3/31/10

final touch



Bercakap pasal fine touching or finishing, aku sungguh teringat kat Jepun. Bukan nak mengomplen ka apa, tapi memang sah-sah banyak yang boleh diambil iktibar dari sana. Rumah aku baru saja direnovate, biasalah, semua orang pun renovate rumah kan. Tetapi yang aku agak tak puas hati, lepas renovate rumah, takda siapa pulak nak kemaskan sisa-sisa batu-bata, atap-atap, siling, tong-tong cat semua kecuali family atau tuan punya rumah itu. Kalau di sana, kerja itu menjadi tanggungjawab orang yang menguruskan kerja-kerja renovate, yakni pekerja kontrak itu sendirilah. Papa cakap, bila tengok diorang bekerja rasa kasihan, kesian kesian jugak, tapi bila habis kerja, kemaslah semula bagi sampai ke bentuk asal. Benda ni yang kurang diambil perhatian. Bila dah habis, tinggalkan kawasan rumah macam tu aja. Finishing tak diambil kira. Bekas-bekas cat habis di lantai, kerja siapa? Kalau dah tau, lapik la dengan plastik ka apa, barulah lantai asal tu kekal berkilat.

Petang tadi aku sapu lantai di kawasan/halaman rumah, bersepah serpihan-serpihan batu-bata, simen di atas lantai. Takkan semua benda nak kena bayar lebih kan?Nak cantik, kena bayar. Haih tak faham. Satu benda yang tak boleh ditandingin dengan negara maju; bersepah-sepah. Kalau sendiri yang tak bersihkan siapa lagi?Orang Jepun pun bukan mesin yang bersihkan. Diorang buat kerja sampai licin, cuci calat. Komplen komplen jugak, kerja menyapu aku last-last habis jugak, licin. Esok nak basuh lantai di porch pulak. Haih, tuan rumah pulak kena habiskan kerja kontrak.

bilik pengantin sebelum

thanks mama sebab merealisasikan my dream room. Belum siap lagi. Dalam pembikinan. ;)

p/s:btul ckp papa, dah takda jepun jepun lagi from now on.sigh.
3/30/10

1st day in malaysia

Nak sambung tulis pasal lepas naik flight ke KUL from Narita. Luggage aku amatlah banyak, al maklumla aku balik osrang diri...grad day pun tak menyempat. Nak bawak barang balik yang terkumpul selama 5 tahun camni lah...Tapi dari dulu aku macam ni, tak pernah la mama papa aku nak drive sampai KL semata-mata nak sambut anak dia balik. Jenuh nak menunggu. mama n papa plak travel ke sana sini. So, maybe dah biasa kot, plus malas ha ha. Aku pun dah biasa macam ni. Selalu balik sorang aja, travel sorang pun macam dah biasa..TETAPI balik kali ni memang nak mampus punya banyak barang, tak tipu. Aku mintak tolong orang buat-buatkan jadi barang diorang haha. Bayangkan hand luggae aku ada 3 yang berat-berat belaka. Fuh. Nak buat macam mana, kes bawak balik hantaran. Takkan nak bubuh dalam luggage kan. Habis remuk segala benda.

Flight ke KUL lambat stengah jam. Arrival time pun jadi lambat. Kesian kat cik tunangku tunggu dari pukul 3 30 p.m. Aku sampai pukul 5 p.m dengan baju semalam tak mandi wahahahha. Bubu paham kot. Dengan beg berat nak mampos, letih gila. Nampak aja muka bubu terus hilang setengah letih.

Aku bermalam di KL 2 hari, dek nak beli semua barang hantaran bubu yang belum lengkap; kasut, perfume & seluar. Yang lain semua dah lengkap. Oh, btw i dapat set makeup idaman. Sungguh sweeeeeeeeeet~ Nantikan kemunculannya haha. 1st day ke Sunway pyramid, serabut la...2nd day teman bubu training kat KL, SAP sdn bhd, sambil-sambil tunggu dia, aku ke pavillion, survey2 barang. Tak sempat nak dating bagai. Bila beli barang, penat. Tapi yang lawaknya, salesgirl/man terkejut aku dah nak kawin. Muka macam budak sekolah tingkatan 3 katanya haha. Adeh. Aku dah 25 la adik oi.

Pagi 23 hb terus board to AOR. Kena bayar 80 rm sebab lebih muatan jugak...bayar terus naik flight dan barulah sampai ke kampung halaman yang memang dok tunggu-tunggu kemunculan i. hehe. Tak sempat la nak feeling-feeling sedih tinggalkan jepun semua sebab banyak lagi benda dalam kepala hotak ni nak kena fikir.

trying ALDO. keras katanya. mahal saja.
memang tak berbaloi.

the food while waiting for bubu. LAMBAT!!

hihi. in m.a.c. Nak semua tapi kena sedia duit beribu rm. Mana gua nak cekau~

main-main dalam pavillion

gaya budak tingkatan 3 ;
japan team shirt : ADIDAS
pants : uniqlo
shoes : onitsuka tiger
bag : MARC by MARC JACOBS

wah. sudah kekurangan gambar. lepas ni nak post pasal wedding preparation la pulak hehe. till then.
3/28/10

hari-hari terakhir di Jepun


keadaan bilik sebelum ditinggalkan

Berangkat meninggalkan rumah terchenta di Toyohashi pada 17 Mac pagi menuju ke Niigata, utara Jepun seorang diri menaiki Japan Railways (JR) selama 12 jam sampai naik kematu habis bontot. Tapi berbekalkan semangat waja hendak berjumpa perempuan-perempuan kesayangan, kematu pun kematu lah. Japan Railways merupakan syarikat pemegang keretapi terbesar di sana. Bullet train yang laju habis tu pun JR yang punya. Boleh dikatakan di setiap ceruk kawasan ada stesennya yang tersendiri. Di kampung, stesen tiada penghuni pun ada. ha ha. Aku ke sana menggunakan tiket "special", seishun 18 kippu namanya. Tiket yang boleh digunakan selama 5 hari. Maksudnya 5 cop. Naiklah train ke mana pun asalkan dalam masa sehari tu cop sekali menggunakan local train. Local train bermaksud train yang berhenti di setiap stesen. Kat sana, setesen keretapi memang sangat banyak. Dalam satu bandar pun ada berpuluh atau beratus stesen. So kalau berenti setiap stesen memangla lembab nak sampai. Aku ke Nigata menggunakan satu cop sahaja. Nak ke tempat lain guna cop yang lain pulak. Nasib baiklah 12 jam sahaja.
Stesen-stesen besar. Tak termasuk stesen kecik cinonet lagi

the tix

Sedikit sebanyak info mengenai 18 kippu :

The Seishun Juhachi Kippu, meaning something like "Youthful 18 Ticket", is a seasonally available railway ticket, which gives you five days of unlimited, nationwide travel on local and rapid JR (Japan Railways) trains for only 11,500¥, or 2,300¥ per day!

Availability

The Seishun 18 Kippu is only available three times a year during school holiday seasons, as shown in the table below (subject to change):

Period
Valid
On Sale
Spring
March 1 to April 10
February 20 to March 31
Summer
July 20 to September 10
July 1 to August 31
Winter
December 10 to January 20
December 1 to January 10

Which trains can be used?
The ticket is valid only on local trains (futsudensha/kakuekiteisha) and rapid trains (kaisoku), operated by the Japan Railways (JR). It cannot be used on express (kyuko), limited express (tokkyu) and bullet trains (shinkansen).


Cuaca di sepanjang perjalanan yang amat meletihkan ni adalah baik, cerah selalu. Daripada Tengah Jepun, merentasi Gifu, Nagano, dan seterusnya ke Nigata. Nigata adalah bandar yang terletak di sebelah Laut Jepun. Toyohashi pula terletak di sebalah Lautan Pasifik. Pemandangan apabila memasuki ke kawasan Nagano(kawasan berbukit-bukau) adalah sangat menakjubkan dengan keadaan sungai jernih berwarna hijau yang mengalir. Siap boleh buat water rafting kot. Bandar yang terletak berdekatan dengan Laut Jepun sangat sejuk, dan sangat terkejut lepas lalu tunnel aku dikelilingi salji putih melepak.

peneman setia

salah satu stesen yang tiada penghuni

pedalaman Nagano

Salah satu jambatan merentasi sungai berwarna kehijauan

Dua malam bermalam di rumah kawan kesayangan, Yatie Zuki. Yati pun sedang sibuk dengan kemas rumah dan sebagainya.

Terkejut lepas keluar dari tunnel

Jalan-jalan di Niigata University. Toyohashi univ memang tak dapat dibandingkan dengan univ ni. Ada Lawson dalam kawasan univ wo.

buat-buat lena

Lepas 2 hari bersuka ria, tiba masanya untuk turun ke bandar Nagaoka, masih di Niigata. Penat ajak yatie turut sama-sama ke Nagaoka, tapi MEMANG BERBALOI. Belanja Yati satu cop 18 tix. Aku satu cop. Dah 3 cop. Sampai di nagaoka lebih kurang petang hari yang sama. Sampai-sampai, Ayu ambil, terus ke rumah Aan. Aan masak nasi dagang. Sedap. Gosip-gosip hal donia, sempat tengok Hindustan "I AM KHAN", tersekat-sekat. Las-last sembang lagi. Sampai pukul 11 lebih, terus bergerak ke stesen bas(mestilah tak mandi. Malas. ha ha), dan terus naik bas ke Tokyo.

Sampai di Tokyo 21 hb 3 2010 pada pukul 5 pagi. Cuaca yang amat teruk, ribut taufan dan hujan yang lebat melanda. Dengan busuk hapak tak mandi. Terus naik flight ke Malaysia pukul 10 : 30 pg. Long journey. Bye-bye Nippon. cerita di malaysia esok pulak lah. the end.

p/s: bukan i am khan, my name is khan.
3/26/10

getting used

I'm getting used to my new life. Banyak sangat dunia baru yang perlu ditempuhi selepas balik ke Malaysia for good. Sedang belajar. Belajar dan belajar menerima dunia baru. Sekarang 2 minggu di rumah terchenta sebelum memasuki ke alam baru pulak. hehe. Akan cuba update lifestyle dari semasa ke semasa insyaallah.

di antara benda-benda yang susah nak adapt :

1. malaysia agak panas ya terutama sekali a setar, selalu pening kepala.
2. salesgirl yang sombong macamla kedai tu bapak dia punya. muka tak masuk rezeki langsung.
3. toilet awam yang agak kotor. Marah especially bila orang keluar lepas kencing tak flush. gila kotor.

ok akan cuba terima. Tapi makanan malaysia memang sorga donia. the end.
3/24/10

i'm home!

FINALLY!
I'M HOME!

like forever hihihihi


3/15/10

20% lomography



20% lomography

1:20
satu nisbah 20
20% daripada saiz 100%
aaah apa apa ja la.

Jalan-jalan di kedai comel, ternampak satu benda yang sungguh cute. Kan aku dah cakap aku tak boleh tengok pretty things ha ha. Miniature lomography camera ni mencuit menambat hatiku yang senang ditambat. Oleh kerana aku ada 100% lca+, maka aku nak bagi lca ku ada teman. Teman ka anak? Kecik semacam ja ni.


how cute!
it is hell real look!

Wah, the adik-beradik or anak-beranak!
: D

oh i really miss snapping with this camera. Camera yang tak pernah mengecewakanku! I'll bring u to the beach definitely!

Dan tadi juga beli filem...dah lama sangat tak beli filem for lca ku..kesian dia lonely. I chose to buy SOLARIS by ferrania Technologies. Salah satu filem idaman atau kegemaran bagi penggemar filem/lomographer Jepun. Sebab gambarnya soft. Macam ala-ala kabur, di alam syorga gitu. 1st time will using this type of film. Not slide, just a simple 35mm negative film. Senang nak cuci tak payah cross process pun.

400 and 100

sample picture taken using solaris film
click for more cool pictures

today last aku akan guna internet. No more blogging for about 1 week!huwaaaaaaaa. Once i blog nex time, i definitely in Malaysia hendaknya...heeee pray for my long journey! Till then!
3/14/10

i love pretty things!

Walaupun dalam kehidupan seharian sangatlah selebet, tetapi aku tetap sukakan kepada kecantikan. Pretty clothes, pretty hairstyles, pretty makeups, pretty restaurants, pretty food, pretty friends..eheh. Kalau nampak benda cantik saja sejuk mata memandang. Berbeza bila kita makan kat luar pakai selebet, dengan apabila kita bersiap bagai dan ke kedai makan yang cantik with pretty girlfriends kan? Akan terasa seperti how meaningful and precious the day to me.

Oh, cakap pasal pretty things, me and my toyohashi girls(univ aku pompuan minority), spend a night together gossiping while having pretty dinner @BALI HAI restaurant which serves Asian Cuisine. Orang jepun memang sukakan makanan asia tenggara dan juga percutian dia pantai-pantai cantik di Asia tenggara, jadi kita haruslah menjaga kebersihan pantai kita yang orang luar suka sangat tu! Jangan main buang ja sampah merata-rata!(selingan)

Kami makan BALI SET course, served ala carte, yang sakit hatinya, nasi goreng sampai last skali. Yang ni memang tak boleh terima. Awal-awal salad bagai, dah serupa kambing dah. Then datang vietnamese popia, telur goreng sodap, tempura udang with mayonese, dim sum, tomyam(sampai dulu dari nasi, depa nak suruh minum tomyam dulu pastu baru pekena nasi), haih nasib baik sedap.

salad, nampak kecik tapi...

vietnamese popia

egg with seafood

prawn mayonese

tomyam-kun! sedikit cair ya di situ.

Sambil makan sambil menyembang gelak-gelak macam orang gila sampai ramai orang memandang slek. Tapi kami kisah apa. Asalkan we had fun!

uya tak bosan ka dok jepun lama-lama?(7 years)
bf kat sini memang la syok habis!eheh

tembak zaza

dah baik.

Dan bila zaza bawak keluar lense mata ikannya, aku terus naik gila hahahaha. Wey memang lah. Fish eye lense memang untuk ambil gambar gila-gila sahaja hihihi.


i'm lovin it!

cubaan masuk ke dalam lense. tapi tidak berjaya.

say cheese!!

Ok dah banyak sangat post gambar, credit to zaza. Aku memang la nak slr cam, tapi kedudukan kewangan yang tak berapa memberangsakan akibat banyak sangat beli handbag. So padan muka. Takpa kesimpulannya, kami sangat suka hati sebab boleh perasan cantik sorang-sorang. Perasan ja lah. 3 jam lebih jugaklah bertapa kat dalam kedai gelap tu.

Ok, mari tukar topik. Nak cerita pasal hairstyle dan makeup pulak. Makeup macam biasalah, simple choco, sebab ada sedikit baju orange, aku pakai NYX lipstick smacking fun colors(LSS 507-orange/reddish), credit to Aisha!!! Dia memang kaya makeup, and dapat NYX lipstick tu pon sebab belas kasehan beliau beli terlebih from US heee. Serius. Sangatlah cantik colour from this brand. Aku bagi 9stars upon 10, tak berbau, moisture. Kalah lipstick chanel yang aku pakai. (chanel nya lipstick agak berbau ya, bau kurang enak)Tapi 1 point kurang sebab cepat luntur. Lepas makan bila tengok bibir dah tak merah macam awal-awal pakai hehe. Tapi untuk point colour, texture memang mantap!

the left one.

contoh. crop sudeh.

Hairstyle pulak, aku memang boring dengan rambut gaya biasa. Kalau nak special mesti aku akan nak main-main ubah sana sini. So, I've chosen this style.


senang ja nak buat

tara!
(before makeup)
Kotak kat belakang tu boleh tahan merosakkan pemandangan.

ok. dah habis.

pose depan kedai.

how about my new pants? serius boring dengan jeans.
handbag : mama's vintage bag(Pelco)
pants : The Bad and Beautiful
others : rematched

till then, bye!


3/13/10

my twin

Sebelum ni ada orang pernah cakap muka aku macam artis jepun la, maggi cheung, la, cecilia la, kuroki meisa la, shibasaki kou, speed nya penyanyi, Tokiwa Takako, bla bla.. tapi langsung tak sebenarnya. Maybe certain angle kot.


TAPI!

Guess what i think this girl sangatlah menyerupai diriku ha ha. I've found my pelanduk dua serupa. Ada lagi 6 dalam dunia ni hehe. MMU student, tak pernah tengok her live. Tapi my friend, studied @MMU kept telling me that bila tengok budak ni, mesti teringat aku. Then suruh lah dia tunjukkan her pic...humangaih! memang terasa macam tengok gambar sendiri haha. Rasa macam oh, i really got a TWIN! One day really looking forward to meeting her. Orang Penang, dekat ja eheh. Maybe dekat mata kot yang sama, unfortunately, dia selalu rambut pendek, so sekarang rambut aku sangat panjang, so nampak dh kurang sama, but STILL!

she's cute. :)
she=me, so am i cute?hahhahah tableblah.

hehe

Terasa banyakla pulak dapat hadiah lately..ya la sebab dapat hadiah kawin, hadiah farewell nak suruh aku blah cepat-cepat dari sini kot ha ha.


interior candle, again from Inaho chan.

Ni dapat masa makan-makan with Japanese girls(coursemate), Ayumi, Inaho, & Megumi, the last dinner with them :( Lilin tu dah dibakar sejak semalam buat pewangi bilik sambil mengemas. Lagipun malas nak bawak balik.


Digital photo frame from Malaysian student of Toyohashi univ.

Oh memang teringin gila benda alah ini. Tetapi harga seketul boleh tahan mahal, paling murah(gambar elok) pun dalam 3ratus lebih rm. Padahal photo frame ja kan hehe.

Ever heard of digital photo frame? Photo frame yang di"digital"kan lah maksudnya ha ha. Semua orang pun tau kan..Yang bestnya, masukkan gambar thru sd card, and gambar tu akan rotate lah macam mana kita nak by slideshow..boleh insert banyak gambar, tak la macam frame gambar lama, satu gambar ja boleh letak. Ada banyak saiz pulak tu. Salah satu brand yang teringin, SONY & POLAROID. Setiap kali pi kedai gambar kitamura mesti usha benda alah ni tapi last-last tak angkut pun.


design yang sungguh classy

ini from SONY.
AL-biasalah, design memang cantik macam tv bravia dia. Tapi kurang berkenan sebab dia letak brand kat depan frame tu. Dah serupa tv dah.

So, marilah kita sama-sama pakai digital photo frame(walaupun aku rasa sangat malas nak buang habuk kalau letak atas meja menyusahkan!)

p/s: ke arah digitalisme. heh.
3/12/10

jersey


oh yesterday i got a farewell present from my lab's mate. It was such an honour(takla berjasa mana pun). The present was Japan soccer team's jersey from Adidas(salah satu benda yang tak pernah ada dalam list kepala otak shopping). Thanks all. Ok, i'll share the shirt with my hubby soon haha. Mau berebut.

p/s: rindu nak tulis my daily diary. But i cant due to the not-ready-life. Am busy packing my stuffs to be sent by cargo soon. Till then ya!
3/9/10

sikit lagi


sikit lagi hummmm. hahah


3/7/10

big bro

Today i wanna write something about my bro. Oh yeah i have one big bro name Danial. He's the eldest among us. Manja, paling sedikit masa tinggal dengan family sebab he left home early to further his study in Mrsm, pastu terus fly to UK. (kami semua tak masuk sekolah asrama penuh :)) He lives in Liverpool and plays guitar and also compose songs. OKlah aku tamau cerita banyak nanti cakap puji lebih-lebih ha ha. He's damn pandai. cita-cita dia nak jadi singer malam-malam, siang-siang rawat orang sakit ha ha. Cam terbalik ja. Ok, Dr. Danial, hopefully hang boleh jadi singer impian hang itu. Yang agak terkilan, he can't join my bigday :( sebab tiada cuti. He's coming back for good this year 3 months after me. Jangan lupa bagi ucapan masa kenduri aku nanti! And also, u've promised me to be "slim" before u come back for good nanti. we'll see ha ha. love u always.

while performing
with HUJAN band

melalak

sapa tak kenai tatau la.

search

ok im done. Awat asyik tulis post pasal family ni ?? Maybe i have to blah cepat-cepat dari sini. sigh.

 

Blog Template by YummyLolly.com