10/31/09

gyaru makeup for girls with shawl

Yana mintak aku try makeupkan "gyaru" style for her. And here's the result. Not bad Yana! Gyaru makeup sesuai untuk orang yang bermata sepet, mata bulat pun boleh cuma orang yang matanya kecil lagi boost up untuk nampak comel ha ha. For me, kalau orang yang pakai tudung, memang dah cantik, tapi bila tambah dengan sentuhan sikit makeup, memang perfect for me! So here's the result! Cute macam doll!

i loiiiike!!

note:for base, she's used hers. Bobbi brown toner, Bobbi Brown base, Shiseido Intergrate base, Shiseido Maquillage foundation, intergrate concealer, maquillage powder, maquillage highlighter and lastly bobbi brown skin highlighter.

Semakin hari semakin saya suka kerja-kerja mak andam...One day nak lah amik kelas makeup, jadi makeup artist tak payah jadi engineer. ha ha. Lagipun, boleh mix dengan Japanese makeup yang sangat comel.

Nak tau simple makeup? For me, part yang paling penting, skin tone. Kalau kulit muka punya tone dah sekata, tak pakai foundation pun ok. Tapi kalau mata lebam(eyebag), jerawat, freckles, sin tone tak sama better pakai base with base makeup, foundation dan lepas tu concealer , lastly with loose powder/compact untuk menampakkan kulit muka sekata. Then letaklah eye shadow, eye liner, blusher, sedikit lipstick with gloss dan siap! Untuk orang yang suka natural look, better dont do all sorts of contouring. Sebab bila makeup sikit pon dah menampakkan muka jadi lain daripada asal. So better not!

This long skirt is from our boutique. Ada 2 helai. Sapa nak bolehlah bagitau cik yana atau saya. Promot promot! hehehhhehe

rahsia kaki keding

Tahukah anda saya mempunya kaki keding bak lidi?ha ha. Tapi bila tengok betul-betul banyak aja lemak yang begoncang :p Cuma bila pakai skinny jeans nampak macam lidi betul lah. Sebenarnya, nak kekalkan kaki keding ni tak susah, makan sebanyak mana yang nak makan, pastu masa kerja(weekdays) korang berdiri sampai 4/5 jam tanpa henti. Jangan duduk. Dah berbulan-bulan aku asyik berdiri masa di lab, masa buat eksperimen, masa nak deal with machines, dan sebagainya. Aaa, inilah antara kerja yang hampir setiap hari aku buat. Grind specimen test supaya nampak berkilat cam cermin. Tak susah, cuma 3 jam tu wajib la kena berdiri straight.

Mesin ni la penyebab kakiku keding sentiasa; NAGASE

Sebelum di"grind", sememeh.

Setkan speciemen di tempat yang betul

on kan semua switch kaler IJAU tu

Tunggu 3 jam; sebab selalunya banyak specimen test yg aku buat sekaligus. Kalau setakat sebijik, 10 min dah boleh siap aduhai~

Dah siap! Boleh cermin muka jugak kalau nak.


preview

So kalau nak kaki maintain kurus, jangan lupa berdiri sekyrang-kurangnya 3 jam sehari ok! Memang aku tak tipu.
10/30/09

hari ni tak sushi

Oleh kerana dah muak dengan sushi kat kedai runcit dalam univ ni...aku beli 天丼(tendon), lunch sama-sama dengan Zaza. "Tendon", salah satu makanan kegemaran aku sejak aku mula-mula sampai ke Jepun 4 tahun yang lalu. Rasanya tendon ni makanan Jepun yang pioneer la masa baru-baru nak berjinak degan Japs food. Teringat kedai bentou kat Maizuru kan Dib kan! Sedap sungguh tendon kat situ...Tendon yang kat kedai univ ni agak hampeh....Tak la sedap mana pun. Nampak pun kurang cantik, tapi dah bosan makan sushi aku angkut jugak lah.


Meh aku cerita pasal "tendon". 天(Ten) adalah singkatan dari perkataan 天ぷら(tenpura), dan 丼(don) pula singkatan dari perkataan 丼(donburi). Tenpura mesti ramai yag tahu kan, macam goreng celup tepung lebih kurang la. Donburi pula bermaksud "big china bowl". Orang Jepun makan nasi dalam bowl, selalunya, bowl yang digunakan untuk makan nasi kecik aja dan asing dengan lauk-pauk, tapi donburi ni besar, so lauk-pauk ni letak atas nasi dalam bowl besar tu.

Tendon selalunya terdiri daripada udang, sayur(pumpkin, bendi, kacang panjang, radish, paprika), fishcake, sotong, dan ikan digoreng celup tepung. Campuran lauk tadi diletakkan atas nasi dan たれ"tare"(kuah kicap manis) dituang atas lauk tadi dan siap. Ramai member aku yang makan tendon ni rasa muak, tapi aku tak la pulak. Semua aku hentam. One of my favourites will be Tenpura, so no wonder aku sangat suka tendon.

Air kat sebelah tu air pear. Masyaallah, macam pewangi toilet ka apa. Pening kepala aku lepas minum air jus tu.
Jalan-jalan makan angin jap

Hari ni balik awal sebab kerja tak banyak, nak buat eksperimen tak boleh sebab mesin semua dipakai untuk student 3rd year untuk lab work diorang. Balik cepat-cepat sebab semalam boleh pulak terlupa aku kena masak. ngeeeeee~

Today's sunset!
10/29/09

betapa besarnya peranan MEDIA



Sila tengok video di atas. Betapa besarnya impak maksima peranan media. Iklan JR(Japanese Railways) di atas merupakan "turning point" bagi couple-couple di Jepun untuk celebrate hari krismas bersama(serupa Valentine's day di Malaysia-poyo). Jepun ni memang pelik. Time Valentine main-main passing coklat la pulak. Sebelum iklan itu disiarkan, mungkin bukan menjadi budaya orang Jepun untuk menyambut krismas bersama teman lelaki/wanita masing-masing. Mungkin juga mereka sama seperti "mat mat salleh" menunggu sampai berjanggut Santa Claus yang tak muncul-mucul. Patut la time krismas aja macam musim mengawan kat sini :p

p/s: impak maksima media kat Malaysia pon boleh tahan besar. Menyanyi, menari, bersuka-ria, berkonsert dan siaran-siaran INDON. Dah jadi budaya la pulak. argh.

main masak-masak


Ahah! Harini aku main masak-masak kat lab. Nak tau resipi?

Batang besi goreng... kot.

Cara memasak :
1. Potong besi bentuk ikut suka(ketebalan besi mestilah nipis)
2. Panaskan "oven" sehingga mencapai suhu 875 darjah celcius dan biarkan selama setengah jam
3. Sementara tunggu oven panas, sediakan periuk yang berisi minyak cutting, tuang minyak sehingga separuh tenggelam.
4. Bukak api, panaskan minyak sehingga mencapai suhu 120 darjah celcius. Kekalkan suhu tersebut. Jangan biarkan suhu turun atau naik(pandai-pandai lah korang)
5. Apabila oven sudah mencapai suhu 875 darjah, bakar batang besi selama 15min.
6. Keluarkan besi dan terus "menggoreng"nya di dalam minyak cutting yang bersuhu 120 darjah tadi.
7. Kacau selama 10 min dan biarkan sehingga besi itu berada di bawah suhu 550 darjah celcius. (Permukaan besi akan tampak hitam melegam dek kena bakar, jangan panik.)
8. Siap dan boleh biarkan batang besi itu menyejuk dengan sendirinya.

Sebelum dimasak : besi agak lembut
Selepas dimasak : besi menjadi keras seperti keras kepala.

Selamat mencuba!


p/s: sebenarnya proses masakan tadi dinamakan "quenching" lagi sekali. ha ha

sushi lagi!

rabu, 28 oktober 2009

Selalunya bila time lunch, kami bertiga akan balik rumah makan masakan yangg dah dimasak. Kalau banyak kerja, aku tak balik rumah, just stay kat lab dan lunch pun beli kat kedai dalam univ ja. Makanan kat sini banyak yang tak boleh nak makan, selalunya ada nasi berlauk(bukan macam kat malaysia pilih2 lauk, dah siap dibungkus), おにぎりonigiri(nasi kepal), sandwich, burger, sushi, tapi malangnya sikiit aja yang boleh dijamah oleh kami penduduk Malaysia ni. Selalunya aku akan beli sushi pack nilah. Bosan, bosan asyik makan benda yang sama kalau stay masa lunch.

note : semua itu raw ok. hehehh
above : crab with egg
below from left : maguro(tuna), crab meat, sweet shrimp
guess what....sedap ok!

harini punya sunset sangatlah cantik...

TETAPI

bau Toyohashi sangatlah busuk tengik....bau macam taik! Masa nak jalan balik ke kerata, aku terfikir sorang-sorang adakah aku terlupa basuh berak kat lab tadi? Gila memang busuk...ha ha tanya-tanya member, kat belakang univ aku ni ada kandang lembu, reban ayam, petani pakai baja taik vavi ka apa nak bercucuk tanam...aiseh kantoi tempat aku duduk kampung sebenarnya!

cantik kan!

p/s: capture sunset bukan time balik, time lapar petang turun jap beli makanan hehe. Skarang ni bila nak balik ja dah gelap. Apsal la gelap awal sangat? *sigh*
10/28/09

gyaru makeup

Fisrt of all, what the hell is gyaru?

Gyaru is one of the Japanese street fashions which began in the mid 1990's. Gyaru is the Japanese pronunciation of the American slang forthe word "girl". The 1st style of gyaru is known as Ganguro. Ganguro is known for their tanned skins, blonde hair, and white makeup. People believe that Ganguro was inspired by American girls such as the girls of american drama called "baywatch".

Also, below are the interview results with Mr. Katsukawa of "Cawaii!" magazine(one of gyaru mags) about gyaru ;

Q: Is there a definition for the word "Gyaru"?
A: It depends on the "gyarus" themselves. Some may say that "gyarus" are people who dress like a flirt, others may say people who look cute.
Q: When did platform shoes, mini-skirt, blond hair, wigs, flamboyant makeup and nails come into fashion?
A: Platform shoes--they started to attract attention since this spring. Mini- skirts-fashion comes in a cycle. Mini-skirts were in fashion 3-4years ago too. Guys like mini-skirts. Maybe girls who want to be popular wear them. Blond hair-started about 1-1.5 years ago. Wigs--they are out of fashion now. Makeup--Do you mean lame makeup? The boom started about two years ago.
Q: Are there certain brands that your readers prefer?
A: 109 Brands (especially Egoist, CoCoLuLu, and Kapalua).
Q: Why do the models in our magazine prefer tanned skin?
A: I do not know. Our models and readers are not "Yamanba Gyaru" (meaning "gyarus" that have extremely white hair and extremely tanned skin ).
Q: What are some differences between Cawaii! and other magazines.
A: It is a fashion magazine so, the content of the magazine is mainly clothes beauty. High quality. Compared with other magazines, we have the readers model for us. Therefore Cawaii! becomes more real to the readers.


urgh. crap.

Gyaru makeup

For me, gyaru makeup is a bit similar to smokey eyes makeup. It's also a style of makeup which is mainly concentrated around the eyes ONLY with fake eyelashes, black eyeliner and contact lenses(for making the eyes looked bigger). Normally, people wo apply this makeup only concentrate on the eye liner thing, NOT on the eye shadow. Eye shadow is usually applied very light, lighter that the usual makeup. I adore this kind of makeup that will make everyone looks cuter, trust me, with properly applied, i mean. The fashion? Not really attracts be but the makeup, i like it. Most of the girls in Japan has been applying this gyaru makeup, i guess because it makes their eyes look bigger since they have really really small eyes with single-edged eyelid. Pity them. They usually apply this makeup daily, only with the eyes, interesting. No contouring, no blusher(sometimes). Can't imagine of them with No-Makeup, must be horrifying. ha ha.





Cute.

click here for one of the simple tutorials!

ok mine?
with fake eyelashes and contact lense

oh no! too fake!

without fake eyelashes feels better!

well what can i say...simple is way much much better!haha
my eyes are big ENOUGH for applying this makeup.
10/27/09

gumbiranya!

Gembira sangat ni....ish ish sebab 2 benda harini terjadi hehehhe. Pernah tak korang terasa sangat best, teruja, terkejut bila menulis pakai satu PEN? Ya, ballpen tu...Seumur hidup aku, tak pernah aku pegang satu PEN ni dan bila menulis rasa macam nak nangis. hahhaha. Tapi betul....Pen ni memang buat aku terkejut beruk sebab memenuhi ciri-ciri pen impian aku selain impian suami mithali; TERANG(mesti), smooth, dakwat tak macam biskut kejap ada kejap takda tu, sedap dipegang, dan lain-lain. Ha..kalau nak rasa teruja macam aku, korang try la pakai pen ni;

Jetstream 3 from UNI mitsubishi pencil co, ltd

Aku punya yang biru tu!

Jetstream - so light, it flies across the page

Sleek and light with chrome accents, the new roller ball Jetstream looks like it's ready to take off. If you're on the go, Jetstream's speedy roller action and quick-drying ink means you can scribble away and never look back.

First time cuba pen ni masa pinjam dari member Jepang dek terlupa bawak pensel masa nak buat eksperimen. Try-try tulis, fuh....memang sedap macam makanan pulak. Then terus suruh member belikan, kebetulan member tu kerja part time kat kedai buku, so dia dah belikan tadi dan dah menjadi hak milik aku! Alamak terlupa nak bayar 400yen kat dia tadi. Esok lah. Member aku pun cakap ramai orang suka pen ni, engineer-engineer yang pakai 作業服(baju kerja) pun selalu letak pen tu celah poket diorang. Eh pasal pen pon boleh gembira sangat ka dart oi? Entah rasa gembira nak buat macam mana?:p

Lagi satu, gembira sebab eksperimen yang ditunggu-tunggu menjadi! Woahhhhh. Acuan moulding yang setelah sekian lama berhempas pulas makan peluh ni dah boleh dapat hasil!

Daripada bulat dah nampak bentuk kan! Sebelum ni acuan rosak la macam-macam masalah, from now on dah boleh buat eksperimen sengan jayanya, tulis thesis, present, internship dan balik kawin :p

10/26/09

tengok muka member > tengok bola

Sepatutnya di Gifu(17 Oktober 2009) ada perlawanan bola sepak antara student Malaysia di universiti seluruh Jepun. Macam biasalah aku dengan perasaan membuak-buak untuk mengadap muka member yang jauh nun di atas dan bawah Jepun, tidak sama sekali dengan niat untuk menyokong atau bersorak seperti pompom girls atau dengan kata lainnya mencuci mata tengok lelaki macho main bola. Ah, tak minat langsung! Orang ke padang bola pakai seluar, aku selamber pakai maxi dress. Malas nak pakai seluar, entah kenapa ha ha. Ah, peduli apa. Tapi, dapat mengadap muka member-member adalah perkara paling klimaks dalam hidup selepas mengadap muka tunang atau pun family sendiri. U guys rock!






Love u guys always, never love the soccer ha ha. Haih macam mana nak layan laki aku yang suka tengok bola tengah-tengah malam nanti? Akan aku cuba. Cuba.

Nagoya

sabtu, 24 Oktober 2010
Venue : sekitar Nagoya

Teman Yana jumpa sedara(mungkin abang kepada adik kak ipar belah tiri mak dia kot) di Nagoya with his gf, cute couple, dua-dia kecik. Diorang bawak kami jalan-jalan di shopping spot nama Osu dan Sakae, spot banyak setan berkeliaran sebab selalu saja nak kacau duit kaki shopping. Nasib baik iman shopping aku semalam tinggi, dalam kepala aku sekarang sudah takda barang untuk diri sendiri, kecuali barang yang akan digunakan semasa wedding ha ha. It ended up to be memorable one.


memorable 1:

Harrrrruslah makanan best yang kami taram. Maguro(tuna) kara age teishoku, kebab, mango soft ice, starbucks, malangnya tak sempat lepak di Godiva cafe gara-gara kakut nak kejar contact lense.

slurppppp~


memorable 2:

purikura!tak sah kalau tak ambil purikura(akan diterangkan pada episod akan datang)

note : jangan tertipu dengan mata ala anime. Semua ni dunia belaka.
Dunia mesin mainan orang Jepun!

memorable 3:

kedai baju longgok 1gram=2 yen(8sen) ha ha

kedai perfume serabut/comel/lemas/rimas sungguh!

dan

a lame mags vending machine ha ha.

p/s: thanks Ezra and Fatin! We had a great trip!

everything rematched.
10/23/09

hantaran boleh(versi gadjet)?

Sekarang ni, saya sangat teringinkan kamera yang boleh dipakai dalam air(waterproof camera). Sebab konon-konon teringin sangat nak honeymoon di pantai macam bunga citra lestari tu, snorkeling, diving, best kan? Bukan dia saja yang boleh, aku pon boleh la ha ha. Dan untuk camera waterproff ni saya takanak spend mahal-mahal sangat, cukuplah sekadar untuk snap bila bercuti ke pantai atau swimming kat kolam rumah impian nanti ha ha.


fujifilm finepix WP 10Mpixel

Satu lagi, saya sangat teringinkan video camera yang compact supaya boleh capture our moment tahun depan....ish berangan...tapi betul la...macam kalau ada apa apa aktiviti, ambil video, sweet kan rather than ambil gambar. Untuk video camera ni pon saya malas nak spend banyak sangat sebab saya teringin benda yang lagi mahal, so kena cut sikit untuk vid cam ni. Tengok review pon not bad, so memang ingat nak angkut satu.

Sanyo Xacti

Lagi dan lagi, saya memang teringin sangat digital slr camera. Sangat-sangat teringin. Ada dua dalam list tapi memang biul sangat bila fikir nak pilih mana satu.....Saya memang nak spend untuk slr camera, sebab tu camera yang atas-atas tu sekadar ada ja takpa ha ha. Satu yang saya teringin Nikon d90, satu lagi olympus pen baru. Bila fikir-fikir, d90 macam berat dan gedabak, olympus pen ni cute sangat, compact slr tapi harga boleh tahan, sama dengan d90. Tapi firasat atau keinginan memang nak dua-dua macam mana ni??! Tolonglah......haha



p/s:nampak gaya kalau tak mampu beli kena pow papa's d70 la jawabnya.

orang jepun tak semangat

Hairan aku, semangat kekeluargaan di kalangan masyarakat Jepun renggang sama sekali. Mungkin budaya dan perasaan malu itu membuatkan mereka tidak rapat. Kalau aku, aku memang akan berasa tenteram dan aman bila berada di kampung halaman. Tidak pernah terlintas di lubuk hatiku tidak ingin pulang ke kampung halaman. Tidak seperti mereka, mereka merasakan menyusahkan apabila untuk pulang ke kampung halaman masing-masing, rela menghabiskan masa sendirian atau bersama teman-teman seperjuangan atau dengan part time job. Jangankan hendak pulang ke kampung halaman, sekadar bertanya khabar berita mak ayah pun agak susah untuk orang Jepun. Mungkin mereka sudah biasa. Anak pun tak ramai, bila anak dah besar panjang, hubungan itu seolah-olah terputus sama sekali. Mak ayah hidup berdua tanpa dipedulikan oleh anak-anak. Sedih aku apabila mendengar rakan aku rasa menyusahkan untuk pulang berhari raya(raya Jepun). Hari raya seolah-olah tidak memberi apa-apa makna buat mereka. Kenapa mereka sangat "cold" dalam hubungan kekeluargaan? Bosan...
10/20/09

hitam melegam

tarikh : tak ingat
masa : tak ingat

kes 1 : aku lambai-lambai tanganku kepada junior aku yang sudah lama tak jumpa(setahun lebih)...setelah buat dek sambil buat muka tak kenal...junior aku berkata "laaaaaaaaa k. dart ka.....awat hitam skarang??!...tak kenal...", erk. T_T

kes 2 : "mama tak suka angah makeup sengaja bagi nampak hitam! macam mana nak kawin kalau hitam-hitam ni tak berseri la kalau anak teruna lagi putih!", erk. T_T lagi sekali.

penangan main panas tak mau-mau.

内定おめでとう!

sory speaking japang pulak.
translation : congratulations dapat keja~

Rata-rata kebanyakan budak final year yang masih berhingus ni dah dapat keja. Dapat keja menjadi sedikit malang abila berada di Toyohashi sebab kena belanja budak batch sendiri ha ha. Aku dah belanja, kali ni time Zaza housemate aku!

Venue : Heroes omelette restaurant




menu yang aku pilih : terung dan udang bercili omelette rice~
900 ¥
(nak pilih set sekali dessert malu pulak kesian zaza mahal nanti :p)

Sodap sodap~
thanks zaza~ keja elok-elok kat Kuantan nanti. Jangan kasi bangla ngorat. ahaks~
 

Blog Template by YummyLolly.com