4/25/10

operasi rumah

fuh, tadi baru habis buat operasi rumah bahagian dapoqqqqqqqqq. Penat gila, nasib baik ada si bubu yang sama-sama rajin mengemas. Still ada banyak benda yang nak kena tengok pasal rumah baru ni...Lepas kemas dapur tadi baru terasa macam dah ada keluarga sendiri. Dah boleh main masak-masak dengan bubu hihi. Tadi pun lunch kat restoran Ayam Penyet. 1st time gua makan ayam penyet, sedap gak ayam tu kena penyet tak pasal-pasal. Dah 2 hari kerja di Panasonic sek 23, aku kerja as fan engineer. Silalah gelak haha. Kena banyak main solid work and working with fan drawings. Lepas issued drawing, pass kat production line untuk buat kipas, 100& made in Malaysia. Daripada motor kipas pun Panasonic ni buat. So sapa nak beli kipas murah cakap kat aku hehe. So, dah petang mahu keluar date dengan hubby beli barang basah untuk nak masak esok. Malam ni kasi chan la haha. Barang kat dapur pun banyak pakai present masa kahwin haritu, punya lah banyak..thanksssss sebab meringankan beban kami sedikit sebanyak hehe. So, till then pulak ya...muah muah
the ayam penyet!

the minah kilang with her mengantuk husband kena paksa bangun awal!

onepiece : banana republic
skirt : no brand
legging : no brand
bag : mj
flip-flop : tommy hilfiger

4/18/10

sudah boleh duduk diam

wahhhhhhhhhhhhhhhh. Terasa seperti mahu menjerit sepuas-puas hatiku! Sekarang ini baru lepas habis sapu-sapu ubat gatal dekat badan bubu i hihi. Bubu dah selamat menjadi suami pojaan hatiku tanggal 9 hb april haritu. Eh harini berapa haribulan eh? Terus lupa lepas kawin ha ha ha. Aku menghilangkan diri dari berblogging sebab nak kawin punya pasal ni lah. Punya lah ta menyempat dengan preparation bagai. Lepas aja kahwin, kena duduk 2 hari kat rumah MIL. Huwaaaa mau menangis kena tinggal masa tu. Lepas di rumah bubu 2 malam(tak sempat nak menjadi bini solehah, makan pagi pon mak mertua yang siapkan), terus honeymoon di Berjaya Redang 3 hari 4 malam, balik semalam tidur di Sepang, dan harini barulah boleh balik ke sarang burung yang betul di USJ. Ponat Ponat. Tidur malam asyik teringat rumah, sampai semalam palingg teruk meracau nak balik Alor Setar ha ha. I really miss home, mama masak, mama papa adik, alang, my life is totally different sekarang. Terlalu banyak nak kena adapt sampai terasa nak gila tapi nasib baik bubu ada and jugak family, the most important thing Allah ada. I'll update everything soon! Best gilak dah hampir settle down. Kalau tidak tak habis-habis bernomad jadi orang Asli takda rumah.


cubaan menjadi patung

SOLD!

me & bubu on the red carpet yang sudah belengas

photos credit to Mukhriz Latif & Udey Ismail Phtography



till then...

p/s : 3malam 4hari da...

4/6/10

hujan



(situasi di pusat membeli-belah alor setar.)

"adik, kat luar hujan dah turun lebat ka?(sekarang musim hujan petang)"

"eh, taklah..baru rintik-rintik saja.."

"ingatkan hujan, akak tengok adik sinting seluar, akak ingat hujan lebat kat luar tu, akak kalau hujan lebat pon akan sinting seluar macam tu.."

"........ =_="


kakak tu memang tak bersalah.
mana ada orang sinting seluar kat Malaysia, esp ALOQ SETAQ.
haihs.

one piece : honeysuckle rose
pants : levi's
shoes : crocs
bag : MJ


4/5/10

sunset

Aku suka sunset di sana...sebab aku boleh nampak seketul matahari bulat-bulat bila hampir terbenam. Langit di sana tidak berawan, malah berwarna kebiruan. Lain pulak di sini. Langit di sni berawan kumulonimbus kepul-kepul, tidak pula kebiruan. Tidak dapat dibezakan di antara satu sama lain, masing-masing punya keindahan. Namun, sunset di sini tidak kurang hebatnya. Lihatlah kebesaran Tuhan.

cantiknya....
(tapi dok layan sunset di sini mau kena gigit nyamuk beratus das.)

venue : jitra, kedah.
4/1/10

musyauwarah



Aku nak mengadu sakit pinggang, segala badan dek menjadi bibik tak berbayar FOC kat blog ni. Baru ja habis mesyuarat pra-perkahwinan. Panggil jiran terdekat dengan saudara-mara terdekat untuk apa aku tak tahu. ha ha. Aku main curi-curi dengar dari atas aja. Sekali curi dengar orang macam tengah bertahlil berdoa. Sekali curi dengar orang dah nak makan nasi ha ha.

Anyway, siang tadi memang penat. Sampai ke hujung sebelum orang datang aku dok vacuum. Kerja aku vacum. Nak sapu tak boleh, rumah dah penuh dengan carpet. Mama aku tak suka masak banyak-banyak masa kenduri, so semua cater. Mak mentua nak mai pon cater ha ha. Nasib baik tak masak sendiri. Kalau tidak memang lembik lutut. Semua tetamu makan dengan best, lauk lebih semua bawak balik tapau. Syok-syok. Aku pun dah lama sangat tak berjumpa dengan jian-jiran walaupun jiran sebelah rumah.

Tapi alhamdulillah, semua sudah selesai dan maklum. Majlis kenduri nanti semoga berjalan dengan lancar. Mintak-mintak jangan hujan!

mama's best caterer.
 

Blog Template by YummyLolly.com