

sini expensive la dart...mayb u have to change to other products nti...btw...i datry majorlica..nice...but tak byk choice...sigh~

sitijamilahazmi said...

dart....muka ur mom mmg awet muda abeh ok.jadi mungkin dia pkai apa saja pun menawa.mak aihhhh mahai kot shisheido.tp dart,kata nak boost self confidence,duit boleh dicari,kulit muka kalau jadik sisik ikan takleh ganti dart!hahaha.

dartdadada said...

fatihah : kan...takda shiseido yang murah..japan kedekut takmau eksport ke malaysia!

sis jamie : agreed!!anyways what have u been using aa skrg for skin care ?

sitijamilahazmi said...

a few weeks before kawen,i started to use kose sebab this perempuan dari nona roguy recommend ckp bagus fo my skin.it works.muka nampak glowy haha nie hubby i ckp.nyeheheh.but mahi gak.mlm i sapu krim safi yg 7 hinggit gakkkk! ;p

dartdadada said...

kose?tk pernah try...but japs skin care ni masuk ja kot..balik nnt tatau nk pakai apa...T_T thanks anyway!

 

Blog Template by YummyLolly.com