1/24/10

avatar n random



avatar will be more box office movie(i guess) if rowan atkinson was in it. hhhahahahha

mr bean. kau cool sampai bila-bila.

Recent picture that i captured and like it very much.
Topy's building, after work, before went back home.


Playing with black manicure. It was long time ago. Time period ja. ha ha.(abaikan tangan beurat seperti lelaki atau nenek tua, orang tua-tua kata perempuan tangan berurat rajin buat kerja betul ka?ha ha crap)

Latest fashion in NY. Heart marc jacobs & ralph lauren

Laters!

get bored with straight hair?


Try to curl your hair by urself! What do we need is only a 32~38mm curler(curler saiz besar, kalau kecik tak jadi) to make our hair looked different! Straight hair to gorgeous wavy hair in just err...15 minutes?


Long hair
(click for larger view)

medium long hair
(click for larger view)

how to curl :
1. if possible, use heat protection hair spray to protect our
hair from the curler before curling. Same applies to straight iron. Don't simply iron our hair without using heat protection spray. Selalunya bila tengok orang buat rebonding, rambut nampak keras, sebab iron ni sebenarnya tak digalakkan.
2. Dont simply curl our hair sesuka hati di mana-mana. Seboleh-bolehnya, bahagikan rambut kepada 4/5 partition(click the picture).
3. Start curl!
4. Apply wax to have the curl stayed longer

and the result is :


DONE!

picture above's makeup is tribute to jillstuart's (cool sensual) mag again!


click for larger view
um...senang cerita, smokey eyes. A bit simpler to apply.
1/23/10

kipas susah mati ; shiseido

Shiseido, kau memang idola aku. Sampai bila-bila pun aku akan adore kau. Skin care products kau semua best-best sampai boleh buat aku jadi gila dan broke. Tapi aku tak kisah. Mukaku tetap akan ku jaga, self confidence tu. Aku sampai pernah berangan nak kerja di Shiseido nya company. Jadi engineer di kilang dia. Boley? Boleh kata hampir setengah jenis produk kau aku dah try(produk shiseido ni ada berpuluh+-), ELIXIR, AQUALABEL, INTERGRATE, MAJORLICA, D PROGRAM, MAQUILLAGE, SINOADORE. Aku selalu menafikan kemahalanmu, dan beralih kepada produk yang lebih berpatutan. Tetapi tidak! Last-last aku kalah. Sebab bila aku try Sinoadore semalam(kulit dah kering tahap teruk, plus pencuci muka pakai sekarang dah boring), baru sehari aku pakai dah tak rasa kering muka(kat sini cuaca sejuk menyebabkan kulit muka jadi kering gila, jadi bersisik kalau teruk). So macam mana aku tak adore kau sampai bila-bila? Kalau aku balik Malaysia, macam mana aku nak teruskan pakai? Sebab mostly shiseido yang aku pakai ada kat sini takda di sana(skin care products). Mungkin aku harus lupakanmu. :( Eh tapi mungkin dah ada ya. Yang international SHISEIDO THE MAKEUP segala tu bapak la mahal nak mampos. Nak sentuh pun takut kot. heh.

Trial pack, murah skit. Kalau elok semula muka baru nak beli yang besar.

forever love...

Ok dah ada masa ni mehla aku nak cerita pasal shiseido skin care yang aku pernah cuba.

ELIXIR SUPERIEUR

Kalau pakai, kulit memang akan lembut. Jerawat kurang kalau sesuai lah.

D PROGRAM

Untuk kulit yang delicate atau sensitif atau bermasalah. Konon-konon perasan kulit muka bermasalah dulu, tapi tak pun. Balancing teruk. Sebab tu naik jerawat. So, tak sesuai sangat dengan kulit muka.

AQUALABEL

Tak murah, berpatutan, OK. Tetapi agak kering ya muka kalau tak terlupa pakai pelembab.

Ok itu saja. Kulit muka ni, sebenarnya perlukan balance yang elok. Air, perjalanan darah & satu lagi aku dah lupa. Kalau naik jerawat tak bermaksud kulit kita ni bermasalah, TETAPI mungkin tak balance. Kalau kurang air, akan naik jerawat. Kalau lebih minyak, pun akan naik jerawat. Kalau stress macam aku dulu masa kalut dengan rnd segala bagai, lagi la naik jerawat banyak! So basically, bila dah basuh muka, wajib pakai toner dan mosturizer supaya dapat bagi kulit muka kita balance. Kalau kaya, kau pi spa, massage2 pon boleh jadi cantik, cari consultant dan buat skin 検査, dan fahamilah kulit kita ni jenis apa.

Masalah aku sekarang mata lebam. Tapi malas nak cari eye cream. Survey elixir eye cream. Mak aih, 8000yen(rm320) sebijik, agak gila. Best la kalau duduk kat bandar sikit, banyak lagi produk yang boleh aku try dan tak semahal shiseido. Tapi aku duduk kat kampung. So shiseido ni macam brand sendayu tinggi, felisa cosmetics la kalau kat malaysia, buatan negara sendiri. Patriotik sikit. Kat ceruk kedah pun boleh dapat kan? Mungkin aku patut beralih ke felisa cosmetics. Siapa tahu?(Mak aku pakai Nouvellis kulit menawan ja auwwww~)

1/22/10

nike gurl

Teringat masa sekolah dulu, aku, adik aku alang dan bestfren merangkap jiran nama Denna, kena cop "nike gurl" hahahha. Baby t, with jeans and sneakers, our passion! Keluar jalan-jalan galas beg nike wakakkakka bodonyaaa. Dulu masa sekolah memang fan sangat nike nya sneakers. Selalu masa shopping dengan family, kalau mintak sneakers nike, then kalau bernasib baik angin papa or mama baik(ha ha), ya la, rasanya beratus-ratus gak harga, tak sesuai untuk budak sekolah zaman aku la. Zaman budak sekarang hp beribu pun tadak hal kan. Memang seronok cam cipan kalau dapat barang brand nike ha ha tah papa. Bukan kasut saja, beg sekolah pun, i was like semua barang pun nak brand nike. Pelik nyaaaa. how childish! seingat aku, dari atas sampai bawah aku nak nike dulu. Sampaikan botol air , kotak pensel, wallet, kasut sekolah hitam(masa tu pengawas haha) pun nak nike. Memang patut kena cop nike gurl la. POYO.

Tapikan, nike masa dulu aku rasa precious dan cantik compared to now punya design. Sekarang, barang nike dah rasa tak secantik dulu. Kilang pon asyik made in Thailand ja(hehe saja). Pastu barang tiruan nike pun dah banyak gila, cam kalau pakai nike rasa tak best. Tapi the main thing is maybe dah puas sangat pakai nike dulu masa zaman sekolah sampai aku kasik free ja nike kat Yana sebelum fly ke Jepun.

Dah nak dekat 5 tahun kat sini, aku tak penah sentuh and beli kasut nike. Tak berminat langsung(ops, kasut bejalan la i mean, kasut suka ada ja). Kecualilah masa aku ke outlet untuk new year shopping aritu! Rasa pelik sebab suka one design ni. Suka gila-gila. Tapi tak jadi beli sebab tangan gatal beli reebok classic. Ya la, sale cam apa lagi, nasib baik tak angkut 2. Tapi, terjumpa semula kasut ni kat Jusco tadi. Sale. Tinggal 4000yen(rm 160) murah kan! Harga pun berpatutan atau boleh juga dikatakan murah for nike sneakers. Cheh ada chemistry jugak aku dengan kasut ni. Thanks to the design. Tapi memang lawak la kalau teringat zaman muda-muda dulu oh rindunya! Kalau ada gambar nanti aku share memang la boleh gelak sampai ke telinga!

Kalau tak sale memang tak dapat la kau walaupun kau capap.
nike wmns aerofit high
1/20/10

soyjoy

every day addicted to this : SOYJOY healthy food

today's sunset,
snapped before went back home while walking to the bustop

i dont know why, but i love this pic.

new cheap one-piece
me and cotton shirt : seperti kacang dan kulit.

sekian.

Today was a not-so-interesting day. Been very busy with experiments and stuff, still enjoyable anyway!

light you up!

awsome!
(seen on today's the best house 123)



1/18/10

randomness

KB Hall
(Kimi to Boku Hall aka you and me hall )

and

new purple skirt~

:)

akan rindu #1

Sesi "akan rindu" ditulis dan ditujukan kepada kawan-kawan yang sama-sama menjadi alien di Jepun dan akan pulang ke tanah air pada akhir Mac ini.

Kategori : Makanan
Nama makanan : Natto


Apa itu natto? Makanan tradisional Jepun turun temurun. Berupa kacang soya yang diperap dengan Bacillus subtilis(aku pun baru tau ni ha). Sangat popular terutama sekali semasa breakfast; letak atas nasi putih dan makan. Sushi natto pun ada. Bila dikacau, lendir dia fuh....terangkat! Natto ni sangat sihat, kaya dengan protein! Masa lampau, natto diperap menggunakan daun tatau daun apa. Sekarang ni dah modern, pakai plastik pack sudeh.

Boleh dikategorikan makanan pelik dalam Jepun. Tak semua orang suka makan natto. Kalau kat Mesia ala ala petai. BUSUK tengik, hapak, sikit lagi macam bau ketiak masam(sila jangan bayangkan). Aku memang suka sangat makan makanan busuk-busuk ni. Bau tolak tepi, rasa mai dulu haha.

sebelum
selepas

Cara makan natto : Bukak pack, tuangkan stock ikan plus kicap(yang disediakan), kacau mestilah dengan chopstick, tak chopstick tak jepun ah. Kalau nak kacau pakai sudu, baik jangan sentuh natto ni nanti nenek moyang Jepun mengamok!ha ha mari kita lihat video di bawah;


Bising ah Matla. lol

Aku, zaza , dan Yana (housemates) masing-masing gilakan natto! memang geng lah kami bab-bab makanan Jepun ni. Balik Mesia, kalau teringin natto, mana nak cari?oh, mungkin di Isetan KLCC ada. ha ha. jauh nya alahai~

ops. sotong celup tepung pun sedap. hahhahaha
1/17/10

katyu-sha & katyu-mu

カチューシャ
"katyu-sha"
Russian: Катюша
English : Hairband (ha ha)

Orang Jepun ni kadang-kadang lawak, main hantam ja perkataan suka hati dia, cedok negara German, cedok negara Rusia. Kat sini, cekak/hairband orang panggil "Katyusha". Ada sejarah disebalik penggunaan perkataan ni. Dengar kata, perkataan katyusha ni diambil dari sebuah video, berasal dari sebuah lagu, yang mana pelakon yang memainkan watak bernama Ekaterina memakai cekak rambut. Bersempena dengan "appearence" Katerina itulah, cekak dipanggil Katyusha di sini.Aku try cari gambar Katerina tu tapi tak jumpa, tak cari betul-betul kot.

Katyusha is a Russian Soviet wartime song about a girl longing for her beloved, who is away on military service. The music was composed in 1938 by Matvei Blanter and the lyrics were written by Mikhail Isakovsky. It was first performed by Valentina Batishcheva in the Column Hall of the House of the Unions. Later it was performed by Lidiya Ruslanova and other singers. It is part of the repertoire of the Alexandrov Ensemble. Katyusha is a tender diminutive from the female name Ekaterina (Catherine): Katya is the nickname and Katyusha, a tender diminutive.

ちなみに、ロシアを舞台にした劇のなかで、「カチューシャ」役の人が馬蹄型のヘアバンドをして演じ、その姿が好評でやがて「カチューシャ=馬蹄型のヘアバンド」というイメージが定着し、以来馬蹄型のヘアバンドのことを特に「カチューシャ」と名乗るようになった説が有力。

当然、日本でしか通用しない言葉である。(source : wpedia)

Antara cekak yang hot sekarang, "feather katyusha". Memang dah lama nakkan benda alah ni as hai accecories, tapi rasa sangat mahal(dekat rm80) kalau kat kedai. Kat internet tak pernah cari sebab takla pulun sampai kena beli thru internet kan. Anyways, feather katyusha ni very interesting kan. Berkenan sejak bulan 10 tahun lepas, selepas tengok customer datang beli makanan kat Malaysian booth masa Univ festival. Hot mummy tu. Sebelum balik memang nak beli satu...Jessica Alba dah lama pakai. check theese out!





Greenish look feather, i want you so bad!



カチューム
"katyu-mu"
English : Hairband juga

Ok, kita beralih kepada "Katyumu". Juga hot item di Japan sekarang! Perkataan ini digunakan, juga membawa maksud hairband. Tetapi agak berlainan dengan cekak rambut biasa, tidak keras, lembut macam tali. So, fleksibel untuk letak di bahagian rambut mana-mana pun. Freedom! Lebih senang nak pakai berbanding Katyusha. 2cara untuk memakai katyumu, 1: seperti cekak rambut biasa, 2: boleh jugak dijadikan hippie hair band. Yang ni pun aku nak satu, tapi bila pegang aja rambang mata taktau nak pilih mana satu yang berkenan di hati. Ada various style of katyumu, yang paling suka, hair braid(dandan) look.  

katyumu worn as hairband

:
:


Also can be worn as hippie hair band too.

Lastly,
Me with handmade hippie hair band !
Masa ni tak banyak lagi katyumu. Ikat sendiri pakai tali. :)

photos credit to google.com

nadiku



suara kisah kita
yang sehalus sahutan di mata
segala norma yang melenaku
pada aroma syurga kita
nan syahdu cinta menunggu
sayunya kerna air matamu

nadiku bagaikan berlagu
nantimu hentikan apa berlaku padamu
yang ku temu hadirmu
sambutlah damba dakapanku

suria kasih kita
yang berbisik gerimis serinya
seindah fasa yang damaikanku
walau sezarah air mata
biarku kucup wajahmu
leburkan saja ia padaku

nadiku bagaikan berlagu
nantimu hentikan apa berlaku padamu
yang ku temu hadirmu
sambutlah damba dakapanku

nadiku bagaikan berlagu
nantimu hentikan apa berlaku padamu
yang ku temu hadirmu
sambutlah damba dakapanku

i dont know why i feel so sad when i hear this song...
1/16/10

sila beri tunjuk ajar!

Kita selalu baca komik doremon / shin chan versi BM kan? SILA BERI TUNJUK AJAR! Salah satu phrase yang hampir-hampir selalu keluar kalau baca komik Jepun yang telah diterjemahkan. Memang, orang Jepun suka sebut phrase ni, dalam bahasa Jepun yang betulnya: よろしくお願いします!(yo-ro-shi-ku o-ne-gai-shi-ma-su!). Phrase ni akan dipakai kalau kita first time masuk dalam komuniti baru. Contohnya, masuk kerja, bila perkenalkan diri, mesti akan guna phrase ni masa penghabisan ayat. Sayangnya, dalam BM aku tatau nak sebut apa kalau lepas perkenalkan diri. Sila beri tunjuk ajar skema semacam. Maybe Assalamualaikum?ha ha.

Tadi, aku baru lepas attend majlis kecil-kecilan untuk sambut budak intern di Topy, bertempat di 居酒屋"i-za-ka-ya"(restoran Jepun tempat orang jepun tonggang arak ha ha.) Tak ramai yang attend, cuma 11 orang, daripada department Magnesium rnd saja. Makanan semua seafood, aku dah menyusahkan diorang lagi tsk. Kdang-kadang malas nak join orang Jepun sebab aku Muslim, tak boleh makan itu-ini, yang faham ok lah, yang tak reti bahasa, selalu akan rasa annoying dengan hal ni. Nasib baik 1st time, kalau dah 2 3 kali aku rasa diorang malas kot nak ajak lagi ha ha. Boleh tahan sedap, especially さしみ"sashimi"(raw fish cicah kicap), memang sedap betul sebab fresh dari laut. Tak hanyir. Aku pun heran aku boleh telan raw fish dengan sedapnya. Kalau kat mesia aku tak sanggup, tambah-tambah teringat kat pasar bau ikan yang sangat "hanyiaq".

seafood nabe

sashimi

Semua yang attend majlis tu tua-tua bangka. Ada yang tak bangka dan bakal jadi tua bangka ha ha. Tapi memang semua dah 40-an la. Sikit-sikit cakap pasal anak. Aku dah malas nak jawab soalan; "dah berapa lama duduk sini?", atau "kenapa pilih nak belajar kat sini?", dan lain-lain, tapi layankan aja, sebab soalan mesti kena jawab dengan baik. Kang orang kata sombong. Banyak yang aku belajar bila mixing with Japanse. Sungguh lain dengan Malaysian, sebabnya aku suka dan berminat dengan foreign countries. Baru la terbuka minda. Ambil tahu hal pengetahuan am aku paling minat. Tadi, aku belajar banyak lagi pasal negara matahari terbit ni.

1. Perempuan Jepun yang dah mendirikan rumah tangga, especially dapat anak akan berhenti kerja, didik anak sampai anak dah besar dah terdidik(sampai 12 tahun), dan akan sambung kerja semula tapi bukan dalam bentuk ,せい社員(kerja tetap), tapi dalam bentuk part time. Aku pun tak sanggup nak tinggalkan anak aku nanti kat maid. Sebab nanti anak aku rasa maid tu mak dia. Sia-sia aku sakit beranakkan dia. Kalau kerja part time, kita boleh set masa sesuka hati bersesuaian dengan masa kita untuk tengok anak-anak. Kalau anak sakit, boleh sesuka hati balik, bayaran pula berdasarkan setiap jam kita kerja. Part time yang mak-mak ni bukan kerja restoran, pizza hut, saja, kat sini kat syarikat besar-besar pun boleh pilih nak buat part time. Selalunya perempuan lah yang akan buat part time macam ni.

2. Lepas sembang dengan pakcik umur 61, dia ada ceritakan pasal anak dia playing violin depan orang tua dia old folks home. Katanya, kalau kita mainkan muzik untuk para orang tua tambah-tambah yang ada penyakit Alzheimer(penyakit lupa), boleh sembuh! Muzik itu haruslah lagu yang pesakit tu suka. Muzik dan otak sangat ada chemistry kan, ada hormone yangg terangsang katanya. Lepas dengar lagu-lagu yang dimainkan oleh anak pakcik tu, ada pesakit yang cheer up, sembuh daripada penyakit murung dan lain-lain. Pakcik tu suruh belajar banyak pasal 音楽医療法 sebab dia kata alang-alang aku boleh main piano, nanti bila dah tak jadi enginner, mainkan lagu untuk pakcik-pakcik tua kat mesia nanti haha. Good idea anyway!

3. Tak faham kenapa bila dapat baby, kerajaan bagi duit selambak kat kita. Supervisor aku baru dapat baby, dia dapat 42,0000¥(rm10k) tawwww. Kalau macam tu aku nak beranak banyak-banyak. Mesia dapat duit tak kalau give birth? Rasanya kalau kat swasta beribu kena keluaq duit. Pokai terus.

4. Takda kaitan, tapi aku terkejut supervisor aku suka rock alternative/pop punk bands, macam Nickelback, sum 41, green day, umur dah tua kot!ha ha. Ya lah, tambah-tambah, orang Jepun ni patriotik betul, lagu omputeh ni jarang-jarang dengar. So aku terkejutlah kot.

OK la, tadi, having fun mixing with pakcik-pakcik engineers from Topy. Yang paling sebelah kiri tu la my supervisor, Ono-san yang suka rock bands ha ha. Thanks all and for these not so long 2months, YO-RO-SHI-KU O-NE-GA-I-SHI-MA-SU! Laters!

Simple, all rematched.
1/15/10

poppin' sweet ; tribute to jillstuart

Jill Stuart 5th anniversary mag



Simple. What we have to use are pink eye liner, dark purple eye liner, false eyelashes(pendek), blusher, pink lipstick & reddish lip gloss. Point untuk nampak "cute", sweet, blusher that is! tengoklah instruction kat atas tu, gambar pun dah boleh faham. Lebih kurang sapu di smua bagahian cheek, akan terserlah kecomelan. Selalunya blusher kita pakai di atas tulang pipi kan..tapi kalau terasa nak ubah style, more cuter to be, try apply blusher macam kat gambar that i've posted.

tak nampak la pakai camera murah.

Lighting pun teruk!1000kali try pun tak nampak blusher yang dah disapu. Habis tebal aku calit tadi haih.

crayon eye liner by shiseido intergrate, pink blusher by shiseido majorlica, and pink eye shadow!

i didn't use things that 've listed up there, sebab takda eye liner colour lain selain hitam dan brown. Then malas jugak pakai bulu mata palsu. So, i've made some changes, apply dark purple crayon eye liner, then apply dark pink eye shadow. Tak banyak, just atas eye line sahaja. Senang!

ha, hp camera jugak nampak pipi pink ku.
Sayang samsung. Tapi senget leher la nak dapat shot betul. memang fail langsung.
selamat mencuba!aceh.

i want this!
1/14/10

journal intern : 3rd,4th, & 5th day

3rd day :

午前 :My supervisor, Ono-san showed and gave some explanations on Topy's latest invention on Mechanical Alloying- their ECBMA machine.
午後 : - Attended KY(Kiken yochi) meeting. Predict the dangers that engineers wil face while working and how to prevent accidents. They were all very serious. ha ha. better cegah kan.

4th day :

sejuk. sejuk dan sangat sejuk. Angin kuat!

午前 :破砕加工 (Mg),データ整理

午後 :掃除, ふるい加工, susun Mg masuk dlm plastik

5th day :

午前 :sambung masuk Mg dalam plastik, masuk Excel に入力

午後 :tolong Ono-san buat 研磨(polishing)

i go.

bosan-bosan record suara sendiri. bahahahah. silalah muntah ok. suara ja boleh, muka tak boleh belah. lepas ni mintak pete teo gubah lagu untuk dartdadada. gila perasan. ok daa.

you

ya, kamu. sapa-sapa lah!
Saya tujukan lagu ni kepada orang yang tengah gila bercinta.

Saya akan bercinta lepas saya kawin nanti. Sekian.



Michi - you.

sejuk dresscode (balik kerja)

long coat : Gina(mungkin china mali)
pants : levi's
shoes : reebok freestyle
1/13/10

sneak sneaker sneakers

Boleh dikatakan die hard fan of converse.
2 hari lepas, sort out semua sneakers, yang buruk buang, yang kotor basuh.
Love them all!
Sayang sampai bawak masuk semua dalam bilik. ha ha.
takla sebenarnya kemas untuk bawak balik Mesia for good. Semangat tak aku? :p
 

Blog Template by YummyLolly.com