11/30/10

do we really need a sterilizer?



Mummy Dart memang tak berpengalaman langsung dalam hal baby-baby ni. Ye lah, ni pun 1st pregnancy. btw, I am planning to give my baby Exclusive Breast feeding, meaning that tiada cecair lain yang akan memasuki mulut anakku termasuk air, kecualilah dengan susu badan Dart SAHAJA sehingga baby mencapai umur 6 bulan. My sis la yang beriya sarankan kempen ni. Tetapi walaupun breastfeed, sampai bila boleh bertahan tanpa kehadiran botol susu? Kalau Dart ni suri rumah yang 24jam terperuk kat rumah tak apa. I am a working mummy, so, botol susu sangat diperlukan, tetapi kalau boleh  nak isi botol tu dengan susu badan saya saja. Boleh? Tengok senior saya buat boleh aja, yakin boleh!! 

Kalau dah pakai botol susu, mestilah kena sterilize kan botol kan? Dart betul-betul ingatkan tak penting mana pun untuk "sterilize"kan botol susu n teat baby. hihi. Rupanya dari zaman Dart budak kecik pun memang semua mummy amalkan cara ni. Tapi dulu mama Dart rebus botol n semua kelengkapan dengan air panas. Sekarang pun ramai yang buat macam tu kan? Tapi nampak gayanya Dart tak serajin tu he he. So, Dart TERbeli sterilizer kit from Tommee Tippee! Seriously i've never heard of this brand before. Kebetulan ada sale dekat mylittlewhiz.com nya kedai. 50% from RM400+- jadi RM200+-. Dekat MOTHERCARE harga still rm400 lebih takda diskaun. Ok la, sebab dapat free 4 botol(kalau nak beli botol ni mahal jugak), and dapat berus botol free ha ha.  Mudah, lepas basuh botol terus masuk dalam mesin ni, 5 minit dah dijamin kebersihan!

closer to nature ® 

Electronic Steam Sterilizer Kit

close up view.

Jangan tak sterilizekan botol anak. Dart dengar cerita, ada mulut baby yang sampai bernanah sebab teat bottle tu tak dijaga dengan elok and got infected. EEEEsh mintak simpang! Rasanya sterilizer ni optional lah untuk orang yang rasa tak perlu atau membazir. Cuma kit ni dapat membantu dengan menjimatkan masa kita.

p/s: rasa menyesal plak beli botol brand tommee tippee ni, asalnya nak beli AVENT, bottle warmer yang kecik and average macam tak muat ja! Botol susu ni bentuk pelik skit! wuhuuuu~

review from madeformums.com

11/16/10

5th & 6th checkup

Nothing much to say about my previous 5th & 6th pregnancy checkup. Seperti biasa doktor cakap normal. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Urine, blood pressure, normal jugak. Tapi....BERAT??? hahaahha macam hapa lagi naik mendadak. On the 5th checkup, my weight increased to 59kg babe. Ok la terima dengan pasrah. 6th chekup, drastically jadi 62kg!!! Mak aihhhhhh~ sabaq ajalah, sekarang ni bila pijak aja lantaim terasa kebas di tapak kaki. And di kawasan betis tu ada macam terkena electic shock by the time nak mula jejak tanah. Selera makan mummy Dart memang bertambah-tambah. Kalau hubby tak habis makan, Dart akan habiskan! Eh tapi jarangla....hehe sebab kami dua-dua pun membela perut sama-sama seiring! he he. Pastu sekarang baby dalam perut lagi kuat menendang! Pantang pegang perut sikit, dia bagi refleks. Selalu jugak baby keraskan badan dia. Then kena urut2 untuk bagi badan dia lembut sikit. Baby macam dah ada jadual waktu dia berjaga and tidur. Anak mummy ni macam suka berjaga malam ja..sebab pukul 10 mlm ja dia akan aktif tendang-tendang perut mummy. 

Doktor kasi gambar baby 4d masa checkup ke-5!! Makin tembam my honey bunny!! Tengoklah pipi dia...rasa macam nak cubit! ngawwwww~

Gambar sisi.
 Tangan baby belah kiri terkena forehead. 
Nampak tak muka dia yang booooooolat??

Masa 6th checkup, tak best langsung, doktor tak friendly. Hampeh. dah la ramai gila orang, so layanan pun ala-ala kadar ja. Eh sebenarnya marah n tak puas hati sebab bilik checkup kebetulan guna mesin ultrasound yang tak boleh convert to 3d image! GERAM sangat sebab mummy dart kumpul gambar baby yang 3d! Pastu doktor india ni, dah la satu tak friendly, buat scan macam tak mantop ja. Apa dia tengok pun tak tau! Kalau Dr Ummul pakar O&G buat ultrasound at least faham jugak kedudukan / image baby yang dia tengah tengok! Kesimpulannya, agak frustating la checkupp yang ke-6 ni. 


Ni gambar hubby masa dia kecik! Sepet kan? Ngomellnyaaaaaaaaaa dengan telinga capang tu hahaha! Rasanya our hero pun nanti akan jadi muka apek-apek jugak iras hubby, sebab mummy n daddy dua dua sepet! heehehe. Sekarang ni pantang tengok baby, rasa macam nak tengok baby sendiri cepat-cepat!
11/15/10

Pangkor ; Pengembaraan Lembu

Hi nama saya "LEMBU". Saya adalah bantal bucuk kesayangan tuan saya, mummy Dart. Setiap hari mummy Dart tidur berbantalkan saya, lebih-lebih lagi time dia preggy, boleh support belakang dia yang selalu lenguh. Berjasa kan saya?

Oleh kerana saya sangat setia  kepada mummy Dart, mummy Dart bawak saya jalan-jalan ke Pulau Pangkor. Company Hubby mummy Dart organize Family Day kat situ. Saya nak cerita pengalaman saya yang sangat tidak akan dilupakan!

Kami drive sendiri dari KL ke Jeti Pulau Pangkor. Perjalanan kami memakan masa yang agak lama sampai mummy Dart terpaksa menggunakan khidmat saya. Habis sakit belakang, kesian mummy Dart. 

Bila kami sampai, hubby mummy Dart pun bawak saya, saya just duduk atas beg mummy Dart ja hihi. Mummy Dart kadang-kadang ja dukung saya, mungkin malu semua orang tengok dia kot. Tambah-tambah badan saya comot sangat, terkoyak rabak lagi.

Sesudah sampai di jeti, kami hilangkan dahaga sekejap, layan ais kacang...

Oh itu dia JETI! Kami dah sampai, tetapi malangnya kami terlepas feri. Tepaksalah kami tunggu satu lagi feri yang seterusnya. 

Lama jugak kami terpaksa menunggu sampai bosan la jugak...Kami lepak-lepak ja sebelum naik feri.

Apabila feri sudah sampai, kami pun bergegas masuk ke dalam feri. Bergegas pun tak la bergegas sangat sebab mummy Dart cepat semput..hihi Disebabkan terlampau letih, kami pun tidur dalam feri. Feri ke Pulau Pangkor taklah memakan masa yang lama, hanya 30 minit saja. Saya sempat tidur sekejap saja, sebab lepas tu mummy Dart kacau saya sebab dia dah lenguh belakang. Kerja saya kan jadi penyandar sejati!

Bila sampai ke Pangkor, kami terus naik van menuju ke Hotel, Seri Bayu Resort. Hotel tu taklah cantik macam resort yang selalu ada dalam fikiran, sedang-sedang saja. Kami terus check-in, masuk bilik terkejut tengok 2 katil single! Mummy Dart dengan hubby mana boleh tidur katil single hehehhe. Tapi diorang layankan aja. Aktiviti kat sini banyak makan, makan, dan makan. Sukaneka pun ada! Tapi mummy Dart tengok ajalah hubby dia main-main kat situ sebab parut mummy Dart boleh tahan besar. Tak boleh nak aktif lebih.

Kami sampai pun dah agak petang, jadi kami sempat tengok sunset di pantai..cantik sangat!

 Langit di sini pun cerah, mummy Dart dan hubby sangat gembira! Saya pun tumpang gembira!

Pemandangan di Pulau Pangkor ni pulak boleh tahan cantik! Air laut boleh tahan jernih, cuma pasir tak putih sangat. Pantai di Pangkor ni tak landai macam pantai-pantai di negeri lain macam Langkawi, Redang.  

 Masa 1st day saja saya tidur dengan bahagia. Lepas tu terus mummy Dart dengan hubby sambung katil ni. Melepas la chan saya nak tidur dengan aman! Malam berikutnya, seperti biasa saya akan teman mummy Dart tidur supaya badan dia kurang lenguh dan sakit-sakit.

 2 hari berlalu dengan penuh aktiviti yang menggembirakan mummy dart dengan hubby.  Saya pun tumpang gembira, walaupun kebanyakan masa saya di bilik temankan mummy Dart. Saya gembira dan bangga kalau dapat bantu mummy Dart supaya tak lenguh belakang. :) Kami sudah bersedia untuk pulang!

Sebelum pulang, kami dibawa ke kawasan yang penuh dengan ikan-ikan satay, keropok, ikan masin! Pulau Pangkor ni sangatlah popular dengan produk-produk ikan! Ikan bilis dari sini memang terbaik! Mummy dart beli sedikit sebanyak ikan masin, satay ikan, dan lain-lain. Hubby mummy Dart pulak beli fridge magnet sebab dia kumpul segala jenis fridge magnet kalau dia travel.

 Sesampai di jeti untuk menunggu feri, kami pun lepak-lepak. Tapi tak lama sebab feri sudah nak sampai.

 Sempat lagi saya bergambar membelakangkan pemandangan jeti! Ala, dapat jugak jadi kenang-kenangan saya nanti....:)

Kami sudah berada di atas feri untuk pulang! Masa mummy Dart n hubby tidur, saya sempat lagi melayan perasaan atas feri ni menghirup udara segar! Best sangat! Trip ke pulau pangkor ni memang takkan dilupakan saya. Mummy Dart pun mesti gembira sebab saya ada untuk kurangkan sakit belakang dia he he he. 
11/11/10

Ana Sui Lip Rouge V - Vivid

Wow setiap hari asyik cerita pasal pregnancy ja..nak tukar angin la pulak kali ni. Sudah lama daku tidak membebel pasal makeup. Semalam tengah rajin browse gambar masa awal pregnant, mak aih kuruihhhh nya aku!! Ada some pictures ni mengingatkan Dart pasal lipstick dia yang hendak dikongsi. Bercerita pasal Lipstick, antara lipstick terawal yang Dart pakai ialah Ana Sui. Sebelum tu lagi Dart pakai Chanel, masa awal-awal dulu rasa bau busuk, tapi sekarang cam dah biasa bau rose. Ana Sui lipstick memang terbaiikkkkk. Dart tak suka sangat lipstick yang glossy, sebab nampak macam comot baru lepas makan mee goreng. Kalau boleh, lipstick nak kering(kalau nak sapu lpi gloss pun ok), dan tahan berejam-jam tak tanggal sebab dart jenis tak suka touch up setiap kali pi toiet, al-maklumla pemalaihhhh. Make-up pun dalam kereta ja selalu last minute heeee.

Dart ni jenis suka makeup yang sangat-sangat natural look, cukuplah sekadar menambah seri muka. Tak perlu gomak terlebih-lebih. Selalunya Dart akan pilih lipstick tone yang natural or nude color. Tak berani nak cuba colour yang meletopppppp/"merah ang ang". Tapi kadang-kadang tu rasa bosan jugak asyik sama ja, so i decided menjadi berani untuk mencuba red devil colour lipstick! grrrrrr.

Survey punya survey, terbump into Ana sui booth, masa tu kat Metrojaya kebetulan nak habiskan voucher parents i shopping tak hengat berjumlah rm 80(Seratus ringgit dapat rm10 voucher awwww)."Nyah, i nak lipstick yang merah tak hengat and boleh tahan lama berejam!"  Salespondan tu pun recomend this Lip Rouge - Vivid. 

 Haaa ni lah ropa lipstick tu. Ngawwww kan?

So, i dapat beli dengan murah sebab guna voucher hehe. Harga dalam RM80+- . Masa nak keluar terus try pakai. Memula rasa makkkaihhhhhhhh! Terang betul tak tipu! Bila dah lama-lama biasa ok ja...cuma tak biasa tengok diri sendiri macam red devil. Memang bagus sebab stay longer than i expected! Sehari tahan, dan tak sticky langsung! Its like macam lipstick tu blend dengan darah kat bibir, ala...ala-ala lipstick yang ATOK/TOKWAN kita beli  kat mekah tu....ingat dak?? Lipstick ni boleh buat 2 jenis style...Nak cute boleh, nak GARANG pon boleh buat. Nak cute macam Jepun? Ha tengok kat bawah ni.

1. Dart selalu pakai macam ni ja, just sapu sedikit bagi terang di center of lips(atas dan bawah), yang bahagian hujung-hujung, make it lighter, and lepas tu apply lipgloss yang orange-look. Jadilah ala-ala model kat atas ni!

2. Kalau nak GARANG look, kena sapu betul-betul kemas, kalau tidak comot! Its better to apply lip liner before applying red colour lipstick. Gambar kat bawah ni sedang-sedang saja i sapu ikut dan orang Kedah kata. heeeee. Dart buat mata ala-ala smokey yang light. I think smokey eyes do suit well with red devil lip. kan?
top : banana republic
pants : uniqlo skinny tapered
skirt : cotton shop
slipper : tommy
bag : tommy

Kesimpulannya, jangan takut untuk mencuba lipstick merah atau orang yang pakai lipstick merah. Belum tentu depa ni garang! Depa tak makan orang aih ha ha. ok bye.
11/10/10

tips : stretch mark during pregnancy

Banyak perubahan fizikal yang akan dialami oleh wanita mengandung. Memang banyak dan amatlah JELAS ketara, contohnya payudara membesar dengan hebatnya hahhahahaha. Kesitu pulak. Harini bukan nak cakap pasal benda yang membesar, tapi nak cakap pasal "stretch mark" yang akan timbul semasa mengandung. Stretch mark tu selulit eh? Ah apa-apa ajalah, kalau tanya bapak, adik dan abang aku, mesti keluar habis bahasa doktor diorang. 

Setelah di"google", selulit ni sebenarnya tak sama dengan stretch mark. 

Selulit/Celulite :
Cellulite describes the occurrence of trapped fat under the layer of the skin that causes a dimpling effect of the skin. The dimpling effect is often irregular and patchy. Sometimes it is also synonymous with the term “Orange Peel”.

Stretch Mark : 
Stretch marks are often the result of the rapid stretching of the skin associated with rapid growth (common in puberty) or weight gain (e.g. pregnancy, muscle building, or rapid gain of fat) or in some cases, severe pulling force on skin that overcomes the dermis' elasticity. Stretch marks may also be influenced by hormonal changes associated with puberty, pregnancy, muscle building, hormone replacement therapy fortranssexuals, etc.Medical terminology for these kinds of markings includes striae atrophicae, vergetures, stria distensae, striae cutis distensae, striae gravidarum (in cases where it is caused by pregnancy), lineae atrophicae, striae distensae, linea albicante, or simply striae.
source : Wikipedia
 
Selulit - lemak terkumpul

Stretch Mark 

So, dah faham kan? Hot spot garisan-garisan durjana ni adalah di kawasan pangkal peha ke bontot dan juga perut. Ada jugak di ketiak ya? ha ha. Tapi kesimpulannya, dua-dua fenomena ni pun amatlah buruk kalau berlaku kepada kita khususnya golongan hawa sebab kesian kat laki nak tengok hari-hari ha ha. Memang biasa bagi orang mengandung mengalami masalah stretch mark kan? Yang paling digeruni apabila garis-garis buruk ni muncul kat perut. Memang susah nak hilang. Aku amat bersyukur kerana dari awal peringkat kehamilan lagi aku dah disarankan supaya sapu satu minyak ni setiap hari, walaupun masa tu perut aku tak buncit pun lagi. Nak tau minyak apa? 

BIO-OIL

Minyak ni dari South-Africa, mengandungi vitamin A&E, Calendula, Lavendar dan juga Rosemary oils, Chamomile extract and PureCellin Oil, penuh dengan vitamin dan khasiat  untuk mengembalikan kesegaran kulitlah! Bio-Oil juga boleh meminimumkan appearance of stretch marks, hyper-pigmentation, scars, as well as treat other skin concerns macam aging and dryness. Dia ada sebut stretch mark kan? 

Terus terang aku boleh katakan/jamin minyak ni bagus dan amat berkesan. Sebab aku dah cuba. Harga pun tak mahal sangat, RM 30+- ja, senang nak dapat di Drugstore macam Watson/Guardian. Caranya, senang saja, just sapu mengikut bulatan/circular motion di tempat yang hendak dikurangkan kesan parut sehingga minyak tu betul-betul meresap ke dalam kulit. dan tunggu kesannya.

Aku hanya boleh jamin stretch mark tu tak muncul kalau sapu dari peringkat awal preggy, tu ja. Perut aku memang takda langsung stretch mark(licin berseri auwwww), kalau nak diikutkan aku memang layak untuk mendapat kesan  ni sebab aku sangat kurus macam lidi sebelum pregnant dan memboncit dengan drastiknya bila mengandung.

TETAPI! Dari awal memgandung aku just sapu di bahagian perut sebab tak sangka tempat lain akan muncul. Tengok tengok tak boleh elak juga!!! Stretch mark di bahagian bontot aku naik, banyak pulak tu!! Erghhhh. Masa sekarang dah terlambat untuk sapu minyak ni sebab aku try sapu tapi tak hilang-hilang, dan sangatlah buruk!! So, kepada mummy wanabies sekalian, jangan ingat perut aja nak cantik, peha n bontot pun jangan lupa sapu jugak, kalaulah aku sapu dari awal-awal dulu....... Dah terlambat untuk aku pun. Mungkin aku kena cari krim lain yang lebih kuat efeknya/khas untuk hilangkan stretch mark bodoh ni.  

mari "beriadah"

Orang datang park dekat rumah untuk bersukan; jogging, futsal, cycling, etc. Kami berkelah di tepi kerusi hantam putu mayam. hahahhaha. Tak larat la nak jogging sekarang ni. Lepas kawin memang terasa tak bersuka langsung. Hubby ada jugak main futsal, badminton. Nampak gayanya lepas bersalin kena diet yang bukan hangat-hangat tahik ayam!



Tengah main-main, tiba-tiba tejumpa abang ipar dengan anaknya yang cute, Misha(Melissa Syaqila). Diorang datang rumah tapi tengok kami takda, terus cari kami kat park tengah berpacaran, nasib baik jumpa. heeeee. Snapped some potrait pictures of this cutie honey. No edited. Misha comelllllllllll~


budak kecik's candid pose memang terbaik.
11/9/10

Deepavali Holiday


HAPPY BELATED DEEPAVALI
(to whom celebrating)!

Hi guys, how did you spend ur Deepavali Holiday? Well, mummy Dart cuti lama dari hari Khamis minggu lepas sampai harini(Selasa). Esok baru start kerja balik. Apart from resting and enjoying my holiday membela perut all day long, so far, Dart banyak keluar mencari barang-barang untuk baby Dart, cukupkan list! Alhamdulillah, barang-barang persediaan dalam list tu dah hampir cukup. Tinggal nak packing masuk dalam kereta and vrrrrrrrrrooooom to IPOH. Oh .... Dart jugak banyak jalan-jalan cari makan! Makan makan dan makan! Alang-alang dah nak gemuk kan! kakakaka.

4th November, hari pertama Uniqlo dibuka Dart, hubby n my big bro jalan-jalan di Farenheit BB. Apa yang mengejutkan, sampai malam pun still kena beratur panjang lebar just untuk masuk dalam Uniqlo. Kami tak sanggup nak beratur lama-lama plus, ada apa dengan UNIQLO? Acewah...belagak gila. Maybe sebab murah kot, sale masa launching tu yang orang sanggup beratur sampai berejam! And plus Uniqlo ni sebab made from Japan, dan Japan memang sah-sah terkenal dengan fashion freak, menjadikan Uniqlo ni famous! Jalan-jalan Pavilion sampai lenguh! Oh anyway, my big bro baru posting HO di HUKM semalam. Good luck DR. Danial! Lepas ni boleh belanja kami wuhuuuuuuu!

Makan-makan di Umami steamboat with bro in law's family, better from Flaming stamboat. Hubby lah yang cakap sebab Dart pun tak pernah cuba Flaming steamboat sampai sekarang. Steamboat di hati mummy Dart ni steambot medan selera tepi rumah Dart ja. Memang terbaekkkkkkkkk!! Pakai arang lagi!

Semalam, adik Dart ajak makan di Seoul Garden, Korean cuisine. Kebetulan masa lunch boring, hubby pun kerja...Oklah, the treat was great. Great lagi sebab Alang belanja! ha ha. First time jugak makan kat sini, yang Dart paling suka ikan keli chili bakar! Semua makanan kena bakar sendiri, ada juga steambot tapi tak sedap langsung kuah tomyam dia. Ada buah-buah, ais kacang, ice cream for dessert. Best!

Dah berapa kali Dart datang area BB ni, satu sebab selalu ke M.A.C Lot 10, kalau nak beli apa-apa dart akan beli kat Lot 10 sebab dah kenal salesgirl dia, Karen. G uniqlo, masuklah dan nak tergelak sebab penuh dengan baju winter!! grrrrrrr. memang takkan beli la, cashmere and all the fleece jackets, down jacket, muffler, mittens! Pergh sungguh tak sesuai! Yang bestnya jeans dia(satu jenis ja - skinny fit straight) sale sampai jadi rm49. Morah-morah. Nasib Dart takleh pakai dah. Tunggu lepas baby keluar, dart akan borong Boyfriend denim. Dart paling suka boyfriend denim uniqlo! 

Kesipulannya, takmau pi IPOH!!!! I love my life here with my family and friends!!!duh~

sa.....what? (yoga mat slipper)

I dont know what mummy wannabies are wearing while pregnant, but most of the time sampai la dah 32 minggu, I am still wearing selipar Jepun. he he. Dart memang Selipar Jepun freak dari zaman sekolah lagi heeeeeeee. Bila terasa nak simple, just grab the slipper, and you're done! I started to wear it like everyday sampai la dah nak jadi mummy. Bila la nak jadi grown-up ni? Eh-eh, artis pun pakai selipar Jepun apa! Actually, tak ada pun spesifik kena pakai kasut apa while pregnant, asalkan mummy tu rasa selesa, sudah cukup memadai kan? 

Kebanyakan slipper Jepun tak selesa, i mean tak boleh pakai untuk jalan lama-lama. But ada jugak some brands yang produce not only nice, but also comfy enough untuk dipakai. As far as i know, Teva brand memang menitikberatkan soal keselesaan. Dulu Dart suka pakai Roxy, and all the "ocean-surf" brand macam Ocean Pacific. Antara yang paling tahan lama is my OP flip-flop, sampai ke Jepun, tak rosak-rosak. Cuma slipper Jepun ni lama-lama bunga akan hilang. So mungkin slippery. 

Bila balik Malaysia, jadi tak tentu arah sebab dah macam banyak sangat slipper Jepun, takut tak selesa. Lama jugak Dart survey-survey, last-last terjumpak this 1 brand called SANUK from USA. Dart cuba Yoga Mat Slipper dia. Fuh, memang lembut. As we all know, Yoga mat digunakan untuk Yoga exercise la kan, sangat lembut, plus kalau kita pijak lama-lama pun, bila tak pakai akan back to normal dari segi ketebalan. So far, Dart memang berpuas hati dengan Sanuk ni. 

Harga tak sampai seratus, dalam RM 70-80. Dart beli jugak sebab time pregnant kaki cepat lenguh. 

Helle Berry with Sanuk flip-flop

Sekarang ni bila dah masuk 33minggu, rasanya dah kurang sesuai untuk Dart pakai slipper Jepun kot sebab perut ni makin besar dan berat. I'll be searching for Maternity sandals, tapi...i will definitely not buy.....

THIS!!

and also....
THIS!!
I know modernmum memang satu brand yang sangat bagus dari segi fungsi kepada swollen feet bla bla...but kurang berkenan dengan design dia....phew.

Kalau macam ni..mmm boleh difikirkan!
Tapi sudah tak ada banyak masa, or else i'll just grab modernmum sandals tu susah-susah sangat heh.

top : voir
pants : scarlet maternity
bag : guess
and SANUK!
11/8/10

"Comment" Posting

Ada orang cakap tak boleh comment kat my page, Dart pun ingat macam tu. Tapi sebenarnya comment boleh, just kena tekan kat Title dulu and kat bawah sekali ada button "Post a Comment". hoho.

Belly Belt Wrap / Bengkung / Barut for mummy



Dart dah mula terfikirkan hal lepas bersalin dan start survey-survey set bersalin. Pasal Set bersalin nantilah Dart tulis, sebab seriously sampai sekarang taktau nak buat keputusan. Tetapi, semasa dalam pantang, memang mummy-mummy(yang ada pengalaman) pakai bengkung/barut kan untuk kempiskan balik perut? Sebelum ni tak tefikir pasal bengkung sebab ingatkan ada jual satu set sekali dengan set bersalin. Tetapi banyak jugak orang yang tak pakai set bersalin cakap, bengkung beli asing. Maksudnya bengkung tu memang semua orang pakai kan. Ada tradisional n modern bengkung so far yang Dart survey. Bengkung tradisional ni nampak serabut! Macam corset, ada tali banyak kena ikat, sekali dah ikat rasa macam tanak bukak dah 2 3 hari ha ha. Eh tapi kalau ada orang jaga kita masa dalam pantang, why not cuba kan? Dart akan berpantang di Aloq Setaq, so sah-sah la my mom takleh nak jaga dari siang sampai malam sebab she's still working. Maybe upah confinement lady. 

Dart tamau buat bengkung, nak buat skirt. Boleh? 

Bila Dart tanya mama Dart, rupanya mama Dart pakai bengkung jenis "zap-on". Mama Dart tak amalkan pantang tradisional sebab papa Dart tak berapa layan sangat jamu-jamu ni. Baru Dart teringat, dulu-dulu selalu main dengan Belly Wrap mama masa kecik-kecik. Belly wrap jenis zap-on mama Dart memag 100% made from getah, takda kain langsung, boleh diwrap belly sampai seketat mana pun. Bila kita buat apa pun takkan jadi longgar. Yang bestnya, sebab benda tu made from getah, cepat sangat keluar peluh, mungkin cepat juga bakar lemak ya?ha ha. Tapi belly wrap tu dah hilang!! Last jumpa benda tu pun masa Alang selalu pakai time sekolah dulu konon nak kempiskan perut. Tapi rasanya memang berkesan la zap-on belly wrap ni kalau nak berpantang. Plus, yang jenis getah ni, bila kita wrap kuat-kuat, secara tak langsung posture badan kita akan jadi straight tak boleh nak bongkok-bongkok. Dart rasa mama Dart dulu memang langsing, so nak gunalah petua yang sama with her.
ala-ala bengkung mama Dart.

So, semalam passed by The Curve, ada 3 4 kedai baby goods, masuk dalam satu kedai ni, ternampak Belly Wrap brand Medela. Harga dalam rm160 lebih. Rasanya semua getah. hmmm takpa-takpa survey-survey lagi sampai ke kedai nama Baby Haven, orang kedai tu cakap dia ada jual bengkung zap-on, tapi stock belum sampai. Dart book dulu, sebab harga dia murah tak sampai seratus, RM75. Dart tak akan beli kalau belly wrap tu ada setengah kain setengah  getah sebab dah pernah try yang fully getah. Kalau tak berkenan, maybe Dart akan ambik Medela tu. Tengoklah macam mana. Minggu depan baru stock tu sampai.
Medela Postpartum Support

Ni antara review orang pakai belly belt after delivary:
I started wearing the belly wrap the day I got home from the hospital, which was the third day after giving birth. I wore it 24x7, only taking it off to shower. And not only did it get my skin reattached to the muscle, but it gave me a lot of support also, as the stomach muscles are very weak after pregnancy.
I stopped wearing the belly wrap after six weeks. I wish I had taken pictures of the before and after, because WOW did it work!!!
p/s: nama pun BELLY wrap, range kurus mestilah tak termasuk pinggul n peha kan?tapi bontot n peha dart yang naik gila-gila! Macam mana nak jadi macam dulu? T_T
11/6/10

Mummy wanna checklist 2nd version

This list pulak was given by my cousin. Lebih kurang dengan post sebelum ni, but lebih spesifik mengikut category, especially whenever we're in Hospital untuk bersalin. Thanks Munirah!


Baby Gear
Baby Tees SL (8)
Baby Tees LS (6)
Romper (2)
Baby Pant - Short (8)
Baby Pant - Long (6)-
Booties (5)
Mittens (5)
Baby Bip (2) - later boleh beli.bila bb dh pandai main air liur
Baby Handkerchief (3)
Barut (10)
Topi-

Diapering
Fabric Nappy (1 pack- 1 dozen)
Disposable Diapers (1 pack - 24pieces)
Diaper Wipes (2 packs)
Changing Mat
Diaper Rash Cream
Baby Detergent for Washing

Baby Care & Grooming
Baby Powder
Baby Lotion-
Baby Oil-
Tissue-yes
Hair Brush-
Cotton Bud
Nail Clipper
Nasal Aspirator-
Thermometer
Minyak Telon-

Nursering
Blanket-
Bedding Set
Kelambu
Bakul Baby (Simpan Baby Gear)


Feeding
Bottle S (2)
Puting Botol Susu (2)
Bottle Brush-yes
Sterilising Tablet-.

Bathing
Hooded Towel
Towel-
Bath Tub-
Shampoo-
Body Shampoo-

Travelling
Bag Baby-
Baby Warmer for Bottle
Milk Casing tingkat2

Confinement (Mummy)
Jamu-
Socks-
Blouses-
Panties
Bra-
Towel-
Bengkung-
Pad-

Hospital Checklist
Blouses (5)-
Socks (2)-
Kain Batik (3)-
Panties (5)-
Bra (2)-
Towel-
Pad (6)-
Face Towel-ok
Disposable Baby Diapers (6)-
Toothbrush-yes
Minyak Selusuh
Minyak Angin-
Plastic Bags-
Nursing Pad (4)
Sweater
Baju Baby (4)-
Minyak Telon-
Baby Wipes
Hair brush
Facial Cleanser-up to u
Mosturiser-
Slipper-
Air Zam Zam



Untuk memenuhkan list sebelum bergerak ke Ipoh, semalam mummy Dart n hubby ke Ikea, actually tak plan pun nak tengok-tengok baby goods, just nak makan meatball hehe. Then ada masa lebih, terus terjah Children's IKEA. Rupanya cute benor la barang-barang kat situ. Mummy Dart beli container, baby towel with hoodie, cotton napkin(comel!!) n mosquito net. Semua comel!!! ha ha.

Pagi ni pulak, kebetulan nak beli barang untuk masak, kami ke Mydin Mall pulak, then beli miyak Telon yang selalu orang suruh beli, untuk sapu dekat perut baby masa dia kembung, and then beli spray bottle juga untuk basuh berak baby. Ada juga survey-survey set bersalin ke arah jamu-jamu, tapi tak jadi beli lagi sebab nak tanya ramai lagi orang yang berpengalaman dalam bab-bab set bersalin ni.

cute kan!

banjir di as


hampir naik air

2 3 hari ni, kawasan utara semenanjung dikejutkan dengan kedatangan air yang tak diundang menyebabkan lebih kurang 25000 orang penduduk terpaksa menjadi mangsa banjir. Ada kawasan yang air naik sampai ke pinggang. Ada kawasan yang tak naik air tapi bekalan air dan elektrik pulak dicatu. Ha rumah aku lah tuh. Alhamdulillah sangat air tak naik masuk sampai ke dalam rumah, kalau tidak jenuh pulak nak kena angkut barang-barang naik atas..Hopefully semua ini akan berakhir secepat mungkin...amin...
11/4/10

Check list for mummy wannabe


Setelah disarankan oleh banyak pihak, kami ke sogo beli jugaklah barang baby apa yang patut. Sebab mummy Dart akhir bulan ni dah nak kena pindah ke Ipoh sorang-sorang. Hubby pulak kat KL, so boyot lah aku sorang-sorang kat sana, aku yang nak beranak, so nak tak nak kena la sediakan barang. Apa-apa emergency kit nak kena disediakan dalam kereta kot-kot baby tak sabar nak keluar sangat. Keluarkan rm500 sekaligus and main ambik ja apa yang patut. Eh taklah. Kami dah survey-survey sebelum beli dulu. Kebetulan Sogo ada buat PUREEN sale kat bahagian baby. Morah wey Morah! 

Anyway, this list was posted by my senior kat note Facebook dia and i was tagged. Membantu, but i feel too much. Boleh dikurangkan lagi budgetnya. 

Baby’s needs:

Breast pump- hidup Medela!!!   - akan beli
Cooler bag akan beli
Storage bottles akan beli
2 Feeding bottles (get the peristaltic nipple ) – I use Philips avent bottles - checked
Sterilizer (steamer) - checked
Cleaning brush - checked

10 suits of clothing - checked
Diapers - checked
Socks - checked, need more
Mittens - checked, need more
Barut - checked
Blanket - checked
Cloth diapers - checked
Swaddle blanket - checked

Waterproof pad – utk diguna bila nk tukar pampers/mandi - checked
Spray bottle  - checked
Wipes - checked
shampoo n bath - checked
Mosquito net - checked
Bath tub - checked
Bathing non-slip mat - checked
Towel - checked
Grooming set - checked
Cotton buds - checked


Newborn pillow akan beli 
Nursing pillow akan beli
Bouncer akan beli
Car seat akan beli
Stroller akan beli
cot - checked 


Mommy’s needs:

Maternity pads - checked
Socks - checked
Kain batik - checked 
Nursing tank/ nursing bra - checked 
Slipper - checked 
nipple cream  akan beli


Happy preparing!!! (tiba tiba aku lak excited lebih2!) hehehe

Ada juga orang cakap beli siap-siap :
- set bersalin (Sendayu tinggi, bla bla
- minyak angin baby(minyak telon) - checked
-baby oil untuk mandikan baby selepas keluar dari perots - checked
-getah rambut (untuk mummy rambut panjang) - checked
-bottle warmer -  akan beli
-bengkung/barut for mummy - akan beli
-baby's travel bag akan beli
-nappy rash cream - akan beli

List kat bawah ni aku yang sendiri rasa perlu :
-kotak/container untuk letak semua baby goods (toiletries, etc.) - checked


swaddle blanket Doraemon sangat comel! ngawwwwwww~

mari memanjakan diri!


Dalam buku/majalah pregnant ada terselit, pi lah memanjakan diri sedikit walaupun tengah bunting-bunting ni. Janganlah kita rasa diri kita tak layak untuk dimanjakan. Macam spa, salon, shopping, holiday! Bagus jugak, macam therapy la jugak, biasalah kan orang bunting ni emosi selalu terganggu, selalu mooody, nakkan perhatian lebih, tak gitu? Betul jugak, aku pun rasa dah masuk 8 bulan pregnant ni makin letih semacam ja...naik tangga pun rasa macam nak dekat 2 jam. Kalau boleh nak tidoq ja atas katil ni 24 jam, rasa selekeh gila. Kadang-kadang terasa bila dah naik badan sampai nak dekat 20 kilos(ala-ala Bunga Citra Lestari jugak ni), terasa sangat tak cantik :(. Tapi tak apa, untuk baby, semua sanggup ku harungi. Rasanya seluar dulu-dulu esp skinny jeans kesayanganku komfom tak padan di bahagian peha n bontots. Kena diet balik la lepas beranak nanti! 

By the way, weekend aritu terasa serabut sangat especially di atas kepala. Kalau ikutkan mummy Dart, memang nak cincang habis-habisan rambut ni sampai pendek tak payah sikat dah. Lepas mandi goyang-goyang kepala dah siap! ha ha. Hubby Dart tak bekenan rambut pendek, apakan daya. Untuk mengembalikan kecerdasan kepala, Dart buat treatment ajalah. Treatment ni pun penting sebenarnya  untuk menjaga rambut, tambah-tambah jenis rambut aku yang frizzy tak hengat ni. Minah kedai tu suruh buat sendiri ja kat rumah, beli wax(paling penting), apply seminggu sekali. Tapi masalahnya kemalasan tu melebihi tahap segala-galanya. Nak tak nak, pi kedai jugak. 

 happy!
Wella SP smoothen mask - RM100
(siriyes rambut kakak kedai tu cantik-tapi last-last aku beli LOREAL mask ja.ha ha)

Sebelum tu, g Hentian Duta hantar mother in law balik Taiping. Captured some random pics. Saya suka awan biru ditambah dengan gelembung awan yang cute! Picture kat  bawah ni pakai pinhole mode. No edited.  

Oh anyway ada orang tanya berapa harga camera Olympus PEN e-p1 kan, double lense kit, with olympus leather bag, flash included + sd card = rm3k. Untuk sesiapa yang tak suka/malas nak angkut camera or feel berat dengan slr, boleh jugak lah beralih kepada micro4 3rd camera ni. Compact, yet hasilnya memuaskan(tapi takla sampai tahap photographer). :)


11/2/10

Playing around with sushi

Well, memang pernah dengar preggy woman tak elok makan raw fish. Tapi memang tak boleh nak dielakkan sebab aku mengidam sushi sejak dari awal-awal peringkat morning sickness dolu-dolu. Kalau boleh setiap minggu nak pi ratah salmon mentah cicah kicap. Sekarang ni perasaan teringin tu dah kurang siki. Thank God hubby pun sangat suka dengan Japanese cuisine. Memang sehati sejiwa bab makanan Japang sebab kami pun berjumpa di sana : ) Rasanya kalau tak elok/sesuai makan raw fish ni, untuk orang yang tak pernah/biasa makan sushi tiba-tiba nak makan, mungkin tak sesuai. Mummy Dart dah 5 tahun tiap-tiap minggu mengadap muka sushi ja so i guess it'll be fine kot.  

Sambil-sambil makan snap pictures, playing around main "batsu" game taruk wasabi banyak-banyak, siapa pilih wasabi terpaksa telan hidup-hidup, boleh bikin pening kepala! ha ha. Who says being together with hubby lama- lama naik boring? Tidak...tidak sama sekali!...hehe





 

Blog Template by YummyLolly.com