10/29/10

Mothercare freak!

Eh bukan aku!!! Aku pun baru nak berjinak-jinak dengan brand untuk para ibuan. Selepas ikat perut(entri lepas), kami terus ke Ampang melawat hubby's cousin yang baru beranak. Dilla and Nuar, diorang ni sebelum dapat baby memang gila barang baby, beli sikit-sikit, mostly barang baby dia beli kat Mothercare. Baby Nuar n Dilla nama Amira MICHELLE gitu. Comel sangat, masa keluar ke doniawi ni 2.5 kilos ja. Senang Dilla cakap nak beranak kat baby dia. Alhamdulillah. Dilla cakap, dia naik 20 kilo lebih. mak aih...Depends orang la kan, biras aku plak nak 12 kilos ja masa baby 1st. Aku ni dah nak dekat 20 kilo jugak la naik badan. hehe.

So berbalik kepada cerita Mothercare, barang kat kedai dia comel-comel belaka..Harga pun boleh tahan "comel". Tapi memang cute la kalau boleh dapat semua barang from that brand. Dilla n Anuar memang futuristik..Katil untuk anak bila dah besar, closet besar gedabak semua dah siap beli kat IKEA! Adoi...aku dengan hubby ni terkontang-kanting lagi, tak pa la, masing-masing cara. Mungkin masa kami lambat sikit untuk stabil. We just have to wait. Kat Mothercare, baju untuk newborn(3 helai) yang comel-comel harga dalam rm100 lebih. Ada yang 7 helai rm 100 lebih. Banyak harga dalam 100 lebih la untuk general punya barang. Jangan la cakap pasal stroller or breast pump, yang tu dah sah-sah harga beribu. 

heeeee~
Dilla dah pandai menyesuaikan diri dengan her baby!
hope i will be like her too soon.

how sweet baby amira's cot
Mostly barang-barang from mothercare yawww.
Nak jugak decorate cantik-cantik for my baby tapi mummy Dart tatau nak duduk mana lagi lepas baby lahir. 

This closet from IKEA is damn HUGE!!

Comel baju-baju baby gantung macam tu kan!
And all the accecories ditempatkan di tempat khas yang disediakan; Toiletries, baby cap, bip, socks!
but caution : Diorang pesan jangn beli baju yang takda butang kat depan sebab nanti susah nak pakaikan kat newborn baby. Ok noted!

amik barakah kat kepala baby michelle sikit!!

Oh by the way, lepas melawat baby michelle, ada suatu hari kami ke Subang Parade, mothercare boutique ada situ, so we dropped by and beli this baby all we know liquid talc for baby dalam perut ni. Seriusly bau dia sedapppppppppppp. Bau baby lah! Yang boleh beli pun sebab mummy Dart try pakai masa kat rumah Nuar aritu. Diorang ni pakai satu set toiletries mothercare for baby michelle. So, harga untuk satu botol RM 22.



And the last thing, ni dapat newborn baby cap from Alang!! dah bertambah dah barang baby sedikit demi sedikit. Thank youuuu!! Cute macam nak gigit ja semua benda cute2. Belum anak betul keluaq lagi!ha ha.
10/26/10

ikat perut


Outing with hubby and Alang.




What a sunny day.
(Oh really in love with Pale & Light Color mode-Art filter)

One of the outfits that mummy wannabe can try is to belt our bump. Suka tengok Naomi Watts with her Birkenstock and  random belt while pregnant. As i said, tak suka la bila pregnant nampak tak active, mandom(sebab diri ini memang bukan macam tu), so why not we dress like we want! 
Pregnancy Fashion tip: As your tummy gets bigger, it is flattering to wear dresses, tunics or tops that gently hug your bump so you look pregnant, not big. Belting your bump is one way to turn your dresses and tunic tops into a stylish 2nd/3rd trimester look.



howdy? 
tunic : from alang
belt : uniqlo
pants : scarlet maternity
bag : Coach
10/24/10

My destiny..road to government servant!


Ni lah sebab aku merajuk. Minggu lepas hari Sabtu 16 hb oktober 2010, aku dapat surat dari  Kementerian Kesihatan suruh lapor diri esok, 17 hb Oktober 2010. I was taken aback habis dengan surat          ni. Resign belum, medical checkup belum, surat akuan sumpah belum setel. Yang paling menyedihkan, aku kena posting di Jabatan Kesihatan Negeri Perak. Hubby kat kl, aku kena dok sorang-sorang kat situ, perut dah semakin boyot ni. Kerja gila jugak lah. 

Actually, aku memang nak sangat masuk Government, suka bila dapat offer ni. Bukan apa, sebab bila fikirkan kestabilan bila berada dalam sektor ni. Bila ada dalam non-govmnt, memang tak dinafikan gaji lebih banyak, komitmen pun kena banyak. Aku rasa aku tak sesuai untuk teruskan karier aku especially dengan company aku kerja sekarang. Serius tak sanggup. All i can ever think of is my family. My carrier is NOT my priority. Tak tahulah, dah memang sejak azali lagi aku macam ni. Bila fikirkan masa tua, dapat pencen, memang terbaik. Kalau sakit, semua covered. Bila tengok mama aku, nenek aku nak buat operation, adik aku operate, semua ditanggung, 1st class pulak tu. Tak payah nak rosau pasal payment yang tinggi. And, benefit pasal loan semua, dengar kata sekarang ni kalau gomen senang nak diluluskan. Eh tapi tak jugak, tengok bapak aku lagi senang nak dapat haha. 

Cuma, aku tak berapa suka tanggapan orang(termasuk aku) towards Government worklife. Masuk keja pagi, sempat lagi keluar breakfast sampai kol 10, rehat awal, lama pulak tu ; korang ni takda kerja ka? Aku jugak agak terkilan dengan layanan yang diberikan masa aku nak uruskan hal lapor diri tempoh hari. Aku ke Ipoh kononnya nak lapor diri dulu, then tangguhkan kemasukan sebulan sebab aku belum lagi resign dengan Panasonic. Timbul pulak hal documentation suruh aku buat di Kementerian, meaning aku kena setelkan dulu semua borang-borang submition di Putrajaya dulu, then baru boleh lapor diri di Ipoh. Jabatan dok salahkan Kementerian. Wtf? Susah payah aku ke Ipoh, last-last tak jadi habuk. Terus aku dengan hubby balik ke Putrajaya, nak bagi sempat kejar office hour. Bertolak pukul 11 lebih, pukul 2 30 kami sampai di Kementerian Kesihatan. What a day. Penat gila babey. 

Sampai di sana, Kementerian pulak cakap aku tak perlu pun datang sebenarnya. Patutnya Jabatan kat ipoh kena uruskan kemasukan, dokumentasi, supaya aku tak perlu susah payah nak datang ke Putrajaya. Kementerian pulak dok salahkan Jabatan sebab tak menurut perintah. Haih aku tak faham btul. Yang jadi mangsa mak boyot ni jugak. Bukan nak consider. Marah jugak lah. Dah hampir kena maki dah PTD sumber manusia yang aku jumpa haritu. Boleh pulak dia salahkan SPA sebab lambat hantar surat ke Kementerian. Siap aku kena sound lagi, "Kerajaan ni memang macam ni, you kena faham...kita buat kerja semua mesti lalu procedure bermeja-meja, tak macam swasta..." hello......swasta punya sistem tak banyak corruption ok...tu sebab cepat aja benda boleh setel...Ni memang lah kalau aku dah masuk jadi Engineer nanti, aku takkan buat kerja macam ni. Memalukan saja. Aku akan cuba sedaya upaya komited, tak lah malas macam yang diwar-warkan.

Tapi betul, masa aku kat Putrajaya, sampai pukul 2 30, ramai lagi orang yang baru nak masuk ke pejabat bawak balik makanan tapau. Pukul 4 45, belum lagi waktu habis kerja, dah ramai orang turun bawah nak balik. Sedih tengok keadaan macam tu. Tapi, sedih lagi bila fikirkan aku kena separate kejap dengan hubby. Masa aku masuk nanti, kandungan dalam perut dah pun nak masuk 8 bulan. Masyaallah, hopefully semua selamat nanti. Ichiou, aku dah pun submit borang rayuan tukar tempat posting, rayuan tangguh kemasukan ke Ipoh nanti. Kalau tak diluluskan jugak, memang nasib aku kena harungi, dan aku mesti lapor diri by 15 November nanti. Nasib baik ada kawan baik aku yang boleh tengok-tengokkan aku nanti. 

Mungkin ada hikmah disebalik kejadian ni...i just have to be positive..Aku bersyukur selama ni aku dapat semua yang aku nak...So sekarang ni kena terima apa yang Tuhan tentukan...:)


10/17/10

Apabila saya sedih

Apabila saya sedih, saya suka buat kerja gila.

So, sekarang saya sangat sedih.
Jadi semalam saya ke Low Yat dan terus angkut Olympus e-p1 yang telah lama diidam-idamkan.
Bukan apa, ingat nak beli direct from Japan, tetapi Tuhan telah menemukan saya dengan satu kedai ini.
Twin lense, satu beg leather from olympus, flash dan sd card included, saya boleh dapat harga sama macam harga di Jepun. Mungkin, sedikit murah. Kalau beli di Jepun, jangan kata sd card, beg lagilah tak dapat. So, walaupun saya dapat camera idaman, saya hanya mampu tersenyum 1%. Lagipun camera ni untuk baby saya. Saya beli untuk baby saya yang akan dilahirkan nanti. Nak tangkap gambar lil hero ni banyak-banyak!




Nanti saya cerita kenapa saya sangat sedih. Serabut ni. off dulu!

saya suka pinhole mode!
10/15/10

koleksi perut






G.E.M.O.K!!

10/12/10

4th checkup

For 4th time, i went to prenatal checkup @Umra Medical Center. Macam biasa, dimulai dengan blood pressure, urine test, timbang berat, lepas tu baru jumpa dr. Masa tu kandungan dah hampir 28 weeks. Tak banyak yang doc komen, meaning my condition was normal lah kot. Then terus scan 3d. Baby sudah ada rupa bentuk!! Macam daddy bila tengok sekali, muka bulat, pipi kembong! hopefully hidung mancung macam mummy Dart lah hehe(nak jugak). Ada one time ni interesting sangat, baby buat thumbs up for daddy and mummy! ha ha. Doc suruh try kira jari baby, but Dart tak reti nak tengok la ..Kena marah sekali haha. Lepas checkup terus doc suntik dose untuk prevent kancing gigi. Suntikan tu boleh tahan sakit bagi Dart lenguh tangan for 1 day! But so far Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, normal and Dart sangat happy yang teramat sangatlah. Uri di atas, air ketuban cukup, that's what the specialist said to me(tapi tatau mana dia tengok, tiba-tiba terus bagitau). Due date baby berubah ke 28th Dec 2010. Baby nak pilih 2010 ka 2011 ek? Last sekali dapat susu free and obimin for mummy. So lets see how our hero looks like.

Tidur la sayang...

Tengah buat apa tu bucukk... 

 aik senyum pulak anak mummy!

his arms and feet(knee area)


Mahu menangis tengok ini gambar. Sejak dapat gambar ni, Dart asyik tengok belek-belek gambar baby everyday tak putus haha. Mummy Dart angau kat anak sendiri haihs. So, tu lah sedikit sebanyak diary pasal 4th checkup. Lepas ni nak try ke Prenatal Class with hubby belajar-belajar sikit apa yang tak tahu. Eceh tiba-tibe teringat cerita Shotgun Marriage Jepun dolu-dolu sebelum fly. Comel ja Hirosue Ryoko as Chiyo chan pi checkup belajar bernafas "hu hu hu". 

:)
10/11/10

ghenyih.

Tak dapat digambarkan dengan kata-kata perasaan mummy Dart bila tiba-tiba dapat sebungkus hadiah berisi 2 helai baju kontot di bawah ini daripada kakak ipar :



huwaaaaaaaaaa~ 
it is damn real that i AM gonna have a cute lil baby so soooooon!

Actually, mummy Dart tak pernah survey-survey barang baby selama 7 bulan preggy. In fact, pernah berangan nak beli stroller tapi adik-adik n mama yang tolong tengokkan dalam online shop. Entahlah, tak berani nak seronok lebih-lebih, asalkan baby dalam keadaan sihat. Ramai orang yang dah pesan kat Dart , Dart dah boleh start beli barang baby sedikit demi sedikit. Especially kit masa 1st day deliver. Takut nanti tak larat pulak nak keluar mencari barang baby. Dart bukan apa, entahlah, tak reti pun ada ha ha. Bab duit rasanya wouldn't be any problem sebab sejak dari awal preggy Dart dah start saving untuk si kecik ni...hehe so tu yang tak beli pun barang. 

Tu yang bila dapat 2 helai baju kat atas tu...rasa terharu sangat-sangat! Semangat membuak-buak rasa nak cepat-cepat tengok muka budak kecik ni! eeee geram. Everyday Mummy are praying for you sayang~ Baby Dart sangat aktif dalam perut sekarang. Kalau dah start kicking, terasa nak terkeluar badan dia dari dalam perut ni. Geli pun ada heeee. Daddy selalu usap-usap perut mummy, tengokk-tengok kena penendang ha ha. Berat sekarang dah 57.5 kg. wowwwwwwwwww~ so far tu lah update for now. Sekarang dah makin kerap kena g checkup! oklah nanti story lagi....

Jalang-Jalang KT


Selesai sudah kenduri Yana kat Dungung, kami ke KT, sebelum tu singgah di Marang rumah Boyfie kepada Ili Daliela, one of my bet gurls. Ili kena interview dengan family belah Palie. Nasib baik kami ada boleh tolong-tolong cover. hehe. Lepas tu jalan-jalan KT, beli kepok lekor, makan kat umah Palie sampai buncit aku tak reti-reti nak kenyang tsk!!

Then jalan-jalan pi tengok Masjid Keristel(tengok ajalah ha ha), membeli dan membelah di Bazaarm more to expo yang aku taktau nama. Tup-tup hujan lebat, terus lari masuk bawah khemah, dan apabila hujan sudah sereyat(renyai), kami terus pulang. Tak sempat makan nasi dagang!!!

Orang beli kepok, aku belii eskerim

cardigan : The emporium
green top : Giant PAJAMA
pants : Scarlet Maternity
shoes : The emporium

Balik ke bilik hotel terus tinggal laki dan bersembang seperti orang tak ada laki hahahah dengan Zaza, Ijian, Ili. Phew. Esok flight pagi terus fly ke Subang. Oh tapi sempat santap nasi dagang, di Airport mahal nak mampus!

bye bye tranu!

bantal sakit belakang harrrruslah ada sepanjang masa!

jacket : rematched
top : bundle
pants : no brand
(japanese pajama)
handbag : coach
shoes : converse

10/8/10

happy for them! Congratulation~

I feel so happy for my friends who are just got married, got engaged! Teringat zaman-zaman nak kawin dulu...zaman-zaman kalut bincang pasal hantaran, bincang wedding dream, nak baju macam mana, nak majlis macam mana....manis btul kenangan di hari bahagia. Dulu sebelum kahwin boleh dikatakan niat terletak pada fizikal/luaran sahaja. I admit it. Biasalah, semua orang nak nampak cantik di hari bahagia kan! Tetapi bila come to think about it again...niat tu mestilah ikhlas yang peting, dan the most important matter is "perkara lepas kahwin". Biar majlis simple tak apa, janji lepas kawin boleh bahagia sampai ke akhir hayat...Ala kadar pun sudah cukup memadai. :)

So sempena entry ni, nak ucapkan TAHNIAH kepada member sejepun, member satu rumah, member satu kolej, masa kat Japang, si manis Liyana Safra dan juga selamat bertunang kepada Aisha kawan sejepun masa di Toyohahashi...they were really pretty during their big day! Depa nampak seri, mummy Dart makin gemok hehhehhe tak apalah, janji baby dalam perut cukup makan.

Majlis Yana di Dungun Terengganu, sementara mummy dart boleh lagi ke hulu ke hilir, kami buat keputusan terbang jugak ke sana. Lagipun, masa kenduri kahwin Dart, Yana datang awal tolong-tolong tengokkan apa yang patut, and I feel thankful to her...apalah salahnya kalau Dart pi jenguk Yana pulak nak kahwin. Tu pun tak boleh lama-lama, i have another commitment, which is my hubby to take care of, and also the unborn baby. 

Nampak gaya, majlis berjalan dengan sungguh meghiah! Pandang sini kaler biru, pandang sana kaler biru, termasuklah Dart! hihihih. Yana pun looked gorgeous berseri-seri habih! Memang betul orang cakap, pengantin memang berseri. Kecuali makeup tepung gomak yang aku paling benci tu la ahahhha. Nasib aja lah!

 hi kami baru sampai!

 dengan pengantin

 siap lambat sangat tak sempat tambah pembayang mata ha ha!
oh anyway she's mako! kawan jepun yana yang memang tak Jepun!


 gorgeous bride n her groom~

eh eh kau pakai comferter ka yana?
hahahhah lawak btol yana kena paksa pakai kimono setebal selimut apabila mahu tidur di dalam suasana ber-aircon~ semua orang tak keli-kelip mata tengok depa.
oh btw, i jadi tukang touch up yana masa ni hee. 
tsk gambaq kecik sangat lah.

Ahamdulillah bila tengok depa dah selamattttttt. Si Aisha pulak apa cerita? Sudah selamat menjadi tunang orang. Takpa tunang Aisha ni sangat sweet orangnya..orang Kola Nerang kedah. Budak Toyohashi memang ramai kawin orang utara. :p Tu tak termasuk para-para Kedahan. Mak aih ramai btoi. Aisha ni plak makeup sendiri ja masa Nikah..eh tunang...selalu masa Kat Toyohashi dulu main-main makeup dengan Aisah ni. touch up sana, touch sini. I bet she's really good in painting her face!

 PARA JELITAWAN TOYOHASHI. kami minority.

 Really love this pic!

Wow cantik cincin! Nak pinjam buleh?

Semoga kalian bahagia hingga ke akhir hayat..Kepada yang sibuk menjalankan preparation...jangan putus asa..selagi tak selesai kenduri selagi tu la macam kera tak boleh duduk diam hihi. 

10/7/10

maxi dress for mak buyung

Wallaweh....susah btol nak update belog aih! Selalunya masa untuk menulis entry baru bila tak ada kerja, bosan dan sbgnya. Susah nak dapat waktu "terluang" sekarang ni. Sekarang ni, hubby tengah syok layan main PSP dia. Boleh la curi masa berblogging!

Nak cerita pasal birthday treat saya tempoh hari. Hubby belanja makan di FULLHOUSE cafe Sunway! Alah, cafe ala-ala sweet gitu. Semua kelihatan suci murni sebab warna putih.Tapi memang sweet ....Suasana romantika yang amat.

 Sesudah bersiap mengenakan pembayang mata rona kebiruan dan berbajukan maxi putih bersih, kami pun menuju ke sana. For preggy gurls out there, bolehlah mencuba maxi dress sesekali. Mari kita lihat celebrity2 yang tidak ketinggalan mengenakan maxi dress semasa perut sudah boolat!

gempa bumi melanda sekejap. 


cantik kan.

Cantik bila dipakai bersama-sama outer sebagai penambah seri. Pemilihan cardigan atau jacket yang seswai sangat penting. Silap-silap kalau tersalah pilih cardigan nampak mcm orang sakit demam nak g amik mc kat sepital hehe.


Lepak-lepak makan-makan, sembang-sembang(walaupun laki aku ni pendiam), tapi sangat teruja! Especially makan makanan yang amat pelik. Ikan kod bersos buah-buahan! ha ha.

Alololo cutenya..~

Menu seperti majalah Japang.

Sempat lagi!

Salmon salad for starter kit. ;p

hubby's

wake wakannai fushigina aji papaya milkshake

Bila sudah makan kenyang, terus balik ke jalan benar...yakni rumah kami lah. Sebab mummy Dart tak boleh jalan lama-lama sekarang. bikin sakit pinggang, sakit belakang semua ada! Kesimpulannya, the treat was wonderful, nak buat party kat Fullhouse cafe ni pon ok...cantik..cuma tak tahu kenapa terasa keHONG KONGan sedikit bila dalam cafe tu :p Sebelum balik, sempat rembat mac lightful skincare. Hadiah untuk diri sendiri. Mari kita tengok hasilnya nanti ! Thanks hubby anyway.

ngeeee.

:
:
:
:
:
:
Lastly, how did i look?
I think the jacket's length was too short, tak berapa sesuai dengan bentuk perutku yang booolat. Sunggguh unbalance. Perempuan-perempuan selim...silalah teruskan. muahhahah

jacket : SEED
dress : no brand(bought @ The Curve)
selipar : VINCCI sudehhhhh! :p 
(sakit kaki tahap gaban)

ok sudah sudahlah. Nak tidoqqqqqqqq sudah! Till then~
 

Blog Template by YummyLolly.com