1/12/10

air batu campur@ais kacang

ais kacang ka air batu campur?
aku orang kedah, so aku stick to ais kacang aja lah.
kl kl ni tak main.
tapi cute kan nanti kalau anak aku cakap "mummy, tak sukER ler, diER curik kasut kitER",
mummy dia selamber cakap "ala, biaq pi la kat dia, kita beli kasut baru ok?". auwww.



Sakit satu badan la kalau main benda ni.
Tapi memang best.

air batu tak campoq buatan sendiri.
-3deg.
kutip ais keliling dan makan dengan sesuka hati. yaw.

enjoy the vid.


1.


2.

tahun depan aku nak makan ais kacang banyak-banyak bila aku teringin nak main benda alah ni. mandi ais kacang sekali dengan kacang-kacang tu sekali.
1/9/10

journal intern : 1st & 2nd day

baru lepas siap-siap nak main salji esok. Snowboard time bebeh! kol 2 pagi nanti bertolak.

Sebelum tu, tulis-tulis journal & experiences pasal 1st and 2nd day menjadi career woman(kepala hots...minah kilang kot).

1st day :
me in suit. career woman wannabe.

Fuh, naik bas awal tak sia-sia. Keluar rumah pukul pukul 7 : 40, Zaza tunggu sampai aku naik bas pukul 08 :01. Zaza memang baik. he he. Sampai pun awal , dekat 8 : 30, terus pak gad suruh masuk bangunan hr. Topy industries, syarikat yang agak multi, besi jambatan, besi bagunan, rim kereta Harrier, dan keluli-keluli lain depa "konker". Orang yang incharge dah tunggu, Furukawa-san. Walaupun sampai awal, tapi awal-awal dah disambut dengan senyuman palsu tak palsu aku tak tahu lah. Tapi yang aku tahu, hati aku lega tengok muka orang Jepun sambut tetamu. Furukawa san bawak aku masuk dalam satu bilik. Ada 3 orang lagi student yang akan sama-sama menjadi kuli Topy industries ni. Nampak gayanya, tak lain tak bukan, aku seorang sahaja perempuan. Nak buat macam mana, perempuan jepun lain bila dah kawin nak jadi ibu mithali jaga makan minum suami dan anak-anak. So, takdalah perempuan dalam sektor pekerjaan tambah-tambah di kilang besi pulak.

Ada bustop khas "Topy Industries"

Tepat pukul 09:00, Furukawa-san pun start lah sesi penerangan pasal company, pendaftaran, kena isi banyak borang termasuk borang akaun bank(hihi dapat gaji 1800¥ per day), dan terus kami dibawa ke Research & Development department. Semua orang masuk group research tak sama. Aku pulak masuk group dealing with Magnesium punya extrusion. Ah tak boleh cerita banyak di sini nanti kena saman dengan Topy ha ha. Tapi depa memang strict, dah kena warn jangan suka-suka hati nak curi benda company's private & confidentials. Loyal dengan company.

Then, kami dibawa ke "tempat kerja" masing-masing. Semua dapar meja sorang satu, yang luas memang dah macam employee betul, atas meja disediakan desktop untuk kegunaan sendiri berserta dengan baju kerja kilang yang sangat tak hot bila aku pakai(seluar besar nak mampus kena lipat 2 kali!arghh) 2 set, topi keselamatan, penyumbat telinga, kasut kilang yang tak berapa fit dengan saiz kaki sendiri. Nama pun minah kilang. Ada ka minah kilang yang hot? ish mulut saka. Macamla kerja lain hot sangat. Aku suka sektor kejuruteraan dan kalau boleh aku nak sampai mati aku akan main dengan dunia engineering.

Kami berkumpul di meeting room untuk sesi penerangan yang lebih detail pasal R&D department ni dan jugak rule2 yang kena kami obey masa kerja kat Topy ni. Dimulakan dengan sesi ucapan macho dari manager department yang suka hidap rokok 5min sekali. Diikuti dengan penerangan oleh 2 bucho(manager kecik) yang sangat lawak(anak dia toyota kosen 1nensei), kami dibawa melawat seluruh department dan kilang(more to tempat eksperiment). Department ni kan tak ubah macam universiti kat sini. Device2 macam tensile testing, microscope, polishing, SEM, hardness test, grinder, fine cutter yang aku selalu guna kat lab dulu memang haruslah sebab nama pun RnD. Cuma Topy ni lagi banyak mesin yang mencecah jutaan ringgit dan canggih la compared to barang kat lab univ aku. Prof Mori kedekut. So basically benda yang aku akan buat tak ubah macam benda yang aku buat kat univ, cuma BERBAYAR.

Antara "rule-rule" & environment kerja yang tak boleh belah (agak pelik untuk Malaysian):

1. 指差喚呼"shisakanko"(Driving with pointing confirmation)adalah wajib sejurus selepas melangkah masuk dalam kilang dan juga semasa lintas jalan. Shisakanko ni KYT(kiken yochi training) iaitu, salah satu cara untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini/bahaya berlaku. Selalunya perkeja yang bekerja dalam sektor yang senang dapat bala seperti pemandu train, pemandu bas, pekerja kilang lah. Kalau di kilang, sebelum masuk kilang, pakai jari telunjuk tunjuk arah sambil cakap "右よし、左よし、頭上よし、足元よし"(kana OK! kiri OK! atas kepala OK, bawah OK!), then baru masuk kilang. Ha aku 1st time rasa macam pelik dan sungguh lawak nak buat macam tu. Dah sah-sah takda apa pun kat depan mata, Forklift apa pun tak gerak ha ha detail sunggoh la kamu orang Jepun! Nak on suis pun kena cakap kuat-kuat.



2. Semua orang tak bercakap dan buat kerja macam robot. Serius aku tak penah nampak sorang pun cakap apatah lagi bersembang ala kedai kopi dok bergosip. Semua orang pandang monitor, ada yang tengah pakai CAD design, ada yang tengah tulis surat, ada yang membaca, TAK ADA yang bersembang. Kalau nak cakap pun pasl hal kerja kat meeting room.

3. Masa rehat pukul 12:00~12:40. Bunyi aja loceng tepat, then semua orang turun ke dewan makan, dan terus makan tanpa bersembang selama 15 min SAHAJA. Wey kalau orang kat Mesia sah-sah la bising gila macam aku pi Panasonic interview cuti aritu. Ni tak, dah la makan laju, pastu blah. Tinggal aku yang makan paling "laju" antara Malaysian ha ha.

4. Greeting sesama employee/employer adalah wajib. Bila berselisih, jangan berat mulut nak ucap Selamat pagi, selamat tengah hari, dan sebelum balik kena cakap, saya balik dulu(ah skemanya bunyi.)

Tu ja 1st day benda yang aku tegezut. Yang lain macam biasalah Jepun kan, hitech segala bagai tu semua orang sedia maklum kot. 1st day aku banyak penerangan aja lah. Best sebab sambil dengar penerangan boleh berjalan dalam kilang, tak la mengantuk. Pukul 5 habis sesi, pukul 5:19 pm naik bas balik rumah~

SHOCKED : Kalut nak kejar bas balik, kad pass masuk tercicir. Ohara-san (dahla berbadan "gumpal") tercungap-cungap lari kejar aku bagi pass tu. Sanggup beliau lari dari department sampai bustop! dart, clumsy nya aku!!!

2nd day :
2nd day. Harini hari SABTU ok tapi aku kena kerja! Shitto. Tapi bila fikir duit orang nak bagi free-free aku layankan aja. ha ha. 2nd day aku banyak habiskan masa dengan supervisor, nama Ohara-san. Ohara-san bawak aku masuk kilang dan ajar pasal experiment yang akan aku buat tiap-tiap hari nanti. 熱間押し出し加工(extrusion process).

Lepas habis sesi penerangan, Ohara suruh baca buku pasal Magnesium!waaaaa. Sama ja macam kat lab dulu hahhaha. Tapi respect la orang yang kat department ni semua power-power. Ada yang grad dari Tokyo Univ(ph.D) lagik. Nak rnd kena pakai otak. So nak pakai otak kena pakai otak orang yang ada otak kot. 2nd day aku agak hambar, biasa saja. Dah tak payah berangan nak pakai suit gaya career woman. Tiap-tiap hari datang pakai baju selekeh pun tak apa. Last-last kena tukar baju kilang jugak!

SHOCKED : Last day kena present 25min depan rnd Magnesium group, dan lecturer aku. Gila apa! Haritu present 5 min pun aku dah separuh mati!


fail amik gambar sendiri
HAIDER. bukan nama sebenar.

fail lagi.

timer jugak membantu

Amacam baju kilang aku?ha ha. Dah macam minah kuroneko(penghantar parcel) ya tak?

sebelum balik

Selekeh.

OK bye. panjang betul. nama pun journal. Kena la panjang.
Jom snowboard!yehaaaaaaaaaa!

1/7/10

topy 工業


Yes I am so ready for tomorrow's internship course. I will be an amployer wannabe at Topy Industries Ltd, maybe handling with their research & development of magnesium steel for almost 2 months. Topy ni deal with steels, making wheel(rim kereta) and other automotive and industrial machinery components.

Baju dah diiron, kasut dah beli petang tadi, tu lah, tinggal lagi semua kasut kerja kat malaysia tinggal kasut yang tak seswai nak masuk majlis kerja. Nasib baik ada jusco dekat, boleh la serbat kasut murahan.

80 hengget.
Bulan 4 nanti boleh jugak pakai masa kerja di panasonic.

sebelum tu sempat makan soba dan tendon. First time aku makan makanan Jepun tak habis babe. Entahlah kenapa.

Esok kena bangun awal, pukul 6 lebih-lebih sikit. pukul 7 lebih zaza akan hantar aku ke bustop 中野町. pukul 8 pagi naik bas. Pukul 9 dah kena jumpa advisor. Wuhuuuuuuuu. Nak sangat kerja hamik kau. ha ha. Tatau la best ke tak. Esok akan ku upload perasaanku bekerja sebagai makcik cleaner di sini. Bye.


MJ.

Bukan Michael Jackson. Tapi Marc Jacobs. Alahai sayangnya u gay. One of designer brands yang aku idam-idamkan, cool ja mamat ni. Aku rela pakai marc jacobs rather than LV. eh tapi 2 2 pun suka. Bila la nak ada duit hasil usaha sendiri boleh dapatkan di hujung jari macam rizalman tu. celah gigi ja angkut gucci. Takpa, ni pun jadi motivation untuk aku supaya lebih berusaha gigih. Takda nya aku nak g cari bapak ayam. Apa kelas?

Anyways Marc jacob dah kawin haha. Dengan lelaki pilihannya. Lawak gila tengok yati post gambar dalam twitter semalam. Kek kawin pun memang takleh blah. ha ha.

photo credit to :http://www.thelifefiles.com/2010/01/05/marc-jacobs-gets-married-in-st-barts/
auwwww~nyah!

thanks to him for the hot designs. Kalau ada duit lebih i want more. Jarang suka handbag. But MJ design, semua cantik! boleh bikin gila!

blue getto~!thihihihi.
JACOBS BY MARC JACOBS bowler bag.
1/6/10

jusco okazaki

oh harini aku ajak budak batch yang sememangnya tengah bosan dek takda kerja pergi melencong ke Okazaki, bandar bersebelahan dengan Toyohashi. Takda la besar mana pun, tapi memang ternyata lagi best, tak busuk bau ayam macam kat sini. Cuba korang bayangkan, contohnya korang pi cameron highland, mestilah kepingin nak hirup udara yang segar, tambah-tambah sejuk kan. Ah jangan haraplah nak hidu udara segar kat toyohashi ni, dahla angin macam ribut taufan. Aku keluar ja dari bangunan univ, macam taik bau hahhaha.sabaq aja lah, potong setim betoi.

Perjalanan dimulakan seawal yang mungkin. Dah dekat pukul 3 petang baru nak betolak, awal kan. ha ha. Alah, kalau keluar awal sangat pun bukan nak shopping pun, Jusco ja pun(sedapkan hati), eh tapi betul la graf mood shopping aku dah kembali mendatar. Setan mana masuk pun, terjaga ha ha. Cuaca arini ni okla, dah hampir-hampir senja sebab sejam jugaklah baru nak sampai. Sejuk macam biasa, 6degree. haih.

senja yang cantik...

Sampai-sampai terus magrib, jalan-jalan takda arah tujuan. Jalan kejap duduk, jalan kejap, duduk, bontot berat jugak kitorang.


Jalan lagi dan lagi, perut dah bising-bising lapar. Try kedai buffet dinner 1700¥ tiga pat kali fikir nak makan ke tak sebab mahal. Last-last belasah masuk gak. Tapi puas hati sebab ada sushi sedap, spagetti, dessert best, roti, salad yang banyak boleh makan.

pinggan pertama. yoyuuuu!

pinggan ke-2 ; semak.

piggan ke-3; mata dah kuyu ngantuk-ngantuk sebab terlampau kenyang. Kedai tu pulak pasang lagu lullaby elok sungguh!

Tipu gila aku makan 3 pinggan tu ja. Banyak lagi sebenarnya ha ha.

muka tahan ngantuk.

Lepas jalan-jalan sambil tahan ngantuk, semua orang dah tak sabar nak balik. Dalam kereta takleh tido sebab kereta bergegar semacam. Masa balik tengok termometer(hahhaa) di jalan ; 3deg. apsal tak 0deg trus ha? Dah sampai rumah, tulis blog ni pun tengah menguap gila ish ok la nak mandi dan tidur!nite all~


muffler : no brand
tailored jacket with emblem badge : tommy hilfiger
(macam poppye the sailorman put put! tak pun banduan eheh)
red belt : uniqlo
pants : antgauge
bag : tommy hilfiger
shoes : rematched


playing over

We were at the peak of boredom, so we played with girls' stuff and posed for some pictures. I did makeover for zaza, the one who has pretty big, round eyes. Mata 'arab lah katakan, ayu raudah siot wiwit! We enjoyed ourselves chit-chatting while i was busy touching up her face ha ha. Ingatkan zaza tak suka main-main makeup, rupanya tekaanku salah!hehehhe Nanti yana balik boleh lah kita bertiga main pulak :p zaza sangat sesuai buat mata arab. sangat comel! lain benor dengan mata aku yang sepet gila ni...

after the makeover session. she's cute and lovely~

wiwiiiiit~

eh sesat makcik ni.

lomoish. tak edit. memang semulajadi.
dahla sesat. lompat tak kena gaya.ish.

ok dah habis, boleh layan tari tirana!


1/5/10

simplest makeup

BOSAN

To aina yang request macam mana nak makeup ala-ala gambar feveret 2009, ha mai nak share walaupun kami bukan terer, tapi buleh la sikit-sikit ha ha. makeup ni memang aku selalu apply kalau dah malas tapi tak nak muka nampak sebam without makeup, just in 10 mins, kadang-kadang tak sampai pun. Harini bosan gila taktau nak buat apa, ohhh sebelum terlupa congratulations to Dib! Dah naitei dapat kyuupi! ha ha nanti boleh supply mayonis banyak-banyak!i'm happy for her sebab dah dapat keja kat Bangsar tu, boleh la lepak midvalley every weekend :p

Ok, back to the makeup story....the point untuk nampak berseri bila makeup, tentulah BASE. Mesti ramai yang tak suka base yang macam tepung gomak Spa-q kan. Tapi janganlah sampai tak nampak langsung base tu, bila apply memang la akan nampak macam hantu sikit, tapi kejap saja.

Firstly, apply base makeup consist of base makeup, foundation, concealer, and compact/loose powder. benda ni sangat wajib! Kalau tak pakai, letaklah banyak mana eye shadow pun tetap kurang menyerlah. Pakai lah kalau boleh senatural-natural yang boleh, i memang anti tepung gomak! Kalau boleh, warna foundation tu dielokkan cerah daripada kulit sebenar sikit, baru nampak berseri. jangan jadi macam aku, foundation aku gelap dari kulit, memang nampak tanned gila tapi sebab dah terbeli, pakai aja lah sampai habis, dang!

My base : Yana's bobbi brown base, chanel liquid foundation, shiseido intergrate concealer & kanebo Doltier powder

Bila dah siap, akan nampak macam hantu makcik kat bawah ni:

ha ha.

Then barulah boleh apply eye shadow dan blusher semua. Kalau nak natural look, pilihlah colour yang brownish, lebih kurang dengan colour badan kita. Kalau nak yang senang, apply 3 colour, coklat tua, coklat biasa, dan coklat cerah(ish susahnya nak expresss!)contohnya macam kat bawah ni:

my pallet kit : chanel travel kit(eye, lip & cheek)
semuanya natural colour. senang nak apply~

Colour cerah, apply kat semua bahagian mata untuk base, then diikuti dengan coklat biasa kat atas garisan mata + crease, then lastly yang gelap tu apply sikit saja di bahagian kelopak mata. Then, untuk menambah seri mata lagi, tambahkan eye liner berwarna brown. Kat sini, ada point penting: aku suka guna liquid eye liner, eye liner kalau boleh jangan la nampak comot, bila tengok tak cantik. It needs a lot of practises, so kalau rasa tak berapa yakin nak pakai eye liner liquid, pakai yang pensil/gel eye liner, then blend dengan brush bagi line tu tak nampak obvious. Rasanya, makeup ni macam painting gak kot. Kalau masuk shadownya, cantiklah hasilnya :)

Then, kepit bulu mata bagi melentik, then apply mascara. Lepas tu apply blusher di apple of cheek, lastly sapu lipstick. Habis!

mascara . eye liner & lipstick

senang senang!hehe. Tak semestinya brand power-power tapi sebab aku ni chanel makeup maniac, huhu. Tak kisah brand apa pun actually, brand bodoh pun kalau tak reti apply tak cantik gak! :p

sebelum

selepas

selamat mencuba aina!sapa-sapa pun boleh haha.

manwomanfilm

she definitely a talented artist(makeup & hair). I love her!
youtube name : manwomanfilm


1/4/10

recepi:tiramisu

Who doesnt like tiramisu, tell me! Rugi sapa yang tak suka makan cheeeeeese. Oh kalau tak suka makan cheese cake, u guys should try tiramisu. Tak muak langsung baq ang. Anyways tadi zaza buat roti sausage, buat sendiri ok, daripada roti sampailah ke rebus sausage. Aku dahla suka gila roti sausage, nasib kat sini tak boleh nak makan ja kalau tidak aku dah tibai selalu. So, alang-alang ajaklah budak batch kami, La, Apek, Faiz, dan sorang kohai sesat nama Nigo he he. La goreng mee goreng negro(nasib baik sedap), aku buat tiramisu, lepak-lepak menghabiskan masa bujang kami sementara tunggu internship jumaat nanti. Sekarang ni honeymoon sat. Lepas ni dah kena bangun awal!tidak..

wow! Sadis dapat sorang satu ja, lekat celah gigi i jer.

Oh, sebelum terlupa, meh aku share recipi tiramisu yang boleh menambat jiwa bakal suami korang nanti ha ha perasan, tapi kalau bf tak suka cheese aku takleh nak tolong lah. Ada jugak orang yang request tanya resipi ni, sebab simple dan senang sangat plus sedap sampai korang tak sedar korang tengah jilat jari tu.

Bahan-bahan :

1. 生クリーム(fresh cream/whipped cream)yang cair macam susu ideal tu : 1 pack (250g)
2. cream cheese : 1 pack (200-250g)
3.gula halus : 100g
4. maple syrup(optional) :2 sudu besar
5. serbuk koko
6. lady fingers biscuit : 1 pack @ kek pound lebihan mak mak korang buat
7. nescafe 3 in 1 instant : 1 pack

cara-cara:

1. pukul bahan 1~4 sehingga sebati dan fluffy

sampai la aduan tu nampak macam ni.

2. Di bekas asing, susun biscuit or cake di dasar, bancuh nescafe dan tuang sedikit demi sedikit ke atas biscuit tadi, jagan sampai banjir. Then letakkan adunan di no. 1 atas biscuit tadi. Boleh buat 2 layer dengan mengulang no. 2 lagi sekali.
3. Tapis serbuk koko dan taburkan atas adunan.
4. Masukkan dalam fridge dan SIAP!

Sedap.....try la...:D

ha tengok muka happy dapat makan banyak!

1/3/10

waterproof

I'm liking my new cheap-digital camera; Fujifilm finepix WP(green). Sapa nak digital camera 10Mpixel, harga around rm500, siap buleh masuk dalam air(waterproof)3m. Gara-gara berangan nak mandi-manda punya pasal. ha ha. here are some of the pioneer shots. Tak banyak boleh snap sebab tak beli sd card lagi. Lama gila takda digicam wohooooo!selama ni pakai toycams,lomo cams or menempek di dslr orang lain ha ha. Digicam dulu pun semua dah bagi sanak sedara habis.

mataku seperti agak juling ya di situ.


good quality. Dan berbaloi.

Hari ni banyak menghabiskan masa tidoq tidoq dan tidoq. Bukan apa, tak berapa sihat, rasa seram sejuk, sakit tekak, sakit kepala, badan panas-panas, lemah. Zaza g photo shoot ngan ejat n kohai(almaklumlah ejat baru angkut d5000 dan nigo pulak kiss-2 haih), aku tidoq. Dinner sama-sama kat sushiro, lepas tu lepak *bucks sebelum ejat balik mesia 2 bulan untuk internship di Hirose. cis nak ikut kau ejat! Ok, dah penat, mahu tidoq lagi...odaijini dart....>_<

kena paksa telan ubat tak sedap ni dalam drug store sebelum bayar. ha ha concern lebih la pakcik pharmacist!


1/2/10

victoria plimsolls spain

source:
http://www.calzadosvictoria.com
http://www.fashionfromspain.com/icex/cda/controller/pageGen/0,3346,1549487_5857812_5857549_4113436_0,00.html

The Victoria label was born in 1915 in La Rioja and arose from the powerful textile industry that was emerging at the time and the traditional manufacture of espadrilles, which dated back to the 19th century.

Over time, Victoria confirmed its standing as the leading brand in the youth market. Nowadays, the company targets both the children's fashion and youth fashion industries. Both lines are designed and created by the Victoria team with a view to spurring the company on both in Spain and abroad.

Victoria is… design + quality + comfort. The label Victoria has been the Spanish market leader in footwear for young people since 1915. The company’s mission is to dress every youngster in the best designed shoes available on the market and to achieve this, its strategy is based on continual improvement and the search for new trends and fashions.

The design team investigates and analyses trends in order to create the finest collections without ever losing sight of the fact that Victoria has a very iconic side to it, which can’t be changed. The rim of the sole, the grains-of-rice effect of the sole, the retro serge lining… over 50 years’ experience making plimsolls in the same way and the results speak for themselves.

i didnt even know the existant of victoria footwear untill i found and bought this at nagashima outlet for 50% sale(i guess):

close up

season : spring/summer 2008
model : 06702
name : INGLESA DISENO CARAS ANA HERAS(wtf tak reti baca)
series : 35/41
colour : negro

oh oh im so in love with the design. simple, tak macam snekers brand lain. canvas sneakers are cool. Maybe i'll order banyak-banyak from my bro, sebab brand ni from spain, kat UK sangat banyak. yehooooooooo!
 

Blog Template by YummyLolly.com