1/27/11

mak andam mak buyung

Mummy dart diberi tugas touch up sikit simple -simple cousin Dart untuk hari pernikahan beliau. And guess what, masa tu sehari sebelum Dart meletop! 24 hb Disember 2010. Phew, memang tekad sangat tak kira apa terjadi, Dart nak juga hadirkan diri ke majlis nikah cousin Dart Nabila akak DIKLA ni. Sebabnya majlis ni dilangsungkan di rumah nenek Dart! Kenduri sebelah perempuan berlangsung esok harinya, hari Dart meletup! So, tak berkesempatan untuk hadirkan diri memeriahkan majlis. Orang sibuk bersangding, aku sibuk meneran! Masa hari nikah tu Dart berjalan sana-sini, sampai orang tengok pun naik takut! Serupa orang tak mengandung gayanya. Sengaja sebenarnya buat macam tu, supaya senang nak beranak. Active gila, and Dart tak suka mandom-mandom duduk saja. Boring la, baik kita sibuk-sibuk, time kenduri kan, nak jugak seibuk-sibuk! heee. Tapi alhamdulillah terbukti berkesan. So to mummies wannabe out there, do walk a lot! Tak apa, insyaallah senang nak beranak nanti.

Back to the main story, the makeup was simple sangat-sangat. Dart buat smokey eyes kat mata Dikla ni. Mata dia besar, plus bulu mata melentik sangat sangat, so tak payah guna false eyelashes pun walaupun dah beli spare. Dart guna semua self makeup kit, umm most of them are MAC especially base, takla ada banyak sangat stock. Tapi bolehlah untuk sekadar simple touch up. Terlupa nak bawak balik eye shadow pallet! And, masa tu baru terasa nak beli brush yang best. Takda brush yang appropriate rasa macam tak lengkap! Bukan apa, nanti rasa tak kemas! It's like painting, guna kebesaran brush pada tempat yang sepatutnya. Anyway really enjoyed the day! Congrats Dikla! May you have prosperous marriage. Jangan gaduh-gaduh ~ :)

She's cute...
(sorry for the less quality pic)

My makeup kit.

mimpi yang sempurna

coolio.

Lately Dart usually mimpi indah bermain-main dengan hayyan. 
Hayyan dah boleh lari-lari. Yang paling syok, his outfit was cool. ha ha. 
Mommy tak sabar nak mix n match kat anak mommy pulak!
1/26/11

Sekitar majlis kesyukuran & tahlil

date : 15 Januari 2011
venue : home sweet home alor setar

Akhirnya baby Hayyan botak secara official! he he he. Sayang juga teringat rambut Hayyan kena cukur sebab Hayyan nampak macho kalau ada rambut! Alhamdulillah, majlis kesyukuran berjalan dengan lancar. Hampir 300 tetamu hadir memeriahkan majlis yang sangat simple. Mula-mula nak buat akikah terus tapi memandangkan kekalutan masa, so buat cukur kepala saja. Majlis dimulai dengan bacaan tahlil untuk arwah Datuk Dart yang disayangi pukul 11 : 00 pagi, then seterusnya upacara "belah mulut"(suap kurma & air zamzam) oleh Ustaz Ku Yaakob. Confinement lady yang urut & tunku Dart yang cukur rambut Hayyan. Kemas sangat Maknjang cukur, thumbs up to her!

Masa cukur, Hayyan nangis kejap then terus tidor lena!
Masa belah mulut pulak, Hayyan nangis kuat menjerit-jerit! 

 
Budak botak dan tetamu yang hadir.

Budak botak with Daddy!

US. 
1st gambar dalam pantang. heee. Perut gelebeh lagi hokey! 
 Still have 10 kilos to be hot mommah >_<
1/20/11

tidur lena seperti bayi?

Kita sememangnya biasa mendengar ungkapan ‘tidur lena seperti bayi’ diungkapkan dalam perbualan yang mengaitkan kualiti tidur yang optimum. Namun tahukah anda bahawa bayi sebenarnya akan terjaga setiap dua atau tiga jam setiap malam dan mereka akan mengalami kesukaran untuk tidur semula? 
source : Tidurlah...anakku sayang
Oleh: NOOR FAZRINA KAMAL

Pergh. Keadaan ni lah yang terjadi kepadaku. Baby Hayyan susah sangat nak tidur JERAP. Eh, perkataan ni orang utara ja kot pakai? Bahasa bakunya, tidur tak lena/nyenyak. Memang dah sedia maklum, newborn babies akan jaga setiap 2/3 jam, tapi baby Hayyan ni...lain sikit. Dah la 2/3 jam tu memang wajib nangis mintak susu, tak masuk lagi antara 2 jam tu nangis berak/kencing. OK, boleh tahan lagi, yang tak boleh tahannya, sementara nak tidur dengan nyenyak, Hayyan merengek boleh dikatakan setiap 15min. Eh tu pun kira lama tu. Kadang-kadang, 5 min pun tak sampai dia dah gerak-gerak menyebek. Wow. Kalau tak ditepuk, Hayyan akan nangis lagi kuat. Kadang tu, ubah posisi tidur dia, dia akan senyap. Kadang-kadang bagi puting, senyap. Kadang-kadang lagi kuat nangis kalau letak puting! Mana satu anakku? Begitulah keadaannya. Mama Dart kata, Dart dulu pun macam tu. Kami dulu semua tidur dalam buaian/cradle. Tangguk Dart sampai berejam, tapi mata Dart dok terbeliak jugak. Last-last, penangguk tu yang tidur lena. heeee. 

Macam-macam cara yang Dart cuba. Banyak juga pendapat kawan-kawan di facebook;
  • sapu minyak yu-yi/minyak angin sewaktu dgnnya di tapak tangan, perut dan tapak kaki. -  DONE
  • pakaikan bendul (macam batu seremban tu dalam ada kacang ijau) kat leher. so anak dia xmudah terkejut n ttdo dengan lenanya=) - BIAR BETUL?
  • bedung baby - DONE
  • ajar baby tidur meniarap - DONE
  • tidurkan baby dalam BUAIAN - ............?
BUAIAN? 


Ada juga berpendapat tidur dalam buaian tak elok/tak digalakkan. Sebab bila kemana-mana susah. Anak tak boleh tidur kalau tak ada buaian. Ada betulnya. Buaian penyebab kerosakan pada otak. Betulkah?Kami 4 beradik tidur buaian takda rosak pun otak. 2 orang selamat jadi doktor. heh. Mungkin, bila buaian tu terbalik ka, menyebabkan kecederaan kepada baby. Ramai cakap biarkan saja anak tidur meniarap lebih bagus. Tapi bila difikirkan, kenapa buaian ni wujud??? Kalau la keadaan baby macam baby Hayyan, alamatnya mummy Dart dok kena belek dia 24 jam. Last-last tak boleh nak buat apa. Dart sekarang ni pun risau, malam-malam bukan setakat tak cukup tidur, rasa macam tak tidur langsung. Kalau boleh lena setengah jam tu dah kira berssyukur sangat! Nasib baik mama Dart yang amik turn jaga Hayyan tengah malam. heeeee. 

Dart risau, nanti nak kena jaga anak sorang-sorang lepas habis cuti. Hubby jauh, family jauh. Kerja rumah kena buat jugak. Masak? Nak mandi pun dalam kepala fikir sapa la nak tengokkan Hayyan nanti. Kalau macam ni gayanya, Hayyan tidur tak lena, memang kena belikan buaian.  Mama n papa Dart memang dok suggest dari dulu lagi suruh tidurkan Hayyan dalam buaian. Senang nak buat kerja lain, and plus, Hayyan pun akan tidur lena. 

Nak dijadikan cerita, harini Dart balik kampung. Di rumah nenek, memang ada buaian nenek belikan untuk majlis berendoi dulu. Berendoi abang Dart balik dari Liverpool hokey ha ha. Then kami try tidurkan Hayyan dalam buaian. Memang terbukti, Hayyan tidur lena 3 jam straight! Macam biasa kalau dia bunyi, just hayunkan buai, then terus senyap! Wow. Balik dari rumah nenek, terus kami beli buaian. End of the story. ha ha. Persetankan lah segala pendapat orang mengatakan susah nak bawak jalan. Susah-susah sangat, sangkut spring kat penyangkut baju dalam almari heeee(ni pengalaman member Dart. lawak).

Ni buain stail apa ni? 

Look at him!
Dah 5 kilo ya baby Hayyan. Susu tak pernah cukup! :p
1/17/11

not a spoiled princess anymore

i am not complaining. But its just that this new phase of life is a bit tough for me. Sebelum ni, in fact dari awal pregnant, sampai la baby Dart dah nak masuk sebulan(lagi seminggu, phew cepatnya masa berlalu), Dart dilayan macam puteri raja. I mean, Dart tk perlu nak susah payah buat kerja berat. Kalau buat kerja lebih sikit, orang lain dah concern lebih takut penat la bla bla. Bila dalam pantang, lagi lah menjadi-jadi. Dart nak berjaga malam susukan baby pun mama Dart cakap tak perlu. Biar mama yang setelkan. I feel thankful to mama. Mama Dart everyday tidur dengan Dart, sanggup tidur atas lantai bertilamkan comforter(baby Dart tidur kat bawah sebab kelambu boleh sangkut di situ saja). Dart sedap-sedap tidur atas katil empuk bagai. So far, misi nak exclusive BF agak fail sebab Hayyan sangat-sangat kuat menyusu sampai tk sempat nak pam dia dah bising. So dah jadi campur aduk. But alhamdulillah, Hayyan still nakkan susu mummy dia sampai tk boleh tidur kalau tk menetekkan dia. 

Rutin jaga baby pulak so far, confinement lady yang Dart upah uruskan semua. SEMUA ya. Dari pagi pukul 9 dia datang, terus mandikan baby, then mandikan MAK baby. he he. Susu pulak kalau Hayyan dah bising-bising menjerit adik, mama, or hubby bila dia ada akan uruskan. Basuh baju baby pun mak bidan tu uruskan. Masa 2 minggu awal Dart tensen sangat. Sebab teringin nak jaga baby tapi semua orang tak kasi. Lagi pulak sebab luka episiotomy tak baik-baik. Sakit menyucuk-nyucuk. Sebabnya, Dart ada masalah constipation! Sembelit, Buasir, susah gila nak berak sampai satu hari Dart nangis sorang-sorang dalam toilet sebab tk boleh nak keluarkan poo poo. Sigh. Lepas tu terus luka jadi bengkak balik. Damn.

Today, Confinement lady tu dah tak datang sebab ambil 20 hari saja. Tu pun dah habis rm1500. Tapi puas hati lah sebab smua benda terurus. Nasib baik harini dan esok mama Dart cuti. Pagi tadi, Dart rasa mengantuk dan gloomy sangat macam malas nak bangun. Pukul 9 mama Dart mandikan baby, kemas semua dan tidurkan baby. See. Sampai sekarang im not on my own lagi. Esok i have to try on my own untuk mandikan baby, uruskan semua hal baby sendiri. Lusa memang dah takda siapa nak buatkan. Mama dah start kerja. Tapi alhamdulillah, luka jahitan dah tak terasa. Dart dah boleh bergerak laju ke hadapan he he. Tak la bila bejalan pun terasa sakit. Kadang-kadang panik bila kena tinggal sorang, Ya lah, hubby jauh, mama papa kerja. 

Masa sebelum ada baby, kita boleh lagi untuk jadi selfish walaupun ada husband. Senang saja nak handle husband kan? Still boleh bermalas-malasan. Malas masak, alah beli kat kedai pun boleh. Malas kemas rumah, tak apa esok pun boleh lagi kemas. Malas apa pun still ada ruang untuk esok.

Tapi bila dah ada baby, kalau malas macam mana? Anak mungkin mati kelaparan. Memang dah tak boleh lagi hidup berhoneymoon macam dulu. So Selfish! Tidur pun makin tak cukup. Tak apa, sementara nak biasakan diri. Phew. 

Semoga semuanya berjalan lancar. Amin.

love u both so much.
Will try my best to be the best wife n mommy.

1/6/11

keciwi

ha ha.

Bila tengok balik gambar zaman kat Jepun, macam tak percaya aku dah jadi mak orang. Nak kumpul balik la gambar gila-gila satu post satu gambar. Cam best. Gambar ni kat Laguna, city besides Toyohashi. Tepi laut, tempat orang kaya melabuhkan sayap yatch.



And thanks to Eva Anna my friend yang bertungkus lumus snap pictures of Naoki chan and buat collage siap!

Tips of the day : Untuk taknak bagi nipple crack, biarkan susu badan mengalir di bahagian puting, biarkan basah dengan susu dan jangan lap. Insyaallah nipple akan susah nak crack. Kalau crack juga, sapukan ointment creme, so far BEPANTHEN is the best for me. Eh tapi nipple aku tak crack pun. heh.
1/5/11

amalan semasa hamil part 1

salam...terima kasih banyak-banyak atas ucapan tahniah untuk mummy dart n baby hayyan! Dart just nak kongsi pengalaman semasa hamil, simple summary of amalan-amalan Dart dari segi pemakanan, minuman, diet, etc.

1. MAKANAN

  • HEALTHY DIET-Dart banyak amalkan pemakanan yang boleh dikatakan seimbang, sebab setiap kali waktu makan, Dart akan makan. Dari dulu Dart memang kalau setiap kali makan akan complete dengan protein dari sumber ikan, ayam/daging/seafood, karbohidrat (nasi, ubi-ubi), dan vitamins from sayur. Tak lengkap kalau tak makan  3 benda ni dalam 1 meal. 
  • KURMA-Kebetulan masa pregnant, kena pulak time berpuasa. Dari dulu kalau puasa mesti akan makan kurma. Dart suka makan kurma. Kebaikan kurma untuk wanita hamil sangat banyak. Mari kita tengok kebaikan kurma : source :http://permatahati.wordpress.com/2006/09/26/kebaikan-kurma-ketika-mengandung-dan-bersalin/
  1. Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.
  2. Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.
  3. Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.
  4. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.
  5. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.
  • PRUNE-Buah prune pun sangat menjadi amalan dart, boleh dikatakan setiap hari lepas makan nasi dart akan makan buah prune. Semestinya SUNSWEET! he he. Sumpah senang berak he he. Kebaikan prune? Dengar kata IT'S GOOD FOR CONSTIPATION!Prunes are taken from the dehydration of plums, which are high in antioxidants, nutritional vitamins and minerals. Simply because it is a diuretic, meaning that it loosens up your stool so it is simple to go to the bathroom, it is also a fantastic way to help flush poisons out of your system. It is critical that you retain your body very well maintained; prune juice helps to do just that. source : http://www.healthonlineblog.com/wellness/drinking-prune-juice-can-relieve-constipation-in-pregnant-mothers/

2. MINUMAN

  • MINERAL WATER - Oh ini memang dari zaman anak dara lagi dok amalkan minum mineral water. Masa tu percaya cantik untuk kulit ha ha. Kalau demam ja dr akan pesan minum air banyak-banyak. So, apa lagi, tiap-tiap hari macam orang gila beli air mineral botol besar kat ofis minum minum dan minum! Kencing jangan kata lah, setiap selang stengah jam rasa nak kencing! 
  • FRESH MILK -  Setiap pagi mesti minum susu! Dart paling suka susu Dutch Lady fresh milk. Dart tak minum sangat susu untuk pgregnant woman macam ANMUM, bla bla sebab rasa tak sedap. Pekat semacam. Khasiat susu memang tak payah nk cerita la semua orang tau kan! Tapi dengar kata, susu fresh milk ni banyak kandungan fat yang boleh menyebabkan baby besar! betulkah?
  • AIR KACANG SOYA - Wah ini minuman, memang sangat addicted! Setiap kali time rehat masa kerja, Dart akan beli satu botol soya bean yang fresh. Waaaa rindu gila Panasonic nya soya bean sangat sedap! Setiap kali rehat satu botol kecik saiz mineral water tu akan dihabiskan sekelip mata! Orang kata minum soya bean banyak-banyak anak keluar putih! Nak tahu berkesan ka tak, kena tunggu bagi baby hayyan besar skit, baru boleh nampak dia putih ka tak. Sekarang ni, muka dia asyik merah padam sebab asyik nangis mintak susu! Oh tapi tangan dia putih....auwwwww~
  • FRUIT JUICE - Ada hubby's fren suggest minum Green Apple Juice masa last trimester untuk kurangkan Jaundice. So Dart pun ikut la, bila keluar makan ja Dart akan order juice apple ni. So far, baby hayyan dah masuk hari ke 9, jaundice dia bukan tak ada, tapi sikit sangat, peak masa hari ke 6, sekarang alhamdulillah dah beransur hilang. Good boy! Lagipun, ada jugak dengar kalau baby besar ni susah sikit nak dapat jaundice. No komen...
  • Absolutely no caffeine in my life. Dart tak mengamalkan pengambilan coffee. Dari zaman belajar lagi bila minum nescafe perut Dart akan meragam. Dart juga tak minum air kordial, or air gas sebab memang tak suka dari dulu. Alhamdulillah, setiap kali urine test, kandungan gula pun normal tak tinggi.

3. SUPPLEMENTS

  • FOLIC ACID - Pengambilan Asid Folik sangat penting untuk pertumbuhan awal baby. Bila dapat tau ja Dart pregnant, seawal belas-belas minggu Dart terus beli di farmasi. Then mkn setiap hari sampai la akhir trimester.  
  • PREGNANCY FORMULA, NEURO GAIN & OBIMIN - Pengambilan supplement penting bagi Dart sebab boleh menambahkan khasiat/zat yang diperlukan untuk perkembangan otak baby. As we all know, baby dalam perut memang perlukan kandungan DHA yang tinggi, zat besi, kalsium yang lebih untuk membesar dengan sihat. Masa trimester awal Dart makan Pregnancy Formula from BLACKMORE. Harga boleh tahan hampir mencecah rm80. Tapi disebabkan fikir pembetukan baby masa awal-awal ni penting, so Dart makan. Neuro Gain pulak Dart makan paling lama, tambah pulak dengan Obimin. My friend cakap Neuro Gain ni memang bagus. Her friend's kid cerdik-cerdik belaka. Bila tanya, dia cakap sebab amalkan pengambilan Neuro Gain ni. Wallahualam...
  • MADU TUALANG - Tak kisahlah madu jenis apa pun, tapi the point is honey is good for pregnancy. Alhamdulillah, jarang demam bila selalu minum madu. Dart amalkan setiap hari sebelum pergi kerja, selepas makan supplement, Dart akan minum satu camca besar madu. Antaran khasiat madu :
  1. Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Rasul saw sangat menyenangi madu”.
  2. Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat yaitu meminum dan membaca Al-Quran”.
  3. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.
  4. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.
  5. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.
  6. Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: “Madu adalah ubat dari segala penyakit tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.
  7. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.


4. SELUSUH

  • AIR MUSOFFA - Disebabkan Dart tak sempat nak mintak air selusuh dari pakar2/ustaz yang berkenaan, member Dart suggest minum air musoffa ni. Boleh dikatakan macam air penawar untuk segala jenis penyakit, keinginan kita. Insyaallah akan termakbul....Sebelum minum, baca Al-Fatihah, dan selepas tu selawat ke atas nabi, then minum, dan yakin doa kita akan dimakbulkan oleh Allah. Boleh dapatkan di farmasi mana-mana.
  • AIR KELAPA - Mak mertua Dart suggest minum air kelapa ni supaya air ketuban beeih dan lain-lain. Antaranya:
  1. Bila rajin minum air kelapa muda– terutama di trimester ketiga kehamilan–maka air ketuban akan bersih dan bayi yang dilahirkan juga bersih kulitnya, lebat rambutnya dan bening matanya. source : http://sweetspearls.com/health/khasiat-air-kelapa-muda-bagi-ibu-hamil-dan-anak-dalam-kandungan/
  2. Khasiat-khasiat yang terkandung dalam air kelapa termasuklah kaya dengan kandungan elektrolit, klorida, kalsium, potasium, magnesium, sodium, dan riboflavin bermanfaat untuk rehidrasi dan memulihkan stamina tubuh badan. So ibu hamil sangatlah memerlukan kandungan air yang banyak bagi mengelakkan komplikasi, termasuk sakit kepala, krem, edema dan kontraksi yang menyebabkan persalinan premature.
  3. Befungsi sebagai Natural Diuretik - Membantu menyahtoksin dari tubuh dan mencegah infection pada saluran kencing.
  4. Sebagai antipenyakit - m
    engandung asam lauric, asam yang membantu melawan penyakit. Asam lauric yang terkandung dalam air kelapa sama dengan yang terdapat di air susu ibu dan memiliki karakteristik antijamur, antibakteri dan antivirus sehingga menjaga kesehatan ibu dan bayi dari virus seperti herpes dan HIV, protozoa giardia lamblia serta bakteri klamidia dan heliokobater.
  5. Membantu pencernaan - 
    Selama hamil, plasenta menghasilkan hormon progesteron yang memperlambat kontraksi otot lambung sehingga proses pencernaan menjadi lambat. Maka dengan air kelapa, pencernaan dapat dipercepatkan.
  6. Meningkatkan HDL - 
    Air kelapa muda tidak mengandungi lemak dan kolesterol, bahkan menurut kajian dapat meningkatkan kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh.

  • MINYAK SELUSUH - Dart sempat merasa penangan minyak selusuh di saat beberapa jam sebelum bersalin. Sepupu Dart carikkan daripada ayah beliau dan seelum bersalin di labour room, mama Dart sapukan minyak selusuh tu di hujung rambut Dart sambil baca ayat Quran yang Dart pun tak sempat nak tanya sampai sekarang. 
5. ROHANI


  • 3 SURAH - Dari segi keperluan rohani semasa hamil, Dart amalkan bacaan 3 surah yang sangat glamour ni. YUSUF, LUQMAN & MARIAM. Dart rasa semua orang tau kelebihan surah yang disebutkan ni. Kalau tak tahu, google lah sendiri. Alhamdulillah....Dart senang bersalin, dengan izin Allah. Oh, satu lagi, Dart lambat tau, kalau nak susu badan banyak, banyak-banyakkan baca surah Al-Hujurat. Insyaallah susu badan akan banyak dan anak akan lebih bersifat hati-hati.
  • Sebelum bersalin, masa di labour room, Tuhan saja yang tau betapa sakitnya contraction especially dah masuk 7cm. Tapi nurse di hospital tu banyak advice kan dart supaya banyak istighfar, mengucap, dan baca ayat 'RABBIYASSIR WALA TU'ASSIR, RABBITAMMIMBIL KHOIR...'Alhamdulillah, Tuhan mempermudahkan perjalanan bersalin Dart...
  • 3 QUL - Mama Dart advice 3 Qul boleh menjadi selusuh semasa bersalin. So Dart punya lah pulun baca surah 3 qul ni tak henti-henti. Kesimpulannya semua jenis zikir dart hantam masa tengah layan contraction. heeeeee.
So tulah sedikit sebanyak amalan. Ada lagi amalan yang tak munasabah. Tunggu part 2....heeeee. 

 

Blog Template by YummyLolly.com