10/17/11

dressing hayyan after bath time!(ilmu tok bidan)

Lately selalu teringat masa dalam pantang, bersengkang mata tak tidur malam susukan hayyan, siang pulak pagi sharp kol 9 mesti mandikan dia, lepas tu tok bidan siap-siapkan bagi wangi, bedung dan terus tidur kat baby cot, comel sangat. Pastu dart dengan sesi bertungku, urut semua best gila.....

Harini nak cerita pasal macam mana Dart siapkan hayyan everyday selepas mandi, dah jadi rutin sampai sekarang still guna ilmu tok bidan kasi. Alhamdulillah, perut hayyan pun jarang kembung, wangi ja...Dart teringat sebab sekarang ni hayyan la budak yang paling tak suka nak tempek2 bedak semua haha. Nak pakaikan diaper pun bukan main susah pusing sana pusing sini hai sabaq aja la....

Lepas mandi, macam biasa lap-lap seluruh badan dan bersedia untuk diwangikan!

NOTE: Sebelum proses dressing, sebelum mandi lagi disarankan untuk sediakan semua kelengkapan dan baju baby yang nak dipakaikan si satu tempat supaya senang nak mengurus. Takla terkejar-kejar nak ambik satu barang.

MINYAK TELON

 1. Sapu minyak telon(or any minyak panas yang sesuai untuk baby-Dart pakai Minyak Yuu Yee + minyak baby amway) di kaki, seterusnya tangan. Masa ni boleh dikatakan massage secara tak langsung, genggam kaki dan tangan baby seerat mungkin. Then terus pakaikan mitten dan bootie.
NOTE: jangan lupa cover toot toot baby dengan lampin/apa-apa kain. Kang terpancut urine dia. masa ni belum pakai diaper! heeeeee.

2. Sapu minyak telon di kawasan perut, buat pusingan mengelilingi pusat for beberapa saat. (Dart refer baby massage book untuk elakkan kempung perut)
NOTE : untuk baby newborn, lepas pakai minyak di pert, bolehla pakai barut baby.

DIAPER RASH CREAM-BEPANTHEN

3. Sediakan diaper, letakkan bawah bontot baby, sapukan diaper rash cream di kawasan kemaluan dan bontot baby. Tidak digalakkan untuk letak bedak talkum sebab boleh menyebabkan nappy rash. Sakit kalau baby dapat nappy rash! Ouch! Dart sarankan pakai BEPANTHEN ointment cream! It actually works for 2. Satu sebagai nappy rash cream, satu lagi boleh dijadikan nipple cream, tak beracun untuk baby! Dart penah try Drapolene tapi tak sebest bepanthen. Dah la murah, harga berpatutan plus easy to get, kat mana-mana drgustore like watson, guardian pun ada. Farmasi lagilah ada! Lepas sapu cream, bolehla terus pakaikan diaper.

LOTION-MOTHERCARE ALL WE KNOW BABY LIQUID TALC
4.  Sebelum pakaikan baju, Dart biasakan pakai lotion kat seluruh badan termasuk celah leher, pun nak avoid dari rashes...Dart pakai MOTHERCARE All We Know Baby Liquid Talc, i dont know but dart suka sangat-sangat bau dia. Plus, baby liquid talc ni bila lepas sapu, dia jadi macam pakai bedak talkum. Kira 2 dalam satu la jugak kan. Masa newborn, mula-mula sapu di bahagian depan, pastu angkat baby dan sapu di bahagian belakang baby pulak.

VICKS VAPOURUB
5.  Lepas sapu lotion, Dart amalkan pakai vicks vapourub for baby di bahagian dada dan belakang baby. Tataula rasa macam sedap ja bila sapu dan bau dia. hehe

Lepas siap semua, bolehla teruskan proses pakai baju!

BABY OIL
 
6. Lepas lengkap berbaju, Dart apply baby oil kat rambut baby. Kasi wangiiiiiiii. Tapi sekarang dah jarang buat rasa macam lawak plak rambut berminyak gitu heeeeee.

BABY TALCUM/POWDER
7. Pakai bedak kat seluruh muka dia. haha tapi berpada-pada la takla pakai macam bedak sejuk!

COTTON BUD
 
8. Bila dah lengkap semua, sampai ke sesi bersih-membersih! Guna cotton bud yang bersaiz kecik untuk cuci hiduung dan telinga baby! Masa hayyan kecik dulu rasa seram sejuk nak bersihkan lubang hidung dia, kecik sangat! Tapi benefit dia kalau kita start awal, baby akan get used to it, sekarang hayyan paling suka kalau time cuci telinga. Diam n layannnn aja hahahaa.
NOTE : Berhati-hati, janganlah cucuk dalam-dalam, sekadar cuci untuk buang daki ja n taik hidung!

DONE! 
Hayyan dah wangi! Lepas tu bolehla sesi minum susu, main-main or anything!



happy!
10/14/11

pre-loved stroller for sale!


hi hi hi sesapa yang termasuk site ni...

i'm letting go my beloved son's stroller Hauck brand from Germany - Speed Sun Plus, sangat-sangat sayangkan ini stroller sebab memang sangat praktikal! Boleh pakai from birth to 15-18kg. Senang nak fold(umbrella fold), ringan, banyak compartment termasuk shopping basket, boleh recline seat sampai baby boleh baring terus kalau dia tidur...so far dart sangat suka this stroller! Simple tak gedabak!

Condition like new(9.5/10) kurang 0.5 point sebab tayar dia dah ada calar-calar sebab dah guna kan, baru guna 6 bulan...(hayyan dah 9 bulan, guna dari 3 bulan), hayyan tak pernah muntah-muntah, or comot-comotkan stroller dia sebab mummy dia tak suka comot-comot....so mummy dia kalau bagi makan pun cepat-cepat lapkan dengan wet tissue...sangat sayang...tapi memandangkan kami dah terangkut satu lagi stroller baru, so kami malas nak guna 2, maka kami terpaksa let go sementara ia masih lagi elok....

retail price is approx. RM600. So kami nak jual harga 400 gitu ja(termasuk shipping lah)...bleh nego lagi..kalau berminat pm me : dartadada@yahoo.com! 



worth buying!

Specifications:
- With canopy, swivel front wheels, rear link brake,
- With recline backrest & footrest, large shopping basket,
- With 5 point safety harness,
- With safety front bar
- Suitable for newborn to 15kg
- Stroller weight: 8.0kg
10/13/11

Family Expo @ PISA Penang yang sangat menarik!


8 hb yang lalu, Dart, hubby, hayyan dan MIL jalan-jalan penang dah alang-alang Dart balik Taiping untuk jenguk MIL. Bawak MIL jalan-jalan Penang, sebab jarang dia g sana. Dart memang selalu p Penang especially kawasan gurney drive. My parents la suka sangat shopping kat sana. Tapi sekarang dah takleh join depa hukhuk. 

Sebelum 8 hb, kebetulan Dart tengok kat Juaimurah Preloved Facebook page pasai expo ni. Cam menarik! Memang berbaloilah especially untuk young parents. Sebabnya, bukan sahaja kat expo tu jual barang baby, tapi banyak juga pasal baby development products yang rata-rata new parents tak ambik port/ ambik mudah especially we Malay.

Actually, tak sangka expo ni banyak membantu pasal baby development program, tak terfikir langsung, asyik fikir nak cari botol susu hayyan yang besar boleh isi 11 oz ke atas, dan barang-barang our 2nd baby since tak buat apa apa preparation langsung. ha ha. Liat! Macam biasa, banyak booth barang baby macam Heinz baby food product, Medela breastpump booth, Maclaren stroller booth, MAM booth, PUKU baby booth, Pureen booth etc. Banyak juga kedai yang tak kurang hebat promot kedai depa contohnya kedai gambar yang boleh buat baby photoshoot, bengkel breastmilk by moms little one, kedai serbaneka jual baju dan barang-barang baby secara random, kedai preloved yang tak kurang famousnya Juaimurah Preloved. Selain itu, ada jugak promote pasal insurans baby, umbilical cord blood banking servis yang dart tak berani tanya berapa harga depa offer sampai sekarang. Sah-sah mahal! Ada jugak Baby Massage School! Yang tak fahamnya, booth MAYBANK pun ada! ha ha. Btw, kalau pasal baby development booth pulak, banyaaaaaaaaaaaaaak jugak booth yang dart memang tak pernah exposed kecualilah GROLIER. Grolier ni dari dart kecik pun dah wujud kot. Infact, kami even membesar bersama Grolier! Alhamdulillah, selamat semuanya haha. Ada jual buku-buku dan pen electronic yang boleh tolong bacakan untuk anak kita. Wadda! Kebanyakannya untuk toddler yang dah masuk tadika dah kot. Untuk Hayyan macam tak sesuai UNTILL kami lalu di depan BRILLKIDS booth. 

Mula-mula tu buat dunno ja bila salesman approach. Dia tak cakap banyak, tapi just bagi kami tengok this video : 

Kami pun macam "hoaaaaaaaaaaagh" macam mana budak tu boleh sebut perkataan English Education walhal belum masuk 2 tahun pun???!! Teruja sangat-sangat masa tu. Macam biasalah kami pun mula dengar explanation salesman tu. Bla bla bla bla siap buat demo kat Hayyan, Hayyan pulak tunjuk minat bukan main sebabnya dia guna method software tengok pakai Laptop(sah-sah Hayyan memang sukakan laptop). Daripada dia dok buang masa main-main baik bagi dia play with english words skit. 

Little reader ni boleh start from 3 months baby. Tak susah, just pasang laptop setiap hari selama 200+ hari (tak termasuk weekend) hanya ambil masa 5 minit, sebelum tidur pun boleh. SANGAT sesuai untuk mummy yang berkarier like me, sebab dia dah siapkan semua. Kita just click software tu dan semuanya automatic! Day 1 sampai la day 200+ tu. Itulah kebaikan yang dart nampak. Kalau program lain macam grolier, kita spend lebih kurang, tapi dia just bagi segedebuk buku dan CD, pastu pandai-pandailah kita. Kadag-kadang anak jadi boring sebab CD tu makan masa lama. ha ha. Dart plan nak buat macam tu la sebelum tidurkan hayyan setiap hari. 

Kita bukan nak paksa anak blajar pun, mesti ada yang kata "eleh, buat apa nak start awai-awai kat tadika nanti pandailah dia, macam paksa dia pulak"..but, erm, for me, nak develop otak baby yang "pandai sikit" kita kena la usaha. My mom selalu cakap macam tu, dia nak dapat anak yang 3 orang(sorang dah selamat), 2 orang bakal Dr in the making, ITS NOT AN EASY TASK nak built up otak cerdas. Software-software educational tu penting juga, selain kurikulum kat sekolah. So Dart nak ikut cara my parents, try pulak kat my kids.Erk, mampukah aku???

Pernah dengar pasal Shichida Method kan? Dari Japang. Ha Little reader ni dia banyak bagi baby guna otak kanan. Brill kids ni dia gabung shichida method dengan flashcard method by Leitner system yang dicipta oleh seorang cerdik pandai yang dart pun lupa dah namanya. hehe.

  


Little Math pun kami angkut sekali dah alang-alang. Tapi nak start lepas hayyan habis 200+ program little reader dulu. Tapi dart ada satu masalah besar. Software ni tak compatible dengan MAC! haih geram salesman tu kata semua boleh. Sah-sah dia tak faham soalan aku. Camnooo nih. Takpa, nanti Dart cilok my mom/my sis's laptop. hehehheehe. Harap-harap Dart dapat disiplinkan diri tak malas nak bukak laptop untuk hayyan setiap hari sebelum tidur. Sementara nak jadi rutin tu mesti ada tertinggal-tinggal kan. Kalau ada result yang positif from him, im sure i will promote this product! Tapi sekarang tak boleh lah lagi sebab belum try, baru nak start.

One more thing, sekarang tengah ajar hayyan bertakteh tak teh! Kebetulan lalu depan booth Juaimurah, Dart dapat beli this Fisher Price Ride to Ride Lion Walker dengan separuh harga with excellent condition! Yey! Thanks to Juaimurah Preloved booth!

Last-last dapat pekena nasik kandaq Line Clear yang dok heboh sangat dalam tv. Okla, Dart tak minat sangat nasi kandaq, but i can say enough sedap!
daddy, hayyan and mil.
Me? Surprise! hahahahhaa.
10/11/11

Set Bersalin bukan satu kemestian : Review Amway post natal care

Masa 1st pregnancy, sangat-sangat teruja nak pakai set bersalin dan pening kepala fikir which one is the best product yang mampu menguruskan kembali bentuk badanku seperti anak dara ha ha. Kebetulan dart survey-survey ada yang bagi review set bersalin from Amway bagus dan best! So, kebetulan my mom memang selalu sangat beli product from Amway dan jadi ahli, dia terus tanya dealer dia get one for her daughter. Seriously dart taktau harga dia berapa tapi beratus-ratus kot standard aa kan. Tapi takla sampai harga macam sendayu tinggi. Mahal nak mampos. Sebab bila balik cuti tengok-tengok set tu dah ada depan mata and my mom bukan jenis bising-bising pasal harga barang yang dia dah beli. 

Teringat nak tulis pasal review ni sebab dok fikir masa pantang 2nd baby nanti nak pakai set apa pulak? Tapi malas dah nak beli yang set beratus-ratus ni macam membazir pun ada.

Dalam satu kotak besar ada 10 kotak kecik plus satu bengkung traditional tali-tali tu :
KEGUNAAN DALAMAN
1) Teh Herba - membersihkan sistem
personal review : dahla tak sedap, sistem apa plak yang bersih? Dart tak tahan sakit perut terus bila minum even seteguk!
2) pil After birth 1 - Memulih tenaga dan menggalakkan laktasi
 personal review : Tak nampak kesan, sekian terima kasih.
3) pil After birth 2 - Membantu ibu mendapatkan semula susuk badannya
personal review : Makan beberapa pil, hayyan cirit-birit sebab masa tu dia still Breastfeed.
KEGUNAAN LUARAN
4) Herba Pembersih Wanita - Mengekalkan kawasan vagina agar bersih dan mencegah jangkitan kuman
personal review : Yang ni okla, actually pakai sabun biasa pun ok..no big deal lah. Asalkan cuci betul-betul luka dan pakai ubat Dr bagi tu dah cukup..
5) Herba Mandian - Menyegar, mencergas dan memberi tenaga semula
personal review : Yang ni pun macam takdala menyegar, mencergas semua bla bla, pakai sabun dettol lagi segar kot! Semua ni propa ja. Takda pun takpa tapi gitulah kan.
6) Campuran peramping Perut - Memejal dan menguatkan otot-otot dan tisu abdomen
personal review : Yang ni ja aku rasa betul-betul berguna sebab memang memanaskan kawasan badan/abdomen tapi takdala sampai ke kaki n tangan!
7) Minyak Urut herba - Menyingkirkan angin dan merehatkan badan
personal review : yang ni pun best! Bau dia best, bila tok bidan urut kaki rasa sedap ja. Tapi tak semestinya minyak ni, minyak urut biasa pun dah cukup. Actually, tok bidan aku urut aku pakai minyak baby oil johnson ja! Minyak amway tu buat urut kaki haha.
8) Campuran Penghangat Badan - Menghangatkan badan, terutamanya tangan dan kaki
personal review : Yang ni aku main campur dengan campuran peramping. Alah, dua-dua ingredients sama ja. Tulis kat kotak semua nama saintifik tapi sebab ayahku faham bahasa saintifik maka potong stim. Banyak pakai halia, kunyit, semua bahan-bahan yang panaih la pendek kata.
9) Campuran penenang - Menenang dan menyamankan dahi
personal review : Paling tak boleh belah. Bila letak kat dahi, menyusahkan bila dia dah kering. Pastu siap jatuh-jatuh ke bawah. Habis kotor karpet cantik dan cadar katil. Paling bengang bila time menyusu, jatuh kat baby arghhhh. pakai 2 3 kali ja pastu tak pakai dah. Bazir!
10) Minyak bayi - Melegakan angin dan kembung
personal review : aaaa yang ni ok, best. Tapi, sebab dah beli minyak Yu yee untuk baby, so macam redundent. Sebenarnya tak perlu pun minyak ni ada dalam set sebab confirm new mummmy akan beli minya TELON untuk baby kan.

Kesimpulannya, ada dalam set bersalin yang tak perlu pun. Buat kotor karpet n cadar n lantai bila kering. Yang herba panas perut, minyak urut, herba mandian tu i like. Ni anak ke-2 ni aku nak pakai set apa pulak aaa? nak try set lain pulak lah. Nona Rogayah cam best! Serius yang untuk kegunaan dalaman tak makan pun takpa, just makan makanan seimbang, jaga pemakanan tak payah la amik jamu-jamu. Buat anak cirit birit  ja. Lepas pantang makan la jamu nak makan pun. Semua ni tak terbukti pun dari segi klinikal. Untuk kepuasan time pantang ja rasanya. Tapi jangan tak pakai bengkung ya.....: )


p/s : most of the products consist of Tumeric domestica dan Curcuma xanthorriz. Anda tahu apa itu? Kunyit dan temulawak lah!

umbilical hernia


Sejak mengandungkan si hayyan, pusat Dart tersembul keluar. Kalau pakai baju tak berlapik memang nampak clear bahawasanya pusatku tersembul ha ha. Hayyan la ni besar sangat hehe, dalam 7 bulan ke atas tu baru nampak clear. Then bila bersalin, pusat tu jadi semacam uwaaaaaaaaa sadis. Macam ala-ala kendur. I did pakai bengkung moden yang zap on tu, ok la alhamdulillah nampak macam boleh tight balik pusat tu masuk ke dalam, tapi it took time. Tapi disebabkan daku pregnant lagi, makanya pusatku kembali tersembul damn! Mama kata dia pun jadi macam tu, bila lama-lama akan rasa sengal kat bahagian pusat tu sebab dah terkeluar sikit usus melalui lubang pusat kan. Dush. Cuak jugak. Nak buat macam mana ni mahu kembali cekang? hihi takpa tunggu baby 2nd lahir, sumpah jaga anak tambah-tambah anak laki yang boleh tahan buas boleh jadi kurus. Tak payah diet-diet bagai. Cuma risau kat pusat ja. Pusat bila kamu nak balik kedudukan asalmu?

 boleh tahan lagi

 mmm..tak tahan lagi!
(baru anak 1st ok)
9/13/11

when he smiles.......


Hayyan ni, kalau senyum bukan nak reti senyum sikit-sikit, orang kedah kata GHENYIHHHHH! Pantang dia senyum, nampak lesung pipit dua-dua belah pipi labuh dia...Haih mummy is melting..Susah sebenaqnya nak dapat snap hayyan senyum dalam camera. Bila nampak aja camera focusing on him, dia jadi kontrol takmau senyum ahaks. So, dart compile beberapa keping gambar yang dart rasa sangat precious.

Walaupun hayyan sakit like cirit birit, or demam tapi hayyan tak pernah lupa senyum, makes mummy feel relieved. Sekarang ni sebenarnya rindu sangat dekat hayyan sebab daddy and opah dah "culik" hayyan balik usj. Rindu tatau nak cakap. Tapi mummy redha, sebab its not fair berkira dengan hubby. Bagi la chance daddy balik kerja boleh peluk cium anak kesayangan dia jugak kan rather than jumpa weekend ja. Sebelum ni quite lama hayyan demam panas along with selsema n kahak yang teruk. Sampai lebih kurang dart tak tidur 3 hari. Flat terus masa last day dart pun MC. Itu yang husband decide nak jaga dengan mak dia kat USJ. Thanks sayang...Now mummy dok batuk sikit-sikit, but getting better day by day sebab dah boleh tidur cukup. Bukan cukup tapi terlebih cukup sebab tak payah bangun betulkan kedudukan hayyan tidur sebab buas or buat susu 3 kali tengah malam. I feel awkward seriously!

 top : timberland
(gift from aunty lang)
pants : baby gap
(gift frim opah all da way from dubai)

top : baby gap pajama

 
top(jacket) : no brand from dubai
pants : reject shop

 topless : ha ha
(towel from my good japanese friend, Inaho hadiah kahwin)

romper : baby gap
(gift from nisriri)

hayyan dah 8 bulan setengah dah! Pejam celik pejam celik dah 8 bulan anak ammi...Cepatnya masa berlalu. Makin tak cukup masa sekarang ni dart rasa. Setiap hari ada ja benda baru yang hayyan dapat. His development progress, so far hayyan dah start menapak dengan pertolongan kabinet-kabinet, rak-rak, pendek kata semua benda yang dia nampak dia akan cepat-cepat merangkak dan cuba untuk berdiri. Alhamdulillah, makin lama makin pandai balance, jarang jatuh. Skarang ni nampak tangga aja nak panjat. Dart nak beli walker for infant, bagi dia tak teh selalu skit kuatkan muscle kaki supaya dapat jalan cepat-cepat!

Oh, by the way, gigi hayyan dah stat tumbuh! 2 ketul kat bawah dah hampir terkeluar dari gusi! Yey! Itu yang demam beriya sangat anak ammi ni...haihhh...Sekarang ni hayyan dah boleh sebut "TTTAAA!", "MAMAMAM", "PPPPAAA", "WAWAWAW"(sambil masuk tangan dalam mulut), Sembang la agaknya kot kan haha. 

Dari segi emotion, dah pandai marah woo kalau tarik barang dari genggaman dia...meraung cam apa lagi!Aiyaaaaaa. Bila dart buat muka marah skit dah pandai nangis hihi. Sekarang ni dia dah ada rasa takut sikit dengan stranger. Even tho dia suka n ok ja dengan orang kalau dukung dia, ada masa jugak dia akan nangis kalau orang lain dukung dia especially kalau dia baru bangun. Kalau hayyan demam, direct akan jadi manja, mummy letak sikit aja sebelah dah nangis, fuh fuh. Then sekarang ni kalau hantar kat pengasuh dah pandai sedih bila mummy nak tinggalkan dia ololololo. Cian dia...Pandai dah kiss mummy kalau kita letak muka dekat dengan bibir dia...hihi

Dah pandai jugak ikut pergerakan tangan mummy. Kalau buat genggam and bukak, dia akan bukak and tutup jari-jari ikut haha suka. Hayyan jugak dah pandai tepuk amai-amai, tapi dia nak TOK dia ja yang buat! Kalau dart buat dia tanak ikut ish ish!!

some fun facts about my baby :
1) Suka and addicted betul dengan azan TV3. Kalau tengah kalut-kalut, tiba-tiba bunyi azan terus senyap dongak tengok tv hahahha comel.
2) Suka tengok iklan TV3 selingan and TV3 kids tu. Kalau ada kat tv ja haihhh memang senyap tengok sampai mata tak kejip-kejip!
3) Bila basuh berak, hayyan akan angkat kaki sebelah bagi mummy senang basuh celah kangkang haha pandainya......takla terkepit susah nak cuci kan!
4) Paling tak suka makan ubat. Bila tengk syringe ja terus tutup mulut rapat haihh!!!

oh rindunya kat anak mummy...kita jumpa khamis ni ya sayang....: )
8/26/11

captured by aunty's(lil sis) phone





 lomo mesti ada la kan wajib.

happy in his swing!
wow i never thought samsung would produce better quality of it's hp's camera. My sis captured some moments with hayyan while their visit in ipoh. You go galaxy S! Gambar Hayyan versi comot. Pakai singlet and baju lobang-lobang ja banyak. Pengasuh dah pesan kalau nak hantar baby kat dia mesti syarat beli baju lobang-lobang! ha ha.
8/24/11

lost world hot spring tambun

 Hey it's me in front of the signboard!
top : no brand(tesco)
orange pants : mothercare
prewalker shoes : vincent FOS

Ada sapa-sapa yang pernah sampai ke lost world sunway city tambun dekat-dekat ipoh? I bet kalau yang ada anak-anak kecil yang boleh berlari satu rumah tu mesti dah penah sampai. Kalau weekend or school holiday season ja mesti tempat ni HOT! Yang hotnya, Lost World Tambun. Tapi aku bukan nak cerita pasal Lost world ha ha sebab aku pun tak penah masuk dan sekarang ni macam tak sesuai kalau nak bawak budak yang baru boleh merangkak masuk ke dalam? Kita syok dok naik slide, bikin lemas anak. ah. 

Di sebelah lost world tu, ada la satu tempat ni namanya hostprings & spa. Bunyik macam best aja kan? Dalam imaginasi aku, kolam air panas tu dalam taman, boleh main-main celup kaki, taman tu pulak cantik dengan bunga-bunga, landskaping bagai. Alah, macamla iklan dia yang terpampang di tepi jalan:

nampak menarik sangat bila lalu depan jalan. Pandai depa. 
Intai pari-pari lah konon. Dengan segala anak rusai pun nak join skodeng.

Bila sampai aja, for real, di depan pintu masuk, masih excited lagi. Aku dengan baju langsung tak spare. Ya lah, kata nak main celup-celup kaki ja ya tak?

 Di depan pintu masuk. Excited nak tengok apa ada dalam!
 
Then, hubby pun bayar la, tak silap rm15 kot sorang! Kami pi ingat nak outing jalan-jalan petang, bila masuk ja....
AIKKK?? NIII JAAAAAAAAAA??
 Ada la beberapa kolam yang dibuat sendiri, pastu semua orang dok berendam share lepak santai. Sikit lagi nak ada slide. Dang. Balik-balik kolam yang sama. Ala kolam buatan macam lost word la jugak! APAKAH???! Tak bestnyaaaaa! Punah harapan aku. Aku pulak kesiankan hubby yang terpaksa masuk ke dalam kolam sorang-sorang alang-alang dah bayar mahal kan. Tempat dia kecik aja. Baik aku mandi air panas kat rumah. Lagi layan kot. Suasana tak naik langsung! Main redah ja la aku masuk dalam air dengan baju yang sama. Dah alang-alang air tu suam, aku masuk sekali dengan Hayyan ha ha. Masa tu dia baru masuk 6 bulan.

 
Frust tapi tetap ceria. Hayyan memang suka sangat main air. jangan bagi dia air sejuk sudah!

Kesimpulannya, tak berbaloi sangatlah p hot spring tu. Baik p air terjun yang FOC. Dahla makanan takleh bawa. Terasa la jugak macam membazir haritu. huhu.

Bila dah malam, kami pun pulang! 
Pekena nasi ayam Fauziah pasar bulat dulu before heading back home!
Memang tak berbaloi!

jalan-jalan cari makan #2 - Mee Kari Kak Yah (ipoh)


Ni kalau sapa orang Ipoh sure tau punya. Mee Kari ni memang famous, kat jelapang. Bertentangan dengan Makmal Kesihatan Awam dekat roundabout teko ka buyung ntah.  First time dart gi dengan staf2 JKN, diorang bawak, tapi dengar kata mee kari ni bukak pagi saja. Waktu lain Wallahualam. masa 1st time sampai tu terkejut jugak, hari weekdays pukul 9 lebih semua seat penuh! Wow. Pelik jugak kan, orang Kedah tak makan mee kari pagi-pagi as breakfast! 1st day tu dart tak berani makan mee kari, dart oder kuetiau kungfu. Sedap! Member dart order kueitau sup, ada order wantan. Tapi bila Dart try mee kari dia, fuh boleh tahan sedap. Bila kali kedua, 1st time bawak hubby pulak, bayangkan kami terlambat sikit ja semua makanan habis kecuali bihun goreng! Kat rumah pun aku boleh buat huh. Kali ke-3 tak putus asa, pagi-pagi lagi dah bangun kejar ke sana. Dart cuba pulak wantan ayam. Wantan ayam dia purrrrrrrrrrfect! Makanan ni takdak kat Aloq setaq. Mungkin ni adaptasi dari Chinese kat ipoh, kat ipoh kan banyak chinese. Lagi satu mee kicap dia ok la, mee kicap ni pun dart 1st time dengar bila stay kat ipoh ha ha interesting! 

Kat kedai tu jugak famous set roti telur dia. Suka, tapi takleh lawan oldtown nya la hihi. Marjerin dia cam pelik ja rasa. Tak sesuai sangat untuk spreading. Muak sikit.

jalan-jalan cari makan #1 - italiannies

overall : carter's
prewalker : mothercare

Celebrated hubby's birthday on 2nd June. 
Opss backdated gila rambut hayyan pun ala-ala botak tak botak lagi hihi.
Hayyan terpaksa tunggu daddy balik lambat, masa tu daddy still in sime darby. Kl n subang jauh. 
Kalau ada keja lebih skit kena setel mesti sampai rumah nak dekat senja.
Sekarang ni daddy sampai rumah awal.
The celebration was simple, yet memorable.

So far, tak brapa meminati pasta di sini. Terlalu western. ha ha. Me prefer malaysianize western food kot. Tak pun japanese pasta slurrrrrrrp. So far, best makan kat sini dengan surrounding ala-ala bar gitu.The best thing waere the drinks sangat-sangat sedap..try jus grape or anything!
Nak update gambar hayyan outing jalan-jalan cari makan lagi lah lepas ni! jya neh!
8/19/11

now i know...

Mama suddenly called me one day, and "Angah, mama dah dapatkan bibik for you. Dah bayar dekat agen pun certain2 amount(which is i feel like......sangat mahal kot)CONFIRM!"....i was like.....haaaaa.....really?? Tak pernah terbayang dalam benak hatiku untuk mempunyai/menggaji seorang bibik. I dont like strangers to be in our home, to be frank. Selama hidup 26 tahun ni pun, tak pernah ada bibik, tapi sekarang mama yang perlukan bibik. I know mama sangat-sangat susah hati dengan my condition, bukan apa, tak menang tangan dik oi.....Ini realiti yang i have to face. Bila membayangkan perut aku dah besar(sekarang ni pun dah cepat letih), walhal sekarang pun i need to/sepatutnya take care of my baby dalam perut. Seriously, keadaan sekarang membuatkan aku serupa tak pregnant. Terkejar ke sana-sini, buat heavy housework, dukung ke sana-sini bila Hayyan merengek nakkan mummy dia dukung, mesti tak dapat bayangkan kan? For those yang pernah rasa saja i think tau betapa tak boleh nak rehat bila dalam keadaan seorang macam ni. Dart tawakkal saja, mintak Allah sihatkan baby dalam perut ni. Sebab yang nak dijaga betul-betul Hayyan yang di depan mata. I cannot take it for granted pulak. Baju tak berbasuh, yang penting baju hayyan, rumah tak berkemas, sana sini penuh kain tak berlipat, pinggan tak berbasuh, lantai berhabuk tak dimop. Tak hygenic kot untuk rumah yang ada baby!!

Sebab itu, Dart akur, and i know mama wants the best for me. Baby dalam perut kena jaga jugak. Bukan baby saja, kesihatan pun perlu kena jaga. Kalau letih macam ni gayanya, hadoi. tak tau la nak cakap. Nasib baik mentalku kuat. Sebab, mind controls everything rite? Bila fikir-fikir balik, terima sajalah HADIAH yang tak terbalas dari my parents ni, A HUMANBEING from bandung, Indonesia, ha ha ha. Bila adik hayyan dah ada, tentunya kos hantar ke pengasuh jadi double. Which is kalau amik sorang bibik, dengan semua kerja dia boleh buat, bayaran sama macam pengasuh yang tak berapa la sangat memuaskan hati. Betul jugak kan? One more thing, Dart pernah kata bila dah sarat, nak bagi hubby handle si hayyan. But, bila fikir balik, my mom cakap sapa pulak nak travel lepas adik hayyan ada nanti. Sorang satu anak, susah nak travel! Betul jugak tu, biarla dart yang jaga anak-anak, hubby senang nak travel balik ipoh. Kalau ada bibik, i can easily drive back to USJ which i miss most! Huwa sangat rindukan rumahku yang satu lagi....

Mungkin ada hikmahnya di sebalik semua benda ni. Dart berharap dan berdoa supaya incoming bibik lepas raya ni, kehidupan dart akan lebih baik, i can have my own time to spend for adik hayyan. Bila dah balik dengan hubby, definitely servis ini akan diterminate. Sebabnya tak perlu pun. Kalau ada hubby, at least boleh tolong tengok-tengokkan anak kejap, penat tu kurang. Bibik buat menyemak! Thank god dart dapat hubby yang sangat memahami, bila weekend, hubby akan tolong dart yang mana boleh untuk ringankan beban dart. I love him to bits! Thank you mama n papa juga, you guys have been the best parents ever!! Walaupun mama akan tolong your daughter yang dalam kesusahan ni dari segi wang ringgit, tapi, pengorbanan tu yang tak dapat dibeli. Sebab anakmu ni tak mampu lagi untuk upah bibik haha. Haih. Baru nak mula bernafas la katakan....hehe

p/s: jasa ibu dan ayah takkan terbalas.
8/10/11

kisah demam ruam

Jangan panik sekiranya baby anda yang tak sampai setahun demam panas gila pastu lepas baik naik macam campak kecil. Minggu lepas Dart punyala sedih dan risau sebab hayyan demam start dari Hari Sabtu, bila dah masuk keja Isnin tak lega-lega. Temperature sampai 38.7 fuh fuh fuh siap boleh masak telur atas kepala he he. Tak pernah lagi hayyan demam sepanas tu. 

Tapi atas nasihat my parents, dan senior2 yang ada anak, bila anak demam panas, never ever tak mandikan dia, jangan selimutkan dia, kalau boleh bagi heat transfer tu banyak skit. Pakaikan baju yang tak tebal, baju lobang lobang tu pun lagi bagus. Memangla kesiankan dia tapi baby ni bahaya kalau demam panas silap-silap boleh tarik/sawan. Masa panas badan dia, kita jelum(bahasa orang kedah) kepala baby dengan air selalu. Basahkan towel dan letak atas kepala dia/pakai aja cool fever. Tapi pengasuh dart cakap jangan jelum waktu tengah hari panas tah sebab apa tak ingat ha ha. Then kerap bagi paracetamol 4 kali sehari.

Masa Hayyan demam tu pulak kebetulan my husband kena balik Subang sebab hari tu hari 1st dia masuk keja baru. Dart tau hubby pun dalam dilema nak lepaskan Dart jaga hayyan sorang. Hari isnin pagi pukul 5 am dart akan drive hantar hubby ke station keretapi. Masa tu, sedih dan risau sangat. Ya lah, kita bila dah kawin, bila hubby takdak ja semangat tu terus hilang. Berderai air mataku nak hantar hubby. Tapi nak buat macam mana. Kebetulan masa tu jugaklah hp dart rosak terus, takda no kontak sapa pun nak bagitau bos amik Emergency Leave. Itu yang jadi kes pinjam telefon kawan. 

Kesian Hayyan, nasib baik dart cuti dan jaga dia sepenuh masa. Flat aja dia. Haritu jugak dart kena bawak hayyan g klinik sorang, 1st time EVER! Kalau ada apa-apa dart selalu refer peds dekat Tambun. Taknak pegi klinik biasa kang dia bagi ubat pelik-pelik yang not suitable for baby. Dah penah terkena sekali! Dart keraskan hati, letak hayyan dalam car seat, dan vroooooooooooooom ke klinik. Hayyan memang good boy sebab dia memang suka bila letak atas car seat. thank god. Bila sampai klinik, Dr. cakap mungin demam ruam, bila demam habis akan keluar bintik-bintik kecil macam kena gigit nyamuk penuh badan. Dr. kasi cool fever ja! kena rm25 haha. Ya la, sebab penuh paracetamol dah kat rumah, nak ubat apa lgi kan? lagipun, he still a baby. Tak digalakkan bagi ubat yang melampau2 sangat.

Bila demam dah baik, maka naiklah ruam. Kena ke klinik lagi sekali. Masa tu dart dah tak takut nak bawak hayan. Kami berdua pun pecutlah ke klinik untuk amik ubat ruam/campak. Nama scientific dia ROSEOLA INFANTUM.



 Macam ni la gayanya.

Signs and Symptoms

A child with roseola typically develops a mild upper respiratory illness, followed by a high fever (often over 103° F or 39.5° C) for up to a week. During this time, the child may appear fussy or irritable and may have a decreased appetite and swollen lymph nodes (glands) in the neck.

The high fever often ends abruptly, and at about the same time a pinkish-red flat or raised rash appears on the trunk and spreads over the body. The rash's spots blanch (turn white) when you touch them, and individual spots may have a lighter "halo" around them. The rash usually spreads to the neck, face, arms, and legs.
The fast-rising fever that comes with roseola triggers febrile seizures (convulsions caused by high fevers) in about 10% to 15% of young children. Signs of a febrile seizure include:
  • unconsciousness
  • 2 to 3 minutes of jerking or twitching in the arms, legs, or face
  • loss of control of the bladder or bowels
Hebat Dr tu. Hayyan walaupun demam tapi kuat minum susu ja cuma kurang dari biasa. Dia nak minum air masak aja. Dart find out bila demam, Dart akan kasi air ECPI yang sebotol harga 7hengget tu kat Hayyan, alhamdulillah cepat baik. Dr pesan bagi baby minum banyak air masa demam. 

Bila Dart bagitau parents ja, terus diorang sampai Ipoh ha ha. Baguihla tok dan tokwan. Takla dart kesunyian hihi. Alhamdulillah he's back to normal now, ruam tu naik 2/3 hari ja pastu surut. Thank god! mummy dart makin kuat. yeahhhh!
 

Blog Template by YummyLolly.com