2/19/10

lysacek

Selalunya tak suka gila bila tengok jejaka dengan aksi ice skating. Serius rasa mcam nak sakat kaki dia time dia luncur bagi tersungkoq. Sebab, lelaki bericeskating ni, apsal nampak macam romeo, lembik, dan sewaktu dengannya hah! bagi aku la...Diorang kena pakai baju ketat-ketat nampak bontot bulat, ewwww. Sama la macam ballet. Its just the oufit tu menjengkelkan. Tapi dengar kata, baju ice skater kalau boleh nak sehabis ringan, range dalam 800 g ja sepasang, batu-batu "swarsfsockoskosksoy" adalah wajib heh. argh susah nak eja! Tapi, sorang ja mamat ice skating yang saya suka!

evan lysacek

(wakil USA for 2010 vancouver winter olympic)

ohhhh, macho sekali!


oh, memang spin dia terbaikkk. sekali dia lompat, dah macam driller boleh tebuk lubang.
tak suka mamat russia tu selebet!

"hangat"



Kat sini kan 4 musim, so winter olympic memang diorang masuk. and ada yang dah dapat medal pun, speed skate, bla bla. Yang aku minat ice skating dan sowboarding ja! Entah la kadang-kadang atlet tak terer mana tapi semangat orang kat sini, media semua pun sangat patriotik. So rasa hebat sangat atlet-atlet nippon! Satu lagi, for snowboarding, half pipe; mamat ni memang cool nak mati.

Shaun White

(USA representative)

mak aih, dia punya trick, power gila. umur tak sampai 20 tahun lagi kot mamat ni. 1st time tengok dia kat X-trail snowboard yang buat kat tokyo dome tu eh. Fuh. Cool! Main snowboard takyah pakai winter gear, hantam dengan jeans n kemeja ja. memang cool. Then usa team nya uniform cool gila.!


the usa team snowboarding gear is too cool!






ok aku doakan malaysia pun akan ada banyak pro skater yang bukan sekerat jalan. betul lah orang kata, nak sesuatu benda, mestilah besungguh-sungguh. mamat ni umur 11 thn pon dah pro. fuh.
2/17/10

BOOKBOOK




A novel way to carry my macbook.

BookBook is a one-of-a-kind, hardback leather case designed exclusively for MacBook and MacBook Pro. Available in Classic Black or Vibrant Red, BookBook brings three levels of security to your prized Mac. First, the hardback cover and spine provide solid protection from the rigors of the road. Second, the vintage book design disguises MacBook for superior security. And third, the stylish case protects you from being like everyone else because BookBook is totally original, just like you.


nak nak!


2/16/10

she she(chinese slang)

Eh, 2 hari lepas kan chinese new year?hehe. Celebrate the feast with chinese colleagues, Randy, Jeremy(Nama chinanya Cheong chong meng), and Tan with his wife. I will not even know Mr. & Mrs Tan have been living in Toyohashi if i dont work at Topy. went for Taiwan cuisine, i love the Prawn Mayonese best! Anyway Happy Chinese New Year again to those who celebrating. Kepada yang tak, selamat bercuti. Kepada bubu, selamat ulang-alik ke kedai bridal hahaha.

smile!

serba merah, baru ada "ong"

handbag : Mama's vintage bag- Hilly
long Tailored jacket : Comfort basic
muffler : no brand
legging : no brand
shoes : Nike wmn high

oh i know im kinda late in purchasing this kind of tailored jacket. hehe. suka gila!
2/15/10

oh my LUIH VITTON!

Ni apa kes dok oh my oh my ni. ha ha. Ni semua cerita Pisau Cukur punya pasal. Oh gedik gil sekor-sekor tapi ok la..suka...kinda simple. Cuma obvious sangat scene cruise tipu hehe. Sambungan cerita semalam...lepas balik dari tengok bunga rogol, sebenarnya pekena tidoq sat hehe. Then skype dengan family(dah jadi rutin harian pulak), terus pecut kereta comelku ke Toyohashi Station untuk meet up dengan 2 orang supervisorku, Enami-san dan Murata-san. Dua-dua pakcik. Heran aku pakcik dah beranak-pinak ajak aku tengok live concert tak ke pelik.

Actually, Enami-san's wife ni kenal dengan salah seorang band member 空想スクリーン(ku-so screen), band rock tak rock sangat dari Toyohashi. Kalau cek dalam youtube, ada lah 3 4 kerat video diorang. Sampai di bilik kedap udara(studio), tak terus masuk, makan malam dulu. Then barulah masuk ke studio kecik tu. Tak besar pon..boleh la sumbat 100 orang.

the tix - thanks enami san sebab belanja!

the main band

Macam biasalah, kalau ada band yang perform, mesti ada band-band lain yang turut sama memeriahkan majlis kan...antaranya ATLAS, AV169, 山ゆり(yamayuri), dan lain-lain. Persembahan dimulakan dengan band ATLAS, 3 piece band yang levelnya agak rendah ha ha. Communication dengan audience pun banyak lagi kena baiki. Then yamayuri perfome. Oh my, best gila! band couple, lelaki vocal dan acoustic guitar bersama-sama perempuan comel terkangkang main perciussion dan piano. Smart gilak! Memang teruja aku dengar band ni. Mamat yamayuri nya vocal memang mantap, nyanyi lagu tentang "hidup", "hargailah hidup," "jangan nak mati lekas". Macam bila dengar lagu diorang, terasa taknak bunuh diri la bagi sesapa yang dh pasrah dengan hidup. Nak aja beli album diorang tapi apakan daya. Nak masuk concert pon orang belanja hehe. Lupa bawak cash banyak..Then band AV169 perform, terdiri daripada mamat comel, macam nak terkeluar anak tekak aku dengar dia nyanyi. Nice tho.

AV169
(アベレージ169)
cute kan vocalist yang pakai cardi putih tu.
Ada video dalam youtube. kira oklah ha ha.



Then barulah, kuusou screen ni peform. La, pakcik veteran rupanya. ha ha. Nampak gambar macam muda. Vocalist dia pakai baju mat bunga. Ala-ala mr children bila pandag sekali. Tapi layankan aja. Asal music sedap aku apa-apa pun boleh terima...jangan Mawi sudah(ha ha nak jugak selit).



Vidoe curik kat youtube. Video yang aku ambik sendiri ada tapi video ambik celah ketiak sembunyi takut kena marah. Kat sni tak boleh suka-suka ambil video or gambar artist. Menyampah gak part ni. Lepas dah habis semua, dekat pukul 10 malam, then terus balik rumah, lepak rumah Yan , layan cerita SAW trilogy. Ya aku tau aku sangat lambat layan cerita ni. 2 minggu lepas baru tengok SAW. Then weekend haritu sambung sequence saw II, tapi agak hampeh video ada rosak, forward-forward tak faham last-last baca sinopsis apa hal. Then trus tidor sampai esoknya...Esoknya tu semalam la hehe.....ok nanti sambung lagi...da...:)

the studio
eII. knot Toyohashi.

gravis metro pop collection

nice.
the yellow one.
(cita-cita nak all brand for sneakers collection-ya saya memang peminat sneakers)
2/14/10

oh my DIYORRRRRR!


Semalam suka sangat-sangat! Hari tak dipenuhi dengan dengkuran tidur sahaja. Tidur awal dan bangun awal. Sangat rare. Sekali setahun saja dapat tengok aku bangun pukul 7 pagi wahhaha. Dipenuhi dengan aktiviti camwhoring bersama fisheye adapter lense baru Zassssss, my housemate! Venue camwhore ni kat Taman bunga, eh, tak boleh cakap taman bunga. Kebun kot.

Kat sini banyak betul festival terdiri daripada banyak katergori(bukan nyanyi-nyanyi ja), salah satunya banyak festival/carnival bunga. Semalam kami ke festival 菜の花"na no hana"(RAPE BLOSSOMS-bunga rogol?). Eh bunga ni dalam bahasa Melayu apa eh? Macam bunga tumbuh kat sayur kobis ja. Festival ni start from 9hb 1 sampai 31 hb 3 2010. Bandar sebelah Toyohashi, TAHARA city sangat terkenal dengan bunga ni selain aktiviti surfingnya. Jangan tanya aku kenapa bunga ni "dirogol", aku pun tak tahu. Sampai di lokasi, terus tak sabar-sabar snap gambar sendiri, almaklumlah, 2 orang ja pergi. Aku tangkap gambar kau, kau tangkap gambar aku. Tak pun kita tangkap gambar sendiri saja.

kau tangkap gambar aku

kau tangkap gambar aku lagi

Sangat sweet sebab keliling dipenuhi dengan warna kuning termasuklah legging aku ha ha. Cantik.....banyak tempat sebenarnya bunga ni ditanam, tapi kena gerak naik shuttle bus...so kami ke satu tempat sahaja. Tu pun dah tak larat. Tak larat sebab jemu sebenarnya he he.

kita tangkap gambar kita

Lepas bosan dan hampir muntah layan bunga rogol ni, kami terus pulang. Ondaway pulang, kami singgah di Loco Station. Salah satu spot suurfing. Aku memang tak faham la kamu orang yang surf tengah-tengah winter ni wey. Air laut tu mau berapa darjah, mau terketar-ketar wey! Nilah orang jepun, kalau dah maniac tu, manac jugak lah. Sepanjang jalan dari Tahara sampai Toyohashi, sebelah laut sahaja, so kalau terasa nak lepak tepi laut, tu boleh aja. Laut ombak besar lah, nama pon spot surf kan. Tunggu aku balik cherating, luncur atas bod kat sana lah. Tak pun sunway lagoon sudeh!

surfer sebesar semut

gambar kami-tahan pasir masuk dalam mata.

tahan pasir sambil senyum

Serius sejuk nak mampos. Sini memang angin macam ribut la. Buat penat aku lepas rambut. Memang jadi ju-on. Takpa, aku sudah biasa menjadi hantu-hantu sebab aku memang hantu. ;p Pagi ku memang dipenuhi dengan bunga-bunga kuning...balik aku terus ke live concert, supervisor aku ajak. Esok pulak tulis pasal live concert tu...mahu kemas bilik. daaaa~




green jacket : tatau brand
blue cardi : glacier
skirt : no brand
leggings : ROXY
bag : fkolme
and oxford shoes.


2/13/10

kahwin- jangan sekadar syurga dunia(copy from a fren's post)

“Saya perlu bernikah, ustaz. Sangat perlu” ujar seorang anak muda.

“Mungkin tidak patut ustaz menyoal, tetapi KENAPA?” soalan saya ajukan kepadanya.

Bukan kenapa nikah, tetapi mengapa begitu terdesak.

“Tidak tenteram. Ada gelodak jiwa” katanya.

“Justeru selepas nikah nanti, kalau sudah tenteram dan jiwa kembali tenang, apa seterusnya?” saya menyambung pertanyaan.

“Tenteram itu bukankah sentiasa perlu? Jadi perlukah ada ’seterusnya’, ustaz? Saya keliru,” katanya jujur.

“Izinkan ustaz berterus terang. Jika tenang dan tenteram yang anta maksudkan itu adalah pada nikmat beristeri dan menikmati isteri, hati-hati dengan tabiat nikmat dunia,” saya tidak mahu berbunga kata.

“Tabiat yang bagaimana?” beliau agak kabur dengan perbualan kami.

“Kalau ustaz pakar sambal sotong, ustaz hidangkan kepada anta buat kali pertama, Alhamdulillah. Tengah hari nanti sambal sotong juga, Alhamdulillah. Makan malam nanti sambal sotong lagi, Alhamdulillah. Bagaimana jika sarapan pagi esoknya juga sambal sotong dan tengah hari itu juga berlaukkan sambal sotong. Kamu mampu menjamahnya lagi?” saya beranalogi.

“Aduh, boleh muntah dibuatnya. Jangan, ustaz!” katanya sambil ketawa.

“Benar. Segala nikmat di dunia, biar sesedap mana pun ia, sedapnya semasa lapar, semasa bujang, semasa belum merasa. Tetapi kalau sudah dirasa, diulang rasa, berterusan merasa, bisa sahaja yang sedap menjadi hambar” saya menyambung kalam.

“Jadi, apa yang cuba ustaz beritahu saya?” soal beliau.

“Pernikahan, jangan sekadar satu penyelesaian. Ia harus lebih besar dari itu” saya memberikan kesimpulan.

NIKAH UNTUK SELESAI

Tidak salah untuk percaya bahawa pernikahan boleh menyelesaikan banyak masalah. Itulah hikmahnya pada Sunnah bernikah.

Tetapi kekhuatiran yang timbul, ialah apabila sebuah ikatan perkahwinan mahu dilangsungkan hanya untuk menyelesaikan masalah tertentu, dan selepas masalah itu selesai, perkahwinan itu hilang tujuan! Menjadikan perkahwinan sebagai penyelesaian, hanyalah sebuah hasrat berupa perancangan jangka pendek. Sedangkan untuk sebuah rumahtangga terus membuka laluan sampai ke Syurga, ia perlu kepada perancangan jangka panjang.

Sepanjang kehidupan.

Kebelakangan ini saya dihimpit rasa bimbang.

Tatkala hari demi hari didatangi pasangan yang berkahwin muda mengadu masalah, saya memaksa diri untuk berfikir dan mencari sudut-sudut tersembunyi (blind spot) di dalam tasawwur seorang anak muda semasa mahu bernikah.

“Saya bosan tengok isteri saya ustaz. Salahkah saya berperasaan begitu?” tanya seorang anak muda.

Jantung saya berdebar.

Merenung matanya, saya dapat merasakan ada semacam satu kehampaan di dalam dirinya kerana terbeban oleh perasaan yang gagal disembunyikannya. Syukur, sekurang-kurangnya dia mahu bertanya. Di samping berusaha menemukan jawapan, saya juga dapat belajar sesuatu untuk diri dan dikongsi dengan yang lain.

Bagaimana boleh bosan?

Saya harus mencari jawapan pada titik mula dan titik tengah soalan itu.

Justeru untuk mencari penjelasan pada titik mula, saya persoalkan tujuan perkahwinannya semasa di tahun 2 pengajian lebih setahun yang lalu.

“Kami selalu berjumpa. Saya bimbang hati terus terfitnah memikirkan tentangnya. Alhamdulillah saya tidak bertepuk sebelah tangan. Biar pun ayah dan ibu kami agak berat untuk menyatakan persetujuan, tetapi syukur akhirnya mereka merestui,” cerita beliau.

“Alhamdulillah.Jadi, sekarang ini, adakah anta sudah mendapat apa yang dicari?” saya bertanya.

“Ya, cuma…” beliau teragak-agak menyebut.

“”Cumanya sekarang anta sedang dilanda jemu, kan?” saya sambungkan ayatnya yang tidak langsai itu.

Tatkala kita mengejar sebuah ikatan perkahwinan sebagai jalan keluar kepada apa-apa sahaja masalah yang sedang dihadapi, syukur jika masalah itu selesai, dan syukur juga jika masalah itu belum selesai. Sekurang-kurangnya dia masih punya sesuatu untuk diusahakan dalam sebuah perkahwinan. Namun bagi yang masalah sudah selesai di tahun satu pernikahannya, apa lagi cita-cita dan azam yang ada dalam visi dan misinya bagi melangsungkan usia perkahwinan?

Daripada gelisah menjadi tenang dengan nikah.

Timbul jemu, mahu mencari tenang dengan membatalkan nikah?

Naudhubillah…

Tidak sedikit air mata sang isteri tumpah semasa suami mereka berterus terang berkata, “mengahwinimu adalah suatu kesilapan!”

Sepatutnya masalah seperti ini tidak timbul.

Tetapi realiti sering meninggalkan banyak ’sepatutnya’ terkontang-kanting menjauhi kesempurnaan.

Perkahwinan menyelesaikan.

Tetapi ia bukan sekadar sebuah penyelesaian.

Ia adalah sebuah gagasan.

Impian yang memerlukan pandanganmu jauh sampai ke usia tua, sampai cangkul dan tanah memisahkan jiwa, sampai ke kubur, sampai kamu ke Syurga.

Jadikanlah perkahwinan itu kenderaan yang membawa dirimu untuk ke Syurga Akhirat.

Jangan sekadar syurga dunia.

“Saling berpesan-pesanlah kamu tentang para isteri agar berlaku baik kepada mereka. Sesungguhnya kamu mengambil (menikahi) mereka dengan amanah daripada Allah dan dihalalkan untukmu kemaluan mereka adalah dengan Kalimah Allah” [Hadith riwayat al-Bukhari daripada Abu Hurairah]

p/s: really motivating....:)
2/12/10

kamu orang memang cute lah!

Tengah aku dok melayan excel, buat-buat rajin padahal mengantuk nak mampos, datanglah pekerja Topy yang join trip snowboarding minggu lepas. "Aaaa, nah, Aya(nama gf dia) kasik sempena Valentine~", tekejut beroks aku. Almaklumlah, tak pernah dapat valentine nya present dari sapa-sapa yang bermata sepet ni. Aya chan ni cute, cakap banyak macam makcik pot pet pot pet, pernah duduk Australia homestay i guess. Boleh la nak sembang-sembang mengarut, anyway she's 24. Muda setahun tapi alahai, muka i nampak muda lagi you~ha ha

Budak perempuan Jepun(tolak tepi budak jurusan engineering), sangatlah suka benda-benda comel macam ni. Aku memang tak reti lah nak menjadi secomel-comel macam diorang ni. Tak reti dan tak pernah akan reti pun ha ha. It's like their nature, or pretty much as CUSTOM. Kalau boleh nak jadi COMEL, CANTIK taknak orang Jepun ni. Waktu valentine, decorate chocolate cantik-cantik(padahal cairkan pastu keraskan semula dalam bentuk lain ja aku pon boleyh ha ha), decorate lah semua benda asal nampak cute untuk kasi kat orang.


Ok, cukup bebelan untuk hari ini. So, here's the goody bag~

Dalam bag minney tu ada 3 barang dia hantar.

1. Udon
makanan kebanggan orang Kagawa.
Nanti aku try rasa. Mesti sama ja dengan mana-mana udon kat satu Jepon ni. Lebih-lebih ja...

2. Homemade Chocolates
bukan dia buat chcolate. Dia beli chocolate, cairkan, tukar bentu jadi Truffle. Sedap anyway~

3. handmade Photo album
Oh, rajin sungguh! Aku memang la takan jadi macam ni. She printed all the pictures of us, dan buat album, macam scrapbook dah tengok~ terharu

4. message card


the card...cute~~~~♡

the chocolates

And, the album! it's anpanman character. Character budak tadika. Palem suka!
(tak faham sungguh!)

one of our pictures decorated. Comel kan!!

Thank you so much for your kindness hearted. Hopefully dia ikhlas. Bukan semata-mata nak suruh aku bawak jalan kat Malaysia ja hehe. Eh, nak bagi apa eh balas? Curik cookies zaza lah hahhahahaha. maleh sunggoh~

2/11/10

freestyle~

When you feel pretty....it changes something inside you...your confidence comes out and shines to the world. Do something today to make yourself feel pretty...go buy a new lipstick! Wear something pretty, a new fun piece of jewelry, take a few extra minutes to do your hair...and see how these small changes...spark your confidence!

-kandee the makeup artist-


totally switch the story.
REEBOK FREESTYLE.
a must have sneakers.

FREESTYLEの歴史

1979年に北米での展開を始めたリーボックでしたが、その名を知るのはごく一部のランナーだけでした。そんなリーボックが1982年を境に快進撃を始めます。フリースタイルの登場です。

エ アロビクスの人気が急上昇するアメリカにおいて、当時満足のいくシューズはなく、多くの参加者がサイドのサポート不足、クッション性の不足といった機能面 に不満を持っていました。そんなときに現れたフリースタイルは驚愕的な機能性ゆえに瞬く間に愛用者を増やし、その人気はエアロビクススタジオからストリー トへと飛び火しました。ニューヨークなど都市部のOLがフィット感、デザインに着目してライフスタイルに取り入れたのです。こうしてフリースタイルはアメ リカのみならず全世界で大ブレイクを果たしました。

現在リーボックが世界有数のスポーツブランドとなったその立役者のひとつがこのフリースタイルであり、そしてその人気はいまなお続いているのです。


LOVE LOVE the colours~

my freestyle

stripe tailored jacket : tommy hilfiger
inner : GAP
skirt : no brand
leggings : receive from a friend

entry bosan

Agak membosankan, sebab asyik-asyik cerita pasal snowboarding. Sory la, blog ni as personal diary, so kena la update selalu apa aktiviti yang aku buat. Bila baca masa gigi tinggal 2 batang mesti akan teringat-ingat.

Kali ke 3 main salji tahun ni. Al maklumla, sejak tinggalkan Maizuru, dah tak boleh nampak batang hidung salji ni. Trip snowboarding kali ni, paling tak menyengalkan badan aku.

Trip weekend minggu lepas diorganizekan oleh salah sorang pekerja Topy industries yang paling bising atau dalam loghat kedahnya, paling pulun.

Jumaat malam bertolak, seramai 27 orang sekali. Dari Toyohashi ke Togari Onsen Ski Area Nagano memakan masa selama 5 jam lebih kurang. Bertolak pukul 9 mlm(banyak berhenti kencing), sampai pukul 1 pagi lebih.

Sebelum sampai, hampir nak sampai. Salji lebat.

Kami bermalam di sebuah rumah banglo besar yang ada banyak bilik. Satu bilik 4 orang lebih kurang. Malam tu my roomates were Hanai san, Kanou san, dan new Mongolian friend name Solongo. Pukul 2 pagi semua orang tidur.

Bangun pagi dan wow! Sangatlah tenang. Bagi aku, tempat yang turun salji lebat ni memang mendamaikan. Bila pijak-pijak, bunyi zrap zrap, fluffy memang best~ Sebab tu ramai orang cakap winter adalah time paling rasa lonely, sebab memang sunyi sepi dan sayu ja bila tengok salji turun. Awal-awal la ok, dah kotor-kotor tu memang menyusahkan.

cantik...

breakky; tolak tepi ham ha ha

sebelum bertolak ke ski area. Macam nak baring atas jalan.

Ni dia budak Mongol tu.

atas lift.

Snowboarding kali ni memang tak sakit badan langsung. Maybe sebab tak jatuh sangat. Lagipun, kesian kat Solongo, sebab she was the first timer. Orang lain entah ke mana tinggalkan kami berdua. So, aku banyak ajar serba sedikit macam mana nak meluncur. Thank god she was a fast learner. Tapi agak terkilan lah sebab tak boleh join orang lain naik tempat 上級(expert), bukan nak kata aku experties, tapi kalau meluncur tempat yang lebih mencabar, kita akan lebih cepat belajar. Tapi takpa, kesiankan si Solongo, aku layankan aja. Best jugak borak-borak pasal Mongolia. Mongolia tak kampung tau! Lagipun, minah ni anak orang kaya. English power. No problem in our conversation at all. Mak dia kat Switzerland, pernah duduk Rusia masa kecik-kecik, sekolah private bayar sebulan 400 usd. Gila kan! Bejalan serata dunia dah. Best dengar pengalaman dia kat negara orang. haih.

rehat sat. Makan eskerem.

me and her again.

Kitorang banyak borak-borak, lagipun paling bangang haritu sebab cuaca sangat-sangat teruk! Slide sikit datang ribut taufan salji. Tensen gila nak slide grrrr. Habis meleleh-leleh air hidung, segala air.

Then masa tengah rehat-rehat, ada event mochi makan dengan sup kacang merah. Then kami beratur untuk dapat free benda alah tu. Sedap sebab panas-panas boleh panaskan badan.


tengoklah betapa teruk cuaca!huh

Then balik dinner, terus keluar semula ke ski area tu untuk tengok fireworks. Sangat lah tak best! Sebab cuaca still teruk. Tak msyuk langsung nak layan 花火(bunga api). Terus menyumpah-nyumpah nak balik awal.

Balik sembang-sembang dengan roomate dan tidur!

Second day, sangat malas nak luncur! Sebab takut cuaca macam hari sebelum tu. Lagipun dah nak balik pukul 12. So just lepak-lepak dengan roomates, sembang-sembang. Kami buat snowman. 1st time buat snowman betul-betul. ha ha.

the roomates!

Sebelum balik. 集合写真!



oh, bye bye Nagano! gonna miss you and your soothing snow!

It was a great trip! Dapat kawan baru, dapat tidur atas salji. enjoy~


2/10/10

2 Minutes to a Happier You

Found an interesting article about how to be a happier person~

Little Ways to Lift Your Mood

1. Flip Through Old Photos
2. Munch on Nuts
3. Inhale a Calming Scent
4. Open Your Shades
5. Walk Around the Block
6. Clear Away Clutter
7. Think Fast
8. Cue Up YouTube
9. Rethink Your Retail Therapy
10. Put On a Happy Face
11. Zone Out
12. Chat Up a Friendly Neighbor
13. Chop Veggies
14. Do a Good Deed

interesting.
btw, tadi proses temujanji dengan Dr. Abe berjalan lancar, present slide-slide yang disediakan. Rindu kat lecturer sebab dah lama tak ke sekolah! Lepas jumpa sensei, buat 腐食, hardness test, dan teropong specimen dengan laser microscope. Interesting jugak walaupun tersengguk-sengguk depan microscope tu haih.


oh sekarang tengah rajin masukkan buku teks dalam kotak. ngeeee. bila entahnya nak pakai buku-buku tu lagi(kalau dapat masuk lecturing lah, kalau lah), rasa sayang sangat nak buang buku yang belajar kat sini. they mean a lot to me. :) ok, nak sambung kemas-mengemas lagi...daaaa.

i ♡ paparazzi

キットソン ミニボストンバッグ ASHLEYパパラッチ
(KITSON mini boston bag Ashley paparazzi)

ok now who would buy me this?
 

Blog Template by YummyLolly.com