5/31/09

punk not dead.heh.

Sid Vicious. Bassist Sex Pistols, muda, comel, handsome, smart tapi sayang bodoh kerana cinta mabuk dengan Nancy, si penagih Heroin. Mati pada umur 21, sangat muda padahal berpotensi tinggi untuk mengembangkan bakat.
:
:
Baju Sid n Nancy aku dapat dari Second Street semalam.
:
Siang tadi layan movie Sid And Nancy lagi. Lagi-lagi hal yang ada kaitan dengan Sid Vicious. Sempat download lagu Sex Pistols sampai lebam.
:
Pukul 7 30 malam magrib, makan, makeup sikit, siap-siap tengok Stat Trek kat pawagam.
OK la...not bad..i prefer "drama" genre...
:lepak di Sizeria lepas muak melahap popcorn. argh nak muntah rasa!
:
balik lipat baju yang bertimbun.hari bundle sedunia. Cool!
t shirt : Double name (bundle)
Damaged pants : Wrangler


5/30/09

Nak Iphone juga....

" TOKYO 29 Mei - Sebuah universiti berprestij di Jepun memberi beratus-ratus iPhone kepada pelajarnya supaya mereka dapat menggunakan Sistem Penentuan Kedudukan (GPS) bagi mengesan pelajar yang ponteng kelas.

Truants di Jepun sering berhadapan masalah kehadiran palsu oleh pelajar yang mengarahkan rakan mereka menandatangani kad kehadiran bagi pihak mereka.(aa..ni memang kerja aku kalau malas nak pi kelas...hahhahahah)

Kehadiran merupakan syarat utama untuk memperolehi ijazah di universiti ini.

Universiti Aoyama Gakuin di Tokyo telah memberikan iPhone 3G Apple Inc. kepada 550 pelajar Fakulti Sosial Informatic yang mengkaji penggunaan Internet dan teknologi komputer dalam masyarakat.

Alat berkenaan boleh digunakan dalam kajian mereka tetapi ia juga turut dilengkapi GPS untuk menentukan kedudukan.

Pelajar yang ponteng kelas masih boleh memalsukan kehadiran mereka dengan memberikan iPhone mereka kepada rakan yang hadir, tetapi pihak universiti percaya mereka tidak akan berbuat demikian disebabkan iPhone tersebut dipenuhi dengan maklumat peribadi dan emel mereka. - AP " - Utusan Malaysia 30/5/2009

:

:

p/s : Kenapalah aku bukan student Aoyama Gakuin Univ? Kalau tidak boleh dapat iphone sebijik! Oh, tapi Universiti tu agaknya swasta kot..student-student mesti kena bayar yuran tahunan yang sangat mahal. Boleh cover sangat harga iphone yang "ciput" tu...

:

:

Santai-santai....
White Polo shirt : Beverly Hills Polo
Tarck hitam : Topvalu (Jusco)
(Track hitam di atas adalah trend orang Jepun pakai masa tidur. Semalam aku baru beli. Selesa jugaklah)

It's raining...


Ramalan kaji cuaca cakap arini ujan....tipu...tak hujan pun!

5/28/09

Keadilan

Aku tengok 2 budak sebelah aku asyik dok mengadap pc ja. Budak degree ada 3 org dalam bilik research aku D1 402, tapi nampak gayanya 2 orang lagi buat research pasal "English Language" kot. Bukan Plasticc Processing. Aku dah 2 ratus kali ulang-alik keluar masuk bilik, diorang tetap dok melengguk depan pc. Buat English Language punya latihan. Dah memang english korang tak boleh nak buat apa dah(termasuklah aku). Takyah la susah-susah nak belajar sampai 24jam, yang aku nampak, dok buat listening memanjang. "Pilih perkataan noun: mother ; father ; motherfucker", Perlu ka? Membara jugak kadang-kadang. Rasa mahu taboh 2 ekor. Tapi apakan daya. Baik aku "taboh" specimen aku. Aku pukol 7 pm dok tercungap-cungap lari sana sini, 2 orang lagi dah blah. Rasanya pukul 5 dah chow kot. Di manakah keadilannnnn??

Masa kejadian : Tercungap-cungap jalan sambil camwhoring.
:
:
Tiba-tiba bertukar menjadi perempuan;

White parka : United Colors of Benetton
grey t-shirt : SIS SIS
bubble skirt : no brand (A-ONE used shop)
a pair of laggings

berbunga-bunga

I love when you said
:
"balik la cepat-cepat, nak bincang-bincang...",
and also
"bulan 6 macam ok ja...kan?"
:
susah nak dengar ayat *hint* from you sebab i don't want to force you
and making you stressed actually.
Take your time baby.
I know it's hard when it comes to money stuff.
12k is not a little kan.
Keep waiting.....:)
5/27/09

jus tembikai satu bang!

Gulp. Tekak aku meminta-minta suruh aku belikan buah tembikai kat supermarket tadi sebab konon-kononnya mengidam. Ah, kalau seringgit dua boleh la, ni dah kalau berpuluh-puluh hengget. Tak sanggup aku nak beli. Time macam ni la aku teringat kat kampung halaman. haihhh. Jus tembikai satu bang! Kurang gula ok! Dalam mimpi boleh la Dart....


perhatian : 40 hengget = 1080 ¥
73 ringgit tu......kerja GILA.

si pencuri motor

:
Sila perhatikan gambar di atas. Bijak la si pemilik motor ni. Adakah sebab dia taknak motor dia kena curi?Renungkanlah dan contohilah idea kreatif beliau. hahhahahha
5/26/09

penat tapi best

Selalunya aku asyik complain penat ja..tapi hari ni aku penat, tapi penat in bracket("penat"). Penat tetapi dalam tapi hati aku gembira. Aku suka la main 旋盤機械(lathe machine) kat machine center. Aku pun pelik sebab apa aku suka main benda-benda macam ni.
ha...ni lah mesin kesayangan aku...hehe...kalau nak buat experiment punya bahan, semua processing pakai mesin ni la...


eh Chuck tengah pusing-pusing(laju pulak tu) pun boleh tangkap gambar lagi. Bosan la tunggu, sebab automatic.

Dah habis kena kemas...hampas-hampas besi semua kena sapu, buang dalam tong sampah recycle. Kat mana-mana pun sama...semua benda apabila digunakan kena bersihkan sama seperti keadaan awal/asal.

Last but not least,
Turquoise shirt one-piece : Alphabet Club
(bought at bundle shop in Tokyo)
Gold belt : Dorothy Perkins
(received from Zaza)
with Black laggings

"photo hunting"

3 tahun aku kat Maizuru dulu aku rasa tak banyak benda yang aku dapat. Dapat markah elok untuk exam ja.(:p) Rasa menyesal pun ada, menyesal kalau fikir bab duit, bab experience, aku tak betul-betul menghayati keindahan alam ciptaan Tuhan di situ. Dulu, aku selalu mengadu kat Mama, Maizuru boring, Maizuru itu lah, ini lah, bukan tak appreciate, tapi serious bosan gila duduk tengah-tengah gunung, hutan belantara. Balik bilik mengadap laptop, mengadap muka Dibah. Dibah pun sure rasa benda yang sama...so untuk menghilangkan rasa stress kat sini, kami shopping. Shopping. dan Shopping. Kat Maizuru ni, boleh kata macam duduk kat Kuala Nerang, Kedah. Kami nak pakai kenderaan tak boleh. Everyday kami guna basikal or bus ja untuk nak ke mana-mana. Nak ke pekan(ada shopping complex), kena kayuh basikal 30 min. Naik turun bukit, letih btoi. Then kalau nak balik lambat takleh. Ada roll call everyday pukul 9 30 pm. Gila gak ah. dengan keadaan aku yang tak pernah duduk asrama, tiba-tiba kena control balik awai. Bosan btoi.

Mama pernah bagi cadangan kat aku suruh pi "photo hunting" kat area Maizuru, or Kansai. Selama kat Kolej, kalau nak ambil gambar pun, just ambil gambar orang-orang, bukan keadaan kat situ. Ada la, tapi sikit sangat. Kalau tengok gambar pun, banyak gambar huha huha dengan member. Tak mengahayati suasana sangat , in pictures. Aku beli camera lomo pon dah lama...sejak kat Kolej lagi. Tapi berhabuk kat situ ja. Bila dah pindah sini baru semangat sikit nak snap sceneries, or something yang bukan orang.

Photo hunting ni...tak kisah la pakai kamera apa pun aku rasa. Digi cam ka, dslr ka, filem camera ka...it's up to us. For me, kalau kita ada apa-apa event, or berjalan ke mana-mana, baik ambil gambar things that we do, or benda yang ada kaitan dengan event itu. Not just the only our smile, happy faces. Tu aku rasa la. Kalau nak tambah skill-skill tu sendiri punya hal la. Yang penting, just take some shots of surrounding. Try la...tak rugi. And I bet it's fun!
5/24/09

omg!

oh my Go i'm fucking tired....just got back from Nagano for some club activities....makan tak menentu, tidur tak menentu dengan asap-asap....will update the story soon..mahu tidur...zzzzzzz
5/22/09

nasib anak doktor

Mungkin ramai yang berpendapat nasib menjadi anak doktor ni best. Best sebab boleh dapat ubat free. Ya, mungkin betol. Ubat sekarang mahal, tapi aku dapat free macam tu aja.(actually bukan free pon, bapak aku yang bayar). Sebab sejak aku kecil sampai la sebelum aku berpisah dengan family, aku tak pernah jejakkan kaki aku ke klinik untuk diperiksa. Ketuk pintu bilik doktor, masuk duduk atas kerusi berdepan dengan doktor, dan doktor tanya soalan-soalan. Pastu doktor pun cek la, cek situ, cek sini, pakai torchlight tengok mulut anak tekak segala, pakai steteskop cek degupan jantung la, macam-macam kan. Dari kecil aku dah terbiasa dengan keadaan tu, aku selalu ja lepak kat klinik bapak aku, benda-benda tu dah jadi macam mainan. Kalau aku demam sikit ja, bapak aku just tengok keadaan aku dan dia dah tau aku ni demam ka, sakit apa ka. So aku memang tak ada pengalaman kena cek dengan doktor formally.

Tapi, bagi aku jadi anak doktor, disebabkan dah terbiasa dengan sakit-sakit kecil ni, macam dah tak diendahkan. Sebab doktor ni dia memang kurang sikit perasaan dia kalau dah terbiasa dengan sakit-sakit kecil ni. Tengok mayat pun rilek ja...ni tambah la tengok orang yang tengah hidup. Aku bagi contoh kes adik kecil aku. One day, adik aku main-main kat luar rumah dengan cousin. tiba-tiba dia terlanggar batu dan terjatuh tepi kolam kat rumah. Dia rasa sakit sangat kat bahagian betis. Tengok sekali macam tak ada apa-apa. Seriously macam sakit sikit ja. Sebab takda kesan langsung, cuma ada satu titik merah macam kena gigit serangga. Adik aku mengadu selalu sakit kat situ "kalau" disentuh. Kalau tak disentuh tak apa. Fikir punya fikir, rupa-rupanya masa adik aku terjatuh kat kolam that day, ranting kayu termasuk dalam betis dia. Maybe panjang 1 inci kot. Aku pun dah terlupa. Memang kalau sentuh terasa ada benda dalam kulit dia. Mak aku dah gelabah. Mana taknya, takkan nak biarkan kayu tu sampai bila-bila kan?Tapi respon bapak aku lawak la. Dia kata, "ala, biar aja kayu tu reput dalam tu..benda tu organik jugak..."hahahhaha. Lawak kan. Last-last kena kejan dengan mak aku, barulah bapak aku nak contact kawan dia kat hospital suruh arrange appointment nak operate buang ranting tu.

Masa demam-demam ni lah teringat kat papa. Tak demam pun teringat jugak...as a father, memang best la papa treat her daughter. Papa yang cool.I miss you pa!

p/s:bila dah ada family sendiri, dah tak boleh dapat ubat free. Kena mintak tolong adik n abang aku la jawabnya. Sedihnya....:(

white collar t-shirt : converse
Black hooded shirt : bundle shop at Alor Star
Pants : Antgauge

Sebelum aku terlupa, kat luar toilet aku kat rumah ada bapak aku lekatkan jadual taik(contoh-contoh dan jenis-jenis). Tekejut aku masa aku balik cuti dulu. Tapi cool kan?Taik -taik ni pun dah jadi mainan kami sekeluarga.hahahahaha

demam panasonic

I'm not feeling well today. 2 hari lepas, time aku attend factory guidance dengan lab mate. Semua wajib hadir, isi nama kalau nak guna mesin-mesin kat situ. Salah seorang tu tengah demam, pakai mask taknak bagi jangkit kat orang lain. Tengok-tengok, semalam sorang lagi demam, aku sakit tekak, yang org pakai mask tu beriya, demam panas 40 darjah. haihh. Semalam dah pi clinic, ambik ubat demam. rasa semacam ja...nak kata sejuk tak sejuk, nak kata panas tak panas...Tukang bagi ubat tu menakutkan. Dia pakai mata palsu. Sebelah mata memang tak lepas pandang tengok aku. Sebelah mata lagi tengok ke lain. Mana satu nih???Lantak la..aku dah tak kisah, dengan kepala aku yang berat ni...

Hari ini langsung tak larat nak bangun pi lab....tidur sampai tengah hari...Badan rasa semacam ah. Benci. Macam mana nak pi camp esok kat Nagano?

Bangun-bangun dapat emel from Panasonic Manufacturing. Yes aku dapat 2nd interview dekat shah alam...tak sabar nak interview situ. Tapi mintak-mintak interviewer Japanese. Aku prefer communication dalam Japanese. Sebab English aku dah hampeh. Takleh nak goreng sangat. Kurang dmam sikit lepas baca emel Panasonic. Thanks....Gambarimasu!!
5/21/09

Today's review

Clauses of Reason:

because + subjct + verb
as/since + subject + verb
due to the fact that + subject + verb
the reason + subject + verb

because OF + noun
due to + noun
the reason for + noun
5/20/09

The Best House 123!

Mesti ramai yang suka layan J-Dorama(drama Jepun) kan?Seingat aku last aku tergila-gilakan j-Dorama dari sebelum datang Jepon sampailah 1st year aku kat sini. Korang tak rasa ka drama jepun ni sama ja? Cara untuk bagi penonton terharu tu memang lebih kurang ja la mana-mana drama pon. And I really not into the casts. Nampak fake depa berlakon(fake fake pon nangis gak kalau dh tertengok). Kalau marah pun dahi tak bekedut, kalau serius pun dahi tak berkedut. Mulut ja yang gerak.haha Kalau kiss scene, lagi la! haahhaah.

Anyway bagi aku, sejak aku kat sini, aku lebih minat cerita-cerita dokumentari diselitkan hiburan selain lawak bodoh yang best kat sini. Aku rasa dah 4 tahun kat sini, pengetahuan am aku berkembang sikit berbanding dok kat Malaysia. kat Malaysia hiburan semata-mata(All the AF, Malaysian Idol, One in a Million, Mentor stuff), tak terbuka langsung minda aku. Konon speaking English semua pandai, tapi dunia luar langsung tak tahu. Baik orang Jepun yang taktau langsung speaking English, tapi otak penuh dengan pengetahuan am kan? Kat Malaysia, kalau dokumentari tu, serius semacam pulak. Boring. Tapi kat sini lain sikit cara media nak sampaikan ilmu kat penonton.

Kat sini orang panggil バラエティー番組(variety program/show). Selalunya artist, celebrity akan dipanggil untuk memeriahkan lagi suasana dengan lawak-lawak yang diorang create. Generally, variety program ni banyak berbentuk kuiz, soal jawab, penuh dengan ilmu tak kira dalam bidang apa pun, Bahasa Jepun, bahasa inggeris, geografi, sains, kimia, tak terkira. Kat sini tak banyak reality show.

TV program kat sini juga, takda cilok show dari overseas yang kita agung-agungkan macam American Idol, So you thing you can dance, or dramas, kalau ada pun, yang memang popular macam Prison Break(tu pun tengah malam), or movie . Kalau show biasa-biasa, memang Japanese sendiri yang akan tambah daya kreativiti untuk create something new untuk program kat sini. takda program yang sebijik. That's what i like about Japanese shows. They create their own programs originally.

Kalau aku tanya member-member aku pun, diorang memang tak suka sangat tengok drama. Lagi suka layan news or sukan or show lawak bangang. Contoh-contoh variety shows yang aku minat; The best house 123, Sekai no hate made Itte Q!, Hexagon, Nihonjin no Tesuto, dan banyak lagi.

Semalam punya The best house 123 ada buat dokumentari pasal "rawatan baby yang sakit sejak dalam perut ibu mengandung", one of the most modern treatments. Fuh. Naik takut aku tengok. Kagum pun ada. Daripada 3 rawatan, 2 from America, 1 from Ireland kot. Tak payah tunggu baby keluar nak operate ka apa. Operate baby yang tengah dalam perut tuh. Satu baby ni, paru-paru dia takleh nak membesar sebab Hernia(usus termasuk ke bahagian atas badan dan terkena paru-paru). Doctor cucuk camera and tube kecil masuk ke dalam mulut baby tu dan masukkan tiub tu untuk membolehkan paru-paru dia membesar. Hebat. Satu lagi, baby yang mengalami masalah jantung. Ada ketumbuhan yang menyebabkan jantung baby takleh nak membesar. Baby tu baru sebesar pembaris pendek, jantung sebesar buah anggur. masa tengah dalam perut, bukak perut mak, bukak kantung uterus, keluarkan baby, operate jantung buang ketumbuhan, jahit semula perut mak. Boleh bayang tak? Baby tu sepatutnya duduk dalam perut mak dia sampai cukup bulan. Tak boleh bayang aku betapa hebatnya teknologi sekarang.

tangan baby yang sangat kecil...uuuu

Itulah harga pengetahuan am yang aku dapat kat sini. kalau nak suruh aku baca buku kesihatan, dah belambak kat rumah 3 orang doktor beli dan pakai. Tak sentuh2 pun aku. Haih.

betapa "bertuahnya" kita

Fujiyasu Megumi. Nama kawan aku yang dilahirkan hari ini 22 tahun yang lalu(ya budak batch aku semua muda 2 tahun). Otanjoubi Omedeto(Happy birthday) Megu-chan!What's so special about Megu chan sampai aku terasa nak menulis pasal dia? Megu chan ni, aku solute, respect kat dia bukan sebab apa, disebabkan ketabahannya hidup berdikari. Independant, in what way? Megu chan aku kira dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana, keluarga yang serba kekurangan. Ayah Megu chan dengar khabar has no job, doing nothing(sukar dipercayai), but it's true. Hanya duduk di rumah, menghabiskan masa atau dengan kata kasarnya "membuang masa" goyang kaki. Namun, ayahnya tidak boleh dipersalahkan kerana dengar khabar juga ayahnya sedang sakit, sehinggakan tidak mampu untuk bekerja. Jadi, pendapatan dan nafkah keluarga memang dilakukan oleh emak dan juga kakak Megu chan yang sudah bekerja. Seperti di mana-mana sahaja, duit memang diperlukan untuk keperluan seharian, pendidikan, dan sebagainya. Megu chan terpaksa menyara hidupnya sendiri untuk membayar yuran universiti. She works everyday as part timer at Mini Stop Convinient Store. Mungkin berbelas-belas jam sehari. Pendapatan di Jepun sebagai part timer sejam merangkumi 700 ~ 1000 yen(Rm 20+ ~ 30+) sejam. Nampak banyak, tetapi disebabkan cost of living yang tinggi kat sini, duit yang diperolehi cukup-cukup makan. Mampukah Megu chan melangsaikan bayaran Universiti tahunan berjumlah Rm 20k(approx), belum lagi termasuk belanja harian untuk pakai, makan, sewa rumah dan lain-lain lagi. Mungkin kerajaan Jepun juga menawarkan skim seperti PTPTN, supaya dapat meringankan beban Megu chan. Pity her. Mampukah dia bekerja kuat sambil belajar? Belajar bukanlah perkara yang mudah. Semester lepas, aku rasa Megu chan fail banyak paper, dan masih banyak kredit yang perlu dikumpul untuk grad. Is she willing to cope?Rata-rata budak tahun akhir di sini semua dah cukup kredit untuk grad, no exams, but Megu chan terpaksa attend banyak kelas yang sepatutnya dihabiskan sem lepas. Kelas pun jarang datang, mana taknya, kerja sampai lewat malam untuk mengumpul duit, letih mentally and phisically dan esoknya kelas terpaksa ponteng. Tapi aku percaya, orang seperti Megu chan yang lebih tahu makna hidup berbanding orang yang senang-senang hidup tanpa dugaan, kan?
:
:
Birthday celebration Megu chan disambut secara kecil-kecilan. Aku, Inaho chan, Miho chan, Megu chan sahaja. Tidak ada kek mewah, lilin bagai. Hanyalah sembang-sembang kosong tapi bermakna sambil menikmati sushi. Macam biasa aku melantak sampai 17 pinggan sushi semalam(haih). Mungkin nampak macam biasa, but i think she did appreciate the celebration. Lepas makan sushi, kami ke Karaoke center macam biasa, spending our time for fun meraikan Megu chan. Nyanyi segala lagu termasuk lagu kebangsaan Jepun(langsung tak faham plus boring). Seronok melayan girls course aku(girls=minority, selalunya lepak ngan guys gila-gila). Balik rumah pukul 1 pagi.
:
:
Aku harap Megu chan keep on fighting, completekan degree, master dan keja elok-elok for her future. She sure can do this! Fighto! Aku terasa betapa bertuahnya aku dilahirkan dalam keluarga yang mampu untuk menyekolahkan aku sampai ke hari ini. Nasib manusia tidak sama. So live life to the fullest!
:
:

Grey shirt : bought at FKolme
Cream loose one piece : Dosch
Gold belt : received from Intan
Skinny Pants : Antgauge
5/19/09

LUPA

I didn't expect that you would forget about it..I thought that you will remember it..But it's OK...it's just a simple thing though...just a piece of picture. Now, the more important thing is hoping that you will never foget about "us"...People do forget...As I do sometimes..:)

p/s:berpegang pada janji.
5/18/09

Shinjuku Incident


Shinjuku Incident [新宿インシデント] is a 2009 Hong Kong film starring Jackie Chan and directed by Derek Yee. Filming began in November of 2007. The film was produced by Chan's own film company, JCE Movies Limited. On July 16, 2007, it was officially announced that Chan would take part in the project.

It was stated in many press reports that the genre of the film would be closer to drama than Chan's trademark action. Director Derek Yee reportedly said, "People are too familiar with the image of a fighting Jackie Chan. It’s time for him to move on to drama."In a recent interview, Chan himself describes the film as, "maybe one per cent action. Heavy drama."

The film was originally to be released on September 25, 2008 but was delayed to the first quarter of 2009. It was premiered at the 2009 Hong Kong International Film Festival and was released on 2 April 2009 in Hong Kong.

p/s: I've watched this movie. So far, like this movie(saya suka drama movie sejak dua menjak ni). Kalau nak tengok the other way of Jackie Chan(mostly serious scene), tengokla movie ni. Cerita ni pasal Orang tanah besar China yang masuk secara haram ke Jepun. It's like Indonesian yang masuk ke Malaysia naik tongkang suffering nak cari makan, sanggup buat apa sahaja untuk hidup,or more specifically nak makan. Nak buat kerja halal tak boleh sebab pengenalan diri tak da, n stuff, so dah nama pun pendatang haram dari awal, baik buat kerja tak betul sampai bila-bila. Diorang sanggup bunuh-membunuh, semata-mata nak dapatkan PR kat Japan. Last-last satu pun tak dapat. Eh, dapat, cepat tapi sekejap saja. Bak kata Jackie Chan dalam cerita tu; 「借りるものは返す」(Benda yang dipinjam harus dipulangkan.). Kalau kita dah dapat benda secara tak elok, esok-esok terlepas macam tu ja...Cerita tu tak happy ending tapi penuh dengan pengajaran.


5/17/09

Today is the day when.....

抱きしめて
しじまの中で
あなたの声を聞かせて

こびりつく
涙を融かして
冬はもうすぐ終わるよ

いくつもの悲しみを
くぐリ抜けたそのあとで
つないだ手の温かさが
全てを知っている

あなたとふたりで
生きて行きたい
それだけで何もいらない
昼も夜も 夢の中まで
ずっと ずっと 一緒さ

傷付いた
心のかけらを
ひとつ残らずひろって

愛という
不思議なジグソー
つなぐ欠片(ピース)を探すよ

本当の強さは
「ひとりじゃない」って言えること

風の中で寄り添う
花のように
秘めやかに

あなたとふたりで
生きて行けたら
何度でも生まれ変われる
たどリ着いた 僕らの場所で
ずっと ずっと 一緒さ

あなたとふたりで
生きて行きたい
それだけで何もいらない
時の海に 未来を浮かべ
ずっと ずっと
ずっと 一緒さ
ずっと ずっと 一緒さ
ずっと 一緒さ…


merahputih

Dalam banyak-banyak character dalam crita merah putih..aku paling suka:
:
1. Bunga orang gaji Dato Jehan aka "BCL"(best hang berlakon wahahhaha)
2. Pondan kat office Datuk Jehan
3.Datin Mastura
4.Mulan aka Mariska "si jongang"
5.Putih (aku memang fan hang dari cerita Dunia Baru la)

5/16/09

Tagged by Dibah

A. Snap the picture of both inner and outer of your purse.

*I prefer smaller one. Tak suka purse tebal-tebal dan panjang-panjang*

B. Introduce your purse brand, price & where you buy.

The brand is COACH. Coach, Inc. is an American leather goods company known for ladies' handbags, as well as items such as luggage, briefcases, wallets and other accessories (belts, shoes, scarves, umbrellas, sunglasses, key chains, etc.). Coach also offers watches and footwear.

I bought this purse when I was suffering with my studies at Maizuru, Kyoto. At that time, i couldn't do well in my exams and for the therapy, i just bought it unconsciously. So far, it has been the best purse due to it's good quality. I don't think i'm gonna buy another purse untill rosak(macam susah koyak ja kulit coach...sigh).

Oh about the price. I prefer it to be secret. You gonna have to find it urself.


C. Take out whatever its inside your purse.

Segala pengenalan diri.
Kiri atas: Student card
Kanan atas : alien registeration card for foreigners who live in Japan
Kiri bawah : Lesen memandu Kelas D
Kanan bawah : IC yang paling aku tak suka. I hate my ic because of my tudung. Kena paksa pakai tudung makcik. Wudda!
Ya saya tahu. Kejap on and off. Hehe

Kiri atas & bawah : Kad berhantu yang selalu bagi jadi aku pokai, encik VISA dan MASTER CARD!
Kanan atas & bawah : Cash card. Selalunya memang tak ada pun duit dalam tu. My way is to withdraw all the money. menyusahkan nak ke atm selalu. Kalau saving pun, not in the bank, tapi di bawah tilam. haaaa....kantoi.

Point cards i used to shop. Kat sini memang banyak pakai point card. I just hate the system. Aku tak suka isi card tebal-tebal dalam purse. Card yang ada tu pun terlupa nak keluarkan.

Cash : ada la 1000 yen 4 keping lagi.hehehehe

people that i want to tag : zaheerah, k dilla, wan zafirah, iejah kalau la hampa tak bz...hihihihi

5/15/09

los dan faun

Anda tertipu. Ini bukan iklan cerita Afdlin Shauki yang box ofis tu. Ini cerita betul. Cerita los dan faun ni berlaku semasa sesi lawatan sambil belajar ke Nagoya Port Aquarium. Mari belajar nama-nama ikan bersama senior-senior sebelum diorang balik for good. Nak dijadikan cerita, konon-konon tengah hari, matahari terik atas kepala..aku terus keluarkan shades aku(menggunakan shades dengan betul) dan pakai. Tak sampai 10 minit pakai aku dah masuk ke dalam aquarium. Takkan tengah-tengah bangunan pun nak pakai spek mata hitam kan. Memang bangang la aku. Aku terus selit shades kesayangan aku kat celah butang baju kasik nampak cool. Kot-kot panas semula nak pakai semula. Dah sampai berjam-jam aku kat dalam tu memang aku dah tak ingat dah pun kewujudan shades aku ni sampai la time nak balik. Mati akal terus. Tiba-tiba aku raba-raba di dada aku, yang tinggal hanyalah 2 benjolan. Benjolan shades aku takda. Aih....terus kelam-kabut aku. Mana taknya, aku sayang betul dengan shades aku...Sebab aku kedekut nak beli shades(bekenan yang mahal tapi kedekut, shades aku best buy). Cari punya cari, ingat balik kot-kot aku ada terpijak, langsung tak ada dalam memori. Sikit lagi nak pasrah. Aku usaha ke information centre, nak tanya kot-kot ada walaupun aku memang tak percaya siste lost & found walaupun aku belajar kat sini(tak pernah ada luck nak dapat balik barang hilang). "Err..saya ada hilang shades colour ungu..."aku cakap kat kakak helpdesk tu. "Yang ni ka adik....?"
:
:
"Yaaaaaaaaaaaaaaaaaa!, memang ni lah shades saya yang hilang ni...terima kasih la...", sambil terhangguk-hangguk serupa orang Jepun. First time dalam hidup aku benda yang hilang dapat balik(seingat-ingat aku la)....Bagus la...lain kali kalau anak aku hilang ka aku tak risau. Terus ke information center kutip kat situ.hahahahah


Keadaan semasa : Sebelum mengeluarkan shades

Keadaan semasa : Semasa bersama shades


Keadaan semasa : dah tak ingat kewujudan shades yang disangkut
(sibuk bergambar)

p/s:rindu la pulak kat senior-senior. Dah tak boleh lepak sekali dah..semua dah kerja...tinggal tak kawin ja lagi.

:
:

blue cotton long singlet : from a bundle shop in Nagaoka
Denim jacket : T.T.U
Skinny pants : Uniqlo
shoes : Converse boot
butterfly cotton bag : FKolme


you

Last nite, mr. h asked me what i want for our becoming anniversary...
:
:
all I want is....
:
:
:
You, here beside me.
You, taking good care of me.
You, pampering me.
You, loving me forever.
5/14/09

Letih

Letihnya hari ni.....Research petang tadi memang memenatkan. Aku kena paksa blajar guna press machine...150 ton , tinggi sampai siling. Tak suka....penat...Habis melekat minyak hitam, and semua benda macam press nya stuff tak boleh diangkat oleh manusia. Beratus-ratus kilo. Sesuai kah dengan aku ni???Baik aku meniaga baju ja..hehheh...

Balik research terus ke Jusco with Yana survey baju-baju for our boutique...Balik rumah..masak(hari ni turn aku)...tiba-tiba tengah masak apek telefon nak belanja makan spagetti....woah. memang suka la sangat...thanks apek...apek belanja sebab dah dapat kerja kat Alps Electronics....kat Pahang...kat Jepun ni memang sistem macam ni..setahun sebelum grad dah boleh job hunting...Senior aku tak dapa kerja lagi skarang pon dah kira pelik.lecturer bising-bising dah...tapi takpa....dia kerja kat sini...kat malaysia sistem lain..so aku kisah apa dapat ka tak dapat...

Oh...baru 2 minit tadi aku dapat mail dari Yamaha Electronics(company jual music stuff)...Aku lepas 1st level(design test) aritu...Terpilih untuk ke interview 2nd level...actually...aku sangat sangat la dalam dilema nak pi ka tak...please somebody help me...Baru-baru ni aku baru buat keputusan menolak interview yang ditawarkan di Showa Glove....Sebab my fiance dah kerja kat Subang...and Showa Glove tu punya kilang kat Perlis and Penang...can u imagine kalau la aku dijodohkan kahwin...terpaksa la tinggal jauh pulak..sorang Subang sorang Perlis...mak aihh...aku dah tak larat dah nak jauh-jauh...hehehhe

Ok pasal Yamaha pulak...Kilang dekat Ipoh(OK la compared to Perlis!), post as Design Engineer..Aku memang minat Yamaha dari kecik lagi.....guna alat muzik pun cap Yamaha ja...piano, keyboard...Plus memang ada knowledge sikit-sikit pasal music...TETAPI...Kalaula aku mintak Yamaha ni...and kalau la pulak terdapat...maybe akan dihantar semula training kat Jepun for 2 years.....2 tahun?adoi.....lamanya....then barulah boleh balik sambung kerja kat Malaysia....Oh God...Help me...Should i accept the inteview???!!

Satu lagi...jauh di sudut hati aku terasa nak sambung master...jugak lagi 2 tahun kat sini.....macam mana??Baby...i need ur opinion.....

p/s:mama pesan sembayang istiqarah banyak-banyak.

Pink shirt : Cinema Club
Vest : Egoist
Pants : Levi's damaged (remixed)
5/13/09

Truely Engineered

Today, i realized that everybody has interested with my earings, and even they kept staring on it. My friends and also Maeno Sensei, my lecturer kept asking whether i do "it" by myself. Of course i have no such time to create it by myself. If only I had so much time to do it, I bet I am truely "engineer". Look what I've put on ! I thought it's just an ordinary earing. But when everybody has kept asking about it, then i've realized that actually it is not. Anyway, i like them so much, my screw earings!!Thanks for being the coolest earings that i've ever had.ngeeeee!
:
:
Aren't they cool??
3 pairs of earings from Claire
:
:
Star printed shirt : *babe be equivalent*
Grey singlet : elfin
Skinny Pants: Levi's remixed

TOEIC

YES!Thank God, I've scored well in TOEIC Exams!(Sebelum ni teruk gila)Alhamdulillah..
5/12/09

budak darjah 6 dapat duit

Member saya bernama Okazaki baru sahaja berpindah ke apartment 2 bilik bersebelahan dengan rumah member saya yang seorang lagi yang bernama Fujioka. Okazaki seorang yang pemalas, jangankan belajar(meja study pon baru nak pasang tadi), beliau hanya tahu buang sampah merata-rata serta tidak tahu menahu langsung cara-cara untuk berpindah. Sejak beliau berpindah ke situ sebulan yang lalu, beliau memang tidak pernah menyusun barang-barang dari kotak lagi dan barang-barang tersebut dibiarkan begitu sahaja. "Saya tak tahu nak start dari mana," jawab Okazaki. Okazaki meminta supaya aku dapat menolong beliau megemas rumahnya kerana beliau memang tak reti dan agak bengap dalam hal-hal mengemas rumah. Yang paling penting, saya diupah! Seronoknya dapat duit hasil daripada titik peluh sendiri yang keluar masa dok vacuum bilik dengan penuh habuk tuh...penat weyh. Tetapi saya seronok kerana saya dapat menolong kawan yang di dalam kesusahan di samping membuat duit.

-Tamat-

Dapur(Sebelum)

Dapur(Selepas)

Ruang Tamu(Sebelum)

Ruang Tamu(Selepas)

MACAM MANA KERJA SAYA?
SILA HUBUNGI SAYA UNTUK MENJADI BIBIK DI RUMAH ANDA!


Pink parka : Uniqlo
Pink cotton onepice : MNG
Pants : Antgauge

cold turkey

Today i've learned new English phrase. Ok I know how bad I am in English skill since i've been staying in Japan. English is rarely used here. So nak tak nak I have to accent the Japanese language skill. While driving today, the radio called I-RADIO has been broadcasting the simple English lesson for Japanese. The phrase for today was "Cold Turkey". It has nothing to do with the turkey itself. "Cold turkey" means to suddenly stop smoking cigarettes or stop taking drug. Oh now I realize how bad I am in speaking English.....(sedih)
5/11/09

Golden Week

Lama aku tak menulis. Suddenly aku terasa nak tulis pasal "GOLDEN WEEK". Semetinya korang-korang pernah mendengar perkataan Minggu Emas ini terutamanya orang yang bermastautin di Negara matahari terbit ini. Orang yang tidak menetap di Jepun mungkin kurang faham dengan maksudnya. Minggu Emas bukanlah bermaksud minggu di mana emas boleh didapati dengan murah di sini. Bukan. Di sini Golden Week merupakan "Nama Komersial" sempena cuti Am yang berturut-turut selama lebih kurang seminggu dalam saban tahun. Dan sudah semestinya minggu emas ni menjadi minggu yang paling ditunggu-tunggu oleh orang Jepun. Pada masa ini lah tiket kapal terbang, tiket bus, hotel-hotel, disneyland, tempat beriadah akan "difully-booked". Di Jepun, cuti Am selalunya tidak lebih dari 3 hari(orang Jepun kedekut cuti). Golden Week adalah lebih bermakna di kalangan orang yang sudah bekerja sebaliknya student-student tidak mempunyai perasaan mungkin disebabkan cuti Semester(sebulan lebih) lebih lama berbanding Golden Week yang ciput ini.

Cuti Am semasa Golden Week :
p/s: aku benci cuti di Jepun. Semua tempat sesak, serabut, beratur 2 jam tu perkara biasa. Perlu kerr??

I just love parka!!
Blue Parka : Aurora
Blue skirt : remixed
and a pair of grey laggings.
5/9/09

pekak sebelah

Karaoke lagi semalam. Tapi, sedikit pelik dengan telinga kiri aku. Something yang aku tak boleh nak cerita. Seperti ada semut yang baru lepas makan taik telinga aku, seterusnya berak di dalam telinga aku(Mesti susah nak faham). Kesimpulannya telinga kiri aku sakit, berdenyut-denyut bila aku terdengar satu tahap pitching, mostly pitching yang tinggi-tinggi belaka. Kadang-kadang sampai satu tahap tak boleh menerima input pendegaran, aku terpaksa menutup atau memasukkan jari ke dalam lubang telinga kiri supaya input yang masuk dalam telinga kiri aku berkurangan. Hampeh. Langsung tak masyuk nak karaoke semalam. Habis mood. Adakah sakit ini disebabkan aku jarang mengorek taik telinga, atau sudah tersumbat? Atau memang telinga kiri aku kian hari kian pekak?(Patutlah daya pendengaran aku rendah). Lecturer bersyarah masuk telinga kiri keluar telinga kanan. :p



Pink cardigan : C.O.L.Z.A
Cotton One-pice : Coney New York
Pants : Levi's remixed
5/7/09

capek

aku capek.
Capek sampai tak terbangun pagi tadi untuk ke lab.
tengah hari nak ke sekolah, kereta pulak buat hal. Maklumla kereta cabuk zaman tok nador.
seratus kali start baru nak hidup semula gara-gara ditinggalkan 3 hari.

Hujan......sampai ke petang.
Aku benci dengar suara guruh berdentum. Waktu itu aku rasa macam nak peluk bantal.

Oh, sebelum aku terlupa.
Pengajaran yang aku peroleh semasa di career fair tempoh hari:
  1. Confidence.
  2. Jangan gatal interview SPA hari sama dengan career fair.
  3. Perbaiki tahap English. Perlemahkan tahap Bahasa Jepun.(:p)
  4. Banyakkan membaca tentang hal negara tumpah darah.
  5. Aku nak cepat kahwin.

Cotton one-piece : J-honey
Green skinny pants : Back Number (Right On)
5/3/09

off to tokyo

off to tokyo.
not for fun.
but for finding job(i'm not ready i know).

wish me luck.
5/1/09

candles on a bun

 Yesterday i was invited to celebrate my friend's bigday. The name of the birthday boy is Okazaki who has turned into 22. He's 180cm tall and i only know that he can't live without beers. Too bad!He drinks a lot but he never gets drunk, how weird... i bet one day he's stomach will get hurt because of his bad habit.

We started the plan when we've gone dinner together without him at Chinese Cuisine. We planned to buy cake for him, but since the time is over 8pm(generally shops are closed at 8pm everyday), we then straight away  dropped by at Lawson convenient store, searching for cake and candles. Unfortunately, only non-delicious-looked cakes were left. The cake plan has been CANCELED.  

 It turned out to be a "big bun and 22 prayer(letak kat tokong) candles" plan. As for presents and gifts, we just bought the lucky draw anime goodies ; a mug, a Cellphone strap, and notebook i guess<-----pity him. It was fun, we all had fun spending time together. 

Happy Birthday Okazaki! Just don't drink 'n drive!

The birthday boy and his "cake"

p/s: okazaki has just moved to new apartment near mine. He doesn't like cleaning, thus promoted me a part time job just to settle down his untidy stuff, building up the new drawers etc. for 5000¥. Yes i would love to mate!

3 budak "nakal"

Semalam, aku ada kelas yang wajib aku attend, handled by my lab's lecturer, namanya Prof Mori. (Aku macam dah pernah sebut nama orang tua ini). Kelas yang bertajuk Dynamic of Processing, patutnya aku takyah ambik pun sebab dh cukup kredit, tapi sebab aku di bawah orang tua ini, aku terpaksa ambik jugak. Kalau tak ambik takleh grad dia kata!Wudda Hell!!

Abaikan rasa tak puas hati aku kat Pakcik Mori. Ceritanya begini, lepas aku masuk kelas, aku terus duduk di depan Jian(Mori panggil dia Nion-kun, nasib baik Nion, Kalau Nio, jadi "air kencing" terus), sorang lagi Malaysian yang boleh tahan kepala bengong serta disukai mamat-mamat gila Jepun. Di sebelah Jian budak bernama Yamada Yuhei, one of my craziest Japs friend. Dalam kelas Pakcik Mori ni semua orang wajib bawak buku teks. Yuuhei dan Jian bawak. AKU TERLUPA. .....

Nak dijadikan cerita, Yuuhei(mamat ni genius actually) sembang-sembang dengan Jian, macam biasa la gaya budak nakal tak mahu dengar lecture supaya nampak macho. Atauapun si Yuuhei ni memang hobi dia bercakap, mulut pun dah macam rupa mulut tempayan. Tak reti tutup mulut. Pakcik Mori ni pulak pantang kalau dalam kelas dia bercakap. Semua orang mesti dengar dan faham dia ajar padahal ntah apa apa dia bebel.

Pakcik Mori bengang lagi. Terus aku dan Jian kena halau dok depan. "Foreign student buat cara foreign student, jangan dok belakang, susah nak faham", direct aku kena angkut beg mengadap pakcik Mori secara dekat. Aku mintak pinjam buku Yuuhei supaya aku tak kena marah sebab terlupa bawak buku teks.

Bila habis kelas, si mamat kerek Yuuhei ni kena tanya dengan pakcik Mori, "mana buku teks?", Yuuhei jawab, "LUPA", dengan selambernya buat muka tak bersalah. Pakcik Mori makin membara terus si Yuuhei ni keluar sambil menengking "Minggu depan saya tak mahu tengok muka kamu lagi!menyemak!dah la bising, buat kacau!", Hantu Raya Mori sergah(mata dia dah merah, sikit lagi nak tersembul keluar).

Aku terkebil-kebil sambil menahan rasa bersalah.........
 

Blog Template by YummyLolly.com