10/24/10

My destiny..road to government servant!


Ni lah sebab aku merajuk. Minggu lepas hari Sabtu 16 hb oktober 2010, aku dapat surat dari  Kementerian Kesihatan suruh lapor diri esok, 17 hb Oktober 2010. I was taken aback habis dengan surat          ni. Resign belum, medical checkup belum, surat akuan sumpah belum setel. Yang paling menyedihkan, aku kena posting di Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Hubby kat kl, aku kena dok sorang-sorang kat situ, perut dah semakin boyot ni. Kerja gila jugak lah. 

Actually, aku memang nak sangat masuk Government, suka bila dapat offer ni. Bukan apa, sebab bila fikirkan kestabilan bila berada dalam sektor ni. Bila ada dalam non-govmnt, memang tak dinafikan gaji lebih banyak, komitmen pun kena banyak. Aku rasa aku tak sesuai untuk teruskan karier aku especially dengan company aku kerja sekarang. Serius tak sanggup. All i can ever think of is my family. My carrier is NOT my priority. Tak tahulah, dah memang sejak azali lagi aku macam ni. Bila fikirkan masa tua, dapat pencen, memang terbaik. Kalau sakit, semua covered. Bila tengok mama aku, nenek aku nak buat operation, adik aku operate, semua ditanggung, 1st class pulak tu. Tak payah nak rosau pasal payment yang tinggi. And, benefit pasal loan semua, dengar kata sekarang ni kalau gomen senang nak diluluskan. Eh tapi tak jugak, tengok bapak aku lagi senang nak dapat haha. 

Cuma, aku tak berapa suka tanggapan orang(termasuk aku) towards Government worklife. Masuk keja pagi, sempat lagi keluar breakfast sampai kol 10, rehat awal, lama pulak tu ; korang ni takda kerja ka? Aku jugak agak terkilan dengan layanan yang diberikan masa aku nak uruskan hal lapor diri tempoh hari. Aku ke Ipoh kononnya nak lapor diri dulu, then tangguhkan kemasukan sebulan sebab aku belum lagi resign dengan Panasonic. Timbul pulak hal documentation suruh aku buat di Kementerian, meaning aku kena setelkan dulu semua borang-borang submition di Putrajaya dulu, then baru boleh lapor diri di Ipoh. Jabatan dok salahkan Kementerian. Wtf? Susah payah aku ke Ipoh, last-last tak jadi habuk. Terus aku dengan hubby balik ke Putrajaya, nak bagi sempat kejar office hour. Bertolak pukul 11 lebih, pukul 2 30 kami sampai di Kementerian Kesihatan. What a day. Penat gila babey. 

Sampai di sana, Kementerian pulak cakap aku tak perlu pun datang sebenarnya. Patutnya Jabatan kat ipoh kena uruskan kemasukan, dokumentasi, supaya aku tak perlu susah payah nak datang ke Putrajaya. Kementerian pulak dok salahkan Jabatan sebab tak menurut perintah. Haih aku tak faham btul. Yang jadi mangsa mak boyot ni jugak. Bukan nak consider. Marah jugak lah. Dah hampir kena maki dah PTD sumber manusia yang aku jumpa haritu. Boleh pulak dia salahkan SPA sebab lambat hantar surat ke Kementerian. Siap aku kena sound lagi, "Kerajaan ni memang macam ni, you kena faham...kita buat kerja semua mesti lalu procedure bermeja-meja, tak macam swasta..." hello......swasta punya sistem tak banyak corruption ok...tu sebab cepat aja benda boleh setel...Ni memang lah kalau aku dah masuk jadi Engineer nanti, aku takkan buat kerja macam ni. Memalukan saja. Aku akan cuba sedaya upaya komited, tak lah malas macam yang diwar-warkan.

Tapi betul, masa aku kat Putrajaya, sampai pukul 2 30, ramai lagi orang yang baru nak masuk ke pejabat bawak balik makanan tapau. Pukul 4 45, belum lagi waktu habis kerja, dah ramai orang turun bawah nak balik. Sedih tengok keadaan macam tu. Tapi, sedih lagi bila fikirkan aku kena separate kejap dengan hubby. Masa aku masuk nanti, kandungan dalam perut dah pun nak masuk 8 bulan. Masyaallah, hopefully semua selamat nanti. Ichiou, aku dah pun submit borang rayuan tukar tempat posting, rayuan tangguh kemasukan ke Ipoh nanti. Kalau tak diluluskan jugak, memang nasib aku kena harungi, dan aku mesti lapor diri by 15 November nanti. Nasib baik ada kawan baik aku yang boleh tengok-tengokkan aku nanti. 

Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ni...i just have to be positive..Aku bersyukur selama ni aku dapat semua yang aku nak...So sekarang ni kena terima apa yang Tuhan tentukan...:)


2 comments:

Amir said...

hye saje nak komen kat sini.
actually yang awak nampak org balik pukul 4.45pm tu mungkin mase balik dia is 4.30pm.
dalam gov sector di putrajaya ade 3 jenis mase bekerja.
7.30am-4.30pm
8.00am-5pm
8.30am-5.30pm

okay itu jer nak bagi tau

jay said...

hye..sy keje kat KKM gak tp org bwhn jer..betok en amir ckp tuh gov. ade waktu anjal..so sp2 yg blk time cik klua tuh mmg org2 yg blk pkl 4.30.then x sume org gov. bersikap burok.dulu ms sy keje swasta pon sy pk cmtuh tp bile msk gov. sy rase pndgn sy slh..mmg ade org gov. yg prangai xelok, tp segelintir sj..:)

 

Blog Template by YummyLolly.com