2/28/09

"Kad Menara Kl" kepala hotak!

Krring kring, telefon bimbit Pak Brahim berbunyi.

Miss X: "Hello, boleh saya bercakap dengan Dr. Ibrahim?"
PakBrahim: "Ya, saya bercakap."
Miss X: "Saya Miss X dari X company nak tawarkan kepada Dr. Privilege Card yang kami panggil "Menara KL Card". Ada banyak privillege yang boleh dr. nikmati, bla bla bla(promote)."
PakBrahim: "Saya sebenarnya tak perlukan sangat privilege card ni sebab saya dah ada jadi ahli card lain. Terima kasih ajalah ya."
Miss X: "Tapi dr., card ni dr tak perlu bayar service charge pun, kalau dr tak guna kami tak akan charge apa apa dari dr. Annual charge pun memang kami tak kenakan ke atas card ni. Apa kata kami cuba hantarkan dulu card ni ke rumah dr. kalau-kalau dr. berminat dengan card ini. For free of charge. OK?"
PakBrahim: "Kalau macam tu, hantar sajalah, saya tak kisah."
Miss X: "Boleh dr. kasik alamat dr.?"
PakBrahim: "Ya, 109, km 4,bla bla bla."
Miss X: "Oh ya, di samping itu, kami akan tanya beberapa soalan untuk kami key-inkan data dr. dalam simpanan kami. Boleh saya tahu nama Isteri dr.?Card ini ada insuran yang boleh cover family dr. and so on, so insuran ini kami akan letak atas nama isteri dr."
PakBrahim:"Oh OK, Rahinun Binti Mohd Noor."
Miss X: "Dr. pakai kereta jenis apa dan sila sebutkan sekali no. plat kereta yang dr. gunakan. Bukan apa, kad ini ada AAM service, kalaulan kereta dr. rosak dan sebagainya, kad ni boleh digunakan jugak."
PakBrahim:"oh OK. Saya guna kereta bla bla dan no. plat bla bla."
Miss X: "Terima kasih. Oh untuk simpanan data lagi, kami perlukan data card credit yang dr. pakai. Dr. pakai card under bank apa?"
PakBrahim: "Pasal credit card pun nak tau?Saya pakai card bla bla under bank bla bla."
Miss X: "ok and lastly boleh saya tahu no. card credit dr.?untuk simpanan sahaja."
PakBrahim: "Aish, pelik bunyi..apa kena mengena privilege card dengan card credit saya?Saya dah start curiga kat awak ni. Kalau macam ni tak payah hantar apa pun card kat saya. I don't even need one!"
Miss X: "Rilek dr. Kalau macam tu dr. boleh cakap dengan boss saya."
Boss: "Ya kenapa encik, ada apa masalah dengan kerani saya yang boleh saya bantu?"
PakBrahim:"kerani awak cakap nak hantar card tapi last last mintak no. card credit pulak. Apa cerita semua ni? Apa kena-mengena this card with my credit card? Saya curiga dengan tindakan korang semua ni! Kalau macam ni jangan hantar apa apa pun kat saya!Kad menara KL kepala hotak!"
Boss: tut...tut....(letak telefon)

Nasib baik pak brahim tak terkena. Tapi dia dah bagi hampir semua maklumat credit card termasuk nama bank, no kereta, nama spouse, alamat, tinggal nombor di kad ja yang tak sempat kasi. Nama isteri selalunya digunakan apabila transaction yang beribu-ribu rm dibuat, bank akan call si pemegang credt card and tanya soalan "who's your spouse"?lebih kurang mcm tu la. So berhati-hatilah dengan sindiket kurang ajar ini. Mungkin bapak anda orang yang seterusnya? Siapa yang tahu.

Bodoh punya penyangak!

benci jepun.

Kadang-kadang perasaan benci dan menyampah aku kat "Jepun" ni membuak-buak sangat. Terutamanya time aku homesick, time nak exam, time tengok orang semua nak balik for good dah. Aku dah muak la dok Jepun ni. Cukup setakat 4 thn. Serious. Tiap-tiap hari mesti aku akan fikir, kalaulah aku boleh balik hari ni..for good..kan bagus....Selama 4 tahun ni, aku banyak juga bercampur dengan Japanese, baik lelaki baik perempuan. Tapi bila fikir-fikir balik, orang negara sendiri jugak yang paling bagus.

Orang Jepun ni, memang sopan, cukup pakej, comel, tapi diorang ni suka berpura-pura. Dah memang lumrah alam kot. Dari kecik-kecik diajar macam tu. Semua benda di mulut orang Jepun adalah manis. Kadang-kadang benda macam ni buat aku jadi menyampah dengan orang Jepun. Asal jumpak ada ja benda yang nak dipuji. Bahasa jepun aku mantaplah, aku pandailah, aku comellah, semuanya aku. Hakikatnya aku pun sedar yang aku tak sampai setahap itu.

Contoh kepura-puraan, Di kedai-kedai Jepun, layanan yang diberi sungguh 1st class. Semua orang senyum kat pelanggan, welcoming us. Suara yang dilontarkan kat pelanggan, pijak semut pun tak mati, lembut, comel. Sampai kadang-kadang tu suara yang halus tu pun kena dibuat-buat. Member jepun aku pernah cakap memang lumrah alam diorang berpura-pura buat suara macam tu. Ada jugak kebaikan. Tapi hakikatnya,smua ini pura-pura saja.

Lagi satu yang aku tak suka, orang Jepun suka membeza-bezakan kawan-kawan. Sejak aku dok kawan dengan diorang, diorang ni rupanya berpuak-puak. Lebih teruk puak dari orang Melayu, Malaysia berkawan. Diorang suka buli-membuli. Aku pentang kes buli sebab aku faham perasaan orang yang kena buli. Masa sekolah rendah aku pernah merasa "buli" tu sakit macam mana. Kesian aku tengok orang yang takda kawan. Memang tak akan ada kawan sampai bila-bila. Last-last mati bunuh diri. Macam tu ka nilai etika orang yang bertamadun?

Orang jepun, tak suka strangers. Semua orang luar yang duduk negara diorang, diorang tak pandang hina ataupun apa-apa yang buruk, cuma diorang tak berminat dengan orang luar. Diorang takkan nak tegur kita yang terkapai-kapai ni kalau kita tak tegur dulu. Tak macam orang di Malaysia,ramah. Kalau kita ada kenalan baru, orang luar yang baru masuk dalam komuniti kita, kita akan bertegur sapa, kita akan tertarik untuk bertanya dari manakah orang tu datang, sebab orang baru memang akan rasa sedikit malu nak tegur orang yang dah lama dalam komuniti tu.

Walaupun aku agak tak suka perangai orang Jepun, tapi aku tetap berkawan dengan diorang. Sebab apa?Sebab banyak lagi benda yang aku taktau pasal Jepun. Dan aku sangat berminat nak tau. So nak tak nak aku yang kena tanya. Lagi satu, aku senang berkawan dengan lelaki Jepun berbanding dengan perempuan di sini. Orang pompuan jepun lagi menyusahkan dari lelaki. Ntahlah kenapa. Banyak sangat masalah nak diadukan kat aku. Menyampah!

Tak semua orang Jepun tak best. Orang Jepun tetap orang Jepun. Ada yang best jugak tapi apa pun aku tetap suka perangai orang Malaysia yang tulus hati, ikhlas berkawan.Cuma kat kedai tu tolonglah berpura-pura sikit untuk welcom pelanggan yang datang ke kedai anda. Nak masuk pun takut kena marah. pelik btol.

Aku dah tak larat nak hidup dalam dunia kepura-puraan.
2/25/09

Tagged.

Aishah tagged me with the title "10 things about myself that people don't know".
Well basically, sapa yang rapat dengan aku tau la pasal aku. But the rest won't know about myself detailed. Aisha pas ni tag la lagi ok! Aku tengah boring study for final exams.hehehhe
  1. Bila aku makan nasi, aku tak suka letak kuah atas nasi. Konon 日本人(Japanese) la. No, actually it's all because of my stomach. Kuah makanan melayu ni kalau tak pedas, spicy, tak pun masam, right? My baby stomach refuses to digest all the stated criterias.
  2. Time basuh pinggan mangkuk,mesti aku akan tinggal sudu left unwashed. Awat tatau?
  3. Don't make me face the kitchen while I'm eating. I am a bit fussy in cleanliness. Masa kecik-kecik kalau balik kampung, masuk toilet jalan jinjat-jinjat. Geli geleman punya pasai.
  4. Sangat suka warna hijau. I think everybody knows that huh. what a boring interest. Oh btw, let's green up the earth,thank you.
  5. I love to be pampered. Kecik-kecik sebelum tidur my dad akan garu satu badan, belai rambut. Skarang pulak buli adik kecik aku garu tangan sebelum tidur. Kesian laki aku nanti he he he.
  6. I love to stare at my fiance's smoking attitude. Though I don't like him smoking. Time dia hembus asap sambil mengerutkan mata tu fuhhhhhhh!cair.
  7. I'm not into wearing "ketat-ketat" outfits. It doesn't look sexy either! Puhleeesssss~
  8. I don't like watching my hair growing longer and longer. I prefer shortcut. I am doing this because of you hunny! For me, long hair=gorgeous. Saya tak gorgeous...
  9. I used to bite my nails since kecik-kecik until 17 years old. Memang semua 10kuku habis aku gigit. Never used nailclipper for 17 years. hahahaa Macam-macam cara mama aku buat tak mau bagi aku gigit kuku such as, Bought me manicure, sapu daun pahit. Semua tk berjaya. That's why now i love to let my nail getting longer. I don't care setan ka apa!
  10. I rarely cry. I don't know why. ahh but my hunny "pandai" in making me cry. Gaduh pun tak, nak nangis macam mana??!
  11. (bonus)I love to decorate my room.I even painted my room by myself. Kecik-kecik pernah berangan nak jadi architect or interior design. But, the problem is, sampai sekarang my interior touches ada kena mengena dengan warna HIJAU. Sick of it!!
  12. (bonus lagi haha)i love fashions. Tapi lastly, aku akan pakai t-shirt, jeans and a pair of flip-flops with No handbags. orait?
  13. The worst part is, i have 2 big scars at my face. Satu jatuh beskal, satu lagi adik aku toreh. Cukup pakej, satu kiri satu kana. Fine. I'll fix it out when i get rich. yaww.







"best outfit"











"HIJAU"
2/24/09

our diary.

april 2005:
kami ditakdirkan berjumpa. Tak sangka pun boleh tersangkut sesama sendiri. Sama-sama masih kecik,mentah. Masa setahun yang sungguh bahagia!
april 2006:
Kami ditakdirkan berpisah, still dalam satu negara. Baby ke Nagaoka University. Berjumpa masa cuti sahaja(3kali setahun). Aku di tahun 4 Maizuru Kolej dengan kehidupan macam biasa. Berhubung melalui telefon. 24hrs free.
april 2007:
still berjauhan. kehidupan seperti biasa. Busy dengan final year project. Complete diploma.
april 2008:
Baby complete degree, balik for good ke Malaysia. Aku pulak dengan new life kat Toyohashi. Pindah ke Toyohashi untuk sambung degree. Kami berjauhan lagi. Kali ni bukan satu negara. Malaysia-Jepun. Kehidupan awal-awal agak serabut. Susah nak contact. Baby tak stabil lagi(tempat tinggal, internet,bla bla). But still, we are happy for what we have given. Baby has started a new life as "社会人”(employer) at SHARP company.
ogos 2008:
we've got engaged.
January 2009:
Baby owns a new car by his own money, bought an apartment for our property. tengah belajar kumpul duit untuk future. But me? i can't even save money for us! Kehidupan macam biasa jugak. I rindu u u rindu I. macam tu la. Tapi rilek ja. Berserah pada takdir.
future:
will be uploaded taktau bila.haha

Bilakah kami akan tak berjauhan?only god knows when.hehe

japan and academy awards

The nominees for the 81st Annual Academy Awards were announced on Thursday and guess what they've made it!! Two Japanese films made the list: Yojiro Takita's 「おくりびと」"Okuribito" ("Departures") was in the running for Foreign Language Film, while Kunio Kato's 「つみきのいえ」"Tsumiki no Ie" ("La Maison en Petits Cubes") was competing for Animated Short Film. They've made it. The oscars are theirs!

“Okuribito” portrays with a humorous touch how a mortician observes people’s lives and deaths. For the film, which was in the pipeline for more than 10 years, Motoki, who plays the mortician, studied relevant techniques under a real mortician. During his training he wiped the faces of bodies and dressed them. Released in September, “Okuribito” swept aside challengers for domestic cinema awards. It won in 10 categories, including best film, at the 32nd Japan Academy Prizes, and picked up the Hochi Film Award. It also took home the top prize at the Montreal World Film Festival in September.
"OKURIBITO"

I haven't watched the movie yet, but would love to watch this oscar winner's work soon!

While for "Tsumiki no Ie", Katō created the work out of paper drawings and 2D computer graphics. The animation was painstakingly drawn by hand, meaning it took about seven months to complete the 12-minute film. It tells the story of a grandfather's memories as he adds more blocks to his house to stem the flooding waters. The Academy of Motion Picture Arts and Sciences announced that Kunio Kato's "Tsumiki no Ie" was nominated for Best Animated Short Film and won the award. The animation has already won a number of awards, including the Annecy Cristal and Junior Jury Award at the Annecy International Animated Film Festival and Market, and the Hiroshima Prize and Audience Prize at the Hiroshima International Animation Festival. Below is a description of Tsumiki no Ie from Annecy's website:

"It is difficult to keep the house made of blocks out of the water. The grandfather who has lived in it has been constantly adding to it as the water level rises. This is the story about his family memories."

"TSUMIKI NO IE"

A very touching one. It's time to save our earth buddy!

Great job Japan. They've worked hard and deserve the oscars.

2/22/09

datuk dan cucu

Nama : Mohd Noor Bin Kamis
Tarikh lahir : taktau
Umur : 70 lebih kot, hampir 80?
Makanan kegemaran : Masakan bini sendiri. Bini dia(tok aku) chef.
Tempat lahir: terlupa

Nampak sangat aku tak care pasal tokwan aku. Tapi aku sayang gila kat dia. Walaupun aku taktau tarikh lahir atau di mana tempat lahir beliau, yang aku tau aku sayang kat tokwan aku.

Tokwan aku paling cool. Aaaa yang aku tau, tokwan sangat arif pasal kenderaan, kereta dan bas. Pasal tokwan dulu masa muda penah jadi Pemandu bas sekolah. Kira ada lesen khas la. Jalan kat KL pun dia ingat sebab muda-muda dulu kalau orang Kampung Rumput Minyak nak pi rombongan cik kiah, tokwan aku la jadi tukang bawak bas sampai KL. Sampai skarang, tokwan suka sangat bawak kereta, jaga kereta sampai kilat-kilat.Memang raja kereta manual. Sebab tu aku ikut dia jadi raja manual. hehe.. Aku selalu buli tokwan masa muda-muda. Aku selalu suruh tokwan hantar aku dengan kereta sampai ke pekan Alor Setar kalau aku nak keluar dengan kawan-kawan. Tak penah pulak dia bantah. Ajak la ke mana-mana pun dia takkan bantah. Dia akan bawak.

Tapi sekarang, tokwan dah tak mampu pegang gear manual. Tangan dia ketar. Mama sanggup belikan tokwan satu kereta automatic baru. Wira Aerobak. Senang untuk ke masjid. Tokwan kena strok masa aku kat Jepun. Separuh badan lemah. Bila aku balik, Tokwan selalu mengadu kebas tangan. Aku tak sampai hati. Aku picit-picit, belikan minyak panas, kalau-kalau boleh hilang kebas tokwan. Tokwan ada lelah dan penat(asthma) yang semakin teruk. Banyak kali keluar masuk hospital. Kadang-kadang sampai susah nak bernafas. Paling menyedikan aku, masa last cuti summer, Tokwan sanggup bawak kereta sampai rumah aku untuk jumpa aku. Bila nak balik, tokwan nak undur kereta. Dia penat. Aku tau dia tak mampu bawak kereta macam dulu. Tapi tokwan tak penah mengadu. Selalu nak tunjuk kuat depan cucu-cucu dia.

Semakin hari keadaan tokwan semakin lemah. Aku rindukan tokwan aku yang kuat dulu. Tapi semua orang pun akan semakin hari semakin lemah. aku harap tokwan sihat. Tak macam tokwan orang lain, ada yang dah tak boleh bejalan. Aku solute tokwan sebab setiap pagi dia akan jogging tepi sungai depan rumah. Tapi sekarang, tak berdaya lagi. Tak apa. Asalkan tokwan gembira. Aku pon gembira.

Apa yang tak pernah berubah, tokwan tetap handsome. Dari muda sampai ke tua, tetap handsome. Tokwan selalu letak inai kat rambut supaya rambut tak putih. Sikat rambut kemas-kemas selalu. Pakai baju pun smart selalu. Wangi. Aku rindu kat tokwan. Aku nak balik.

oh tokwan.


2/21/09

pro surfers and clean environment?

Takatsuka Beach, located near to Toyohashi city(place where i live now) is quite popular among beach surfers to spend their outdoor activity, beach surfing. I've been there for about 3 times, once with my former surfing club members having barbeque, second with my classmates playing 花火(firecrackers), and third time; today's morning. Woke up at 8 a.m, took a light shower and gamble drove our car to the beach with my housemate, Yana. We, actually are one of the Nature club members of our Univ. I and Yana like oceans very much since our hometown is near to the beach, so we 've made our decision to just join the program, eventhough our final exams is getting closer---> next week.

Today's program was to build up the 堆砂垣(bush hedge?). That was the first time I heard about the activity of building the bush hedge for preventing the sand to be eroded by the wind. I was like, not to say not in the mood in doing that thing, i enjoyed setting up them, but my focus was only to the surfers who had worked hard together with us. Why they joined us?They are all pro surfers, not the volunteers or even nature club members. Not only that, they will together pick up the garbage that has been thrown every weekend. I was touched by that, ponder deep in my heart, they are great!! Why? Because they realize how important "nature", "cleanliness", "green environment" to each other.

I've ask one of my outdoor activity lover's friend in Malaysia. He's a skateboarder, not a fulltime one but, he's once or more has appeared in magazine and so on, maybe pro skater to be one day. I asked him whether skateboarders in Malaysia willing to do the eco activity such as cleaning the skating area, picking up the garbage and stuff. Guess what he said? "Gila ka apa nak kutip sampah?". "Kami buat gotong-royong pun sapu sampah, takut-takut kalau ada batu ka, takut kena board. Kutip sampah ka tak penah la."

That's the difference. You judge.


i love clean beach.

"live with the blue sky,
live with the green forests,
and live with our EARTH."


2/20/09

jepun dan bas awam

Dalam seminggu, adalah 2 kali aku akan naik bas awam kat Toyohashi ni sendiri sebab malas nak bawak balik kereta yang kami share 3 orang serumah. Bas awam kat Jepun ni ada banyak ciri-ciri yang boleh dicontohi oleh penduduk Malaysia iaitu:
  1. Ada jadual masa yang tetap. Bukannya pakai hentam 15, 30 minit sekali. Jadual tetap macam jadual periksa tu ha....
  2. Bila ada jadual masa, mestilah kena datang angkut penumpang ikut masa yang ditetapkan kan?Untuk kes tepati masa ni lah aku bagi 5 bintang untuk bas awam kat sini. Tak pernah lambat dan tak pernah cepat daripada masa yang ditetapkan. Senanglah untuk kita yang mementingkan masa supaya kita dapat buat perancangan yang betul dari segi masa. Kita pun tak payah membuang masa nak tunggu bas lama-lama.
  3. Pemandu bas pakai uniform yang smart! Siap bertopi dan sarung tangan.
  4. Dalam bas juga akan disebut setiap destinasi bustop. Sebelum stop kat bustop, suara pompuan comel akan berkumandang supaya orang yang tertidur atau orang tak nampak dunia ni(orang buta) senang nak cam tempat yang nak dituju supaya tak terlepas. Orang buta pon ada hati nak naik bas jugak, bukan orang yang biasa ja boleh naik bas!
  5. Pemandu bas yang terlatih, baru boleh jadi pemandu bas. Bawak bas pon 50km/j ja. Tak kalut-kalut nak pecut. Bawak nyawa ramai oi! Tanggungjawab besar. Kang eksiden siapa yang susah?
  6. Pemandu bas yang tatatertibnya cukup terjaga. Bila orang nak turun ja, dia akan ucap TERIMA KASIH. Takda tengking-tengking penumpang suruh turun cepat-cepat.
  7. Bas yang mesra alam. Contohnya bila kita takda duit kecik, ada mesin tukar duit. Senang kan!
  8. Pemandu bus jugak berperanan sebagai Kolek(Tukang kutip tambang). Alah, memang la tak perlu, sebab mesin yang tolong kutipkan duit. Tapi dengan cara ini, penipuan boleh dielakkan walaupun aku tau orang Jepun ni memang tak reti menipu!Berpura-pura tau pulak!
  9. Pemandu bas tak boleh menggunakan handphone semasa bekerja. Itu adalah rule yang mesti dipatuhi. Dalam kenderaan awam di sini, orang awam@ penumpang bas, lrt dan sebagainya memang tak bercakap telefon kuat-kuat dan juga nada deringan hp akan di"silent"kan. Orang yang bercakap telefon dalam kenderaan awam dikira tak mempunyai "manner".
  10. Yang paling penting sekali, bila nak naik bus, BERATUR. Tak pun, janganla berebut. Aku kat UTM dulu pening nak naik bas nak pi campus sebab orang berebut-rebut macam nak pi perang. Maybe berebut sebab nak pi kelas awal kot. Nak kejar ilmu. hahahhah ya ka???
Jomla kita ikut ciri-ciri yang baik ni. Anyway, nak jugak aku kutuk bas kat Jepun ni. Asyik puji ja. Tambang bas kat Toyohashi nih sangat mahal. Aku nak naik dari campus ke rumah about 10 minit perjalanan pun dalam ¥250(RM9.8). Mahal kan?? Mau sengkak kalau naik hari-hari!
Lagi satu, BUSTOP kat Jepun ni memang bangang. Nak tau kenapa? Anda lihat gambar di bawah. Bangang kan? Kalaulah hujan ka ribut ka, mana nak beteduh? Yang bab ni aku puji Malaysia punya bustop. Keep it up!
Ni la rupa kebanyakan bustop kat Jepun.
Kalau hujan pandai-pandaila bawaklah payung sendiri hahhaha!

Tiket bas yang cute.


Bustop kat Campus aku. Kalau takda bumbung, bleh mati kejung. Angin kuat gila kat tempat aku ni and busuk sebab kat blakang Univ aku ada kandang Babi kot.haha!
2/19/09

Mabuk selamber!



Aku tertarik dengan isu Menteri Kewangan Jepun, Shoichi Nakagawa yang kononnya didakwa mabuk pada sidang akhbar mesyuarat menteri kewangan G7 di Rome baru-baru ini. Agak memalukan kalau menteri ini betul-betul mabuk, di depan public pulak tu. Selamber ja!
Nakagawa nih pulak menafikan yang beliau mabuk dan berkata, beliau mengambil ubat selesema dan keletihan selepas penerbangan lama menyebab-kannya terhoyong-hayang. How crap!Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk letak jawatan yang disandang.

Apa yang lebih menarik, di Jepun adalah menjadi perkara biasa apabila menteri atau sesiapa yang glamour buat hal yang kurang elok, mereka akan dikritik sehebat-hebatnya. Media kat sini pon memang mainkan peranan sampai ulang perkara yang hot ni sampai beribu-ribu kali dalam tv. Kadang-kadang tu aku yang tengok pon naik menyampah sebab banyak kali sangat ulang benda yang sama. Tapi baguslah, sebab diorang peka dan sangat teliti, mengambil berat walaupun terhadap perkara yang remeh sekalipun. Bila timbul benda yang janggal sikit, mulalah media Jepun ni buat research yang ntah apa apa, fikir mengapa, bila, di mana, siapa n banyak lg benda timbul. Well, bagus sebenarnya untuk masyarakat, supaya dapat memberi panduan, ilmu atau pengetahun am yang lebih. Bukan hanya dok sibuk dengan program menyanyi ja macam Malaysia. Harap-harap media Malaysia pun akan ubah minda masyarakat, bukanlah dengan semata-mata untuk menunjukkan hiburan sahaja,nyanyi sana sini, menari sana sini. Tetapi ilmu pengetahuan pun penting untuk disampaikan supaya masyarakat kita nih lebih berilmu. Kadang-kadang rasa malu dengan orang Jepun sebab diorang punya pengetahuan am sangatlah tinggi. Rasa kerdil sangat bila bersembang dengan diorang.

baju baju baju

baju baju baju.
aku suka pakai baju.
tapi tak suka basuh baju.
dan juga tak suka lipat baju.
tapi kalau tak simpan baju,
bilik penuh dengan baju.
tidur dengan baju.
baju baju baju.

Toyohashi VS Waseda

I just wanna share this with everyone.

My lecturer, Prof. Miyoshi has been teaching us, the Production System Engineering students in System Control Engineering Analytical Theory while we were loosing our interest in paying to his attention. He then has tried to alter the story to something which has had nothing to do with the lecture. The story was about my University, Toyohashi Univ. of Tehcnology versus, one of the popular,"greater" universities compared to ours, called Waseda University.

Basically, Toyohashi Univ. is a National univ., has around 2,100 students including undergraduate, master and doctoral course students. It focuses the students' efforts on furthering the progress of advanced technologies such as robotics, information technology (IT), electronic and optical devices, advanced materials science, environmental sciences and technologies. To be more simplified, my univ have only an Engineering School; no medical, accounting, law and other schools. The school fee for a year is about 53万¥($5,796 US dollar). Some amount of the Japan's tax is given to my univ. for income, expenses and R&D etc. approximately 35億¥($3.8 billion US) ANUALLY. When the amount of students is being devided by the tax amount, a student will get about 170万¥($18,392 US) from the country.

Meanwhile, Waseda Univ. is one of Japan's top private universities., having around 20000 students altogether, with numerous faculty numbers including Engineering. The famous scientist Albert Einstein even had come to visit Waseda U. for a short lecture in 1922. The students have to pay around 250万¥($27,047 US) for a year's fee, 4 times as many amount as my univ does. Japanese government provides about 100億¥($10 Billion us dollar) yearly for the university finances. Unfortunately, a student ends up to have only about 20万¥($2,163 US) a year. Compared to Toyohashi Univ, the money provided by the government become smaller, since it has too many students.

My univ. gets more profits (per student) rather than Waseda Univ. in financial context. Thus, our responsibility to Japanese government is also getting bigger than Waseda Univ's, meaning that we have to study more and harder than Waseda students due to get better results; and listen to his lecture too!

Prof. Miyoshi has tried hard to make his students getting his attention back to his lecture.
However, we just neglected it and did whatever we want in the class(chatting, playing with handphones, sleeping etc.)

Good job sir! :)
2/18/09

13 things i hate about u, my stomach!

  1. Hampir setiap hari berangin. Bila ketuk-ketuk bunyi macam drum.
  2. Bila berangin, mula rasa mual nak muntah and sampai satu tahap muka jadi pucat.
  3. Bila perut buat hal, feel so bad, mood terus bertukar.Bad mood mode.
  4. Kenapa perut buat hal? Because it's so sensitive. No hot and spicy food, not even masam-masam food.
  5. No junk food, no coffee, no maggies, no carbonated drinks like pepsi, BEFORE having heavy meal which is RICE. If not, it will become swollen.
  6. If i take the "no-food" at the wrong time, it will take about 1 day to fully digest.
  7. Cepat rasa lapar. Maybe 2 jam sekali. The acid will start to eat my stomach, and that's hurt!
  8. My stomach couldn't live without minyak angin cap Kwan Loong. Manja betol.
  9. Bila perut buat hal, i can't even sleep well. Berjagalah sampai pagi.
  10. Bila perut buat hal, sakit kepala and badan jadi panas semacam.
  11. I realized that i have to put on socks while sleeping. If not perut akan buat hal. Macam baby!
  12. Pagi-pagi acid dalam perut akan dimuntahkan keluar kalau menyebabkan perut sakit. Sangat masam(acidic).
  13. The worst part is, bila perut sakit, acid yang berlebihan akan naik ke atas and make my breath smells bad. Bau acid, and i hate it.
my dad shares this painful syndrom with me. Gastritis sucks.

p/s:thank you for reading.
2/16/09

kita serupa

waktu kecil-kecil dahulu aku tak suka pabila;

mama kuat membebel,
mama cepat melenting,
mama garang,
mama kalut,
mama suka fikir benda lebih-lebih,
mama suka makan terung.

aku tak suka semua itu.
tapi sekarang,

aku kuat membebel,
aku cepat melenting,
aku garang,
aku kalut,
aku suka fikir benda lebih-lebih(mengikut condition tertentu).
aku suka makan terung.

dahulu aku slalu kritik;

mama suka shopping,
mama tak suka masak,
mama tepati masa,
mama suka makan udang,
mama manja,
mama bertunang masa umur 23 tahun,
mama suka lelaki berambut pendek,
mama tak suka lelaki cakap banyak,
mama tak suka tukar kereta baru,
mama suka diamond,
mama suka mengemas,
mama suka menjaga kecantikan,
mama suka pasangan lebih tua,
mama masak sedap,
mama tak boleh buat dua benda pada masa yang sama.
mama suka bercerita.

hari berganti hari, masa berganti masa.
makin hari perangaiku sama seperti mama.
sekarang,
mama suka itu,
aku pon suka itu.

kami serupa.

:)

Allah Yang Maha Pemurah, Terima Kasih…
Engkau telah menciptakan dia dan mempertemukan aku dengannya.
Terima kasih untuk saat-saat indah yang telah kami nikmati bersama
Terima kasih setiap pertemuan yang telah kami lalui bersama
Terima kasih setiap saat-saat yang lalu. Aku datang bersujud pada-Mu,
Sucikan hatiku ya Allah,
agar dapat melaksanakan kehendak dan rencana-Mu dalam hidupku.
jika Engkau ciptakan dia untukku, ya Allah,
satukan hati kami…
Bantulah aku untuk mencintai, mengerti dan menerima dia seadanya
Berikan aku kesabaran, ketekunan, dan kesungguhan untuk memenangkan hatinya.
Urapilah dia agar dia juga mencintai, mengerti dan menerima aku dengan segala kelebihan dan kekurangan sebagaimana aku yang telah Engkau ciptakan.
Yakinkanlah dia bahawa aku sungguh mencintai dan rela berkongsi suka dan dukaku dengannya.
Ya Allah Maha Pengasih,
dengarkanlah doaku ini…
Lepaskanlah aku dari keraguan ini menurut kasih dan kehendak-Mu.
Allah Yang Maha Kekal,
aku tahu Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buatku,
luka dan keraguan yang aku alami pasti ada hikmahnya.
Semuanya ini mengajar aku untuk hidup lebih dekat dengan-Mu,
untuk lebih peka terhadap suara-Mu yang membimbing aku menuju jalan terang-Mu.
bimbinglah aku untuk tetap setia dan sabar menanti tibanya waktu yang telah Engkau tentukan.
Jadikanlah kehendak-Mu dan bukan kehendakku yang terjadi dalam setiap hidupku, Ya Allah.

p/s: Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan Yang Esa.
Kita hanya mampu berdoa.
Wallahualam...

teh tarik dan gulanya



















Sejak saya menetap di negara matahari terbit ini selama lebih kurang 4 tahun, kesedaran terhadap pengambilan gula dalam pemakanan seharian semakin meningkat sedikit sebanyak. Saya juga boleh menerima jika minum minuman tanpa gula seperti teh. Tidak dapat saya bayangkan minuman di Malaysia sehingga sekarang contohnya di kedai-kedai mamak seperti milo ais, teh ais, carrot susu, jumlah gula dalam segelas susu sangat banyak. Mungkin orang Malaysia sendiri tidak perasan bahawa gula yang dimasukkan ke dalam segelas minuman adalah berlebihan. Lebih daripada mencukupi.

Teh tarik kaw merupakan contoh minuman yang mengandungi kendungan gula yang berlebihan. Lihat sajalah pada teh tarik yang dipesan, nisbah susu pekat dan air teh adalah lebih kurang 1:4~1:5. Mungkin ada orang merasakan tiada apa yang pelik disebalik nisbah berikut, namun, apabila anda rasakan sendiri dengan lidah masing-masing, manis bukan?seperti meminum susu pekat tanpa kolestrol.

Bagi saya, minuman yang paling sihat adalah air mineral atau air kosong atau air paip. Saya telah mengamalkan pengambilan air mineral sejak dari bangku sekolah lagi dan boleh saya katakan ianya terbukti berkesan kepada kaum wanita yang takut kepada kenaikan berat badan!
Sama-samalah kita mengamalkan budaya pemakanan yang seimbang walaupun kita sudah sedia maklum bahawa makanan Malaysia sememangnya kurang seimbang dari segi kesihatan. Di samping itu, sama samalah kita bersenam ok. Dalam bilik pon boleh da.....hehe
2/15/09

siapakah kita untuk menghakimi?

Ada sesetengah orang cara percakapannya sangat menyakitkan hati orang lain.

Macam dunia ini dia yang punya, dia yang betul, dia yang bagus, orang lain itu jahat, tak betul.

Aku benci orang yang hanya pandang di sudut luaran sahaja tanpa mengambil kira hal dalaman.

Asal cakap ja nak perli. Asal perli ja nak cakap.

Who are you to judge people?Anda tuhan?

Like I care.

Jangan sampai mulut anda kena cili. From now on, i will not like you as before.

japanese and "grotesque".


I was at my Japanese friend named Hajime kun's tiny little home with some other friends, been there after a boring, tiring, nothing-much-to-do with "case study " project, which is about doing 研究(research) on Thermal Spray. The member of the group is about plenty of us(8 people altogether), unfortunately half of the group don't really have much tasks to do.heh. I am one of them actually. Back to Hajime kun's crib's tale, we've spend about 6 hours together telling stories, chewing junk foods, having dinner which is called 卵かけご飯(rice with raw egg),clameid to be one of the most awsome home made-japanese-cuisine! and think I was fool enough to believe their sayings. Sungguh tak menyelerakan langsung!We've also done a swap in music's knowledge since their interests in listening to group of bands suit me well, and, lastly the night came out to be a grotesque one. We've watched so much videos together, from the funny ones, boring , to horrible things. Our stories have dragged to movie matters and one of my friends said that he likes グロ(GURO) movies and videos. I was a bit blurred with the meaning of the word. He detailed the explanation of the word-->GURO means 気持ち悪い(Feeling bad of something), which came from English word, abbreviation of Grotesque.

Gurotesque has 2 meanings; which are "strange or unusual in a way that is shocking or offensive", and "extremely ugly in a strange or unnatural way".

From that, we've been telling only bad and unusual stories. My friend has brought out the Poso War story happened in Indonesia which simply can be watched in youtube by just type "Poso" at search button and they'll come out. Another friend has reccomended us to watch "F1 darkside accidents" video, well, to me it's not as 気持ち悪い as he imagined. My turn has come, and the idea came out to introduce them about Muslim's Hari Raya Korban(aidiladha). To be more cleared, i've showed them youtube's videos about slaughtering a cow for the feast, regrettably they couldn't afford to watch the video at all. Slaughtering thing in public is a bit violent to them. Well I didn't expect them to feel so at all!

As a conclusion, Penakut rupanya orang Jepun nih!hihihihih


Okazaki kun with his egg before it has been mixed
 

Blog Template by YummyLolly.com