Fukubukuro ni ialah mystery bag/lucky bag yang dijual limited dengan harga yang MURAH hanya pada new year sahaja. Contohnya lah, Onitsuka tiger nya brand/boutique buat fukubukuro, dalam beg tu adalah dalam 5 barang(kasut, beg atau baju) yang kita takkan tau apa isinya kecuali terlampau curious boleh tanya, atau macam makcik-makcik rakus main koyak aja beg tu dan teropong apa ada di dalam. Mystery beg tu dia tak keluarkan banyak(tipu helah), konon-konon limitedlah, supaya mengaburi mata orang yang senang kabur macam aku ni.
Tapi yang aku tak berapa nak sure/masyuk beli fukubukuro ni, UNTUNG ker? Macam lagi rugik ja, entah-entah dia main masuk baju yang tak best nak habiskan stock dalam beg tu, kita pun syoklah ingatkan murah kan? Tapi agak aku tak puas hati tadi, aku ke REEBOK store, aku angkut classic sneakers ni sebab sale tinggal murah kan, tengok-tengok zaza pi usha fukubukuro tu(ala-ala makcik dok belek-belek), sebijik kasut aku ada dalam fukubukuro tuh. Cis. Fukubukuro reebok tu, 2 kasut boleh boleh dpt 5000yen. Aku beli satu kasut tu dah 3800 yen. Maksudnya aku rugi balik lah!arghh tapi peduli apa, aku tak perlukan pun satu kasut lagi tu. Kasut yang lagi satu tu memang kasut buangan la wa habaq lu.
Dah-dah, aku dah shopping banyak sangat sehingga terlupa aku bakal menukar status april ini. jangan dok bazir sangat dart oi! OK AKU DAH INSAF. Tapi outlet memang masyuk la wa cakap lu lagi. Kat malaysia pun dah nak bukak kan nanti kat johor? Naib baik jauh.
p/s: teringat heels marc jacobs harga rm2k sale 70%. ish ish. boleh ka dpt kat mesia nun?barang akan diupload nantilah. malas.































