9/30/10

birthday.


Well, my birthday has recently past last week. Life went macam biasalah, sharp midnight came across the night, got a simple birthday wish from hubby, the best was his tender kiss. Lagi best kalau baby dalam perut ni boleh ucap birthday kat mummy. Sebelum ni dapat hadiah bagai seronok...tetapi sekarang hubby's warmth sudah cukup membahagiakan. :)

The day before, i was craving for cupcakes and hubby drove me to wondermilk cupcakes. Lest just say, the cafe was extremely gorgeous. Cupcake dia boleh la....paling menyengat milo flavaaaaaaah! Not too sweet compared to others.

suteki~

Bangun pagi tersangatlah fresh, rupanya i would received a bouquet of flowers from hubby. Chey nak surprise lah konon, tapi memang it worked! Thanks honey. First time to get yellow and orange flowers. Maybe he wanted something different. Dahla hantar ke ofis, satu kampung tau bikin i maloo saja lah! Terasa sweet sekejap haritu.

Letak di meja sikijap.

and not to forget present from officemaite!

They really made my half day besides balik rumah bukak facebook, wishes from friends praying for my happiness! I could feel the blessings from GOD. Thank you for giving me such a wonderful life. No complaint, i just feel sangat-sangat BERSYUKUR by having a lovely husband, now we're waiting for our jr. to come out, wonderful job(started to like my job), caring family, I couldn't ask for more!

The rest of the day will be storied later. to be continued.

9/22/10

How they get dressed when pregnant




Found pictures of mummy wannabe of Japanese.
Interesting, sometimes feel funny, the way they dress up. hihi.
Interesting tho.
9/20/10

riang ria raya


ish lambatnya entry aku pasal raya.heheheh hopefully its not too late to wish everybody Salam Aidilfitri. Ala raya kan sebulan.Cemana raya anda-anda sekalian? Surela syok kan. Dek raya haritu, Mommy Dart naik 4 kilos!!! mAk aih.. Perut dah naik jadi macam belon dah..Kalau buanhg dalam laut, boleh terapung.

Raya haritu best sangat sebab boleh jumpa sedara mara, dan jugak kengkawan baik. Raya di kampung simple aja, baju raya pon tak banyak compared masa zaman sekolah dullu.

Paling best sekali.... dua balun ketupan pulut sampai muntah! Tapi tunggu nak muntah tak muntah-muntah pon, sebabnya perut aku tak rasa nak muntah. Baby dalam perut pon suka. Haih kaki ketupat btoi...Raya pertama tu boleh dikatakan tak makan langsung benda lain....Ketupat ketupat ketupat!

duit raya pulak macam mana? cis ni la bila dah berkerjaya tambah pulak dah nak beranak pinak, semua orang dah tak kasihan nak huloq duit raya. Nasib baik la mama aku dia anggap aku ni macam baby lagi kot..dapat la jugak hahahhaha thanks ma n pa!

Baju raya? mmm..baju raya kami set tema turqouise...tapi tak la boria...ala ala nak biru hijau tu acceptable lah...Sebabkan aku preggy, terasa nak pakai dress masa raya...ada banyak kan sekarang trend..yang ala-ala kaftan pon banyak...tapi Dartnya tak la kelawar sangat baju nya...inspired by Angelina Jolis gitu...time dia preggy pakai caftan cun gilak...




caftan style...cantik kan!
some of my frens yg pakai baju raya theme caftan pun mmg cantik...

selamat hari raya!
esok crita pasal selamat hari jadi pulak ha ha.


9/8/10

balik kg!


Raya mode and balik kampung mode is now ON!
Sudah 5 tahun gua tak beraya bersama family terchentaku.
Sudah 5 tahun jugaklah familyku beraya tak cukup korum.
Along was in Liverpool, and i was in Japan.
Ha ambik tahun ni memang komfom meriah!
Malam ni balik singgah di Taiping kejap, then esok pagi bersedia menuju ke destinasi.
ALOQ SETAQ here i come!!

Tapi bila dah kawin ni, limited sikit cuti. Nak kena beraya di rumah in law pulak. hehe
Bukan apa, tak puas laaaaa.

So, Selamat hari raya untuk semua orang yang mengenali daku.
Tahun ni takdak salam perantaun nimore.
(ceh, macam la tiap2 tahun masuk paper)


Oklah, dah siap masak, tunggu hubby balik, then terus bertolak. Drive safely. chow.

tunggu.......~
9/7/10

buka puasa 1.


Bila dapat tau aja budak Toyohahashi dah balik cuti Mesia, terus terasa nak contact2. Really miss my life kat Jepun. Sanbongi Corner, makan-makan sanbongi girls, jamuan pot-luck! Semualah! Bila ada opportunity jadi single, terus cekau. Sempat jumpa Yana(macam biasalah orang ini ha ha), Aisha, Faiz, Bawear, Lancha & Najmi. Seronotttt dengar gosip-gosip budak Toyohashi. Nanti nak g umah Aisha, she's getting engaged this coming 18th!Congratsssss aishaaaaa. Ish-ish makin ramai member2 yang bakal naik pelamin.. Alhamdulillah, seronok life after kawin ni sebenarnya. life yang paling REAL. Sebab dengan husband kitalah kita dok pandang setiap hari sampai ke tua! haha

Dah dah merepek! Oklah, kena g amik hubby nak g berbuka sama-sama. Rasa asyik berbuka dengan orang lain ja lately...Takpalah kasi chan!

syiokkkkkkkkkkkkkkk~
9/5/10

happy!


saya tak tahu kenapa harini saya happy sangat! harini saya dating dengan hubby. saya pi pkns shah alam, cari baju raya untuk dipakai di rumah mertua. alhammdulillah dapat jugak sepasang. walaupun simple, tapi yang paling penting, perut, bontot, punggang MUAT. buka puasa pun best sangat di SHOGUN sunway pyramid. Sebab boleh makan sampai muntah!!! ha ha.

makan sampai muntah itu sushi semua!!

rehat jap penat.

-all rematched-

KESIMPULANNYA HARI NI MEMANG BEST!
LOVE YOU ABANG!

9/3/10

pana news

Bulan lepas, tiba-tiba kena panggil, 3 budak baru balik dari japan duduk berdiri depan ofis dan...SNAP! kena tangkap gambaq. Alih-alih masuk masuk dalam magazine Panasonic, PANA news. heh. Tak faham kenapa kami perlu jadi muka hadapan sebagai penyeri? Adakah kami bermuka tembok? ish ish malu aih.

pana news

ala keciknya

aaaa ni besar skit. ish ish perut dah nampak la auwww.

Actually, artikel tersebut mengisahkan tentang kilang tempat Dart kerja. Pana news ni diterbitkan untuk para kuli-kuli Panasonic, terutamanya di Japang lah. Supaya diorang boleh tahu info overseas nya Panasonic, ofkos tak macam kat sana as well. Yang paling tak tahan, cameramen pakai digicam bodoh ja. Betapa humble nya orang jepun ni. Tak perlu SLR bagai. Padahal yang cipta kamera gabak orang sepet ni lah jugak.


9/2/10

2nd checkup


Salam. Sementara menunggu bubu pulang, hendaklah gua bercerita sedikit sebanyak hal pemeriksaan kehamilan gua yang ke-2. he he. Tanggal 3 hb 7. laaaa dah nak dekat sebulan dah. Patutnya 3rd checkup dah kena buat. Tengoklah minggu depan kalau ada kelapangan. Sekarang ni bubu kerja kat KL, ulang-alik naik train, motor. Lambat betol nak tunggu beliau pulang. Tak macam dulu, bubu yang amik aku balik kerja, haih itu semua hanyalah sementara.

Ok berbalik kepada cerita asal, Checkup aku ni, aku pilih Hospital/Poliklinik Bersalin Umra seksyen 13 Shah Alam. Kenapa? Sebab :

1. Dihasut 100% oleh kakak ipar member aku, si Denna. Punyalah dok rekemen tempat ni.
2. Murah. Murah seolah-olah anda buat pemeriksaan di hospital Kerajaan. heh. Ultrasound scan without ubat-ubat costs only rm49. Morahhhhh kan!
3. Servis yang mantoppppp. Haaa yang ni memang aku akui. Walaupun poliklinik ni comel ja gah takda bangunan sendiri dengan hanya menumpang di rumah-rumah kedai(cam senget ja ayat), TETAPI semua doktor pakar yang mengendalikan proses pemeriksaan. Kalau reception tu recepctionist takkan specialist kot, ofkossss! 1st checkup Dart, one Indian specialist, 2nd ni anak tokey merangkap owner hospital ni sendiri yang ambil segala history, bla bla. Namanya Dr. Rafi, specialist o&g jugak. Gamaknya semua anak mami lelaki nama Rafi kan hahahah.

Aku tak kisah asalkan aku tak payah nak tunggu lama-lama nak buat checkup. Kebetulan haritu, Pakar Detail scan dari Universiti Malaya bertandang ke Hosp. tu. Lucky ME! Dart baru 20 weeks masa tu, dan sudah layak untuk mencuba detail scan! Detail scan ni Dr. Rafi cakap sekali ja buat semasa preggy. Di Malaysia lah. Tu pun jarang-jarang Malaysian buat, normally pregnant mummy yang dah berumur. Masa scan, semua details baby boleh tengok. Ukuran kepala, ukuran perut, tengok heart baby normal ka tak, sumbing ka, kidney condition, Comel sangat tengok baby masa tu. Baby Dart sombong tutup muka ja. Ingat tengah korek hidung :p Yang paling penting, Dart dah tau gender baby! hihi.

So, alhamdulillah, my baby seemed normal from up to toe! Last-last dapatla 1 cd dr bagi buat tukun. Eh tak, berguna jugak buat diary dia nihhh. Dr. ada pesan, dont simply try suplimentary diet tanpa consultation. So far, OBIMIN paling famous. Dart pernah termakan pujuk rayu si salesgirl kat pharmacy, belilah PRISTIN Fish OIL! Ropanya kandungan DHA kurang dari kandungan EPA. Ceh dah kena marah dengan Dr. Masa pregy, dr sarankan supaya ambil pil yang ada byk DHA berbanding EPA. Be aware! Satu lagi, ubat homoepati jenama SALINDA toksan dok try. Boleh menyebabkan bleeding masa deliver nanti. Dr. lah cakap! OKlah, dah panjang berleteran, mari kita tengok baby! Wahhh. sekali tengok hidung dah makin mancung ni hahahhha.

Oh, cepatlah keluar sayangku.

detail for today and random facts.
period : 23 weeks 1 day
weight : 52kg
Eyes can now open. Ears, fingernails, and fingerprints are all done!
harini baby tendang banyak sangat!
aktif btol la anakku.

Nampak gayanya bulan puasa ni, berat Dart tak naik langsung....Takpalah, hopefully berat baby makin bertambah, berat mummy tak naik takpa, sebab mummy memang takmau gemokkkkk. Oklah, nak siap2 berbuka.BYE !!




 

Blog Template by YummyLolly.com