8/29/09

If you can make a promise

If you wait for me then I'll come for you
Although I've traveled far
I always hold a place for you in my heart
If you think of me
If you miss me once in awhile
Then I'll return to you
I'll return and fill that space in your heart

Remembering
Your touch
Your kiss
Your warm embrace
I'll find my way back to you
If you'll be waiting
If you dream of me like I dream of you
In a place that's warm and dark
In a place where I can feel the beating of your heart

Remembering
Your touch
Your kiss
Your warm embrace
I'll find my way back to you
If you'll be waiting
I've longed for you and I have desired
To see your face your smile
To be with you wherever you are

Remembering
Your touch
Your kiss
Your warm embrace
I'll find my way back to you
If you'll be waiting
I've longed for you and I have desired
To see your face, your smile
To be with you wherever you are

Remembering
Your touch
Your kiss
Your warm embrace
I'll find my way back to you
Please say you'll be waiting

Together again
It would feel so good to be
In your arms
Where all my journeys end
If you can make a promise
If it's one that you can keep, I vow to come for you
If you wait for me and say you'll hold
A place for me in your heart.


8/27/09

orang jepun dah pandai "beristinjak"

Masuk toilet mana-mana kat sini, hampir hampir majoriti toilet pakai mangkuk tandas ber"washlet". Orang bermata sepet pon dah sedar bahawa lebih jimat dan bersih kalau basuh dengan air daripada lap dengan bergulung-gulung tisu tandas. Nak basuh, tekan butang, dan terpancut lah air. Tak payah pakai pili/hos. Semalam tergatal tangan browse internet pasal travel washlet, macam berminat lah pulak nak beli. Handy, tak payah nak pakai botol kosong susah-susah! Bila fikir-fikir balik, "washlet" yang sedia ada kat tandas di Malaysia hampeh. Kotor, busuk, tengik, pam rosak dsb. Orang Malaysia(bukan semua) yang sedia ada menggunakan air yang konon-konon bersih ni tak reti pulak nak jaga toilet bagi bersih. Heran, heran.....

brand : TOTO
(bukan sports toto)

:

Oh, lupakan pasal toilet, tadi try Benefit smokin' eyes kit. Wah, seriously easy to apply, calit sikit saja dah melekat dan tak kotorkan pipi. Sesetengah eye shadow(esp yang murah sangat-sangat), bila calit kat mata tak berapa melekat, seterusnya akan terjatuh butir-butir ke pipi(aku dah pernah cuba). Tapi Benefit kit ni tak. Eh baru aku perasan, rupanya sebelum-sebelum ni pun aku memang makeup smokey eyes ek. haha. Sebab rasa takda beza pun dengan tutorial yang selalu aku try. hoho.

Aku tak faham kenapa harus letakkan pencabut bulu sekali.

try la...ta semestinya benefit kit!teehee


Selamat berbuka!!

rentung


Dimulakan dengan cerita sahur semalam. Sahur kat sini pukl 3:30 a.m ya encik-encik sekalian. Subuh pukul 3:50 a.m. Hoho. Buka puasa pulak pukul 6:30 p.m. Masa pukul 6:30 petang tu kat Malaysia baru pukul 5:30. Hoho lagik(jeles dak?). Selalunya kalau aku ke laut surfing kol 4:30 a.m, cerah dah. Kalau kat Malaysia penyangak sekalian baru nak menyangak nak pecah rumah orang kan. Sahur aku semalam = maggi SUPER perisa makanan laut, burger hampir basi MC D(chicken mc duluxe) from Faiz import khas dari Malaysia, air horlick 3 in 1. Lepas makan terus rasa nak muntah. Aku tak boleh makan maggi da... Sekian. Bila makan maggi, nanti perut aku marah taknak terima. Cepat-cepat telan 1 sudu Gaviscon.



erk.


Nampak tak perbezaan 2 makhluk kat atas tu? Aa, baru tadi aku ganti bekas oil burner aku yang dah sangat-sangat "burn"(dah 4 tahun tak tukar), sikit lagi nak rentung. Tak lalu nak tengok. Punya la obsess dengan oil fragrance. Tak boleh hidup kalau tak bau sehari. Masa kat Malaysia sebelum fly, suka sangat bau Apple flavour. Tapi sejak 2 menjak ni, beralih kepada bau Vanilla/Coconur flavour. Sedap, sebab bau ala-ala tepi pantai, sambil tengah sunbathing mengalaskan towel sahaja. Jangan, jangan bayangkan.


Grey top : bundle
green one-piece : baju tidur beli kat Giant ha ha
boot cut pants : Levi's
8/26/09

dengar cerita....2

Dengar cerita.....(survey among Japanese)

Soalan : Electrical home appliances apakah bila lepas beli rasa menyesal sebab tak guna?

Jawapan : Blender!

Sebab : 1. menyusahkan nak basuh lepas guna
2. baik beli juice daripada buat sendiri

p/s: orang jepun beli blender untuk buat juice ja....alahai....orang Malaysia setahun 3,4 kali kena beli blender kan...eheh.

tips "super beauty"

Teringin nak jadi macam miss emily?

Bukan aku yang bagi tips ni, aku dapat dari Australian consultant yang consult Miss Universe Japan, Miyasaka Emily. Kononnya, sejak consultant ni consult miss miss Japanese universes sekalian, mostly masuk final(media Jepun memang patriotik). Betapa hebatnya super beauty tips makcik ni. Nak jadi cantik macam miss universe? Alahai boleh ka....Makcik tu cakap sesiapa pun boleh jadi cantik, nak cantik mestilah dari dalam. Pemakanan yang "cantik" boleh membuatkan kita jelita. Betul jugak, and i really believe in that sebab aku rasa mama cantik sebab banyak makan suplement products ha ha. Satu lagi, tak perlulah nak senaman teruk-teruk(kata makcik tu), hanya jaga pemakanan dan kurangkan stress sambil senaman ringan(malas la tu). Kalau muka stress tak boleh jelita. haha.

1. Senaman ringan kurangkan stress
- Hula Hooping
- Jogging atas trampoline
- Baring sambil lekatkan kaki di dinding(ish susahnya nak express dengan perkataan)
(Boleh selaraskan perjalanan darah)
(semua exercise boleh dilakukan selama 10~20 min sekali)

2. Suplement drinks
- Spirulina
- 青汁 (pro-greens) + apple juice
- ザクロ(pomegranate) juice

3. Super beauty breakfast ha ha. (美女は白い物食べない-beautiful women don't eat white things)
-Avocado
-olive oil
-rye bread (jangan makan roti putih, sebab dah hilang nutrition)
Bakar rye bread, lenyek avocado dan sapu atas roti, tuang olive oil dan makan!

4. Super beauty chirashi sushi (orang jepun suka sangat sushi)
- Tumis paprika dengan carrot yang dipotong dadu dengan olive oil.
- Masak unpolished rice-contains a lot of vitamin B(sekali lagi jangan makan beras putih) dan gaul dengan cuka(cara buat sushi)
- Gaulkan nasi dengan bahan tumis tadi bersama-sama mini tomato, raw slice salmon, avocado, almond(contains vit E yang bagus untuk awet muda), ガリ(pickle ginger-selalu dimakan bersama sushi), dan daun perilla.

Ok dan boleh jadi cantik macam miss emily. (Oh i wish, buat tak sampai seminit dah sakit pinggang)
8/25/09

Chanel travel palette review



Dengan sayangnga mencuba try test my new chanel travel palette. Best for natural look. Tak over, harap-harap long lasting. Easy to apply. Tapi agak "kureng" kat cheek's brush sebab condition yang agak kasar. So far this is the best makeup kit that i've ever owned.

This man has balls of steel!

Nak aku transtlate bahagian tajuk?Ha faham-fahamlah sendiri kalau yang bertelur tu. Kalau rasa tak bertelur silakan tengok video bangang kat youtube yang bertajuk "Telurtelur tu". Aku tertarik nak menulis pasal mamat omputeh yang sememangnya bertelur besi. Namanya Mike Rutzen atau Sharkman, panggilan manja yang diberi. Mr Rutzen ni berfalsampah bahawa ikan jerung ni macam kucing. ha ha. Kalau dibelai kat kawasan hidung, ikan jerung akan lali macam baru lepas telan pil tidur.It is called TONIC IMMOBILITY. Menariknya. Ikan jerung tak akan menerkam manusia yang menyelam bersama-sama dalam laut UNLESS kau gemuruh. Anda yang tak bertelur mimpi jangan harap boleh berenang-renang macam Mr. Rutzen ni eh. Impossible is nothing kot. Enjoy the vid!




tonic immobility




p/s: he REALLY knows what he is doing. Suspect ahh!
8/24/09

Sibuk sangat sampai terlupa nak bukak puasa

Sibuk sangat sampai terlupa nak bukak puasa.




Dah boleh mula sem baru dan mengadap muka pakcik Mori!yehoo.

nikmat posa

Cerita puasa masa kecil-kecil(versi bodoh sebab yang silly ja aku ingat :p):
1. Pernah curi-curi makan dough kuih raya yang Mama buat. How silly.
2. Nak ke PAROM(kali ni pasar romadon) melaram habis. Ni pun bodoh.
3. Part terawikh paling best. Kami geng 3 orang gossip kat belakang masjid tunggu mama terawikh 20 rakaat. Bawak quran baca selai tak abis mula bising. ha ha.
4. Masa terawikh selalu la menguap tak habis-habis. Tok imam baca panjang sangat.
5. Masa terawikh jugak la aku selalu kenakan adik aku bangun cepat-cepat lepas sujud dan duduk atas telekung dia dan bila dia bangun dari sujud kepala dia akan senget. ha ha. Sujud waktu lain kepala aku plak senget. Astaghfirulloh.
6. Sibuk beli baju raya 2 3 pasang. Hari raya pertama pakai baju kurung tak dan setengah hari dah tukar baju Casual. ha ha. How sweet sebab sekarang dah tak ada perasaan tu.
7. Setiap kali Romadon, maka akan terkhatamlah satu Quran. Satu hari satu juzuk wey. Satu family berlumba-lumba habiskan satu juzuk. Tapi part yang pelik dari family lain, kami baca quran tak pakai tudung. Tutup kaki dengan selimut. Hey at least we read, rather than orang yang tak baca langsung kan!:)
8. Lepas Terawikh cabut telekung dalam kereta dan satu family ke pasraya ZIMITI(masa tu ada zimiti ja) beli ice-cream for supper with moreh. ha ha.
9. Pasar romadon beli banyak-banyak. Last-last tak habis. Rogi-rogi.
10. My big bro; mak aku ajar boleh kumur air time puasa, dia ajak kawan-kawan kumur mulut dengan air COKE. Memang bijaklah dari kecik hahahhahah

Semua memori yang tak mungkin terulang, tapi mengajar aku menjadi manusia yang sekarang ini...i really learn from the past....:) and i do miss fasting at home...
8/23/09

temptations ; inflight shopping

Ever heard of Malaysia Airlines's inflight shopping called Temptations? My mum always buy lips travel palettes for herself while on board. Dior has the best lip pallete with extraordinary compact, as well as stylish too. The price is cheaper than usual one, and of course for the cosmetics especially, we can only purchase the travel pack items only in the airport or on board. Last night, i made the desicion to buy item that i really really want for so long. It's Chanel Travel Makeup Palette. It comes with 3 brushes and a compact, all-in-one(eye shadow, lip, blusher) and is also easy to apply. Nak guna sayangnya....sebab susah nak beli, takut habis comot..And i'll be using this brand like forever sebab memang dah terobsessed dengan brand nih..ha ha. But the quality memang tak payah cakap lah.
Bila selak-selak buku Temptations tu lagi, tergoda nak beli Benefit Smokin' eyes since this kit is too cool for me!ha ha. Siap dengan buku manual cara-cara nak makeup lagi. My friend Denna has introduced me about Benefit cosmetics. Never tried this brand before. Cool huh. Click the link for the tutorial by the expert. Nanti bila dah try i'll post the result kat muka yang tak seberapa ni.

I love smokey eyes.

sambungan "long journey"

Walaupun aku tak dapat jejak kaki ke PARAM(pasar ramadan, kool plak sebut macam tu ha ha), tapi 1 Ramadan aku dipenuhi dengan kata perangsang yang penuh bermakna dari pakcik yang duduk sebelah aku dalam flight. Tak banyak, 4 huruf ja. Tapi maksud yang aku dapat sungguh mendalam sampai menyucuk kalbu. Ok, saja aku tambah.

Masuk aja dalam flight MH52, letak beg dan duduk di sebelah tingkap(asal naik flight aja aku dapat sebelah tingkap). Tingkap ok lagi, tapi tingkap di bahagian tengah. Potong stim la nak tengok pemandangan. Cis. Tengok luar aja nampak sayap kapal terbang yang dah kelabu. Eh tapi sayap flight semalam ada lekat Sticker RR(Rolls Royce) tu. Perjalanan dimulakan dengan bebelan flight attendant. Semak telinga nak dengar, nasib baik flight ke Jepun ada translation dalam Japanese. Sedap telinga dengar pramugari Jepun cakap lembut-lembut. Dalam flight 90% orang bermata sepet. Masa dalam flight pon dah terasa aku dah kat Jepun, agaknya dah berkarat bahasa Jepun aku. Nasib baik pakcik ramah tamah kat sebelah sudi mengasah 3rd language aku.

Kurus kering, aku sangkakan baru berumur dalam lingkungan 60-an tapi salah tekaanku. Rupanya hujan di tengah hari. Pakcik tu dah umur 70. Impressive. Sangat sihat walafiat, tegang , stylo habis kalau nak dibandingkan dengan tokwan aku. Tapi tokwan aku hensem lagi la. Datang ke Malaysia untuk ber"party" dengan member sekolah rendah yang ada 2nd home kat Kota Kinabalu. Haih kayanya kamu orang Jepun sekalian.

Sembang punya sembang, silap orang la sembang dengan aku sebab aku memang suka bersembang dengan stranger. ha ha. Sampai satu tahap mengantuk tapi terpaksa tahan buat macho sambil sembang, pakcik tu cerita dia bekas orang besar kat Panasonic, tempat yang aku akan jadi kuli membuat kipas nanti. Wow memang tak sangka habis. Pakcik tu pon seronok semacam aku cakap aku akan kerja kat situ sampai cerita kat pramugari. Oi tak perlu la sampai macam tu sekali kalau la syok pun! Pramugari tu pun layan tak layan ja la aku tengok muka dia. Jarang jumpa orang Jepun "peramah"(selalunya agak pemalu sambil buat bodoh dengan stranger), jadi agak mual bila lama-lama nak kena sembang. Aku bajet nak layan movie 3 kali ka. Tapi tak sempat boleh layan movie selai aja. Tu pun dah mengantuk gila dah tak boleh FOKUS. Last-last pakcik tu suruh aku tidur. Yes. Sori pakcik saya sangatlah letih.

Makanan yang disajikan dalam flight sedap, sahur Omelette with salmon. Tak sempat nak ambil gambar makanan. Bila 2 2 dah letih, kami pun berhenti bercakap dan tidur dengan aman...

Tapi one thing yang aku suka pasal pakcik tu, masa dah dekat nak sampai, pakcik tu kalut cari kertas kosong nak kasi contact number dia. Kot-kot ada masalah masa kat Panasonic nanti. Thanks pakcik! lastly, pakcik tu ambil tisu dia dan tulis perkataan kat bawah ni utuk aku :


前途揚々
zen-to-yo-yo

意味:将来の見通しが開けていようす。
maksud : the prospects for your future is good.

(note: popular Japanese idioms are idioms with 4 words of Kanji together.)

Oh pakcik, terima kasih kerana mengajar saya advanced bahasa Jepun. Dan saya tahu pakcik tu sebenarnya nak say goodluck kat aku nanti. Tapi pakcik, saya cari dalam kamus, 前途洋々ada la, kanji yang pakcik tulis tu tak keluar pun. Salah perkataan kot pakcik....ha ha(takpa la kau dah tua, mak aku ajar kena hormat orang tua)

Bila dah nak turun dari flight, dia terus berjabat tangan dengan aku. Ok, jasamu dikenang. Dan kebetulan kami berjumpa untuk bersembang pasal kerjaya di Panasonic. ha ha. Sungguh tak sangka. "Adik ipar saya Home Appliances President, kalau ada apa-apa you contact dia la k." fuh, sampai begitu sekali pakcik? Tapi tak apalah, saya pun nak blah tak sampai 2 tahun kerja kot. ha ha.

Aku pun keluar dari flight dengan keadaan yang amat letih. Naik train 5 jam pulak ke Toyohashi. Dan saya demam sebab terlampau letih kot. Anyway seronok bila teringat pengalaman bersembang dengan pakcik tu. :)

coretan pakcik yang ramah.

Happy fasting all!

8/22/09

sebelum ramadhan dan "long journey"

AOR-KLIA

Hari terakhir bulan Syaban aku terisi dengan "long journey" yang tak habis-habis ni. Tapi long journey kali ni nampak gayanya akan dikenang sampai bila-bila sebab nanti dah tak ada journey balik ke negara orang sepet ni. My last holiday. Pas ni balik for good insyaAllah. Macam biasa selalunya "long journey" aku agak lonely. Lonely dengan erti kata, takda la family bergasak-gasak nak hantar aku sampai ke pintu Boarding Gate kat KLIA. Cukuplah sekadar di boarding gate AOR airport. Mungkin ramai yang berasa pelik, contohnya mak bubu risau sangat aku balik Jepun sorang-sorang. Aku dah biasa dan betul kata Mama, aku dah takda perasaan dan tak reti nak berperasaan ni. Memang dah jadi kebiasaan family aku tak hantar atau ambil anak macam event besar? Kalau dah sebulan berpuluh-puluh kali boarding flight AOR-KLIA(especially mama), takkan berpuluh-puluh kali nak menangis peluk cium kan? Taktau nak menggambarkan perasaan sedih bila nak balik Jepun. Takda nangis. dan aku tak pernah menangis masa ni. Bukan masa aku nak menangis peluk cium. Bagi aku, benda ni dah jadi tanggungjawab kot. So aku redah ja. Sedih memang la sedih tapi perjuangan perlu diteruskan ya tak? Be positive.

Long journey aku start dengan boarding flight AOR-KLIA(15:20 ~ 16:20). Dah sampai KLIA taktau nak buat apa. Serius mati akal. Flight KLIA-KIX nun jauh tengah malam. Bubu pon kerja lagi. Habiskan masa dengan main make-up berejam-jam ha ha. Bosan betoi. Syok dapat tukar beg make-up baru. Hadiah aku pernah bagi kat adik kecik from Make It Groovy. Tengok dia tak pakai pon dan terus aku rembat. Very practical. Oleh kerana aku tak pernah beli barang dalam airport, kali ni aku rembat satu mascara. CHANEL Intense Volume. Tax free babe. Lagipun duit malaysia tengah murah sekarang, bila convert ke yen tak mahal sangat. Lagipun agak pelik balik kali ni aku tak swipe credit card dengan hebatnya. So apa salahnya kan?teheee.

The tax-free mascara!wohoo

Kalau nak beli beg make-up, i suggest this woud be the best!


Dah habis bosan terus beli tiket KLIA ekspress ke KL central. Habis RM 35. Tapi tak apa nak jumpa bubu punya pasal. Transit naik Komuter. Yang ni pengalaman paling berharga. Tak pernah-pernah berpeluh masa naik train. Peluh tu boleh tahan lagi, dengan bau macam-macam haruman. Erhhhhhh tensen la Komuter ni. Dah la semua orang dah jadi macam sardin. Peluang untuk kai raba nak beraba. Jangan raba aku sudah. Mahu kena maki dengan aku, nasib baik tak kena. BUSUK dan PANAS yang amat dasyat!!!Najib please do something la tak kesian ka kat orang Malaysia bawah pimpinan kau bersesak-sesak nafas semata-mata nak naik public transport. Tak convinient langsung ok.

Bubu tersenyum comel menunggu dengan baju kerja yang sangat aku suka tengok, sambil hembus rokok last day depan kereta barunya. Biarlah kan aku suka, tunang aku, bukan tunang orang lain. Then dating secara tak langsung ke Pyramid. Makan kat restoran Thai Thai. Exclusive Thai food restaurant. Sedap. Bolehla nak jilat jari lepas makan sebab memang best. Suasana pun best, cozy. Lepas makan, jalan-jalan sekejap dan terus ke KLIA for boarding bebeh!

Thumbs up to the chandelier.

Siakap kukus, tomyam, som-tam. Slurppppp!

Pandang bawah bila kenyang. Eh perut bubu dah bulat haha

Bila sampai KLIA, habislah masa aku kat Malaysia tapi "long journey" masih tak habis. Boarding di gate C25 dan blur sorang-sorang masuk dalam flight for KLIA-KIX. TAMAT(journey terpaksa disambung ke 1 ramadan). Gilalah sahur dalam flight tu.

Bye-bye MALAYSIA!
Gonna miss everything.
8/19/09

di sini tak OK di sana OK

OK muka tak mandi aku tau. Aku memang malas mandi ops pecah rahsia.

Balik Malaysia kali ni, ada 5 makanan saja yang teringin, simple kan aku?
1. Makanan di RUMAH (petai, rebung, masakan cincai Mama ha ha)
2. Burger Mutiara
3. Steamboat Medan selera
4. J-Co Donuts
5. Char Kuetiau (utara punya, tak utara tak mau)

Semua aku dapat makan. ha ha. Puas hati. Masa makan steamboat paling masyuk dalam donia. Orang Malaysia hirup sup dengan sudu. OK. Aku terlupa aku hirup sup tak pakai sudu, hirup terus dari mangkuk. Di SINI tak OK. Tapi di SANA OK. Dan memang menjadi rutin harian untuk orang di SANA menghirup sup tanpa menggunakan sudu. "Ni, depan mak mentua jangan dok buat macam tu na...", kena sekali dengan pak brahim. OK. Aku sudah biasa dengan budaya orang di SANA nak buat macam mana. Satu lagi, masa makan steamboat jugak, ada dimasukkan mee. Di SANA aku lebih suka "slurrrrrppppp"(dengan bunyinya sekali), memang masyuk makan mee macam tu baq hang. Tapi di SINI tak OK. OK lagi sekali aku kena tegur. Di SANA adalah biasa jugak menghirup mee yang panas-panas(dengan cuaca yang sejuk) supaya dapat mengurangkan suhu mee panas tu. Kat SINI orang hembus hu hu hu sebelum makan mee kan? Di SANA takda hembus hu hu hu dah. Kalau hembus hu hu hu, nanti dah sejuk mee nak makan pon tak lalu. OK 2 budaya yang sangatlah berbeza. Dan aku akur. Masuk kandang lembu mengelembu OK. Tamat.


Sila fokus kepada tangan :
Aku langsung tak pegang sudu. Macam mana pak brahim tak teguq kan?ha ha
8/11/09

leceh la ada 2 passport

gambar hiasan.
Syok sebab roti sausage kat Jepun selalu teringin tapi tak boleh makan.

Pagi tadi ikut mama setelkan urusan pejabat(saman & cukai pintu, bank dll). Mama sengaja ambil cuti dah 2 hari. Kalau kerja memang tak sempatlah nak uruskan semua ni. Paling penat bab nak cari parking. Memang susah la kat tengah pekan Alor Setar nak cari tempat letak kereta. Perancang bandar tak pun orang yang lukis pelan bodoh. Buat pejabat kerajaan besar-besar belas-belas tingkat, parking lot kat sekeliling bangunan tu ja, mana nak cukup?. Bodoh. Tak mesra alam. Penat aku nak berjalan jauh nak ke situ sini. Lepas setel hal mama, terus ambil passport yang kena renew. Yang ni pun agak leceh sebab from now on aku kena pakai 2 passport. Passport lama kena pakai sebab ada visa lagi dalam tu. Lain pulak dengan Yana, procedur kat alor Setar ni tak payah ambil gambar on the spot, bawak 2 keping gambar passport ja Yana. ha ha. Tak perlu nak nampak-nampak dahi luas. hihi.


Lepas balik dari imegresen, terus mama bawak makan di restoran nasi campur. Sedap boleh tahan. Petai(feveret), sambal belacan, ulam(feveret jugakk), pajeri nenas, gulai ikan kering & kerabu. Ha ha tamak gila(aku amik serba sikit la). Oh tak lupa jugak 1st time boleh makan ikan keli sebab aku terambik ikan tu. Nasib baik boleh makan. On da way balik, singgah beli MANGGIS. Satu-satunya buah yang aku teringin nak makan. Buah lain tu macam so-so ja, makan pun tak apa tak makan pun tak apa.

manggeh, bukan manggis tau.

one-piece : J-honey
skinny pants : antgauge
shoes : Bonia
handbag : f-kolme rematched

close-up for my new shoes collection. i'm loving it!
8/10/09

get punk'd with studs!





I'm sooooooooooooooooo into this kind of style! Stuffs with pyramid studs. Everything with studs catch my eyes seriously. Nak hadiah boleh?(gaya macam mak mentua tak suka ja ha ha)
Handbags and shoes. Nak kumpul banyak-banyak. ngeh ngeh. That burberry heels memang menyakitkan hati laaaaa.aishhhhh buat masa skrg ada 1 handbag dan 1 belt pyramid studs. hehe

sejarah mungkin berulang

Bukan lagu Tomok. Aku sangat benci, hatred, payau dengan Tomok. "Sengau" sejarah mungkin berulang masih terngiang-ngiang dalam telinga. Semalam, sejarah hidup aku berulang lagi. Apa aku cakap ni? Genap setahun aku di"calit kapoq". Bagi aku cukup sekadar ucapan manja dari bubu. Tak mintak lebih dari itu. Aku bukan seperti minah-minah plastiks yang hanya tahu kikis-mengikis laki sampai botak. Kalau aku nak mintak, aku nak handbag LV satu terus. OK tak?ha ha

Telefon aku pun bangang. Call-in tak boleh tup-tup dapat mesej "miskal"(miss call). Tiba-tiba dpt 15 "miskal" dari satu nombor. Nombor bukan handphone. Sambil aku tengah menahan supaya makeup tak cair di Kg. menghadiri kenduri kampung, dapat satu call dari apek. Apek jual bunga. "Aiyooooo, i sulah call u banyiak kali tak dapat2 wo. I mahu hantaq bunga pi lumah u..."


Bunga? Bunga apa? Siapa pulak gatal tangan rajin nak bagi bunga kat aku ni? "OK la apek, pukul 6 u datang rumah I OK. Sori la telefon saya rosak..."

(cerita sebelum pukul 6)

Balik dari kenduri, Hanis boyot mengendong anak 5 bulan dah tercegat depan rumah aku. Baru balik shoping di Padang Besar. ha ha. Hanis, kawan suka-duka, sangat rilek, sempoi, tak emotional, aku senang berkawan dengan orang macam tuh. Selamber badak setiap masa. Kalau aku tak contact dia, dia tak kisah, sebab kami dah macam adik-beradik. Hati sentiasa dekat ha ha. Tak ada la setiap hari nak kena contact. Lenturer di KPTM Ipoh. Sekarang, tengah cuba untuk tak berpura-pura jadi ustazah sebab laki dia tiba-tiba "ter"jadi Ustaz. ha ha Lepak sat minum di rumah aku, tunggu sorang lagi member nak datang. Juwaini aka juju bebeh. Sangat lembut, "lembut" daripada perempuan ha ha. Tapi 2 bulan lagi akan dapat pangkat Dr. (aku nak hg jadi bidan aku juju!)

Juju sampai, keluar lepak di RADIX fried chicken (RFC wtf tiru KFC), nasib baik "ekon" nyaman. Makeup MAC juju tak sempat cair. Makan, sembang mengarut, terus hantar Hanis balik ke pangkuan suami di stesen bas. Balik rumah solat, keluar berfoya-foya lagi dengan juju, kali ni pairing ke Salon. Alamak juju ajak teman dia potong rambut. Punya la menahan sabar taknak buat apa-apa dengan rambut. Tapi apakan daya. "Treatment" dok panggil. ha ha. Oh semestinya salon di Aloq Setaq tak sama dengan Jepun. Agak kurang dari segi "artistik" dalam mendandan pelanggan. Kasar, tarik rambut aku macam la rambut aku ni dawai ke apa. Tapi best sebab ada massage!

Keluar salon tak sampai 10 tapak, camwhoring dengan juju. ha ha. Hantar juju balik rumah dan mommy juju jamu Fish 'n chips with longan juice. Sedap . Tak sampai 10 minit licin pinggan ha ha.

Eh dah malam! Dah terlepas pukul 6.
:
(rewind)
:
:
ha ha. sebelum tu, aku dah telefon florist, tak sabar nak tahu sapa yang bagi bunga punya pasal, aku yang ambik sendiri di kedai pukul 4 30. Sangat sweeeeeeeeeet bubu. Boleh kencing manis bak kata Yati. Tak tipu.

Sampai rumah, terus camwhoring lagi dengan bunga kesayangan. Papa the photographer. Bubu ni selalu repeat benda yang sama dengan papa n mama punya story. What a chemistry we are. Semalam aku tidur dengan senyuman....ngeeeee. (Aduh lenguh dah mulut ni.)


8/9/09

vogue kg.

Awan kumulonimbus senja,

buah-buahan cempedak paksaan(nak beli 2 kena paksa 3),

kucing "tih(putih)" bertukar menjadi "teh(teh susu)",

dan

senyuman tulus TOKWAN.
Cukup membuat "life" di Kg. Rumput Minyak "heaven".
8/8/09

merah mak ngah!

OK. Berdiam diri setelah 3 hari demam panas. Dah cuak H1N1. Mask tak lekang-lekang dari muka 24 jam. Adik aku yang tak bersalah pun terjangkit. Sory la dik. Ni mesti aku kena jangkit dari para mamat india/mamak shah alam. Alhamdulillah dah surut. Surut sebab dapat ubat yang betul-betul berkesan ha ha. Semalam mak bapak aku ajak ke Penang. Urusan pejabat mengenai persatuan duit-duit lama ni. Semua kerja bapak aku. Alang-alang singgahlah di shopping complex, al-maklumlah aku pun dah lama tak ke Penang. Apa yang best kat Penang? Jangan cakap padang Kota Lama, Batu Feringghi, semua aku tak suka. Aku suka Gurney Plaza. Ha ha. Kaki perabis duit mana yang tak suka Gurney Plaza kan?Tapi sayangnya semalam Gurney Plaza "konjested" sangat dengan festival Jewelery kat G Hotel. Aish nasib baik tak singgah. Kalau tak mak aku dah berbinau mata nak plih barang kemas ha ha.

Last-last, singgah jugak ke Island plaza. Used to be our favourite spot. Tapi sayang, dah nak bankrup sejak-sejak Gurney Plaza dah wujud ni. Tinggal Metrojaya. Mak aku hadiahkan handbag, macam biasalah setiap kali balik Malaysia akan dapat hadiah satu handbag. ha ha. Thanks Ma. Jalan-jalan lagi, carik high heels MERAH. Sebab dah lama nak red heels. Bapak aku macam suruh ambik colour lain. Aku bantah. "Nak jugak heels merah MERELIT(bahasa kedah)", terus Bapak aku gelak dan pandang muka mak aku. "Like mother like daughter nampaknya." :P
Merelitnyaaaa; from Bonia

Hadiah dapat kerja; from Guess

Oh sebelum terlupa, Mak aku kalut sangat nak beli barang hantaran for his becoming menantu. Lambat lagi la Ma....Bubu dapat 2 baju kerja and 1 tie. But terpaksa lah rahsiakan. Nanti dapat la....hehe

Balik singgah padang kota lama dinner makan pasembor, mi goreng mamak & kerang bakar. Entah la, aku tak minat la pasembor2 nih, sedap la tapi. Perut suka meragam. Dah takleh tido semalam.

Bihum mamak yang tak brapa nak sedap.

Grey logo one-piece : Honey Suckle
Jacket : unbranded
Skinny Pants : Uniqlo
Shoes : Vincci
Handbag : F-Kolme

Thanks again Mama sebab sudi swipe ur plastic card for me!!saya sedang sengkek. Bila la boleh balas jasa mak aku ni..Gaji masuk 1st time nanti lah jawabnya....
 

Blog Template by YummyLolly.com