Ni bukan buat-buat busy tau...Semalam hari ke-2 di menonjolkan diri di campus semula selepas habis program internship 2 bulan di Topy. Ah pasal Topy nanti lah aku cerita. Tapi serius aku rasa macam apa lagi, neves! Hari pertama, buat buang masa ja aku rajin ke lab seawal pukul 10 pg. Pastu semalam aku dah malas nak buat rajin dah(sebab aku bukan pulun). Bangun pun pukul 11 pagi nak dekat tengah hari. Mula-mula konon nak bangun pukul 10, konon nak ke lab pukul 11. Tapi setan cakap jangan pi awal. Kalau pi awal pun takdak kerja baik kau tidur. So, aku ikutlah. Bukan aku cakap aku ni kawan setan. haha. Tapi sebab aku memang tak perlu ke lab seawal itu! Aku dah nak tamat dah pun study. Tinggal isnin ni presentation pasal internship. Aku hanya perlu ke lab untuk print segala 15 helai file power point, lekat atas kertas mahjung, and I'm freeeeeeeeeeee!
Sebelum ke lab(last-last jadi pukul 2) gara-gara nak tengok live Vancouver Olympic game, wakil Jepun untuk figure ice skating(Asada Mao) dan Korea si rivalnya(Kim Yuna) aceh cam Yuna penyanyi dan sebenarnya pulaks. Bila terus dapat tau si Kim Yuna dapat gold, dan si muka-classic Asada Mao dapat silver, aku terus blah ke lab. Sampai lab, print segala benda, lekat atas kertas untuk present nanti, dan tengok-tengok apa patut aku setelkan pasal hal internship. Kena hantar banyak jugak benda kat pejabat admin. Pukul 4 30 p.m, Faiz call, suruh aku turun ambik hadiah..Yey! Dapat lagi hadiah kahwin for the 2nd time. Aku lepas ni dah takkan jumpa faiz sebab dia balik ke malaysia cuti. Bila aku balik for good nanti, Faiz balik ke sini semula sambung master, so dia kasi siap-siap hadiah. Thanks anyway! Aku rasa macam senduk ja bila pegang2 plastik tu hihi.
seperti senduk sahaja kan?
Lepas tu, terus ke pejabat, submit borang-borang benda lepas internship, tanya pasal hal balik Malaysia. Oh, aku sebenarnya tak akan attend my graduation day 23rd March nanti, sebab aku akan balik awal ke Malaysia. Tak apalah, ada benda penting lagi nak kena setelkan ni. Lagipun grad day kat sini paling menjimatkan dan jugak paling membosankan. 2jam dah habis. Takda pakai jubah-jubah, topi-topi ilmuwan tu. So, nak kena setelkan pasal siapa yang akan kasi kat aku my scroll nanti semua. Pass kat housemate sudeh!
Dah siap benda tu, pukul 5 p.m sudah! Hujan dah la lebat! Aku ada dinner with budak-budak yang buat internship kat Topy, Randy, Takahashi & Nagai. Makan kat depan Toyohashi St. Izakaya nama apa lupa. Tapi makanan sedap mak mamps. Orang Jepun memang suka makan kat restoran jenis "izakaya". Kalau nak celebrate apa-apa pun mesti ke situ. Sebab boleh tonggang dan juga makan. Kalau kat Mesia macam, nak minum ke bar aa kan. Nak makan makanlah kat restoran kan. So nampak sangat orang Jepun suka minum. But they dont drink n drive la ha ha.
start with shrimp with mayonese
salad
onion rings
a plate of raw fish(paling suka)
chese ball
(wonder how they fry the chese. kalau aku buat mesti dah cair semua)
harumaki
corn with butter
hotate bakar slurrrrrrrrp!
dan banyak lagi. hehe
everything was delicous like hell yeah.
total = 11000|
(hampir mencecah rm400 lebih ha ha tapi si randy ada coupun tolak rm rmseratus lebih)
us!
tailored jacket : remixed
top : forever 21 from Yana !
everything else remixed
Lepas makan dah pukul 10 p.m hantar Takahashi & randy balik...what a busy day.....later...banyak nak story...:)