12/30/10

christmas baby!


Alhamdulillah.....penantian sudah berakhir.
Tanggal 25 Disember 2010 pukul 2:50 p.m, 
maka lahirlah seorang bayi yang sangat montel, comel lagi SEPET.

name : Hayyan Naoki bin Hasrul
weight : 3.5 kg
normal delivary

sekarang masa untuk berpantang agar kembali langsing seperti anak dara. ha ha.
12/23/10

fu fu fu...!








12/22/10

it's gooooood to be home...

13hb Dis - Sebab Dart cuti lama dek grandpa meninggal, Bos suruh Dart pi buat audit di Hospital Ipoh. Mak aih.....3 projects kena audit. Jalan dari pagi sampai lunch time kol 1! Balik terus pancit. Bos, tak patut tau suruh pekerja yang dah sarat gila ni bejalan banyak. Bos siap cakap lagi, bini dia nak bersalin drive sendiri ja g hospital! hummm terasa macam sedih pun ada. 

14 hb Dis - Jalan-jalan di JJ ipoh dengan Hanis sefamily. Maklumla depa baru dapat bonus Rm500. Sempat lagi! Paling syok dapat makan Tutti Frutti for the first time. Tak sempat nak makan masa hubby ada. 12hengget sorang aku bantai!

15 hb Dis - Terpaksa berdiri sejam masa working hour sebab ada Morning Assembly. Sumpah boring. Lenguh tu tak payah cakap la, Dart kena cakap di depan stage sebab pegawai baru. OMG tak suka! Kena perkenalkan diri depan semua orang. Morning Assembly kerajaan ni lain daripada swasta. Semelum ni masa di Panasonic, lebih fokus kepada jualan, untung, rugi, macam mana nak buat kalau rugi. Government ni macam banyak ucapan, boleh jugak dikatakan bebelan. opps. Nasib baik pengarah kesihatan Perak cool. Paling nak tergelak koir Jabatan Kesihatan. Perghhhhh. bingit telinga, patutla abang aku dok gelak lagu tema Kementerian Kesihatan - Then balik dari assembly, Dart realize Dart tumpah darah sikit, macam baru lepas period. Tapi buat donno ja sebab sikit sangat. Mungkin terlampau banyak berjalan haritu. Malam Dart bagitau Hanis, terus dia kalut n bawak Dart pi cek laluan. Tapi yang Dart nk fokus, sakit gila buat VE, kalau bukan Dr. yang berpengalaman buat. Shit! Masa tu di Ar-ridzwan Dr. dah balik. tinggal nurse ja, so nak tak nak nurse kena buat dulu sebelum komform laluan dah bukak belum. Unfortunately, belum bukak!!! Dart dah sakit gila nak jalan pun sengal senak semua ada. Then terus Dart g klinik mintak mc 2 hari. Parents Dart dah cuak dah takut terberanak esok atau lusa. Hanis pulak yakin cakap kalau dah turun darah tu tak lama dah, lepas cek laluan(VE) terus dia boleh pecah air ketuban! Hish mintak simpang la sapa nak jaga Dart kat ipoh. Parents Dart suruh balik ke Alor Setar esok tu jugak.

16 n 17 hb Dis - Dart buat keputusan balik Alor Setar keesokan hari. Because i really felt that i was not already fit to work. Lenguh-lenguh makin menjadi. My parents suruh Dart balik naik bus ja from Ipoh. Hubby tak boleh amik cuti sebb annual leave dah habis! grrrrrrr! Lagipulak, sebab contraction tak rasa pun lagi. So boleh kot. Tapi Hanis berkeras tak kasi Dart balik naik bus. So, Hanis buat keputusan hantar Dart naik kereta Dart ke Alor Setar. Then dia terus balik ke ipoh. Oh., sangatlah terhutang budi kat member baik ku sorang ni. Dart rasa susah nak cari kawan macam Hanis ni. Sanggup hantar 3 jam n balik semula ke Ipoh 3 jam semata-mata nak hantar kawan dia balik ke pangkuan family!

19 hb Dis -  Dart dah buat appointment pregnancy checkup di KMC. Ingatkan boleh datang dengan hubby, tapi sebab hubby tak boleh balik, Dart g dengan cousin ja lah. The baby was normal, BUT......berat dia dah mencapai 3.6kilos. Masyaallah, montelnya anak mummy! Then Dr. dah janji nak cek laluan by doing VE, tup-tup tak sakit langsung!!! Bravos btui la Dr. pakar. Geram sebab sebelum ni nurse tu buat tak pro langsung. Dr. cakap bukaan baru 1.5cm. tak bukak lagi. So terpaksalah tunggu contraction, next appoinment will be 27th Dec. haih.

20 hb Dis - Actually, my formal maternity leave jatuh pada hari ini! My due date is 30th Dec. Pegawai kerajaan boleh mintak cuti awal 2 minggu sebelum due date dah boleh mintak. So Dart amik 10 hari awal cuti sebelum due date supaya Dart boleh balik ke Alor Setar awal for preparation. Ingatkan nak balik weekend sebelum 20 hb lah, tapi sebab dah balik 16 hb tu, so setel lah! Hubby pulak tak boleh nak balik weekend tu sebab kalut dengan hal pindah rumah baru kitorang di USJ. Kesian pulak hubby, kena uruskan semua hal pindah sorang-sorang. Nasib baik jugak sebelum Dart ke Ipoh, Dart dah setelkan barang Dart. Paling banyak kotak yang bawak balik from Japan bersepah! Ada kot dalam belas-belas kotak. Alhamdulillah dah selesai pun. Proud of my hubby sebab dia jenis tak merungut walaupun dalam kepayahan. Jiwa tak kacau senang hidup! Oh, speaking of maternity leave, Dart amik 90 hari cuti! Yes ingatkan 60 hari saja, tak sempat baby nak besar dah kena tinggal, so hubby suruh dart amik 90 hari. Pekeliling 90 hari baru ja keluar 2 minggu sebelum tu. Seronokkk. Lepas pantang nak spend sikit masa dengan baby with daddy di USJ. Nak jugak merasa duduk rumah yang baru pindah! heeeee. 

So, Dart dah selamat tiba di Alor Setar, waiting for my lil bunny to pop out! Semalam dah cukup 39 weeks. Bila lah baby nak keluar.....we are waiting for you baby...mummy tak putus-putus baca surah Maryam mudah-mudahan baby dapat keluar dengan senang...1 week to go bebeh!!!


baby cot dalam pembikinan.......


Only 1 more week to go!
Just one week until D-Day! Note to self: count through the contractions to know how long they last and when they'll be over. FYI: the worst position to labor OR give birth is on my back - as that compresses the birth canal and slows labor! I need to be upright and work WITH gravity.
12/21/10

missing...e@curve



oh really miss spending my nightime watching movies with hubby n siblings. Lepas tu lepak-lepak di maple layan hubby nk tgk bola. Tak sedar diri tu tengah preggy. Habislah nnt anakku memang suka layan bola malam-malam. Oh not to forget shisha too! Mode rindu tak habih lagi ni heeee. Masa ni 2nd trimester, kena bawak bantal nak support belakang! :p

-all rematched-
12/20/10

himpunan segala checkup"s"


Ok sudah-sudah lah buat cerita sedih di blog. Baik cerita pasal checkup yang Dart g sebelum bersalin. Entry pasal checkup lepas yang ke-6 kan. Sejak tu(hidup kucar-kacir),  Dart kena bukak buku di Ipoh dan juga di Alor Star tak pasal-pasal. Kalau Dart still dengan hubby, ingat nak bersalin kat Hosp. Umra ja. Tup-tup, bila kena datang ipoh, Dart kena la buat checkup di situ juga, manalah tahu takut terberanak secara tiba-tiba kan. Dart n hubby buat keputusan untuk bersalin di KMC Alor Setar under KPJ. Senang bagi Dart sebab parents dok kat sini. Kalau di Ipoh, ada member ja, nanti taktau pulak pantang larang yang kena ikut kan takda orang tua.

Lepas chekup yang ke-6(18th Oct), sebaik resign from Panasonic, seminggu sebelum pindah ke Ipoh, Dart kena penyakit kayap(Herpes Zoster/shingles) di bahagian peha, pinggang sebelah kiri. Masa tengah kerja lagi, Dart terasa macam melecur kulit di belakang pinggang. Ingatkan stretch mark yang sakit. Awal-awal takda tanda, just merah-merah di bahagian pinggang dan celah kangkang ja. Tapi sakitnya Allah saja yang tau. Terasa macam terbakar kulit, tapi tak tau kenapa. Bila tunggu 3 hari lepas tu baru naik biji-biji yang macam berair , sama macam keadaan bila kita melecur terkena minyak panas, naik gelembung. Bintik-bintik tu jadi dalam group sebesar duit 50sen. Masa tu, Dart dah tak larat sangat sebab sakit, padahal seminggu yang Dart ada tu untuk packing ke Ipoh. haih. Then 22 Nov, terus rujuk my Gynea kat hosp umra, memang sah kayap! Berjaga-jagalah mummy sekalian, pregnant women memang senang dapat penyakit, sebab sistem immune kita jadi rendah. Dart pun taktau macam mana boleh kena jangkitan kotor tu. hish. Dart tak boleh keluar rumah seminggu. Nak jalan pun sakit gila sebab naik shingles kat celah peha. Yang paling sedih bila dr cakap effect kepada baby kalau kena kayap ni. Tapi nasib baik baby dah besar waktu tu. Alhamdulillah.

Then 27 hb Nov(Sabtu), sebelum bertolak ke Ipoh, Dart ke Umra Hospital lagi sekali untuk komformkan dengan Gynea supaya Dart betul-betul fit untuk work as Government servant. Elok seminggu kayap pun dah beransur kering. Patutnya lapor diri 30hb Nov. Then Dr. cakap dah ok, tak perlu mc lagi. 

Then bila dah sampai ipoh, member Dart sarankan Dart supaya buat pregnancy checkup di sana pulak. Manalah tau jadi emergency kan. Sehari sebelum Dart lapor diri, 29 hb Nov, Dart g Pusat Perubatan Ar-ridzuan. From my side, terasa PP tu kecik berbanding hosp yang Dart g buat checkup dulu. Dr. pakar OnG pun ada 2 orang saja. Dart attach dengan Dr. Syed, i like him, sebab dia banyak terangkan dengan detail. Tapi sayangnya takda 3d scan, terasa macam tak canggih la pulok. heeeee. Tapi Dart buat detail scan semua untuk tengok Baby's condition. My dad tak galakkan sangat Dart beranak di situ sebab katanya, blood bank mesti tak ada, sebab hospital tu kecik. Haih tak larat dah Dart nak g hosp lain untuk buat chekup lagi. Sebab bila checkup ni, duit melayang, bukan nak berkira kan. Sekali p kena bayar dekat rm100 approx. Kalau dok attach kat Shah alam saja takpa. Tapi sebabkan condition Dart yang tatau nak bersalin mana kan. Terpaksalah. 

Minggu seterusnya, 6 hb Dec(Isnin), Dart buat checkup lagi sekali di Ar-Ridzwan untuk cek amniotic fluid cukup ka tak. Alhamdulillah ok. Dr. dah pesan emergency case kalau jadi apa-apa sebab Dart still drive g kerja walaupun dah sarat. Masa g chekup tu sedih juga sebab bayangkan Dart g checkup pregnancy ALONE. Lepas kerja terus ke PP tu sebelum balik rumah. Semua orang yang g sana ada teman, selalunya hubby lah kan. Nasib badan btul. Masa tu beg emergency memang ah siap dalam kereta. Patutnya Dart kena g lagi sekali ke Ar-Ridzwan ni untuk last checkup before balik ke Alor Setar.

Nak dijadikan cerita, 7 hb Dec(Selasa) 1 Muharam yang lalu, my grandfather meninggal dunia. Dart, hubby, and other siblings terus balik Alor Setar, walaupun tak sempat bersama dengan Allahyarham sebelum beliau pergi selamanya. Semua urusan pengkebumian diuruskan di rumah Dart. Alang-alang Dart di Alor Setar, Dart terus ke KMC(Kedah Medical Centre) 9 hb Dec untuk buat checkup sebab macam mana pun Dart plan nak beranak di situ. Dart attach dengan Dr. Kamaruzaman sebab my neighbour encourage suruh attach dengan Dr. tu. He's nice, but tak banyak cakap. Tapi terserlah kepakaran beliau. Kat KMC ada 3d checkup wo. Tapi dah tak boleh dapat gambar baby sebab now baby is too big to be snapped. hehe. Masa tu Dr. cakap our baby dah 3.3 to 3.5 kg. waduh. Cuak jugak Dart dengar sebab baby dah lebih 3 kilos. Mummy nya takla besar sangat kan heeee.

Banyak kan checkup? Situ sini. Terpaksalah Dart fikirkan perkara emergency kalau-kalau tiba-tiba bersalin tatau di mana kan. Sebab tu lah best kalau hubby ada..Hubby boleh tolong hantarkan, tolong jaga kita. :) Tapi Dart still bersyukur sebab member Dart sangat prihatin dengan condition Dart. Kalau takda dia, tatau lah macam mana...Sayang hang hanis!

hamil tanpa suami di sisi

Oh only God knows how does it feel bila terpaksa berjauhan dengan si suami.
Tambah-tambah terpaksa berhadapan dengan kehamilan di trimester terakhir seorang diri. Dart tinggal di Ipoh tanpa suami yang tak pernah jemu menjaga Dart dari awal hamil sampailah 8 bulan usia kandungan kami. Kami terpaksa menjadi WEEKEND COUPLE tak pasal-pasal eheh. Setiap hujung minggu, hubby akan naik train express 2jam from KL to Ipoh. Then balik semula ke KL pagi isnin. Macam tu lah jadinya rutin kami. Bukan apa, kesiankan si hubby, travelling is not FUN, tambah-tambah setiap minggu kan. Kadang-kadang terasa juga nak berehat bersantai taknak ke mana-mana time weekend. 

Rindu lepak-lepak santai tengok tv dengan hubby lepas dinner. Rindu holding hands berjalan-jalan di taman. Rindu massage hubby nak gerak dia bangun tidor(hubby manja kena massage mata dia heee). Rindu outing beli barang basah untuk masak. Rindu masak sama-sama dengan hubby. Hubby akan tolong basuh pinggan, kemas dapur lepas dinner. Rindu solat berjemaah sama-sama. Rindu makan aiskrim sama-sama. Hubby layan aja Dart nak makan apa. Rindu being together all the time walaupun hubby balik lambat from work. Rindu hubby akan massage kalau lenguh-lenguh badan. Rinduuuuuuuuu. But carrying his lil jr. making me stronger.  Dart akan tunggu masa supaya kami tak akan jauh lagi. But i just have to wait. Mungkin setahun. Mungkin bertahun-tahun. sigh.

irreplacable.

Only 2 more weeks to go!
Nothing much to report on the baby front-- they're big, I'm big. So yeah, I'm here big as a house in a holding pattern just waiting for those first contractions (not the fake ones!) to let me know it's show time! Hopefully, I've done some reading up on labor and birth so I'll be ready when it hits.
12/16/10

taman tasik Taiping


Salah satu lokasi kegemaran bila balik ke Taiping ialah Taman Tasik Taiping. Tak tau kenapa rasa sangat nyaman dan tenang bila datang sini. Bagi orang yang pernah sampai ke sini faham kot perasaan Dart. Park ni sangat bersih, rumput pun nampak segar dengan warna hijau pekat, susah nak nampak rumput yang botak di situ. Segar bugar dan healthy(subur) ja pemandangan di situ, diserikan lagi dengan pokok-pokok tua besar gedabak(kalau malam memang seram!). Boleh nampak orang beriadah, berdating, tangkap gambar outdoor kawin, yang paling sweet bila tengok family ramai-ramai bentang mat dan picnic dengan bahagia. Dart rasa situasi ni kat japan banyak, tapi susah nak dapat kat Malaysia. Mungkin park kat sini tak banyak dan cantik. Filem SEPI pun pakai taman ni buat shoooting kan! mantop.

i love.

Minggu lepas berkesempatan datang ke taman tasik dengan mak mertua dan hubby. Sejak dok kat Ipoh ni rajin beno la aku balik Tepeng ha ha. Bila petang-petang bosan dok rumah, jalan-jalan la di taman ni. Sempat jugak snap some precious maternity pictures with hubby sebelum Dart kembali kurus. I guess gambar ni would be my last during pregnancy. Dart pun dah 38 weeks. Tunggu masa ja nak meletop. Cuma tak sempat nak ambik gambar maternity secara serious dengan proffesional photographer. Next time mungkin. 

precious.

bye-bye big tummy.

Bila dah kawin dengan orang Tepeng mestilah / wajib kot tangkap gambar outdoor di situ. heeeee. Termasuk lah Dart n hubby. Outdoor potraitures kami tangkap kat taman tasek ni lah jugak. Dart tak sempat nak sort out balik gambar kawin, sebab terlampau busy. Lepas kawin terus honeymoon, minggu depan tu terus start kerja. Oklah, lepas ni kena kutip balik dekat facebook yang mana orang tag. Sayang pulak rasa. Especially masa preparation 2 minggu selepas balik ke malaysia. 


forever.
12/14/10

set bersalin & confinement lady

Punyalah tak tau nak pakai set bersalin apa, Dart siap buka pertanyaan di Facebook. heee. Ada yang respond set bersalin perlu! Ada yang cakap makan ja ubat dr! 


Saja gatal-gatal lalu depan kedai yang ala-ala banyak jual jamu Melayu suatu masa dulu, tanya jugak salesgirl kat situ. Macam macam review depa bagi. Ada banyak gila jenis set bersalin; Nona Roguy,   Orang Kampung, Mustika Ratu bla bla. Tapi yang paling tak tahan Sendayu Tinggi nya set. RM400 lebih wo! Berkesan ka wey? Cam tak berbaloi pun ada.

Sendayu tinggi. bapak maheiiiiii.

My parents especially mama pesan jangan makan jamu sebarangan. Sebab nanti bagi kesan kat susu badan. Boleh bikin cirit birit baby! Sebab panas kot. Mama Dart makan ubat dr ja. Dart ni rasanya suka kot berpantang, macam rasa excited nak cuba minyak-minyak urut, sebab Dart memang suka kalau orang urut-urut, belai badan sendiri heeee. Pastu tambah pulak dengan keinginan nak kurus melambung-lambung tinggi melangit, tu yang teringin nak cuba berpantang cara tradisional. Cewah. 

Tadi dapat call dari my mum, Dart ada pesan tolong tengok-tengokkan set bersalin Amway, kebetulan mama memang ahli tegar Amway, dan amway ni pulak memang boleh dipercayai(lah kot), dari segi vitamin suppliments, kek, puding semua sodap! Packaging dia pulak nampak meyakinkan. My mum dah "book" kan set bersalin Amway. Look kinda like this : 

Meyakinkan tak?

Lengkap dengan bengkung, yang penting, dengar dealer tadi dok promote , "Minyak dia bau wangiiiiiii sangat!" tutttttttt... tak sempat nak dengaq depa sembang mama dah letak tepon. Just dia nak komfomkan dengan Dart nak ke tak heeee. Harga dalam RM300+ kot. So i'll give the review selepas meletup la, nak kasi sekarang pun tak bersalin lagi. 

Rasanya set bersalin ni pun depends jugak dekat si pencuba. Kalau taknak pakai pun takpa kan. Satisfaction ni subjektif sebenarnya.

Oh btw, masa dalam pantang, Dart dah tempah confinement lady untuk jaga Dart. We need this expert lady sebab my mum still working. Balik dah petang. Confinement mum tu datang pagi, dia akan urut, tungku, pakaikan barut, basuh baju baby, masak untuk Dart n baby, jaga baby(ofkos la kan), semua lengkap. Dia akan balik petang lah kot. Her name kalau tak silap Maknjang Rosnah. Charge : 20 hari RM1200. Tengoklah macam mana nak jadi. OK ka tak ok. Sedap ka dia masak atau just bagi Dart makan ikan rebus ha ha.

dib dah kawin!

Last weekend, atau last-last weekend(dah lupa), ha ha Dart and hubby sempat meluangkan masa kami ke majlis perkahwinan housemate saya yang pertama di Jepun dulu, Dibah! Congrats dear, akhirnya Dib & Fai disatukan dengan ikatan yang sah lagi suci..cewah! Semoga kekal sehingga ke akhir hayat. Seronok dapat jumpa semua girfrens yang baik masa di Jepun dulu. Teringat zaman-zaman bujang heeeee.  Dah makin bertambah pasangan-pasangan yang mendirikan masjid. Lepas ni time bunting ramai-ramai plak la kot. Sekarang ni Dart ja yang mengandung rasa out of place pulak heeeeee. Takpa, my time cepat skit, advance! ;p

time makan & sebelum pengantin lelaki sampai

time bersanding

soft tone mode skit sebelum balik. LIKE!

Like i said before, no more pants for me aite? Garang tak i pakai maxi dress leopard gitu auwwww!

Some random facts about my pregnancy :
1. Masa tu 37 weeks.
2. Chcckup di Ipoh, Pusat Perbatan Al-Ridzwan
3. berat 63 maintain!
4. Berat baby over 3 kilos sudah! hmmmm hmmmm.
5. Air ketuban sudah melebihi 7. 10.5 kot. Normal! 
6. Kepala baby di bawah. But muka facing up! Takpa ada masa lg.
7. Sakit belakangku sudah hilang! 
8. Tapak kaki semakin mengembang
9. Nafsu makan membuak especially nice desserts! phew.

Only 3 more weeks to go!
It's the calm before the storm. At this point my baby measures: 7 lbs and 20 inches (with boys somewhat heavier and longer than girls). Happily, as far as internal organs go, they are now developed enough to function in the outside world, so that if labor decided to kick in, we'll both be ready!
12/13/10

bye-bye pants

 gorgeous

 super cool

cool.

Now it's time to say "so long" to pants. First & 2nd trimester of pregnancy, Dart prefer pakai seluar ja everyday but since masuk 3rd trimester, tambah-tambah sebelum ni kena shingles di celah kangkangku(cis), Dart dah berjinak2 dengan maxi dress. Tu pun sebab my mum yang banyak hadiahkan. Thanks Mama! So, maybe this post mewakili my last time with beloved pants ku! argh. Peha bontot semua dah makin besar. Macam sarong nangka aku rasa ha ha. Tatau la bila boleh pakai balik seluar lama. T_T

Seluar lembut-lembut loose ja yang ok. heeeeee.


Only 4 more weeks to go!
With the exception of their skull, which must be pliable to pass through the birth canal, my baby's bones are now hardened and birth-ready. Their muscle tone has improved over the past weeks and I can't wait to test their Ulnar grasp--a newborn reflex that occurs if I lay my finger in their palm.
12/12/10

Paab family day in Pangkor

Some random pics taken in Pangkor island. Went there following hubby joining his company's family day. All i can say is the beach was so-so and so did the resort condition. Prefer other sandy beach, as the sand was not really crystal clear. But anyhow, i love beaches. 

The beach.

The activities.

The sunset.

sesungguhnya anak penambah rezeki - ada ONG!

Bila bercakap pasal lucky draw, Dart memang tak pernah bertuah / mempunyai ONG untuk dicabut. Daripada cabutan bertuah zaman sekolah, sampailah sebelum kahwin. 25 tahun tu beb. Tapi bila dah berkahwin dan mengandungkan baby dalam perutnya, it's like miracle! Rezeki melimpah-ruah. Kami tak pernah kekurangan dari segi wang ringgit atau benda-benda lain. Sesetengah orang cakap, kahwin ni mesti tunggu stabil, bla bla. Tapi beleive me, Dart tak pernah rasa macam tu sejak kahwin. Ada saja rezeki yang masuk. Alhamdulillah.

1. Hubby dapat offer kerja yang lebih bagus pun masa Dart tengah mengandung. Minggu lepas dapat lagi offer from Sime Darby. Syukur sangat-sangat. Proud of you!
2. Sebelum Dart berhenti Panasonic, masa tu tengah bonus time, my last day was the day yang semua staff dapat bonus. HR dah bagitau siap-siap Dart resign awal, so bonus tak bole dapat. Tapi bila last day, Dart kena panggil attend bonus presentation untuk staff. Siap kena BOO lagi dengan staff2 bengong ha ha. Ya la, last day dapat bonus esok terus blah kan. Memang tekejut beruk. Baru keja 6 bulan, resign awal pulak tu, tapi rezeki tetap menyebelahi Dart, maybe sebab anak dalam perut ni pembawa rezeki. Dapat la jugak 1 bulan gaji free-free.
3.  Masa kami ke Family Day company husband, ada juga Lucky Draw diorang. Tak pasal-pasal kami dapat Sony MP3 player worth rm600. Tapi boleh tukar barang lain yang sama harga dengan nilai player tu. We didnt need the mp3 player sebab Dart dah ada ipod 30gig, hubby dah ada ipod touch dia. Lagipun sejak kawin, takda la guna sangat. Then we decided untuk beli barang elektrik lain. Kebetulan kami perlukan home appliances macam kipas, lampu untuk apartment yang kami beli untuk disewakan(baru dapat CF), so kami beli benda yang perlu tu lah. Murah rezeki, syukur lagi sekali. Bila Dart tengok, semua staff yang dapat cabutan bertuah, semua baru dapat baby. Hadiah boleh tahan, hp blackberry, macbook pro, Sharp led tv 40 inch. Seriously semua family tu baru ja dapat baby yang kecik-kecik comel. :)

794

4. Hubby attend conference apa tah pasal job scope dia lah. Ada lucky draw jugak. one ipod touch 8gig. Bila name card tercabut, hubby's was selected! Omg daripada beratus2 orang dalam tu, hubby dapat. ha ha. Bertuah betul. Kalau nak harapkan Dart, memang takkan dapat kot senang-senang free macam tu. 

Taraaaaaaa!

But, ipod touch...hmmm...bila fikir balik, nak buat apa ya dengan ipod touch ni? Dart dah ada ipod classic. I was wondering...kenapa asyik dapat mp3 player? hahahha. Mungkin baby dalam perut ni akan minat music one day. who knows.
12/6/10

M.A.C lightful review : i've found mine, what about you?


Setelah bertahun-tahun bermastautin di negara matahari terbit, Dart balik ke Malaysia, and i was having one problem iaitu penyesuaian diri dengan skincare products in Malaysia. Masa kat Jepun, Dart pakai skincare from Shiseido, various types lah, tetapi almost all of the products takda jual kat malaysia. Sekarang ni pun baru ada jual Shiseido Aqualabel di Watson, which tend to be my last product worn there. Tapi bila balik Malaysia for good, product tu jadi tak berkesan langsung. Pelik.
Dart balik Malaysia dengan muka yang langsung tidak berseri. Dah la masa tu lagi 2 minggu nak kawin tapi jerawat penuh kat T-zone especially dekat dahi. Phew. Tuhan sajalah yang tau. Masa tu buntu sangat nak pakai produk apa sebab my skin sepatutnya tak seteruk tu. My skin boleh dikatakan combination skin la. Tak kering tak oily. Kalau pakai betul-betul toner, mosturizer, memang takda masalah sangat. Oleh sebab kemaruk nak hilangkan jerawat di dahiku supaya kekal jelita semasa bersanding secepat mungkin, Dart try pakai Nouvelles Visages, where my mum memang pelanggan setia selama bertahun-tahun lamanya sampaila Sosilawati ni meninggal. ha ha. My mum putih tak apa, Dart ni kuning-kuning, masa lepas sekolah dulu direct teringin nak jadi putih, try la pakai produk ni. Putih gila you kulit muka i. Sampai kawan-kawan cakap, "dulu masa Dart putih...bla bla"..ngahaha. Tapi kulit muka ja la ha ha.

sapa nak putih di muka sahaja, silalah try hehek.

Apa yang jadi, makin teruk!! Frust tak hengat masa tu tapi layankan aja. Lepas kawin, orang kata hormon orang kawin ni menyebabkan kita jadi lebih ok, OK la, masa awal-awal, dan jerawat berkurang sikit. Tapi dart tetap tak puas hati. Then i switched to CLINIQUE, sebab tengok my sis n cousin pakai kulit diorang ok. Pakai-pakai ok la sekejap, beli punya lah mahal, tapi berbaloi sebab boleh pakai lama lebih dari sebulan untuk satu botol. Bila dah lama-lama jadi macam imuned, kulit jadi macam sensitif, Dart ni jenis yang suka picit jerawat hehehheh. Picit sikit naik merah-merah lekat bekas. haih.


Cari punya cari lagi skincare, Dart bertekad nak try MAC skincare product. Sebab makeup memang dart sesuai dengan mac. Phew harga boleh tahan, tapi Dart request sample dulu(patutnya tak da sample, sales girl tu pump dalam container kecik untuk tahan seminggu). Try punya try, dalam seminggu dah nampak hasil! Terus Dart beli one set, Facial foam, toner and mosturizer.Fom the first time Dart pakai, i knew it was something i was going to love and tak sabar nak share how amazing it was. Waaaaaaaaa one thing, jerawat memang tak keluar, uneven skin tone jadi better, and the best thing is, breakouts selama ni hilang and pores/liang roma makin kecik! My skin macam "luminious" lah konon-kononnya in just a week! Bau pun sedap ja sangat refreshing! Product ni absorb ke dalam kulit quickly, which means we dont have to waitto start appyling our makeup! Senang cerita, worth trying. Belum coba belum tauuuuuuuuuw!

my soul mate. suami semakin sayang....hahhahah
selepas laki, anak, family, kawan-kawan aku :p

p/s: tak semestinya semua org pakai produk ni akan jd ok. Aku pakai skII tak jadi habuk pun dulu. 
12/3/10

breast pad & rompers

Bila dah mengandung, semua benda pun membesar kan? Termasuklah dadaku hahahha. Besar-besar pun berisi wo. Ada 2/3 hari lepas, Dart perasan ada cecair yang mencurigakan lekat di baju auwwwww. Excited pulok. Tak sesuai la nak excired di sini eheh. Insyaallah Dart nak menyusukan baby Dart dengan susu badan. Orang tua-tua cakap, tak elok kalau dok sebut-sebut, "Kalau la, susu tak keluar, susu sikit, ...bla bla". Diorang suruh mintak doa banyak-banyak supaya susu tu melimpah ruah. 

Member Dart suruh beli Breast pad, sebab bila lepas baby keluar, susu tu akan keluar. Kadang-kadang tu waktu tak sengaja dia keluar sampai boleh basah bra n baju. So, untuk mengelakkan benda ni berlaku, kenalah lapik dengan breast pad. 

One day, I went to Modernmum boutique in Ipoh tepi JJ with mummy Hanis, and salesman tu suggest daripada pakai bra pad, baik pakai Medela milk collection shell. 


Bukan apa, shell ni is made from soft silicon, tak sakit, dan kita tak membazir buang susu kita. Kalau breast pad jenis kain/pakai buang, susu akan lekat di pad tu and lastly kita akan buang(kalau yang pakai buang) or basuh kan. Rugi la susu yang terkumpul tu! So, nilah fungsi shell ni. Selain berfungsi sebagai pad supaya tak melekat di bra/baju, shell ni juga mengumpul susu kita yang keluar tanpa sedar tu. Lepas tu boleh transfer masuk dalam botol! Oh sungguh bijak! Harga di Ipoh ni dalam RM 60+-. I dont know whether harga tu mahal from harga di KL sebab 1st time was introduced here in Ipoh. Tapi, menarik lah for me and I am sure will get this one day. 

TUKAR TOPIK:
Seronok g kedai modernmum tu(hubby was not around huuuu), Dart beli sandal Modernmum(huh last skali beli jugak sebab nak pakai g kerja, maklumlah gua sudah government servant). Dek beli sandal tu, kami dapat diskaun rompers! Terus hangkut 6 helai! Dart tak banyak beli baju untuk baby Dart sangat before this, baru ada 5 helai. Lagipun, mummy Dart memag pantang nampak sale ha ha. Tak boleh buat keputusan, terus angkut banyak-banyak. 

rompers from NIKE, Baby b'gosh,  & carter's
for only RM5 each! bahahhahahah suka.
Kat KL tak dapek la kan.

ice cream daiiii----suki!


Dart suka makan ice-cream masa pregnant. Patutlah pipi baby boooolat sebab mummy suka makan benda manis! Hubby and adik addicted join groupsmore. Kami beli voucher GELARE ice-cream from Australia worth RM5 dengan harga RM1. Hubby hangkut sampai 5 kupon! ngaghahaha. Apa lagi, seronok tak hengat boleh dapat diskaun rm5 untuk 1 item! Bukan untuk satu receipt! Gelare ice-cream ada dekat e@curve, sedap sangat! Sebab tak sama dengan Baskin Robins, Haagen Daz, Gelato. 1 scoop is around RM9. Ada macam-macam lagi, Waffle and cakes! Worth trying!




1st time

2nd time with beloved siblings pulak! heeee~

p/s : actually mummy dart rindu hubby, family, & frens  sejak datang Ipoh sorang-sorang.....T_T
12/2/10

choosing stroller - pening!

Stroller. Penting kan? Dart rasa salah satu benda yang amat perlu kalau dah ada anak. Kadang-kadang tengok parents bawak anak, tambah-tambah yang kuat meragam pulak tu, kesian depa. Bawak g jalan-jalan nak always in happy mood(mummy nak shopping!!), last-last end up jadi tak best sebab anak meragam, bapak terpaksa dukung anak, berat, bla bla. 

A few categories or points yang penting dalam memilih stroller, yang paling penting, mengikut keperluan, dan kewangan parents. Kalau Dart, yang paling penting would be tahan lama(quality-wheel system yang smooth), bentuk yang stylo/up to date, senang untuk dibawa dalam kereta, tak berat sangat, dan berpatutan! Dart banyak did surveys regarding stroller, sebab taknak menyesal di kemudian hari. Ramai yang pesan, DONT EVER BUY STROLLER YANG GEDABAK! But i think, kalau dah kereta dia jenis HARRIER, BMW X6 ka, would not be any problems kan? Kereta Dart n hubby kecik ja, so kami memang tak perlukan stroller anak yang gedabak, cukuplah sekadar umbrella fold ja. Compact.  

DESIGN(3 roda/roda angin) & FOLDING SYSTEM:

Kalau nak ikut design yang best, Dart prefer 3 roda yang boleh isi angin! Dari sebelum fly ke Jepun , suka gila bentuk macam tu. COOL sangat! Quinny Buzz adalah stroller yang memang Dart suka dari awal pregnant. TETAPI! bila nak fold, still besar! Gedabak bila tengok live. Hubby yang paling tak sanggup sebab dia cakap kerja mengangkut stroller nanti mesti dia yang akan kena buat. Mummy Dart tolak ja bila semua dah ready! hehehehheh. Quinny buzz ni jugak too expensive bila fikir-fikir balik. So, tak jadi lah! One more thing, kalau tengok rata-rata memang dah berkurang penggunaan stroller beroda 3 ni, mungkin kurang praktikal agaknya. 4 roda jugak menjadi pilihan! Shopping basket pulak takda! Tak jadilah.

Design : OK
Fold system : Failed
Cost : Failed
CANCELLED!
CAR SEAT/TRAVEL SYSTEM :

So, bila dah tolak quinny buzz, kami try survey lagi, Sebab Dart still dok suka ala-ala Quinny buzz ni tak habis-habis, kami jumpa HALFORD ZUZZ 4 pulak. Halford is local brand. Cari website tak jumpa, quality ok kah? Dart bercadang nak ambik sekali dengan travel system, dapat satu car seat. I think car seat memang penting sebab Dart nak hantar baby ke tempat pengasuh/day care sorang-sorang drive. Kenalah letak baby dalam car seat masa dia kecik. Halford ni kalau beli sekali travel system around RM930, dart dah survey.  Tetapi disebabkan bila fold tetap gedabak, kami pun terpaksa la tak beli stroller ni. Nak cari review from customer pun susah!

Design : OK
Cost : OK
fold system : FAILED
CANCELLED!

So, disebabkan nak cari yang umbrella fold stroller supaya compact bila nak bawak, dan kami memang nakkan travel system car seat for baby, kami beralih kepada quinny zapp. Satu set boleh dapat RM1200 lebih kalau habis cari. Memang dah hampir terbeli sangat-sangat! Nasib baiklah kami ke Pangkor hari tu, ada hubby's colleague ni bawak quinny Zapp. Anak dia baru 4 bulan ! Car seat tu dah tak muat dengan baby tu! Omigod kesian tengok baby tu macam sempit ja duduk dalam car seat tu. Quinny Zap tak boleh pakai dari New Born( baby 0 bulan), kena pakai car seat tu dulu, sampailah baby around 9 month baru boleh start pakai. Bila tengok baby tu kat Pangkor, terus tak jadi amik Quinny Zapp ni. haih.

 with car seat 
Design : OK
fold system : OK
Cost : OK
Travel system & Function period : FAILED
CANCELLED AGAIN! huwaaaa

LIE FLAT DESIGN :

Bila semua criteria tak dipenuhi, Dart dah jadi pening ha ha. Ya la, nak spend mahal-mahal untuk benda ni, mestilah fikir betul-betul.  Salah satu lagi point penting yang Dart ambil kira adalah kedudukan baby semasa dalam stroller. Ada website yang mengatakan Baby perlukan diletakkan dalam keadaan baring 180 degrees. Baik untuk perkembangan paru-paru untuk pernafasan.

A lie-flat position is also essential for your baby’s spinal development because it will aid spine growth and in time strengthen muscle tone. Your baby’s neck control will be helped by this support too. Lying flat will enable your baby to soon explore his or her own hands and feet and then even reach out. Lastly, it will encourage your baby to follow movement with his or her eyes and, if facing you, help the bonding process.
Many buggies that don’t have fully reclinable seats can have a carrycot attached to the chassis, so your baby can lie in a flat position until old enough to use the buggy’s seat. This is how these buggies can be labelled as suitable from birth.

source : http://www.madeformums.com/what-to-buy---pregnancy/why-your-newborn-needs-a-lie-flat-buggy/8411.html

So, Dart beralih pula kepada MacLaren Techno. Ramai yang suggest stroller ni bagus. Boleh guna dari new-born, Baby pun dalam kedudukan flat, tak payah attach dengan car seat, terus boleh pakai dari baby sampai 25 kg! Folding system sure-sure lah umbrella kan. Dart dah boleh menerima keadaan di mana stroller 4 roda lagi cool dari yang 3 roda sekarang ni ha ha. Cuma, dart memang perlukan car seat untuk letak baby dalam kereta dengan harga yang berpatutan. So, harga stroller ni RM1000 +- tanpa travel system. Budget Dart n hubby, stroller + travel system = RM1000 +-. Terpaksalah cancel jugak. he he.


Design : OK
Fold system : OK
Fuction period : OK
Cost : Failed
CANCELLED LAGIK!


Last-last kami jumpa jugak idaman kalbu stroller for our lil' hero. Nak kata 100% memenuhi kriteria, tak juga sebab travel system dia tak beli(Ada ja). Ever heard of HAUCK brand? From UK rasanya. Dart dah tengok live, sangat kukuh, qualiti ok, boleh pakai dari new-born, umbrella folding system . Harga pun dapat dengan sangat MURAH!! Suka sangat. Dah book dah pun, tengah tunggu hubby g amik n bayar ja di Subang Parade. Kami beli dari kedai BabyCottage. Online pun ada. Kalau travel system tak sampai seribu. Tapi sebab kami dapat diskaun, from RM600 ke RM479, tu yang tak ambil lagi car seat dia. Tak apalah, lepas bersalin nanti belilah satu. 
MISSION ACCOMPLISHED!
(yang penting muat untuk mini cooper hihi)

p/s: depends on our need. 
 

Blog Template by YummyLolly.com