Mummy Dart memang tak berpengalaman langsung dalam hal baby-baby ni. Ye lah, ni pun 1st pregnancy. btw, I am planning to give my baby Exclusive Breast feeding, meaning that tiada cecair lain yang akan memasuki mulut anakku termasuk air, kecualilah dengan susu badan Dart SAHAJA sehingga baby mencapai umur 6 bulan. My sis la yang beriya sarankan kempen ni. Tetapi walaupun breastfeed, sampai bila boleh bertahan tanpa kehadiran botol susu? Kalau Dart ni suri rumah yang 24jam terperuk kat rumah tak apa. I am a working mummy, so, botol susu sangat diperlukan, tetapi kalau boleh nak isi botol tu dengan susu badan saya saja. Boleh? Tengok senior saya buat boleh aja, yakin boleh!!
Kalau dah pakai botol susu, mestilah kena sterilize kan botol kan? Dart betul-betul ingatkan tak penting mana pun untuk "sterilize"kan botol susu n teat baby. hihi. Rupanya dari zaman Dart budak kecik pun memang semua mummy amalkan cara ni. Tapi dulu mama Dart rebus botol n semua kelengkapan dengan air panas. Sekarang pun ramai yang buat macam tu kan? Tapi nampak gayanya Dart tak serajin tu he he. So, Dart TERbeli sterilizer kit from Tommee Tippee! Seriously i've never heard of this brand before. Kebetulan ada sale dekat mylittlewhiz.com nya kedai. 50% from RM400+- jadi RM200+-. Dekat MOTHERCARE harga still rm400 lebih takda diskaun. Ok la, sebab dapat free 4 botol(kalau nak beli botol ni mahal jugak), and dapat berus botol free ha ha. Mudah, lepas basuh botol terus masuk dalam mesin ni, 5 minit dah dijamin kebersihan!
closer to nature ®
Electronic Steam Sterilizer Kit
close up view.
Jangan tak sterilizekan botol anak. Dart dengar cerita, ada mulut baby yang sampai bernanah sebab teat bottle tu tak dijaga dengan elok and got infected. EEEEsh mintak simpang! Rasanya sterilizer ni optional lah untuk orang yang rasa tak perlu atau membazir. Cuma kit ni dapat membantu dengan menjimatkan masa kita.
p/s: rasa menyesal plak beli botol brand tommee tippee ni, asalnya nak beli AVENT, bottle warmer yang kecik and average macam tak muat ja! Botol susu ni bentuk pelik skit! wuhuuuu~