7/30/09

countanence sketching

Have your face ever been sketched by other people?

Since living in here, 2 people have ever sketched mine.

Here are mine.

Me wearing KIMONO

Sketched by : Ayaka Kodama
Studying art in one of the universties in Kyoto.
She once attended the Kimono Waiwai event with me.


Sunao

Sketched by : Matsumoto san
An artist and also a designer. Also a leader of YSSI Assc..
I love his voice. Sexy.
Met him while volunteering for YSSI event.
:

What's YSSI?
An association located at Yaguchi , Tahara, a place where surrounded by lovely hills and beaches.
YSSI is a volunteer group which feels responsible to protect Yaguchi's nature.

YSSI logo
This logo also was desinged by Matsumoto san.
It symbolizes turtle since this creature has been in danger!!
(Orang Tranu dok makan telur penyu ha ha jgn mara Yana)
:
I love nature. Someday i wish to be one of the vounteers to protect MY nature(Malaysia).
:
To the more cleaner environment!


last day

Today is my last day of school before summer break.
Tomorrow is the day when i'll fly back home for 3 weeks.
The day after tomorow is the day when me and my bubu have to attend the special kursus together.
The day after the day after tomorrow i"ll be attending a pretty important job interview.
Then, i'll be relaxing my mind from seeing pakcik mori and lab.
(Seronotnyaaaaaa~)
:
:
Here's today style. Last-day-of-school style.
:
:

japanese style make-up (dark brown)
:
:
grey one-piece : GAP
Pants : Wrangler & black tights
Shoes : F'Kolme
Accecories : no brand

:
:
Doakan aku selamat sampai di sana!!
7/28/09

Update paling baru. Gila busy.

1. Balik dari lab, singgah Maruhei Supermarket buruk beli ikan & sotong.
2. Siang sotong, masak for dinner.
3. Kemas luggage untuk hantar ke airport. Pakcik kuroneko datang pukul 6: 30
4. 7 mlm ke Lucido Style dengan Yana for hair treatment.
5. Balik terus makan malam. Makan buah Peach! Sodap.
6. Tulis blog.
7. Post gambar camwhoring.

ha ha.

power rangers pun pandai lap lantai

Minggu lepas, semua students plus lecturer Mori's lab dikerah untuk gotong-royong "besar-besaran" bersihkan bilik lab dan juga bilik lecturer. Kerja dibahagikan mengikut kumpulan. Aku dan lagi 4 orang kena bersihkan bilik lecturer. Abe Sensei & Maeno Sensei nya bilik. Pakcik Mori dan dan outstation hari tu ha ha. So tak payah susah-susah bersihkan bilik dia. Aktiviti dimulakan dengan mengangkut segala barang dalam bilik ke luar kaki lima. Sebab? Sebab nak basuh dan wax lantai tu sampai berkilat. Haih. Tak apa boleh diterima lagi.

Segala meja dah diangkut ke luar

lab dah kosong!

Bila dah kosong bilik, barulah boleh mula aktiviti yang paling mencabar. Mula-mula, sapu sampah. Kalau bilk lecturer advance sikit, pakai vacuum cleaner. Senang kerja aku. Masa tengah vacuum, Ayumi lap cermin sampai berkilat. Mmmm Ayumi ni macam tak pernah lap tingkap aja gayanya. Teringat kalau kat rumah Mama suruh pakai kertas surat khabar lepas pakai kain buruk. hehe. Tak apa lupakan bab tingkap. Bab lantai ni yang aku nak cerita. Lepas sapu sampah, gunakan mesin dan sabun khas dan mesin/cuci la lantai tu, kot-kot ada kotoran yang separa degil.Machine zaman bila tah yang kami pakai ni. Karat sana-sini. Entah bersih ka tak pakai mesin tu. Tuang detergen atas lantai dan on saja mesin tu. Dah boleh jadi makcik cleaner la.

Maeno Sensei dan mesin buruk.
Macam baru nak masuk rumah baru la basuh-basuh lantai.

Lepas mop, jeng jeng jeng!! Yang ni aku tak boleh terima. Kena buat ぞうきんかけ(ZOUKIN-KAKE). Apa itu zoukin kake? Lap lantai dengan kain buruk. Kalau lap meja aku boleh terima lagi! Siap dengan gaya-gayanya sekali. Orang Jepun memang dah diajar dari sekolah rendah untuk lap lantai macam ni. Mungkin dengan menggunakan kain buruk lebih bersih berbanding gunakan mop. Bila kita lap meja pakai tangan, jarak di antara lantai/meja yang dilap dengan mata lebih dekat berbanding kita gunakan mop. Punyalah detail kamu orang Jepun!!

contoh zoukin-kake

power rangers yang macho pun tak terkecuali.

Aku dengan seluar nak terlondeh kejap-kejap dok tarik seluar. Sebab nak kena tunduk macam tu. Haih. Tak suka! Lepas zoukin-kake, time to WAX the floor bebeh! Yang ni simple. Pakai mop ja. Tuang wax, mop semua, tunggu kering dan habis! Tapi, tak habis lagi, sebab meja yang kat luar tadi kena angkut semula masuk ke dalam bilik!!


Kesimpulan : penatnya!! Orang Jepun sangat bersih! Bersih mengalahkan kita orang Islam yang kononnya mementingkan kebersihan tapi berak/kencing tak reti-reti flush. Ni yang paling aku meluat.


Naked shoes for naked people


It's DOPIE!

First time kenal dopie sandals tahun lepas. Sorang member Jepun ni pakai sandal serupa nak tercabut ja aku tengok. Serupa tak pakai selipar. Baik berkaki ayyam! Tapi cool la. Sapa teringin nak jadi cool pakai la. ha ha. Crocs dah lapuk. :p

hampir naked.

p/s: alang hadiah la kat aku. hehheheh


7/26/09

internet Jepun

Semalam sebelum tidur adik aku dah paksa aku download sampai lebam segala movies yang dia belum tengok. Nak harap kat aku download movie "up to date" jangan harap la. Encik tunang selalu tak puas hati sebab dia kata aku tak menggunakan internet jepun dengan sebaik-baiknya. Ha semalam ni memang aku guna internet dengan betol la nih. Download 10 movies sekaligus. Hadiah untuk kau Alang. ha ha. Bangun-bagun pagi, eh tengah hari dah siap semua 10 movies. Best kan menjadi penduduk di negara maju? Huwaaa macam mana nak balik Malaysia nanti?

10 movies yang aku download :

1. My Bloody Valentine
2. Hannah Montana
3. I Love You Beth Cooper
4. Monsters VS. Alien
5. Obsessed
6. Watchmen
7. Ice Age 3
8. Drag Me to Hell
9. The Proposal
10. I Love you Man


Tak tahulah yang mana best, tapi Ice Age 3 ni macam best. Nantilah tengok kat Malaysia. Internet kat sini, aku pakai NTT Hikari. Internet pakai firewire 100 M. Sangat dipercayai ramai dan boleh tahan mahal kot. Tapi berbaloi baq hang. Kalau teringin nak layan movie atau lagu apa sahaja, klik download dan beberapa minit dah boleh layanzzzzzz. ha ha.

OK lama gila tak update OK!

(Yana cantik dengan barang makeup baru)
Hah! Baru hari ni aku terasa nak update story yang berlaku kat aku yang bz tahap lembu(buat-buat bz). Siang g lab, dr pukul 10 sampai la pukul 5 30/6 petang. Balik dah petang, senja, bila malam rasa nak relaks aja sebab masa kat lab otak dah tepu kena paksa study dan yang lebih memenatkan aku asyik kena buli main-main mesin(senior aku ni memang suka buli dan dia sangat mempercayai kerja tangan aku ha ha) Outfit pun dan jadi tunggang-langgang. Jeans, t-shirt with sneakers/flip flops for everday. Tambah dengan cuaca panas nak mampos kat Jepun ni. Aku tak paham betul la tahap kepanasan kat Jepun ni. Panas semacam. Tapi mungkin jugak kat sini aku tak dapat merasa "ekon" kot. Kalau kat Malaysia 24hours "ekon" di- ON. Panas pun kat luar ja kot. Bila dah masuk bangunan sejuk pulak. Ish pelik.

:
:
(Merepek)
:
:
Oh ya, let's start with today's journal. Dan aku kalau boleh nak cerita segala benda kat dalam blog aku(perhatian: blog aku adalah untuk suka-suka dan personal untuk simpanan dan juga bacaan umum untuk yang berminat sahaja supaya bila umur aku dah 100thn bila aku baca boleh la gelak berguling atas kebodohan aku). Banyak aja benda yang terjadi recently, tapi disebabkan mood mlas nak menulis, aku rela lepak saja baring-baring. Ah malas.
:
:
Secara sedar atau tak sedar, Sabtu ni aku dah nak balik Malaysia. 3 minggu ja dapat cuti. Tapi bersyukur boleh jugak balik. Dan yang paling best, Yana si housemate aku ni nak bertunang. Malangnya, Yana TERpilih aku untuk jadi mak andam/ makeup artist (wuhuuu) dia this coming event. Aishhh memula rasa tak yakin la. Ya la aku pun baru ja dalam bidang makeup2 ni. Disebabkan kami berdua memang la sangat ANTI makeup yang mak andam kat Malaysia(sori bukan nak kutuk tapi realiti) ni. Sangat tebal dan sangat FAKE ok.
:
:
Semalam, i did the tutorial with her eyes only and the result was pretty OK. It is better kalau pakai base makeup(unfortunately, she didn't have the complete set), dan satu lagi kalau kau cukur kening kau sikit Yana. haha.
:
:
So untuk melengkapkan set makeup Yana, we decided to buy Shiseido Maquillage set for her to try nanti. Kat counter Shiseido tadi, staff kat situ sempat makeup-kan Yana using complete set of Base-makeup. She even concerned about her freckles. Takpa Yana, aku akan usahakan supaya hang nampak cantik nanti ok! Simple and paling penting sekali, tak FAKE. Let it be natural. In a good way.
:
:
Lama jugak berkeliaran kat dalam Jusco al maklumla nak balik Malaysia, ada saja barang yang aku terfikir nak bagi kat family. Aku dah tak larat nak bagi barang-barang materialistik plastik sebab aku dak kering poket, so aku belikan family aku makanan Jepun. Bukan sebarang makanan ok. Aku kena masak sendiri nanti kat rumah(tak tahulah korang suka ka tak, tak suka pun aku nak paksa jugak telan). Set OKONOMIYAKI, MISO SHIRU, ZARU SOBA dan MUGI CHA. Hah.
:
:
Dah penat cari barang Yana, kami singgah Baskin Robin dan melahap ice cream yang aku paling suka. Ha ha kesian Yana yang tengah Diet-chu.

Snowman campaign.
Pineapple and nuts and Twinberries Cheesecake flav. Nak muntah(chese byk)
:
:
Oh tidak, takkan aku tak beli apa-apa barang selain makanan Jepun yang ramai orang tak lalu ni? Tak mungkin lah. Masa tengah layan Yana makeup kat booth tu, mata aku dah meliar-liar nak itu ini. Masaa ni lah aku rasa brush aku takda, eye liner aku tak cukup segala. Fuck. Eh tapi betul la memang tak cukup ha ha. Oh ya adik dan alang; aku ada belikan untuk korang berdua hair spray before blowing. Jangn cakap banyak ok. Adik-adik aku ni pun payah, barang nak semua yang "UP-TO-DATE", sorang mintak SKECHERS wedges, sorang pulak mintak TOMMY handbag!ARGHHH tensen!!
:
:
Dan jugak sekarang aku sangat ketandusan accecories. I need new belt, bangles, hairband, dan segala macam lagi. Sebab kadang-kadang accecories sangat memainkan peranan penting. Malas nak elaborate. Let picture tells everything. ha ha.
:
:
Uniqlo slim belt
Hairband and bangles
(Ada hair arrange baru dalam kepala ni)
Ops terbeli jugak Shiseido INTERGRATE eye liner n eye colour twin!
:
:
p/s: ok mama jangan marah. ha ha.

7/23/09

BZ'

Recently, am busy like a busy bee. Bzzz... Bzzz!!!
7/21/09

Fukui ; perjumpaan miskin

SKIJAM ; snowboarding and paragliding spot
Golf pun ada?
7/17/09

white tunic with lace

Oh. Stock baju untuk dijual dah sampai. Dan aku angkut 2 helai lagi. Arghhhh. Ha ha. Ada sehelai saja baju yang sama dengan aku beli ni. Ada sesiapa yang berminat? hihi. Oh dan saya nak hot pants itu. Grrrr.



7/14/09

tiada cerita menarik.

All purchased from bundle shop.

p/s:tidur awal mode, esok ke pantai!!

ピタゴラスイッチ[Pitagora Suicchi]

tak da kerja jadi kerja. Cool.

7/13/09

ish sukanya saya....

Petang tadi dapat 2 e-mail :

1. Panasonic

Dear Haidar Najiyah-san,

How are you?

I have obtained the time given by Panasonic Manufacturing M'sia Berhad PMMA for your interview in Malaysia.

Is it possible to fix the interview on 3rd August 2009 - 10am?

Please reply to me to confirm the date & time, upon that I will send out an
email to bridge between you & PMMA.

Hope to get your reply soon.

Thanks!
...akan cuba untuk "jack" dan "goda" interviewer kasik gaji lebih sikit ok...wish me luck.

2. Skype
Hello Haidar,

Thank you for your reply.

Your account was flagged for verification. This issue should be solved
now, please try to place a call again.

We apologize for the inconvenience.


....dan terus perasaan berkecamuk aku hilang. We've had a conflict. Stupid one. Biasala tu...

biru atau hijau?


Satu lagi benda yang aku tak sebulu dengan orang Jepun. Traffic light semestinya berwarna merah untuk berhenti, kuning untuk bersedia untuk "pecut", dan hijau untuk "boleh jalan da". Tetapi hairannya, apabila lampu hijau menyala, orang Jepun akan berkata, "eh, dah lampu biru tu, boleh jalan sekarang!". Eh, mana satu ni?





昭和5年に初めて信号機がついたとき、法令上は「緑色」でした。しかし、日本語の「青」の範囲は広く、青菜や青物など緑色のものを「青」と呼ぶ場合が多く、色の三原色「赤・黄・青」からも緑色の信号も青信号と呼ばれたのでしょう。こうして青色信号という呼び名が一般的になってきたことから、昭和22年に法令でも青信号と呼ぶようになり、昭和48年以降に作られた信号機は呼び名どおり青色になりました。(それ以前に作られた信号機は緑色に見えるものがあります)このようなことから、今では一般的に信号機はと呼ぶようになったのです。
petikan dari google.jp
secara ringkasnya bermaksud :
warna hijau adalah terhasil daripada warna asas iaitu biru yang sangat luas. Mengikut sejarah, warna lampu isyarat ditetapkan daripada eksperimen yang telah dijalankan di United Kingdom berdasarkan warna yang paling senang dilihat atau dicam oleh manusia. Warna-warna yang paling senang dilihat adalah putih, merah, hijau, dan biru mengikut turutan. Warna biru lampu isyarat adalah sebutan semata-mata. Lampu isyarat di jepun adalah hijau, sama seperti lampu isyarat di negara lain, tetapi selalunya disebut lampu biru. Menarik bukan?

green shirt : Sesame's Street
blue skirt : rematched
black laggings
shoes : F'KOLME fabriqued in france

7/12/09

dasar tak boleh nampak perkataan SALE

Petang tadi ke jusco untuk nak beli 2 jenis barang saja ok. Dua sahaja diulang. Sos Thai dan Marjerin untuk nak buat apam balik, al-maklumla, kat sini takda pasar malam. Lalu aja tepi kedai sini SALE 50%, sana sale 30%, ish sakit mata la. Terasa tertarik nak pegang-pegang, cuba-cuba dulu barang yang konon sale tuh. Setan sungguh. Kali ni aku terpanggil ke kedai F'KOLME, kedai jual barang varieties, barang mengarut yang tak perlu nak beli dan hanya menghabiskan duit pembeli. Last-last angkut 3 barang, dan saya sungguh suka, hati pun riang dapat buang duit ha ha.

Red polka-dot pumps (50%)
FYI, i rarely wear this kind of shoes. So i think i might try something funky like this!

Polka-dot key holder (630¥)
oh saya memang suka key holder!

Yankee Candle tart Wax French Vanilla flavour (378 ¥)
This kind of wax candle, kita just letak dalam candle burner and it melts as soon as we burn the candle. Simple!


p/s: apam balik aku tak jadi la. jadi serupa lempeng ka roti canai kot ha ha

nasyid

Semalam pukul 5 30 pagi baru aku mengadap katil. Habiskan saki-baki malam gelap aku layan movie. Movie yang aku agak ketinggalan. Rasanya semua orang dah tengok kot. Sweeney todd & Twilight. Aku malas nak layan karenah perasaan bangang dalam kepala hotak aku. And thanks to dib, along n alang for being listener. Sebelum melayan movie marathon, sempat layan youtube tengok ANAS TAHIR, adik Faizal Tahir. Rupanya Anas Tahir tu pun bekas ahli kumpulan nasyid. FAR-EAST nama kumpulan tu. ha ha. Tak pernah-pernah aku dengar lagu nasyid. Bukan apa, bukan nak menidakkan atau mempersoalkan apa-apa, tapi aku rasa lagu nasyid tak sedap untuk didengar bagi aku. Kalau lagu ketuhanan Indonesia aku suka, tidak mengambil sikap mudah dari segi gubahan muzik. I listen to the music first, then the message. That's the way it should be.

Oh bercakap pasal nasyid, mesti korang tak percaya, aku adalah bekas kumpulan nasyid sekolah, dan juga bekas TEKONG. Tekong tu apa? Ketua nasyid la kesimpulannya. Bapak aku pun pernah took part in Qari. I as well pernah jadi Qariah bergiat cerdas masa sekolah menengah. My parents selalu galakkan aku take part in various Tilawah Al-Quran competitions. But i just couldn't. Aku berenti di tengah jalan. Pernah masuk peringkat negeri. Sorry mama. Maybe one day angah akan cuba semula. But not for now. That's why when i read the holy Quran, i feel the calmness. Pasal nasyid, banyak kenangan aku masuk pertandingan nasyid, sekolah aku pernah menang pertandingan nasyid peringkat negeri. Tapi malangnya, tahun tu tak dibuat pulak peringkat kebangsaan. Aku dah bersedia nak jadi wakil negeri tak da rezeki pulak. Banyak hidup aku masa kecil dikaitkan dengan muzik saja. I've played piano, keyboards and all the traditional instuments dan aku sangat suka! Pernah bermimpi nak tubuhkan band sendiri(vokalis cabuk). Tapi last-last abang aku yang dapat merealisasikan impian dia. hehe.

Cerita pasal nasyid ni, aku teringat nak tulis blog pun sebab semalam aku termimpi aku ke pertandingan nasyid. Aku admit i miss that kind of suasana. Dan yang paling mengarut dalam mimpi tu, aku kena bagi ucapan tengah ramai crowds tu. Ha ha. Apa kejadahnya lah.
7/11/09

;(

macam mana aku nak buang perasaan ni?
7/10/09

3 : 51 a.m

I can't sleep. i should have been sleeping by this time. Esok kena pi lab awal sebab aku dah lap hari ini. I hate this feeling, the feeling of loneliness. Subuh pun sudah, tak boleh tidur lagi. Ayat-ayat suci Al-Quran dah 3 helai. I cried when i was reciting the holy Quran. Hopeless. Masa di mana aku perlukan pelukan dari Yang Maha Esa.

Mudahkan hidupnya,
Hiasi dengan belai-Mu,
Sucikan tangan-tangan yang memegang erat harta,
Terangi harinya,
Dengan lembut mentari-Mu,
Buka genggaman yang telah menjadi hak mereka...


How do i know that you really love me? By just saying I LOVE YOU? How can you just sleep when you know that i was feeling unstable, clueless, shocked. Don't you wanna know my feelings at all? Show me your love. More than rite now...oh please....
7/9/09

international calls yang aku tak call.

Uganda, Italy dan Kenya. WOW!
I've been using SKYPE for years but suddenly, today, on 9th July 2009, something ridiculous happened to my account and i was like, BULLSHIT! Somebody hacked my account. When i checked my call history, there were plenty of calls to Uganda, Italy and Kenya(sejak bila aku jadi orang negro ni). And now my skype out call has been blocked from calling out(i just wanna keep in touch with families and bubu), maybe by Skype staffs, noticed something odd with it. Besides that, my credit has been topped up twice, once on the 5th of July, and one more for TODAY. Basically, i only purchase the credit for 1500 ¥ ONCE in a month, and that "2nd" purchase freakin me out! I just concern and worrying about my Credit card details and are tryin hard to remove the details from my account. Unfortunately, i just couldn't find the way to remove it. Nasib baik skype block, tapi bila aku nak call out, tak boleh...How am I goin to deal with this problem? How about me and bubu's since it's the only way for us to communicate when i miss him? (malas nak tukar id baru, menyusahkan!!! cc aku mcm mana ni??)

p/s: Hakikat "long distance relationship". Tidak mudah but i will never fail to pray for our happiness.
7/8/09

perlu ka??(edisi tak faham)

Aku tak faham kenapa pakcik Mori selalu nak "negative thinking" bila hal aku. Universiti aku ada sistem internship, 2 bulan sebelum grad(grad bulan 3, internship bulan 1&2). Beriya pakcik Mori cakap aku ada kemungkinan besar tak akan dapat internship. Internship tu macam practical la, kerja kat sykrt apa-apa sebelum grad. Pakcik Mori cakap, intership tu adalah untuk orang yang nak sambung master. Bila dah ada pengalaman internship, boleh la sambung buat research master di samping dapat pengalaman kerja. Dengar kata, sambung master straight & kerja dulu baru sambung master lain the "way of thinking". Sebab tu univ aku hantar suruh buat internship. Disebabkan aku nak kerja, aku takleh nak buat intership? Tak munasabah. One more thing, pakcik Mori kata, tambah-tambah sekarang ni ekonomi tak elok, kemungkinan besar takleh bla bla fucking bla. Tak boleh ka nak cakap ayat positif kat aku?Nak kata ekonomi tak elok bercambah member aku dah dapat kerja. Bengong. So kemungkinan besar aku akan habiskan masa aku intership kat Univ ja la kot. Puas hati kau?Kadang-kadang menyesal plak aku masuk lab research Pakcik Mori ni. Dia memang tak boleh terima "Iron-Lady" kot. Mungkin tercabar kelelakian, macho segala? At least suruh aku try dulu ka, kalau tak dapat lain cerita kan? Senior tahun lepas yang perempuan ramai ja yang rilek dapat masuk intership. Aku tak faham la pakcik tua ni fikir!!!!
7/6/09

dengar cerita....1

Dengar cerita....orang Jepun ni masa summer panaih hap hap pun masuk ofuro(bathtub) dengan air suam. Pelik.

p/s: Rasa taknak pakai apa-apa. Panas. Tapi belum tahap ketiak basah.

yellow shirt : rematched
brown skirt : bundle
grey long socks
7/5/09

Takda duit dok diam-diam kat rumah

visi dan matlamat : lawatan ke AEON Mall(Jusco) Hamamatsu. Tiada matlamat khas semata-mata.

sebelum sampai :
1. terrrrrrrrringin sangat nak try hair arrange sendiri. Envy dengan mainan di kepala orang Jepun.

ouhhh comelnya!

tak tahu lah jadi ka tak.

2. Tunggu ejat dengan Caldinanya tak sampai-sampai. Janji pukul 1. Nak dekat pukul 2 baru nak gerak. Naik bosan sampai camwhoring dalam rumah sendiri bersama housemates.

menjadi-jadi dalam bilik Yana

sipi-sipi sebelum ternampak ketiak

3. lapaq.....!!!

sesudah sampai :
1. haruslah melahap dulu. Makan nasi goreng sotong. Masin taktau nak kata tapi sodap!
2. jalan-jalan membuang masa dan tenaga. Yana beli barang untuk hari ehem-ehem dia.
3. Apa yang aku beli?

wohooo sudah lama berkenan dan suka logo che "guava" ni.

selepas dipasang kat handphone. cool kan!

shirt : a gift from mama(harajuku)
skirt : rematched
and a pair of laggings

p/s : Takda duit dok diam-diam kat rumah. maaf entry ini banyak gambar perasan. malas nak tulis banyak. aku patut tidur. la...dah 4 pagi ka??

7/4/09

tagged by zaheerah.

Your view on yourself:
You are intelligent, honest and sweet. You are friendly to everybody and don't like conflict. Because you're so cheerful and fun people are naturally attracted to you and like to talk to you.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.

Your readiness to commit to a relationship:
You prefer to get to know a person very well before deciding whether you will commit to the relationship.

The seriousness of your love:
You like to flirt and behave seductively. The opposite sex finds this very attractive, and that's why you'll always have admirers hanging off your arms. But how serious are you about choosing someone to be in a relationship with? YES I AM fuckin SERIOUS.

Your views on education
Education is less important than the real world out there, away from the classroom. Deep inside you want to start working, earning money and living on your own.

The right job for you:
You're a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you'll be set for life.

How do you view success:
Success in your career is not the most important thing in life. You are content with what you have and think that being with someone you love is more than spending all of your precious time just working.

What are you most afraid of:
You are afraid of things that you cannot control. Sometimes you show your anger to cover up how you feel.

Who is your true self:
You like privacy very much because you enjoy spending time with your own thoughts. You like to disappear when you cannot find solutions to your own problems, but you would feel better if you learned to share your thoughts with a person you trust.

p/s: pretty interesting!ha ha. who to tag : yana, dib!
here the link goes : http://www.quizbox.com/personality/test82.aspx
7/3/09

obsessi

Aku mengaku agak terlalu obses dengan penjagaan muka . Kalau ternampak iklan yang boleh "melicinkan" kulit muka tu memang aku akan disetankan untuk beli. Bukan apa. Semuanya gara-gara nak kulit muka "flawless" just like my idol. Mak aku. Jarang boleh jumpa wanita Melayu berumur yang agak mengambil berat tentang skin care. Umur dah 52, takda setitik jeragat, dan skin tone yang serata(no eye bag) at all! It's just natural. Dari kecil, aku dah diajar dan dah terbiasa dengan penjagaan muka. Mak aku pantang kalau tengok anak dia tak basuh muka betul-betul, tak pakai toner selepas cuci muka, at least kena pakai cream selepas pakai toner. Mak aku tak kisah kalau dia nak habiskan duit untuk anak dia jaga kulit muka. Masa remaja dulu aku pakai Clean& Clear. Memang sangat sesuai dengan kulit muka aku. Untuk cream base, aku pakai Hazeline Snow, atau Olay total white care. dan oh! Vitamin E cream. Weekend aja, pakai mask yang dibeli kat Watson atau calit aja putih telur buat mask. Masa tu, terlalu obses nak kulit muka putih. Putih dari kulit badan lain sampai satu tahap muka aku dah terasa macam Michael Jackson. Masa tu mak aku recomend skin care cap Nouvelis. ha ha.

Selepas datang ke Jepun, perangai obsessi ni tak abis-abis. Terus mencuba SKII. Perangai paling gila. Satu set ada dalam RM 1k lebih. Sumpah aku tak akan pakai lagi. Baru aku realize, walau mahal mana pun product tu, kalau ta sesuai dengan muka tak jadi jugak. Selepas tu beralih arah kepada Shiseido sampai la sekarang. 2 tahun lepas pakai mahal skit(Sinadore, Elixir, D-program). Oleh kerana kemiskinan hidup yang melanda, aku pakai shiseiso AQUALABEL blue. Ok, tak mahal tak murah. Suits me well. sekarang, dah tak peduli kulit muka putih atau tak. Yang penting "flawless" ha ha. Aku macam prefer tanned skin tone sekarang. Macam cool ja tengok perempuan yang kulit tak berapa nak putih. Tapi bapak aku takut sangat anak dia hitam.

obsessi 1 : Aqualabel mask

obsessi 2 : hantu mask

Satu lagi, suplement products boleh buat aku gila. Ni pun sebab gara-gara tengok mak aku telan dekat 10 biji pil pagi-pagi sebelum dia ke sekolah. Tapi terbukti boleh cantik naturally. Even without makeup. Sekarang, aku makan pil enervon-c for energy, Evening prime rose oil yang dipow from mak aku untuk kulit. Takpa mak aku bagi ja kalau mintak ha ha. Haritu ke pharmacy, terpengaruh dengan iklan kat sini bagi kulit muka licin dan tak berjeragat; Hythiol-B. Baru start makan. Tatau apa effect nanti. Aku nak makan imedeen just like my mom. She just love the brand. Penyebab tak naik bintik-bintik hitam kat muka. Huwaaaaaaaa. (gaya skin-care-holic)

obsessi 3 ; Hythiol-B

p/s: aku tatau kenapa aku terlalu obsess nak jadi macam mak aku. Tapi aku rasa, salah satu sebab, it makes me confident enough. Thanks ma!Well this is me.

black vest : Egoist
one -piece : J-honey
boyfriend denim : Levi's
and a pair of wedges
7/2/09

pasar malam Jepun

Suasana yang agak berlainan dengan pasar malam di Malaysia. Kemeriahan, lebih kurang sama. (Bunyi generator elektrik, lagu-lagu cetak rompak berkumandang cuma takda jual CD ja.) Makanan? Harrrrrrrrrrrrus lah tak sama langsung! Takda air tebu, air soya, yong tau fu, mee goreng, keteau goreng, dadih, kuih-muih, apam balik, dan... taknak lah aku listkan semua. Nanti boleh meracau nak balik(walaupun kat Malaysia aku jarang ke pasar malam tapi tetap rindu). Benda kedua yang agak berlainan dengan pasar malam Malaysia = tong sampah merata-rata. Jalan 2 3 tapak dah boleh nampak tong sampah. Takut betul orang buang sampah merata. Pasar malam kat sini bezanya takda pun seminggu sekali. Kebetulan yang kat tempat aku ni, buat event setahun sekali, macam fun fair la kalau kat Malaysia. Nak ke tempat tu pakai cantik-cantik, makeup tebal-tebal, budak-budak muda masa tu la nak mengorat chicks2. Sory takda keja la aku kalau kat Malaysia nak pakai lawa-lawa. tshirt, jeans flip-flop sudah mencukupi. Yang paling menarik hati aku, sesetengah orang datang pakai Yukata(ala-ala Kimono untuk dipakai masa summer), comel sangat! Setiap kedai dihias dengan banner warna-warni yang ditulis dengan makanan yang dijual. Budak-budak kecil pula tak sah kalau tak main 金魚すくい(Main sauk ikan emas). Bayar untuk sekali main, kalau dah dapat ikan, boleh bawak balik bela kat rumah. Makanan yang dijual sangat-sangatlah simple. Patut la orang Jepun semua kecil molek belaka. Jalan 3 kedai nampak kedai jual benda yang sama. Tak banyak "variety" aku rasa.

Contoh makanan yang dijual : りんご飴RINGO-AME(buah epal celup candy), チョコバナナCHOKO-BANANA(Pisang celup cokelat), たこ焼きTAKO-YAKI(sotong ball), たい焼きTAI-YAKI(bahulu roti berbentuk ikan tai), 焼きそばYAKI-SOBA(mee goreng Jepun), じゃがバターJAGA-BATA(ubi kentang kukus cicah butter), 卵せんべいTAMAGO-SENBEI(keropok udang inti telur), 綿飴WATA-AME(gula kapas), かき氷KAKI-GORI(ais kepal), イカげその唐揚げIKA-GESO-NO-KARA-AGE(janggut sotong celup tepung), sausage bakar, ayam bakar, ayam goreng, fried potato, jagung bakar, dan crepe. Gerai ada dalam 200 , makanan berpuluh-puluh ja kot. Aku paling suka ringo-ame, tamago senbei, dan janggut celup tepung! Memang tak ada kat Malaysia.
Aku, ringo ame dan Yana

Yang paling best, ada satu gerai ni, jual accecories, dia buat servis pin nama dari dawai. Sweet gila. Kami semua beli untuk kenang-kenangan di hari tua. he he.


Hari pertama tak puas, esoknya pergi lagi. Punya la kempunan nak pi pasar malam ha ha. Kami makan kebab Turkey. Sedap la jugak.

My 1st harlem pants!
(abaikan perut buncit di atas ha ha)
t shirt : FOS
shoes : vincci
handbag : lovely GUESS
7/1/09

merah atau kuning?

Aku tak faham dan tak sebulu dengan orang Jepun dalam satu hal ni. Tak faham kenapa orang Jepun "claim" matahari berwarna merah? Buta warna ka hapa? Siap bendera yang menjadi kebanggaan puak sepet ini pun "merah" bukan?

Cahaya matahari yang menyinar selama ni merah?

Bila tanya "personally" kawan-kawan seJepun pun, merah yang dijawab. Rabun kot. Korang ramai pakai spek ha ha. Kalau aku, sah-sah matahari tu berwarna kuning kan? Setuju tak? Ingat tak kecil-kecil dulu kalau melukis pemandangan masa waktu pendidikan seni aja, bukit-bukau diselit matahari di celah-celah bukit itu yang kita akan lukis. Kuning bukan? Tak pernah pulak aku warna merah kat lukisan matahari aku yang comot tu. Tambah burung-burung sikit, dan yang paling tak miss, sawah padi. Ahah! Tengok sahaja pada "Jalur Gemilang". Jelas terbukti matahari memang berwarna kuning keoren-orenan.

Kuning diraja lah konon

Tapi, 2 hari lepas, barulah bulu-bulu aku menjadi sama tegak dengan bulu-bulu orang Jepun. Senja datang lagi. Heran disebalik langsir aku yang berwarna putih kehijaun, terpancar cahaya kemerah-merahan. Merah betul ni. Tak pernah aku "experince" benda macam ni. Aku terpaksa menjadi sama rabun dengan puak sepet ni. Cis.

Pandangan dari apartment aku

Pandangan taktau dari mana

Pandangan curi dari google.jp

Merah makngah!(sama macam belog ni)
 

Blog Template by YummyLolly.com