Rasanya baru tulis blog pasal hari ke-12 internship. Sudah ke sembilan belas sudah. Cepatkah masa berlalu? So far, dah start buat slide untuk present 10 hb nanti. Eksperimen ada lagi yang tak siap, tapi prsent progress ja nnti orof Abe nak datang jenguk-jenguk student intership ni rajin ka tak buat kerja. Jangan risau, saya tak malas sangat, rasanya im more to workaholic tanpa disedari haihs. Hari ni sangat sejuk jugak, silap pakai jaket kulit. Patut kena pakai selimut terus.
Today's outfit
muffler : no brand i guess (bought in beijing, from mama) black n white top : 2nd street bundle shop jacket : rematched pants : uniqlo shoes : nike
Aku rasa aku tengah "schoolsick" la ha ha. Asyik teringat-ingat..apa nasib sekolah aku. Kat sini universiti ka tadika ka semua panggil sekolah. Walaupun sekolah aku busuk ayam. Tapi di situ lah 2 tahun aku menimba ilmu sok sok nak jadi bakal jurutera. heeee. Paling rindu; Mr. Mori? Prof mori discriminate pompuan huh. oh no...mestila senior aku, Mr Yanagiya san!
Selama aku masuk Toyohashi, selepas masuk as 3rd year student lepas diploma, terus masuk 4th year dan bergelumang dengan research. Kat sini kebanyakan student kena buat sendiri, TETAPI, special case untuk Mori's lab, budak undergrad kena pair dengan Masters student. Mengikut sejarah, budak undergrad ni memang tak reti apa-apa, so sia-sia bagi kami buat sendiri. Tapi memang aku mengaku, masa baru-baru masuk lab memang otak rasa kosong, dah belajar 4 tahun tu macam ntah ke mana. Rasa suspect gila kat Yanagiya san ni sebab beliau sangat handsome. Eh, selain handsome, beliau sangat baik hati, baik gila gila gila punya baik lah! Aku ni memang lemah sikit dengan lelaki baik hati haha. Tapi untuk lelaki di luar sana, jangan la baik sangat. Kesian gf anda.
Nak dekat setahun setiap hari jalan ke hulu ke hilir dengan Yanagiya san, buat kerja tukang sama-sama(tapi aku banyak lagi jadi buruh kasar la), buat eksperimen sama-sama, ada jugak dia hantar aku balik rumah sebab aku jadi buruh kasar dia nak kaut data, so give and take aa. Yang paling aku rasa terhutang budi, nak dekat-dekat present fyp dan thesis, banyak pulak masalah melanda. Pakcik Mori tak bagi aku guna data yang aku dah kaut masa ekperimen. Dia cakap sama tajuk dengan Yanagiya. Memang kalut sebentar sehinggakan rasa sampai nak tidoq aja kat lab tu, menangis-nangis tensen. Aku paling geram kat Pakcik Mori ni ah. Bukannya dia nak ce awal-awal, suruh tutor cek, then esoknya nak kena hantar kat Pakcik tu, last-last kena reject, 3/4 kena tukar terus. wtf. Yanagiya san ni bengap pulak tak guide aku suruh tukar tajuk bagi nampak baik punya lain. Tapi yang terharunya, masa tengah genting, Yanagiya san teman aku sampai pukul 3 pagi, siapkan gaiyou(abstract) untuk submit esoknya pukul 9 30 pg. Aku dah kalut, selama ni yang aku tak betul tanak tegur awal-awal memang hangin gak aa kat pakcik Mori ni. Mana ada senior lain buat macam tu kat junior dia taw! Tapi rasa tak best sebab senior lain macam dok bising-bising nampak macam aku tak buat keja. Padahal aku dh bagai nak gila buatkan eksperimen last-last satu habuk pon takleh guna, free-free ja Yanagiya tu dapat. Kira ok lah kan.
Kalau jejaka Mesia msg2 macam ni memang nak kena penampaq. sangat tidak seswai.
Ada 2 3 hari lepas aku mesej Yanagiya(Ish panjang nya nama, Y sudah lah)san, teringat kat dia. Dia dah nak present untuk masters course dia. Concern la jugak sebab sebelum ni Y banyak tolong aku. Masa aku tengah kerja ni, takda sapa tolong Y. Oh Y. haha. Sebelum balik mesia nak lah hadiahkan dia something.
bukan Yanagiya
bukan jugak
bukan!
ha....inilah Yanagiya sempai ku....~ kakkoi siot. Dahla pandai bijak, ada gaya(tapi paling meluat tengok dia pakai kasut tajam hosto tu), handsome, bakal engineer cipta2 mesin pulak tu, pandai bersukan. 理想の男 bahahhahha.
comelnya dia senyum...tengah mabuk gila dah tu. haihs.
Ha, yang tengah tu pakcik mori. Memang bagus.
Eh, aku kat sebelah pakcik mori. haha. Tapi memang tak dinafikan lah, pakcik mori memang power. Aku rasa dah bapa kali dia ke oversea's countries terima anugerah untuk metal forming. Mr mori ni kalau tak silap aku dia yang reka analytical FEM untuk metal forming. Almaklumlah, budak Kyoto dai. haihs.
Mana nak letak muka aku ni? Siang tadi aku kena paksa pakai costume Pikachu. Shit. hahahahh. Kalau pakai sekejap boleh terima lagi. Ni tak, dari awal pagi sampai la balik. Mari kita lihat muka-muka tak boleh belah si Pikachu ni. Maloo. ;;-_-
Perjalanan dimulakan sejak pukul 11:00 malam. Bertolak ke 治部坂"Jibuzaka" Ski area. Perjalanan memakan selama 2 jam 30 menit. 3 orang sahaja yang bakal menjadi bahan tontonan. Aku, Kataoka-san, dan Kawai-san. 2 orang pakcik dan seorang gadis manis. Tak ngam btoi. Naik kereta besar hi-ace Kawai-san, siap boleh dijadikan katil untuk tidur tak lena. Pukul 02:30 sampai, terus "transformers" kan kereta Kawai-san jadi katil dan tidur. Langsung tak lena. >.<;
Jibuzaka ski area
bumble b0000 sebelum transform jadi katil form left : Kawai san, Kataoka san
Esok pagi(pagi tadi), bangun pukul 07:30, dan tanpa menggosok gigi, makan pagi sekali dengan tahi-tahi gigi bersama Sandwich udang. Sedap. Then terus tukar baju. Kostum tak boleh belah. Sebenarnya, aku ke ski area ni ada event お菓子投げ"okashi nage", iaitu aktiviti membaling kuih-muih free kepada kanak-kanak yang hadir di ski area tu untuk bermain salji atau menyusahkan mak bapak diorang nak main ski. 2 kali baling kuih. pukul 10:30 dan 13:30. Malu selama 2 kali beturut-turut. Yang paling malu, kena main snobod tanpa buang kostum pikach bodoh tu. Nasib baik "terer", takla kena boo tak pasal-pasal. ha ha. Nasib baik dapat tiket lift nak naik tu for FREE(lift ticket tu mahal untuk 1day). Sebab tu ja yang aku jadi ikut. Kalau tak jangan harap.
special lift ticket
Cerita sekitar event membaling kuih: Lepas announcement, kami terus ke tempat kanak-kanak atau infants atau babies berkumpul main そり"sori"(sled). Main-main dengan kanak-kanak. Nak dekat pukul 10:30, budak-budak pun dah berkerumun macam semut versi colourful dek nak sambut kuih. Kalau aku jadi mak budak tu, aku malas nak join ha ha. Buang masa ja kot.
Tigger. Tak langsung. Geli laaaaa Tigger tengah bagi warning. Sapa buang sampah kena denda
Mak budak ja yang ramai. Benda free memang best.
OMG OMG malu. Tapi serupa rilek ja kan aku? ha ha. Budak-budak dah tak sabar tu!
2 kali malu, lepas tu main snobod malu tak habis-habis sebab tak boleh bukak baju pikachu ni. Hantam saja lah. Asalkan aku boleh meluncur! Tapi seronok kesimpulannya, boleh main dengan budak-budak kecik pipi merah, sangat cute, even tho letih sikit-sikit dan malu BANYAK.
kenapa ada manusia yang suka meruntuhkan kebahagiaan orang lain? sampai sanggup sihir menyihir, untuk dapatkan manusia yang kita dambakan? Kenapa kenapa kenapa?
sesiapa yang baca, tolonglah jangan kacau hidup orang lain(kalau tengah buat). Kesian. Nanti tunggu giliran hang plak. What goes around comes around.
saya tidak faham mengapa dunia makeup malaysia mengagung-agungkan ketebalan bila bermakeup(especially wedding). Mungkin sebab itu ramai gadis malaysia yang rasa menyusahkan untuk makeup(termasuklah saya). Tetapi bagaimana jika anda teringin untuk nampak lain pada hari biasa(berdating, event seperti kenduri dll.). Tentunya buang duit untuk mengupah mak andam kan? Jadi, saya sarankan supaya kita makeup simple-simple sudah. Especially like korean n Japanese. Korean makeup pun cantik. Apabila saya berada di Seoul tahun lepas, saya rasakan cantik-cantik belaka orang seoul. Serious tak tipu. kalah orang Jepun sebab korean makeup lagi simple. Mereka tidak akan memaksa untuk nampak lain dari lain. Jadi kenapa Malaysian perlu makeup setebal 4 inchi? Sungguh tidak faham. Sehinggakan hidung tu dah nampak seperti robot(nampak line nak contour tapi tak jadi), sebab cuacakah? Tidak faham jugak.
Tukar topik. Shiseido Maquillage baru nya campaign.
shiny luxury
pure glamorous
Relaxing feminine
cantik bukan?
oh btw, ada dimasukkan cara-cara untuk mencalit eye shadow. Sapa nak try, silalah. Memang orang Jepun makeup style macam ni. Dulu pergi ke booth shiseido pun orang tu tunjuk makeup macam ni. klik untuk gambar lebih jelas.
go go natural makeup!
#pictures are all scanned : Beauty book spring 2010 by shiseido
english : dumpling bm : benda yang dikepal-kepal menjadi bulat ;;-_-
Bagi aku, kalau sebut odango, akan teringat 2 benda :
みたらし団子 "mitarashi dango" sejenis makanan, dibuat daripada "mochi", nasi yang dilenyek-lenyek diketuk-ketuk sampai jadi macam pulut.
tak pun,
dango hair! rambut kepal. Hairstyle yang paling banyak orang Jepun buat. English : big bun, macam bun roti letak atas kepala. ha ha
Odango hair, how i envy you. Suka gila. Tatau la orang Mesia rasa comel ke tak,ada yang kata macam baru lepas beranak, dalam pantang la bla bla tapi aku memang suka gila this hairstyle. Ada banyak jenis dango hair ni.
4 jenis. atas, tak atas sangat, tengah, bawah. Mana-mana pun ok. Tapi yang paling ramai Japanese buat, yang belah kanan atas, kalau boleh, lagi besar bun tu lagi cute!eheh~
Mari kita lihat contoh-contoh rambut kepal yang Japs chicks suka ni :
ok tak?heeeee. tak ok pun aku suka jugak.
Cara-cara untuk buat dango hair : ingredients(:p): 1. 1 getah rambut, 2. beberapa batang pin rambut 3. spray wax (optional) dan the most important thing, kena la ada long hair. Kalau tidak sia-sia cakap.
cara-cara: 1. ikat pony tail, kalau boleh seboleh-boleh tinggi 2. gulung rambut, dan pin dengan pin rambut! (kalau rmbut dah kusut serabai, senang jadi fluffy)
kalau rambut yang licin, bila gulung tak nampak fluffy at all, nak bagi nampak fluffy, sebelum no. 2 kat atas, kusutkan rambut dengan sikat nipis. Then baru gulung.
me with half-high odango hair. (rambut tak cukup panjang nak tarik sampai atas)
Tu gambar dulu. Sekarang rambut aku dah macam ju-on. Boleh la nak buat mega dango hair hahahha. Actually bila rambut macam aku(tebal, straight), sangat susah nak buat odango hair sebab nampak tak fluffy dan tak boleh nak dapat kepal yang cantik(terlampau tebal). One day, aku jalan-jalan dalam kedai dan terjumpa kit untuk dango hair dan aku beli.
Macam zap on. Lepas ikat pony tail, balut getah rambut dengan this thing, bila nak gulung, rambut akan melekan dekat zap on tu. Tak jatuh! impressive sangat! So, boleh la beli ni untuk sapa yang nak try buat dango hair, especially orang yang rambut tebal gila macam aku. i give 5 stars to this stuff. Berbaloi.
DONE!
Sapa yang bosan dengan pony tail biasa, try this style.
Hari ke 12 berkerja. Hari ni sangat bosan! Perasaan menjadi seorang minah kilang membuak-buak. Sebab asyik buat dan ulang sampai berpuluh-puluh kali benda yang sama. Hari ni, prepare specimen test untuk buat tensile test, makan masa sehari babe. Label, kira diameter, dan bla bla bla. Semuanya 42 batang! Cuba minum coffee untuk hilangkan rasa kantuk. Tapi fail. Perut pulak meragam macam orang loya nak dapat baby. haihs tensen dengan perut sendiri. Makin tidak faham.
Cuaca, cerah, macam biasa sejuk melampaui batas. Dah bosan pakai seluar. Nak pakai skirt. Tapi apakan daya sekali angin tiup meremang bulu roma. So lupakan saja hasrat itu. Balik rumah tidur dengan down jacket(spatutnya menjadi winter clothing yang paling tahan sejuk), juga fail untuk menjadi panas. Kaki sejuk. Shit. Tidur tak nyenyak. Tula orang kata jangan tidur petang. Ok itu saja ringkasan untuk hari ini. Tak best pun kan. Lame.
Hari ni sangat sejuk! Angin kuat! Silap pakai baju nipis...brrr brrrr. So far, dah masuk hari ke 12 berpraktikal di Topy. Bila dah lama kerja ni rasa bosan la pulak. Asyik nak telangkup atas meja. Aku kalau kerja bukan di site memang aa ngantuk gila. Tak layak keja office a camni. Kalau bagi kerja yang aku boleh ke hulu ke hilir memang best. Hasil kerja rnd pun berjalan lancar, alhamdulillah, supervisor bagi kerja terus aku completekan. Malas nak tangguh-tangguh. I have to get ready for the presentation. Yang itu paling penting!
Balik aja, singgah di kaikan, tengok budak-budak tolong zaza tukarkan tayar Caldina zaza untuk nak buat syaken. Boleh dikatakan hampir semua budak Malaysia kat toyohashi akan bawk balik Caldina. ha ha. Aku?habuk pun tadak kot. Takpa, nak kawin punya pasal. That's my priority.
Anyways, valentine day dah nak dekat. Kat Jepun, cara sambutan valentine tak macam kat Malaysia, lain terus. Girls akan bagi chocolates as presents for guys! Alang-alang dah banyak gila company chocolates sedang berlumba-lumba nak untung di hari valentine(Godiva, royce, morozoff bla bla), aku pun ambil kesempatan untuk nak beli chocolates yang dihias cantik2 untuk hantaran for bubu. Rasanya kat internet tak puas la cari, kena cari kat kedai. Kalau kat bandar besar lagi banyak choices. Ada survey kat internet sikit-sikit and look what i've found!
Tools chocolates! how sweet! Aku tak rasa sesuai dengan bubu, but sesuai dengan aku ha ha. Teringat masa busy dengan research yang mana boleh katakan setiap hari aku pegang spana! Nak nak! Interesting~
But for hantaran, mmmmm, i want more to tastier, dan yang paling penting, cantik dan pelik. Ya la, kalau tak pelik, baik beli Patchi kat Malaysia ja. Tengah survey2 lagi, still dont know which one to choose. Takpa, perkara kecik ja bak kata my parents. Ikutlah~
Faiz dok request nasi ayam tak abis-abis kat aku, so semalam aku pun kerahkan semua tenaga-tenaga yang ada untuk tolong aku buat nasi ayam special Pak Brahim's. Aku pun taktau kenapa aku glemer dengan nasi ayam ni. Dart ni memang similar dengan nasi ayam. ha ha. Busuk ayam kot. Resipi Aan mintak dari dulu, tapi tak reti nak kasi sebab aku main campak ja aan oi! Anyway, semalam zaza, faiz yang paling rajin tolong untuk misi nasi ayam. Faiz lepas ni kalau teringin nak makan nasi ayam dia tak payah request kat aku sebab aku dah turunkan semua ajaran buat nasi ayam tu kat dia. Aku dah malas nak layan request2 kau lagi hahhaha.
Mungkin muka aku nampak seperti nasi ayam sebab dulu aku pernah mengajar kelas "Mari memasak nasi ayam" kepada orang Jepun. Berlatih tak mau mau. ha ha. Dulu kalau nak masak nasi ayam kena tengok resipi. Sekarang main campak-campak ja aku pun dah tatau dah. Akibat selalu sangat buat "partey" di rumah sanbongi. Sekali makan berbelas tetamu yang datangnya. Kena pulak time aku kena masak. Nak tak nak kena la belajar masak untuk ramai orang. Untung sapa kawin dengan penduduk sanbongi, sebab kami ni memang masak tahap main campak-campak aja haha yo yo o poyo.
Ni lah kelas "Mari belajar masak nasi ayam besama Darto" yang aku sebutkan tadi.
Semua orang balik dengan baju busuk bau bunga cengkih serta bunga lawang dan juga kulit kayu manis.