6/30/09

(cita-citun)malaysia vs jepun

Soalan : Bila besar nanti nak jadi apa?

Jawapan:
orang Jepun : 花屋さん(florist)、ケーキ屋さん(cake-ist ha ha bukak kedai kek la)
orang Malaysia : Doktor, peguam, engineer.(Doktor tu top in the list kot, tapi tak pernah cukup doktor kat Malaysia)

p/s: aku la salah seorang budak orang Malaysia tu ha ha.

orang Jepun memang tak reti bermasyarakat.

Kereta Guppy kami 3 orang buat hal lagi. Bila hujan turun, lembab-lembab aja kalau tak start awal-awal kereta nanti tengah-tengah jalan mati. Nasib baik tak sempat masuk MAIN ROAD lagi. Hari ini Zaza yang drive. Aku dah tukar shift dengan Zaza kalau time nak ke campus, zaza yang akan bawak kereta ke campus. Sebab aku dah kena warning dengan Pakcik Mori jangan bawak kereta. Pakcik lain rilek aja. Kecoh betol Pakcik Mori. Sampai kat simpang nak masuk main road, tetiba enjin mati. Tolak la aku dengan Yana kereta ke belakang sikit supaya orang lain yang lalu boleh ke main road. Sebelum tolak, kereta kat belakang memang tak boleh pintas. Aku pun turun la terhegeh-hegeh lari ke arah orang kat belakang. Pakcik tua naik lori kecik. Aku cakap kereta mampus, mintak maaf la pakcik. Then kereta lain pulak datang. Terpaksa menebalkan muka lagi bagitau enjin kereta mampus. Masa tu dah tak kira muka tebal 10 inci ka, berapa inci ka, yang penting boleh tolong orang bagitau supaya lalu la jalan lain, jalan ni takleh lalu. 2 kereta pun buat bodo ja bila dah tau kereta kami mampus. Kalau kat Malaysia, tak sempat nak mintak tolong lagi orang dah berenti tanya kot-kot ada yang tak kena. Tambah-tambah 3 hot chika dalam kesusahan pulak tu ha ha. Tunggu lagi tanak tolong?? Hai memang kalah la kalau orang Jepun bab-bab bermasyarakat ni. Bab-bab teknologi pandai pulak kamu orang. Semua orang pun buat taktau aja. Takpa Guppy. Tadi dah g cek dah. Mekanik tu cakap kena tahan aja. Enjin takda masalah. Cuma mungkin distributor or benda yang berkaitan dengan electric/spark plug. 6 bulan aja lagi. Pastu aku pakai kereta BMW nanti. (berangan)

Swing shirt : Cinema Club
Grey long vest : Dosch
Skinny jeans : Uniqlo
6/29/09

pakcik mori..

Hari ini aku kena marah dengan pakcik Mori, sedih. Tapi rilek aja. Sedih hangat-hangat tahik ayam. Cuma geram kenapalah aku terketar-ketar sangat bila nak berhadapan dengan dia. Ceritanya macam ni, tadi masa aku tengah kalut bergotong-royong bersihkan bilik experiment(buang kayu-kayan yang dah busuk hapak, susun metal-metal megikut jenis), tiba-tiba telefon berdering. Ayumi angkat, pakcik Mori nak cakap dengan aku. "Ya Haidar bercakap...". Pakcik Mori terus cakap "A cepat naik ke bilik saya." Pakcik Mori ni kalau dah panggil orang naik ke bilik dia...ada la benda yang penting nak kena tengking ka apa. Budak-budak lain dah sengih semacam dah kat aku. (Semua orang takut nak pi bilik dia). OK aku buat-buat selamber naik bilik, masuk bilik dan pakcik Mori suruh duduk atas kerusi bos depan dia. "Kamu ni, macam mana kerja nanti?" Aku:"erk...saya dah dapat kerja..." Lantas pakcik Mori cakap kalau dah dapat kerja jangan dok diam aja, kena ikut procedur hantar 内定報告書(surat pernyataan dan dpt kerja kot). Aku tak ingat langsung pasal benda tu, Fukumoto sensei pernah bagitau aku. Kalau dah dapat kerja, bila dahh tau nak masu syarikat mana, kena bagitau kat pakcik Mori. Aku dok ingat nak tunggu Panasonic lagi, so buat donnow la dulu. Sapa la lahanat bangang pi bagi tau si pakcik Mori ni aku dah dapat kerja. Geram sungguh dengan perangai orang Jepun yang kaki sebok hal orang dalam diam-diam. Aku ingatkan sebab aku dapat kerja kat Malaysia dan takda kaitan dengan univ aku, so aku tanya la pakcik Mori, aku tanya, kena balik marah. Hish susah betul la nak komunikasi dengan orang yang nak menang memanjang! Dah tua bangka tu takleh nak 落ち着く(relax) ka? Dah kena bertubi-tubi, pakcik Mori cakap pula jangan ingat aku ni foreign student, kau boleh buat sesuka hati, jangan rasa special sangat. Hey bila masa aku rasa special?? Tak hingin nak rasa spesial kat kau pun. Special di mata orang tersayang sudeh!(Padahal mulut aku dah terketar-ketar mintak maaf sebab tak hantar benda tu). Then aku blah, pakcik Mori tak pandang muka aku pun. Kuang ajaq no....takpa pakcik Mori. Hari ini hari aku, esok hari kau!(konon berani lah tu ha ha ha)

stripe singlet : C.O.L.Z.A
blue cardigan : The emporium
3 quarter pants : Brand taiwan mali ( Pacific a setar)
shoes : kaki ayam
6/28/09

Back to 80's




photos credit to google.com

OMG now I am really in to this denim called ACID-WASH DENIM.
Heard that topshop has the design. Balik Malaysia kena cari ni.


how to be stylish?

I'm not saying that i am a stylish person. But i do care and concern about fashion because i am really into this "melaram" world. Since i was a kid, my brother and sisters, also my parents always asked for my decision or advices in buying clothes. I don't know why but they used to say that my sense of fashion is good and i am quite confident with it. To look good in the way you are dressing doesn't need a lot of money at all. It is not necessary for us to buy the expensive clothes n stuff to look stylish. But, sometimes money does play the important role. The most important thing for me is the way we dress up, the way we balance our clothes and also understanding our body size and pattern. It is important for us to understand our body size and pattern so that when we put on the clothes, they will suit us perfectly no matter how the clothes look. For example, if someone has a big size butt, it is not encouraged to wear short clothes. What about balancing our clothes? There are various kinds of balancing our style. To be precise, let's imagine the balance with letters. The letter of A, I, X and Y is the best balance for dressing. Also we can call them A line, I line, X line and Y line. Malas nak post gambar. Boleh bayang dengan kepala masing-masing kan. Lastly, be confident with what we are wearing. Senang cerita!ha ha

Baju semalam.
my body doesn't suit I line, can u imagine?

Put on a belt to make it more X line look. Simple!

Black logo one-piece : Dosch
Belt : received from Intan
Skirt : bought somwhere (lupa)
and a pair of black leggings.
6/27/09

pelanduk

Aku dapat satu mesej daripada Yatitut.
Katanya "Dart sayang, kenal tak sapa ni?"
:
:
Ada rupa aku ka mamat/minah(tatau jantina) pakai baju pink tu???ha ha

p/s: zaza & yana pun cakap sama......hahhahaha

biskut tanah

Ingatkan zaman-zaman teknologi maju ni, semua orang dalam dunia dapat menikmati juadah enak-enak belaka dalam pemakanan seharian. Kalaulah aku sesusah mana pun, tak sanggup nak makan "tanah". Ya, tanah yang kita pijak-pijak tu. Namun, ada sesetengah golongan yang selamber makan tanah atas banyak sebab yang tertentu.

Di negara kecil Haiti, disebabkan kesempitan hidup yang melampau oleh kenaikan harga barang mendadak, penduduk negara ini beralih kepada tanah liat. Tanah liat kering dicampur sebati bersama air, garam dan minyak sayuran atau marjerin, digaul sebati dan dibentuk seperti lempeng serta dijemur. Biskut tanah liat ini dinamakan "Terre". Tanah liat secara saintifik mengandungi parasit/toksin yang berbahaya tetapi sebaliknya boleh juga menguatkan sistem imuniti bayi dalam kandungan.


biskut "terre"

Di Zimbabwe, adalah biasa bagi wanita mengandung untuk makan tanah. Tanah yang kaya dengan serat-besi dimakan untuk pertumbuhan bayi yang sihat. Tanah ini diguntil sebesar batu dan berwarna cokelat dikatakan seolah-seolah seperti cokelat banyak dijual di pasar harian. Banyak lagi negara yang mengamalkan pengambilan tanah semasa mengandung seperti Uzbekistan.

Lain pula dengan negara Peru, penduduk Peru memakan tanah yang digelar "Chako" bersama dengan ubi liar yang mengandungi racun. Ini adalah bertujuan menghapuskan racun yang terkandung di dalam ubi tersebut.

Lain pula dengan negara Jepun. Sejenis tanah yang digelar 天狗の麦飯(TENGU-NO-MUGI-MESHI) yang hanya boleh didapati di 4 lokasi di tengah bukit-bukau di Jepun. Tanah ini dikatakan seperti biji-biji 1-2 mm kecil megandungi gelatin. Tidak mengandungi rasa, tetapi dikatakan berkhasiat terutamanya kepada golongan yang lemah sistem imunisasi serta simtom infeksi . Sehingga sekarang, ramai penyelidik masih mengakaji tentang kewujudan tanah ini yag dikatakan sangat istimewa.



photo credit to google.co.jp

6/26/09

can't resist buying these!

Ni lah 3 benda yang aku terbeli tu...not bad.

1. MILBON Deesse's(tergeliat lidah nak sebut) Shampoo
&
2. MILBON Deesse' Treatment (Conditioner)

MILBON hair cair products are from Japan. Never heard of this brand until I went to Maizuru's salon and was introduced by the stylist. From then, i've been using this hair care product. I wonder if i be back in Malaysia, how am i going to buy this product?*sigh*

3. TIGI BED HEAD Health Goddess

I've always wanted to own some BED HEAD's hair products since I was doing my preparation course at KL. Selalu masuk SALA dalam KLCC tapi tak beli pun. Tatau ok ka tak. It's just the design. Cool, funky as always. For a start, i decided to try this product which is a vitamin booster for healthier hair.
6/25/09

tangan aku busuk minyak la wey

Yeah. Semalam satu paper yang dipaksa ambil by Mr Mori dah setel. How fortunate soalan dalam past years semua keluar. Tak sia-sia aku hafal. Macam ni la sistem belajar kat sini. Semuanya suap, aku telan. Telan menghafal pulak tu. Adaka Prof. Mori suruh budak lab dia dpaat full mark 100% untuk subjek tu. Kau ajar pun cam tah apa apa, nasib baik la soalan past years banyak membantu.

Habis aja exam, pukul 11 pagi, ingat nak lap time research, selalunya pukul 12 30 baru lunch time, terus aku menuju ke kereta. Babi, kena lagi! Kena lagi Notis amaran tak daftar kereta. Aku dah cuak, member satu lab aku ayumi pun kena. Tak apa dia tak perlu risau pun. Kereta dia ada insuran. ayumi dah takut-takutkan aku, dia cakap kalau kena banyak kali maybe akan de"report" ke Lecturer. Nak report ke pakcik Mori??Gila ke apa. Dah la dia dah penah sound aku Jangan sesekali bawak kereta sebab kau tu takda lesen Jepun. Ahhhhhhhh~ malas la aku nak pi amik lesen Jepun ni. Lagi 6 bulan ja aku dah nak blah dari sini. かんべんしてくれ〜

Terus tak jadi balik. Dah cuak sebab benda tu takleh cabut dari side mirror. Ala lupa pulak nak ambil gambar kenang-kenangan post kat sini. ha ha. Terpaksa tunggu pukul 5 petang untuk buka kunci keramat tu. Kalau sebelum pukul 5, kena mengadap pejabat. Habis kena soal-siasat aku ni takda lesen Jepun. Apsal tah tahun ni poyo sangat Univ aku. Lek-lek sudah la.

Lepas lunch, terus semangat pi 工場(kilang practical) dan mulalah bermain dengan mainan Lathe machine ku. Kat dalam kilang tu, terjumpa Matla, member Malaysian sama kolej dengan aku kat Maizuru dulu. Baju kilang kami sama. ha ha. Semalam pakai lathe machine yang lain daripada selalu aku pakai sebab Matla dah curi mesin tu. Mesin tu penuh dengan minyak!!!!Sebab dah uzur kot, kena letak minyak banyak supaya licin. Huh dah la pakai jeans biasa ja semalam malas nak pakai seluar kilang. Bila dah siap 2 barang, terus ke Fine cut macine, potong jadi pendek dan terus balik ke lab. Tangan dah macam apa bau busuk. Tak sia-sia aku tipu kat orang Yamaha aku suka bau minyak. Memang ni la fate aku dari dulu kot. Dah termakbul.

Balik rumah, macam biasa bila time exam, aku tak akan hirau pasal bilik bersepah ka, bilik tongkang pecah ka, bilik semak ka, merata-rata barang aku campak semata-mata nak study. amboi sampai macam tu sekali. Penangan last minute punya kerja. Balikk bilik sumpah seranah. "O, buleh tahan semak ya bilik aku ni." dan terus kemas-kemas dan buat benda yang aku paling tak suka----->lipat baju dan masukkan dalam almari. Aku suka pakai baju tapi tak suka lipat baju. Macam mana tu? But i know bubu memang suka buat kerja tu semua. Biar dia lah yang buat nanti ha ha.

Tongkang pecah

Not anymore.

Malam tadi kena paksa dengan bubu tolong dia translate kerja dia from Japanese to BI. Aku buat sekerat dah mengantuk. Kesian bubu. Kelmarin takleh tidur minum nescafe dan saya sangatlah tak suka minum minuman bercaffein. Sekali minum, terus tak boleh nak tidur dah. Tidur dengan aman...

Brown shirt : Poppye the Sailorman put put!
Green pants : Levi's

main-main kahwin

Kalau zaheerah teringin nak kawin...aku pun...ha ha. Dan mimpi majlis kahwin aku macam ini:


p/s: : agak-agak mama aku suka tak? Macam serabut. Tapi penuh dengan kesucian....FYI, this wedding venue belongs to Fergie si bini Josh Duhamel yang handsome, sexy, macho dan semualah kata-kata pujian. Awat Fergie dapat suami handsome? Penyayang pulak tuh. Tak boleh jadi ni.
mobile blogging set mode!testing 1 2 3.

bibir hitam


Untuk sapa-sapa yang terasa bibirnya hitam belegam, atau tidak pinkish seperti baby, tidak sexay, anda bolehla mencuba lip concealer. Bibir aku tak menawan juga tapi aku tak kisah pun ha ha. Lip concealer ada banyak jenis i guess. Ada yang pencil-like, digunakan di luar line bibir maybe untuk serlahkan lagi lipstick(lip colour) yang kita pakai. One more type is roll-on just like lipstick yang biasa tu disapu ke atas bibir untuk cover warna bibir yang gelap itu.

Saja gatal mencuba lip concealer. Heavy Rotation from Kiss Me. Brand Jepun rasanya. The web site is kissme.co.jp. Kadang-kadang teringin berbibir NUDE. Ahah. Tapi nak buat macam mana bibir hitam. Ha ha. The result was quite impressing. Tak senang tanggal.



Hasil bibir NUDE aku. Ok tak?

CLOSE UP.(abaikan tahi-tahi lalat)

Unfortunately, aku ambil tisu dan terus lap bibir tak sampai setengah jam. Geli la pakai lipgloss even tho it gives us the sexier look. Mampus la. Terasa macam baru lepas makan mee goreng comot-comot minyak lekat kat mulut. Ha ha.

p/s: sebenarnya dah bosan mengadap buku. Esok ada final exam. 1 paper. wish me luck!ngeee~
6/22/09

"sejuk"nya....grrrrr~

Rasa macam taknak balik. Baru balik dari study gerup. Aku paling tak suka study group sebenarnya(selagi aku tak prepare langsung dan pi berstudy gerup tapi kepala habuk pon tarak). Last-last jadi mami jarum kot. "Eh dia tu break dah la...", "Wey hang nak tau dak....bla bla". Serupa persidangan makcik-makcik takdak kerja.

Tadi aku lepak rumah Inaho-chan, my Japs pal. Minah ni siriyes baq hang baik gila. Baik sampai aku tak sanggup dan malas nak melayan karenah dia menangis mengadu domba putus cinta dan bla bla..Sakit mental ka apa. Bukan apa, setiap hari mesti ada sahaja masalah jiwa yang nak diadu. Abaikan. Ada seorang lagi, Megu-chan. Ala, aku pernah sebut nama minah ni kat post yang lalu. Bapak dia yang penganggur tu. Megu-chan tengah gelabah banyak subjek kena cover. Tadi boleh tahan seksi, berlurah-lurah. Bikin "cemey" mata aku saja.

Inaho-chan. The sweetest girl. Dollar dollar bill yeah.

Megu-chan.
Sekali tengok macam pakai baju tidur nak tayang kat suami gitu.ha ha

Yang paling penting, dalam bilik Inaho-chan ada EKON. Bukan AKON penyanyi rap kesayangan semua chics-chics bimbo tuh. Jepun dah makin panas. Lembab(basah) semacam la hari ni. Baru lepas hujan lebat siang tadi. Terasa diri "bergetah" sedikit.ha ha. Inaho-chan offer pasang EKON dalam bilik dia. Memang aku suka. Kat rumah di kampung halaman tak sah kalau tak bukak EKON sampai 20 darjeh celcius sambil ber-boxer selamber. Bapak aku lagila, 16 darjah celcius. Masuk bilik serupa berada di laman strawberry Cameron Highlands.

Belajar sedikit terasa mengantuk. Dan terus nak balik. Tapi taknak balik sebab ada EKON. Nak EKON sekarang jugak. Nasib baik aku tak duduk dalam bilik Zaza(housemate). Bilik dia ada EKON. Kalau tidak melambung la bil letrik. haih.

p/s: ok aku janji esok aku akan lebih terang hati nak belajar. Sia-sia makan "Nasi Stamina Belut" kat Joyfull tadi.
6/21/09

tak baik tipu diri sendiri. Upgraded!


Ya. tak baik kan. Tipu orang tak apa jangan tipu diri sendiri. haha. boleh tak? Khamis depan aku ada exam. Lectuer aku paksa. Geram betol. Ala lambat lagi kan..subjek boleh tahan susah. Tapi apakan daya hati aku dok berkata-kata: lambat lagi Dart...jangan, jangan study..eh hati ka setan? Time pegang pensel ja, mata terus nak tertutup. Kacau jugak.

Baik aku menulis pasal semalam. Kan aku cakap aku suka berkunjung ke barber. Eh salon. semalam aku ke salon lagi dan lagi. Suka sungguh orang belai rambut aku. haha Bukan apa, rambut aku ni "khetiau"(bahasa kedah yg bermaksud: senang kusut), dan aku malas untuk menjaga sendiri, apa kata aku bagi tanggungjawab tu kat Mr. Morita!! Ya, my personal hairdresser(konon). He knows everyting about my hair condition. Sah-sah dia selalu sumpah rambut aku macam dawai. Dawai pun ikal mayang tak macam rambut kau orang Jepun! Lembik. hehe Rambut macam ni lah baru boleh masuk iklan Pantene. Hitam berkilat. kah kah.

Macam biasa appointment pukul 3 pm. Sampai saja di pintu masuk Lucido Style, penjaga counter dengan senyuman "fake" mereka greet "selamat datang...sila duduk...bla bla...", haih..maneh maneh. Selalu minuman teh Jepun disajikan, tapi tak pula semalam. Air bekas orang yang duduk kat kerusi ni diorang ingat air aku. Tak apa, minum banyak-banyak teh Jepun pun bikin sembelit/buasir saja.

Ladies department

Then here he comes....Mr. morita, mulalah ayat manis consult untuk perabih duit aku. Nasib baik berbaloi. My previous water perm dah semakin kurang, i need something new. Aku cakaplah kat dia macam tu. Morita-san ni tak sebulu dengan aku. Aku nak buat macam gini, dia bantah. Tapi semalam aku buat muka bad mood sikit, last last dia setuju nak buatkan perm baru(digital) untuk aku. Morita-san ni prefer kalau aku tak main-main sangat dengan perm, sebab rambut rosak dia cakap(rambut aku khetiau)..ya he's right..tapi boring la...aku ni pulak tak sabar. Sebelum tu, treatment macam biasa diperlukan, nak bagi rambut sihat bagai. Ya la tu. Masuk collagen semua. ha ha. Yang bestnya, servis kat sini best, bukan nak kutuk servis kat Malaysia. Tapi ini bener. Diorang suka greetings. Sikit-sikit tanya kot-kot kat mana tak kena. Masa basuh rambut pun tanya..."Ada gatal kat mana-mana tak?"(nak tolong garu la kot), "Kalau air ni panas, bagitau ya...", "ok, saya shampoo ya sekarang", "saya basuh ya sekarang..." kadang-kadang tu diam dan angguk-anggukan aja semua. Malas dah nak jawab seribu satu soalan. Lepas basuh rambut, semua staff akan greet "お疲れ様で〜すOTSUKARE-SAMA-DE~SU(yang ni aku tak reti nak translate la dalam BM)" macam, ahh serious tak reti! Then duduk semula, masa nak duduk punya la jaga kerusi tu takut kita tersungkur ka apa, haih. Sopan sungguh orang Jepun. Pastu, assistent akan tanya..."boleh tak nak massage?", dapat pulak massage kat bahu....perempuan la aku prefer. Kurang la sikit sakit bahu dok dongak masa rambut tengah kena shampoo tu.

Morita-san yang pemurah senyumannya

Sudahnya perm, tengok jam dah 7 lebih. Lama sungguh. Last-last Morita datang stylingkan rambut aku. Dia suka buat style lain-lain everytime aku ke situ. Tapi semalam dia buat biasa aja. Mungkin sebab hal aku nak kahwin tahun depan dah tersebar gara-gara assistant kepoh bernama Chiemi-chan(Oh, she's half Japanese, half Brazillian). Sembang sampai terlupa hal rambut klien. Dalam 4 jam tu, adala sejam lebih Morita dealing dengan aku. Yang lain assistant ja. Hampeh. Nasib baik kau Topstylist. So bulan depan aku nak datang lagi. Time nak balik tu, hantar sampai luar kedai sambil lambai-lambai mintak kita datang lagi. Naik malu aku diorang tengok kereta buruk yang aku naik. Tapi aku tak kisah. Kat Malaysia nanti aku beli la kereta beriya sikit. Kat sini tak perlu. Yang sedihnya, balik aja rumah tak jadi nak curling. Menyampah i!
Chiemi-chan yang kepochi. She's cute tho. Siap mintak contact no. aku tuh.



pink cardigan : honeys (rematched)
Black logo one-piece : Honey suckle (right on)
Skinny pants : Uniqlo
Handbag : shimamura's

p/s: Oh, kan dah habis hari aku. Esok dah pun Isnin. Pastu mula la menggelabah. Eeee gelabah-gelabah. Ha Ha.

:
pose perasan. sekian.

meluat

:
:
:
:
ish aku meluat la tengok selebriti gila macam ni. Ka terencat akai. Torii Miyuki namanya. Tolong la jangan keluaq dalam tv lagi. haha tak pasai-pasai.

ha ni live terkinja-kinja. Mereng betoi la minah ni, orang yang tak faham bahasa jepun pun pasti menyampah!haha





p/s:part ponggong akhir-akhir tu abaikan. dia memang macam tu.haha
6/20/09

puas hati aku!

hahhahhah. ini bukan luahan hati apa bagai. Ini adalah keluhan sebab tangan aku takleh lari dari tekan butang "membeli" dari online shopping boutique. Aku jarang shopping kat Yahoo Shopping Japan(one of the best online shopping boutiques here), sebabnya bila nak isi details Credit card aja(nama pemegang kad)...fail la, error la, menyampah. Nama panjang sangat. Plus tak tahu mana satu family name yang bank tu tetapkan. Yahoo shopping ni selalu la selamatkan aku daripada beli barang online. Sebab bila kat pembayaran ja, error. So aku terus tutup. Malas nak layan dah.

Hari ni, aku gatal nak "cuba" membeli dari yahoo shopping lagi. Ala shampoo ja pun...haha macam biasa error kat tempat isi nama. Heran aku, macam mana nak isi nama aku?Dah macam-macam nama aku try, takleh gak. Bodo la. Untuk memuaskan hati aku jugak, aku telefon la toll-free bank card tu...bla bla bla terang kat orang tu...rupanya nama aku diorang pandai-pandai pendekkan jadi ハイダル ナジヤ ビンテイ イブ 様 (Haidaru Najiya Bintei Ibu). Plus family name aku Haidaru, yang selebihnya tu nama. Memangla error. Bila operator tu suruh try isi, kebetulan tengah nak beli shampoo, CLICK!! Dah tak error dan secara tak langsungnya terbeli shampoo dan vit c BED HEAD. Puas hati aku.Haih.
6/19/09

YAWATA Pasaraya, Jitra

(Pasaraya YAWATA Jitra Sdn. Bhd.)
Heran. Dari mana owner pasaraya YAWATA Jitra, Kedah pulak tu tahu-menahu tentang YAWATA? Mungkin pakcik bernama YAWATA-san dari Jepun turun ke Kedah join venture dengan apek terus menubuhkan pasaraya yang disukai ramai kot(Aku baru sekali jejak kaki ke situ). YAWATA lebih dikenali dengan nama bandar kecil terletak di Negeri Kyoto. Bukan calang-calang bandar ya. Di bandar tersebut, Thomas Alva Edison(alah, kalau dalam buk teks UPSR korang selalu tanya; siapakah orang pertama yang mencipta lampu?) telah menggunakan buluh di Otokoyama Mt. di mana terletak dalam bandar YAWATA(ha bangga la tu orang kampung YAWATA) sebagai filamen untuk digunakan dalam salah satu lampu ciptaannya pada tahun 1879.

"The bamboo at Yawata city, Kyoto prefecture, contributed greatly to his invention
of the electric light. In 1879, when he was 32 years old, he succeeded in manufacturing incande-scent electric light with the carbonized cotton filament covered with tar and soot which lasted for 45 hours.

Edison believed that the electric light bulb must last more than 600 hours to be marketable. He obtained more than 6,000 materials for the filament from all over the world to test them.

One day, he tested the bamboo of an oriental fan he found in the laboratory. The filament lasted 200 hours. Consequently, he began to concentrate his efforts to gather bamboos from all over the world and tested them.

He sent more than twenty researchers to many countries to find the best bamboo for the filament of the electric bulb. It costed him more than 100,000 dollars. He tested more than 1,200 species of the bamboos. ( Notes : This description may be an exaggeration. It is said that there are only 1,100 species of the bamboos in the world. In Japan, about 600 species of the bamboos
grow. )

In Kyoto, Uemura Masanao, the first governor of the Kyoto Prefecture of the new Meiji government received him and suggested that the bamboos in Sagano and Yawata in Kyoto might be suitable for the filaments of electric bulbs.

The electric bulb with the filament of the Ma-dake bamboo of Yawata lasted for 2450 hours. The Edison General Electric was founded to manufacture the electric light bulbs with the filaments made of the Yawata bamboos which were exported to many countries in the world during about 10 years until in 1894 when they were replaced by the cellulose filament bulbs. "

source: http://www.geocities.jp/general_sasaki/yawata-edison-eng.html

Aku bangga setidak-tidaknya nama yang menjadi kebanggan orang kampung YAWATA dapat dikongsi dengan penduduk Jitra. Ye tak?

6/18/09

orang tamak selalu untung

Alhamdulillah lagi...petang tadi tengah tidur, rasa tak sedap hati sangat-sangat, tak leh tidur nyenyak, aku tak berapa sihat, lab sehari tak pi, i just need a rest. Tengah hari dapat mail from orang HR from Yamaha Malaysia mintak datang visit YEM's plant kat Perak kalau la aku balik summer nant. Aku balas la cakap bla bla... ingatkan mail tu la yang dapat pulak...tengok-tengok dapat e-mail from Canon sekali dengan offer letter dapat kerja lagi..memang tak sangka dan berharap sangat for Canon. So bila dah dapat, tatau nak rasa apa. syukurlah..banyak peluang yang aku boleh pilih..Canon ni...yang slack nya..gaji ciput la..maklumla, assistent engineer ja pun. RM2200 ja. mampus kena gelak dengan adik aku. Tapi the merit is, it is located near to my hubby's company. Boleh la berangan dihantar dan diambil masa kerja nanti. Beranganla Dart....

p/s:bak kata ejat, orang tamak selalu untung. Accept ja semua buat masa ni. Bijak ejat.

sarouel pants

Have you ever heard about Sarouel Pants(サルエルパンツSa-ru-e-ru)? Do you have any idea about it? "Sarouel" is a French term for a low crotch trousers, traditionally worn in North Africa. It is wide, flowing pants whose leg bottoms are tight, and also has a very low crotch plus very comfortable to wear! It is said that Sarouel pants was originally worn by Muslim as folk costume. In 1977, Sarouel pants have been introduced for the first time at Paris Collection and from around 2002, again this pants has become the fashion icon among fashion lovers.

the characteristics of Sareoul pants

Sarouel pants also can be called aladdin pants, afganic pants, harem pants(click for info), salwar/shalwar(click for info) pants or parachute pants. They are all share same criterias.




best fits with Gladiator or high heels

In Japan, denim Sarueru pants is more popular than other materials. They're cool!!





Cool huh?Nak nakkkkkkkk!!!
6/17/09

errrh...aaa....ummmmm

Hari itu.
Teringat betapa bengapnya aku bila tanpa Calculator.
:
"56 - 28?, tolak cepat.", kata senior.
"errh, aaaa, ummmm(sambil fikir)"...
:
sia-sia mak aku hantar ke Mental Arithmatics habis beribu masa kecil dulu.
Ampun Ma.
Tapi memang aku lembab hari itu.
Mungkin gemuruh sebab senior handsome dok pandang.
(sambil sumpah seranah betapa bodohnya aku. Lembab minah ni.)
Ah perasan!

back to 80's!
Zebra singlet : World wide love (bundle from 2nd street)
navy blue cardigan : honeys
Pants : Rematched(brapa kali ulang. Malas basuh)

p/s: hampa mesti penah rasa kan.

320km/j



The mascot, cute as usual.

A new Shinkansen bullet train being built to go into service on the East Japan line will travel at up to 320 kilometers per hour , making it the fastest rail service in Japan.

A new Shinkansen bullet train being built to go into service on the East Japan line will travel at up to 320 kilometers per hour , making it the fastest rail service in Japan. Test runs for the Series E5 train are planned for July 2009 ahead of its debut in spring 2011. The 10-car train will be initially operated at a top speed of 300 kph, ramping up to 320kmh by the end of March 2013.

JR East has released an artist's drawing of the Series E5 train, which is scheduled for launch in 2011 on the Tohoku Shinkansen Line between Tokyo and Aomori. The new model looks very similar to the N700 series but will feature the boldest nose design on a Bullet train to date, a 15-meter (50 feet) pointed front to further lower aerodynamic friction.

No technical details have been provided for the E5 but we can expect the same distributed electric motor layout as used in all Bullet trains to date, where each carriage has between three and four 300kw traction motors giving the train 10-12 Megawatts of total traction power. This allows a Bullet train to accelerate from standstill to 300km in less than two minutes.

Test runs will begin in July 2009 ahead of its debut in spring 2011. The 10-car train will be initially operated at a top speed of 300 kph, and will be raised to 320 kph by the end of March 2013. The company plans to produce 59 of the E5 trains by the end of fiscal 2015.

Paul Evans

Via: Mainichi Daily News.


p/s:Jepun makin maju. Malaysia?

 

Blog Template by YummyLolly.com