10/24/12

bagaimana saya handle anak-anak kecil seorang diri selepas waktu kerja

Alangkah indahnya hidup ini jika suamiku dapat menemaniku, meringankan tugas-tugas harianku sebagai seorang isteri, ibu kepada 2 orang anak yang masih kecil setiap hari. Alangkah iri hatinya apabila melihat suami dan isteri lain dapat bersama mengharungi hari-hari bersama, sama-sama dapat berkongsi melihat anak-anak tersayang membesar. Semua itu hanya dapat aku rasai di hujung minggu. Jadilah, bersyukurlah dengan rezeki yang Allah kurniakan ini. Rezeki manusia tidak sama. Ada yang lebih itu, kurang yang ini.
 
Sekadar berkongsi, setelah hire dan FIRED 4 orang maid, semua al-mangkuk hayun belaka, boleh dikatakan serik untuk mengambil pembantu rumah lagi. Sekarang ni Dart hantar Hayyan dan Hannah ke pengasuh berdekatan dengan rumah dart. Dan sebenarnya hati ini lagi senang bila di tempat kerja. Tak perlu fikir, anak aku makan ka dak? Anak aku terbiar? Boleh mengharapkan kepada pengasuh. Alhamdulillah. Cuma dart susah nak bergerak ke sana-sini bila perlu ke kursus, mulalah pening kepala aku nak susun anak nak letak di mana dan sebagainya. Nak-nak pulak kerja dart banyak juga outstation. Kalau ada maid senang banyak. Tapi hati tak pernah senang memikirkan keadaan anak di rumah! Alahai serba tak kena.

 
Kepada ibu-ibu yang senasib dengan Dart, ingatlah bahawa kalau kita dah masuk kerja gomen ni, memang hidup kita akan berpinda-randahlah. Pasti akan merasa hidup berjauhan dengan keluarga sekurang-kurangnya sekali, hanya masa yang menentukan. Kepada ibu-ibu yang dapat bersama suami, bersyukurlah dengan rezekimu jua dan jangalah sekali-kali merungut penat, letih dan sebagainya. Sekurang-kurangnya ada juga suami sebagai peneman walaupun suami tak sepenuhnya membantu kita dalam menguruskan rumah tangga dan anak. Dan kita harus redha dengan rezeki yang Allah berikan ini. Tapi dalam masa yang sama jangan berhenti untuk berusaha untuk balik ke pangkuan keluarga. Kalau tak usaha mana mungkin kita dapat bertukar balik kan?
 
Berbalik kepada bagaimana saya uruskan anak-anak selepas waktu kerja?
Ingatlah anak saya yang pertama belum pun masuk 2 tahun dan yang adiknya pula baru 9 bulan. Dua-dua perlukan perhatian sepenuhnya. Hayyan masih belum faham cara yang betul untuk main dengan adiknya. Kadang-kadang ditolak adiknya yang baru pandai berdiri sampai terlentang dibuatnya. Dikorek-korek muka adiknya disangkakan seperti boneka kot. ha ha. Kalau nak ikutkan memang tak menang tangan dan penat sangat sebab semua benda kena buat seorang diri. Tapi kena pandai time management. What to do when to do.
 
Selepas balik dari kerja : (sebelum ambil Hayyan dan Hannah dari pengasuh)
Antara Pukul 5:40 - 6:15 (hanya ada 30 minit!)
 
Dengan ekspressnya Dart terus selesaikan kerja rumah yang tertangguh : (wajib setiap hari)
 
1. Angkat tilam dan toto, bantal, lipat selimut ke tempat asal(Dart tidur di ruang tamu sebab pasang air-cond, dalam bilik panas gila).
2. kalau ada botol susu Hayyan dan Hannah yang belum dibasuh, pinggan mangkuk yang belum dicuci lepas semalam bagi makan Hayyan(memang tak sempat nak basuh pinggan kalau hayyan n hannah ada).
3. Dart akan kutip baju-baju yang dah pakai dan masukkan ke mesin basuh dan on-kan(mesin basuh semi-auto).
4. Sementara tunggu air penuh, kalau ada masa dart akan pump susu untuk Hannah in case tak sempat pam di ofis
5. Buang sampah ke luar yang mengandungi sisa-sisa makanan, diapers anak-anak yang dah pakai. Wajib setiap hari kalau tidak nanti rumah berbau busuk.
 
(Masa ni, dah pukul 6! Fuh ada lagi 15 minit sebelum ambil Hannah n Hayyan balik rumah)
 
6. Susun-susun mainan Hayyan n Hannah yang penuh mengikut susunan asal ha ha.
7. Terus capai tuala dan mandi. Selalunya mandi kerbau lah kejar masa. Kalau anak-anak ada di rumah memang tak sempat mandi selagi diorang tak tidor.
8. Solat asar.
9. Sidai kain yang dibasuh dan spin tadi kat luar rumah.(Kalau tak sempat, Dart akan sidai lepas anak-anak dah tido) 
10. Kalau ada masa tambahan, dart akan buat 1 sahaja kerja rumah seperti senarai di bawah:
 
Selain itu, Dart bahagikan kerja rumah mengikut hari. Sesungguhnya dengan masa 30 minit tu memang tak sempat nak buat semua kerja. Kerja-kerja yang Dart devide ikut hari ialah :
1. Lipat kain
2. Sapu dan mop sampah
3. Kalau perlu ke kedai untuk beli barang keperluan, Dart akan sampai rumah lewat dekat pukul 6, maka dah tak boleh buat kerja rumah lain sangat. Kalau beli ikan, udang nak kena basuh dan simpan. makan masa jugak tu.
4. Masak makanan untuk Hayyan n Hannah (bubur or sup anything)/ masak nasi. Preparation potong-potong bawang pon dah makan masa kan..
 
Pukul 6:15 - 6:45 pm
Dah siap kerja di atas, Dart akan berjalan ke rumah pengasuh dan lepak di sana sambil tengok hayyan main dengan kawan-kawan dia. Tak sampai hati nak bawak balik Hayyan awal-awal sebab dia tengah seronok main. Selagi kawan-kawan tak balik ke rumah masihng-masing, Hayyan berkeras taknak balik.
 
Pukul 7:00 pm - 9:00 pm
Masa nilah orang kata quality time with our children! Dart bagi Hayyan main Ipad. Masa dia tengah leka main ipad, dart uruskan Hannah dulu. Make sure bagi Hannah makan dulu apa-apa pun. Masa bagi Hannah makan(cerelec or bubur yang dibuat or Heinz product), Dart sambil-sambil jenguk hayyan. Walaupun tengah uruskan Hannah tapi mesti kena ada dekat dengan Hayyan jugak. Supaya Hayyan tak memberontak mommy dia bagi perhatian kat adiknya aja.
 
Lepas siap bagi Hannah makan, Dart letak Hannah dalam walker dan uruskan Hayyan pulak. Dart akan mandikan Hayyan atau bagi Hayyan dinner. siapkan makanan di dapur dan bawak ke depan dan bagi Hayyan makan di meja dia. masa uruskan Hayyan pun sama, make sure kena bawak hannah dekat jugak dengan Dart, sebab nanti Hannah akan mengamuk kalau bagi perhatian kat abang dia aja. Masa lepas makan, selalunya dah pukul 8:00 pm.
 
Ada lagi sejam sebelum put them to beds.(satu kerja yang tough jugak)
Dart main dengan dua-dua. Ambil mainan yang berlambak belikan kat diorang dan letak semua di ruang tamu. Masa tu Hannah dan Hayyan akan bergembira sepahkan barang. Dart biarkan aja. Sambil-sambil kutip jugak masuk ke dalam tempat sepatutnya. Banyak kena buat kerja sambil menyelam minum ayaq kalau jadi ibu tinggal ni. Dart banyakkan aktiviti hands on untuk Hayyan. Selain bagi main Ipad aja, dart akan bagi pensel or crayon under my supervision dan main lukis-lukis dengan dia. Selain itu, main flash card ABC dengan cara kreatif. Alhamdulillah, Hayyan dah kenal ABC dah sekarang cuma susunan tu kelam kabut sikit ha ha. Semua barang-barang tu jadikan eksperimen dan hantam saja asalkan ada input tentang perbezaan warna, anything yang bagi info kat dia. Dart akan nyanyi-nyanyi lagu If you're happay and you know it, BINGO, The wheels on the bus, Head, shoulders knees and toes, Itsy Bitsy Spider, Where is thumbkin dan buat aksi. Hayyan sangat suka time ni sebab dia akan buat semua yang Dart sebut ha ha lawak toi.
Masa ni Hannah dah mula merengek-rengek nakkan susu dan dah mula mengantuk. Terus dart sediakan susu Hannah dalam botol sebelum masukkan Hannah dalam buai.
 
9:00 pm sampai pagi
Hayyan back to Ipad dan dart bancuh susu untuk Hayyan baring-baring sambil main. Terus ambil tilam, bantal dan toto dan hamparkan di ruang tamu. time to go to bed Everybody! Hannah dart masukkan dalam buai, ada masa Hannah senang tidur, ada masa dia bagi mommy dugaan takmau lena. 3 kali turun masuk buai pun ada. Masa ni lampu semua dah tutup. Dart seboleh-bolehnya akan cuba tidurkan Hannah dulu. Kalau tak berjaya, Dart akan abil Ipad Hayyan dan terus paksa dia tidur sebab kadang-kaadang Hayyan lagi senang lena dari Hannah. Dart pon akan baring dengan anak-anak. Sebelah kiri dan kanan. Dart di tengah-tengah. Dart akan tunggu, baring sampailah anak-anak dah tidur lena. Kadang-kadang dart pon terlena juga sebab terlampau letih menguruskan anak-anak.
 
Kalau larat lagi, dart akan bangun sediakan bag hannah dan hayyan untuk ke pengasuh esoknya. Kalau tak larat dart tunggu esok pagi lepas bangun baru siapkan. Fuh, tangan yang menulis ni bila baca pon jadi penat dengan diri sendiri. Haih bila la nak dapek tukar ni!Nak pass kat hubby plak hihi. Tak senang tapi kena seamnagt kuat sikit lah.
 
Sepah-sepah tiiiimeeee! -_-

7 comments:

Has said...

Oh dart! Ini lah yg dikatakan, berat mata yg membaca blog, berat lagi bahu yg memikul kan? ( lawak bodoh sikit hehe) dart erai yo. Kalau saya mesti dah tak boleh bangun pagi tu..dart erai. Erai. Suatu masa nanti semua ni akan jadi satu kenangan manis..kitto. :)

Husna Hadzarami said...

Oh my.. Baca je pun dah terasa beratnya. Seriously Dart, I salute la you. Your husband must so proud of you and appreciate you more for doing all these.. Malu rasa, kita yang husband sentiasa di sisi dan sentiasa membantu pun, mengada lagi nak merungut penat letih bagai. You're young, and you're so strong! Keep up the good work Dart. Semoga Allah memberkati hidup Dart dan menganugerahkan ganjaran yang berkali ganda dari apa yang Dart buat. Take care!

adiridha said...

dart......... akak doakan ko stay strong be happy and anak2 dilindungi allah selalu... you can do it ! gambare!!!

cujen said...

perancangan Allah tu memang baik kan? Macam Dart, tuhan tu dah tau yang dart akan kerja jauh dr suami, so dia kurniakan anak2 buat peneman..supaya tak rasa sunyi..even penat sikit la nak kena uruskan anak-anak sorg diri..

macam i pulak, duduk dekat dengan family, suami sentiasa kat sisi..tp, beluma da rezeki nak dapat anak.. nak bg kami enjoy dulu kot..

Noor Zakiyah Isa said...

I tabik spring kt u dart! I yg br anak sorg, dok dekat dgn family, suami ni pon selalu merungut and tak larat. I cant imagine handle my kid alone without my husband by my side. Tu yg kami plan tggu anak first at least 2 yrs old br nak pregnant balik. Kalau ade rezki lah.
Just hang in thr. Im sure ur time will come. Keep praying okies!

Noor Zakiyah Isa said...

I tabik spring kt u dart! I yg br anak sorg, dok dekat dgn family, suami ni pon selalu merungut and tak larat. I cant imagine handle my kid alone without my husband by my side. Tu yg kami plan tggu anak first at least 2 yrs old br nak pregnant balik. Kalau ade rezki lah.
Just hang in thr. Im sure ur time will come. Keep praying okies!

akula aku said...

sy da and masih lagi merasa apa yg dart rasa.. sbb anak rapat2..4yrs, 2yrs n 7 months.. sama je rutin dart ngn rutin sy sehari2.. tp org kata masa diorang kecik je kita penat sikit..

 

Blog Template by YummyLolly.com