11/29/09

tak sempat ber"autumn"


Cis, tahun ni tak sempat nak bergambar posing-posing depan lensa kamera dengan daun-daun keorenan autumn in my heart! Mungkin kepala penuh dengan fyp, research yang membebankan, so weekend penat cam malas nak kluar. Ha padan muka. Lebih malang, cari-cari 紅葉(kouyou-daun momiji oren)yang dekat, tak jumpa, last-last berposing sakan kat taman apa entah. Dalam kampung mana, yang aku ingat, banyak sungguh limau mandarin. Main letak duit dalam tabung kalau nak beli buah yang dilungguk 100yen. Masuk 100yen satu bungkus, tanak masuk pun takpa, kat neraka nanti jawab! ha ha.

pokok sakura la wey kat belakang tu, silap besar la(bogel).

ish tema apa ni.ha ha

candid di taman permainan

haa, ada nampak pokok berdaun oren? takda kan hahhahaha. lepas keciwa, terus blah ke Toyohashi st. mencari ketenangan, dengan harapan kedai yang baru bukak dapat mengubat hati yang duka tak dapat tengok daun oren. Harap handbag ja oren.

Pose di toilet saja yang dapat di"capture"

Ini pun agak menghampakan, kedai yang baru bukak tu tak ikhlas langsung;

tingkat 1- 1 restoran china, 1 cafe
tingkat 2 - 1 kedai crepe, 1 kedai donut, 1 kedai makeup, 1 kedai brg cantik, 1 pameran michael jackson "THIS IS IT"??
tingkat 3- ruang pejabat
HAMPEH.

Tapi choco ring tu memang masyuk. Tak dapat lupa sampai sekarang.

Last-last lepak kat *bucks lama gila, alang-alang tunggu Yana sampai dengan paper bag COACH yang gedabak.


Pukul 11 pm, layan cerita ni. 1st day kat Jepun, yang tengok dalam pawagam tak sampai 50 orang. Kamon aa orang Jepun....wayang tak minat apa yang korang minat aaa??? Cerita NEW MOON? aku suka, kecuali bela ni, serius cam tak faham feeling yg dia nak express. Dia sedih, tapi nampak macam tengah stim. Dia sedih lagi, rasa macam orang gila. Tak rasa sedih langsung, terus hilang mood terasa nak penampaq. Baik aku layan makcik Bela Tari Tirana lagi masyuk. Tak pon kak ruby bang aji. Tu pon ok jugak.

Trench coat : ARTICLE COM
(gift from Mama)
yellow inner : GAP
pants : uniqlo
shoes : BONIA
handbag : Guess

Tahniah la dekat member2 yang dapat tengok momiji tahun ni, cam tak dapek tengok laa tahun ni, pasrah. haha

hadiah

Apa yang menyebabkan kita terasa nak bagi hadiah kat somebody? Bila kita rasa rapat, then daripada menjadi sama dengan orang lain yang tak kasi apa-apa, kita bagi hadiah, supaya orang tu rasa dihargai. Aku rasa, kalau kita nak bagi hadiah kat orang, better jangan sebut, "aku beli hadiah kat dia sebab murah, kalau mahal aku tak bagi dah hadiah kat dia", macam entahlah, bagi aku, nak bagi hadiah kat orang, bagi hadiah yang kita mampu la kan of course, kalau tak mampu, benda murahlah yang kita akan bagi. Tak apa, tak salah bagi benda murah sebab harga doesnt count, tapi our thought counts kan. But, janganlah disebut-sebut sangat pasal kemurahan tu kot.

Pernah masa cuti summer hari tu, mama dan papa aku nak belikan baju n ties for bubu untuk buat hantaran. Kebetulan masa tu kami kat Penang, shopping mood, tambah-tambah tengah sale. Bagi aku, beli benda yang ada discount pun ok, sebab alang-alang murah kan, why not. Then kami beli la this one shirt, from Caserini, quite in good quality, Caserini kat Malaysia mahal. Tapi bila sale sampai 70%, terasa sangat murah dan kami beli yang itu. Then, papa rasa tak elok, dia cakap, "kalau nak bagi barang kat orang, jangan fikirkan sangat harga tu, macam tak sudi ja nak bagi hadiah dok fikir yang murah". Then, papa terus ke dockers booth, carik other shirt for bubu, New arrival with no sale. Sebab dia tak sanggup nak bagi hadiah disebabkan harga yang murah untuk bakal menantu dia. How mulia hati papa. Maybe papa rasa kemampuan dia lebih daripada itu, so go on lah kan. Kalau kita selalu sebut-sebukan "harga" pada hadiah yang kita nak kasi kat orang tu, ternampaklah bahawa kurang ikhlas di hati untuk memberi betul tak? Even tho kita sebenarnya ikhlas sangat. Bagi aku, better tak bagi hadiah daripada bagi benda yang kita sekadar nak kasi sebagai cukup syarat. Entahlah.....lain orang lain ragam kan?

p/s: sekadar peringatan untuk aku. Hantaran tak cukup lagi ni...takpalah, setakat yang aku mampu lah.

aku suka wartawan ni

Mawi, Ekin dan apa?

MAWI penyanyi yang dilahirkan menerusi proses “demokrasi” iaitu mengundi. Undi kepada Mawi adalah majoriti dan dia dipilih untuk duduk di kerusi penyanyi popular selepas keluar dari Akademi Fantasia. Mawi dalam erti kata sebenarnya belum teruji sebagai penyanyi.

Siti adalah satu-satunya yang belum meminati Mawi. Siti sedang mencari sudut untuk meminati Mawi tapi belum terjumpa lagi. Tapi berjuta orang meminati Mawi, dan dia tak perlu kisah dengan seorang Siti tak meminati dia.

Daripada sudut seorang artis, Siti melihat Mawi sebagai seorang peniaga yang kekurangan modal. Dia mempunyai modal kecil untuk perniagaan yang besar. Akhirnya Mawi kehabisan modal kerana tidak banyak ranjau duri yang mengajar dia menjadi penyanyi yang hebat.

Kerana itu sejak akhir-akhir ini kita lebih banyak nampak Mawi memperagakan “kemesraan” dengan isterinya Ekin. Siti tidak melihat ini satu yang bijak daripada Mawi. Dia boleh merancang untuk tidak terlampau memperagakan isterinya kepada media.

Mawi mesti memperagakan hasil karyanya. Mana lagu-lagu baru Mawi? Penyanyi mesti ada lagu. Lagu pula mestilah yang baru supaya ini menunjukkan kerjaya dia konsisten. Mawi dapat peluang keemasan apabila orang simpati dia dikeluarkan dari Akademi Fantasia dulu.

Tidak semua orang mendapat peluang itu. Tapi Mawi mesti realistik untuk menjadi penyanyi yang berjaya, tidak boleh bergayut pada simpati sepanjang masa. Mawi mesti tunjukkan bahawa dia bukan penyanyi yang naik kerana simpati.

SITI JARUM: Nasihat Mawi janganlah berlakon lagi.


p/s:mawi get lost!buat malu ja. glamour saja tapi habuk pon tadak. industri muzik malaysia tak perlukan artis samp** macam ni laaaa. emo plak aku. ok bye.


sekali harung

day 1 :(makcik tukang sapu made my day)

my breakfast : prawn burger

My lab work : playing with THIS. Aku dah naik lemak bosan, tak larat.

This day was a dull, boring day. Semua aku buat tak kena.
1.bangun lewat(telefon buat hal tak bunyi alarm-"insert USIM card tiba2")
2. Masa kat 工場, nak potong besi ni tersilap besi nu. Shit. Satu besi makan masa sejam lebih. So, no lunch that day!grrrrr
3. Tak sempat makan terus ke perjumpaan untuk internship pasal "MANNER di tempat kerja"
(Makcik pengetua sekolah pramugari yang bagi penerangan, HOT makcik. Jepun penuh dengan MANNER. Tabik ah.)
4. Balik perjumpaan terus meeting RnD. Perut lapaq hap hap.
5. Nasib baik makcik tukang sapu made my day. Sebelum ke 工場,sempat dipuji oleh makcik tu;
"おねちゃん可愛いね。。。小ちゃい顔してるから!"
(malas nak translate.)


Day 2:(my friend is Oh-TAKU!)

My lunch : a pack of sushi again, with inaho chan

Then, at 3 pm, me and my labmates went out for CAKE VIKING(kek buffet) for 1000yen!
Nasib baik tak naik kereta kawan aku ni. Boleh tahan OTAKU mamat ni. Otaku ANIME.
きもいいいいいい〜

Makan kek sampai muak. Naik loya tekak aku. No more sweets please!

Otaku otaku pun pandai buat lampu kereta bentuk ♡ sendiri babe. Boleh tahan bijak. Tapi aku still geli dengan orang macam ni.

Day 3 :(school's illumination)

Hari cerah; stim nak buat kerja

Bertambah stim sebab banyak pokok TSUBAKI. I loiike~

Balik skolah, dah malam!(sekarang gelap kol 5)
Keluar-keluar kat ground univ terkejut banyak lampu biru ni kat pokok. Orang Jepun memang suka buat illumination kalau nak krismas. Tapi kenapa di sekolah???! Buang letrik oi. But nice tho lol.

My dinner @ daidaiya; 煮付け定食(set ikan masak kicap with sashimi)
MARVELLOUS. Memang la mabeles, time aku masak ja mengelat ajak housemate makan kat luaq. Waaaaaaaaaaa. Sungguh daku tak boleh bayang hidup aku lepas kawin. Kalau malas masak macam mana? Hubby ku la masak alamatnya ha ha.

The end. Semua hari pun penat, sekian.


11/26/09

resipi : chawan mushi

Senang sangat nak buat 茶碗蒸し(chawan mushi) ni sebenarnya kalau ada microwave! Zana mintak nak try kan..Sapa hantu teloq, atau kalau tak boleh nak bayang, bayangkan tauhu telur. Kalau sapa yang suka 2 benda tu, mesti akan suka chawan mushi ni he he even orang yang tak pernah try. Chawan mushi ni selalunya datang set dengan makanan lain seperti nasi, orang Jepun tak makan chawan mushi as main dish. Untuk suka-suka kasi lekat celah gigi ja kot kalau aku makan ha ha.

Resipi kali ni aku amik dari buku 基本の和食(Basic of Japs food). Makanan yang simple2 banyak dalam buku ni. Nama resipi ni 明太子茶碗蒸し(Mentaiko aka coroe chawan mushi).

click for larger view ok(untuk sapa yang faham Bahasa Jepun)

Untuk siapa yang tak faham bahasa Jepun, here's the translation :

Masa: 10min
cal : 55kCal

Bahan(untuk 2 orang) :
{penyediaan chawan mushi}
telur 1 biji
fish stock 3/4 cup
garam sedikit(aku selalu masuk secubit, sebab sikit sgt, jgn masuk byk)
kicap masin 1/2 sudu teh

{topping}
codroe(raw) 1/4 potong
daun bawang 1 batang

Cara :
1. Sediakan stock ikan, masukkan kicap dan garam dan gaulkan.. Tunggu sampai sejuk sebelum masukkan telur.
2. (seperately)di bekas lain, pecah telur dan kacau.
3. Tuang telur ke dalam bahan di nombor 1 dan kacau lagi.
4. Tapis dengan penapis(untuk lembutkan texture chawan mushi)
5. Masukkan dalam bekas(aku takda bekas khas, masuk dalam mug ja hantam), dan buang buih2.
6. masukkan dalam microwave, dan ONkan(500W untuk 2 min, 600W untuk 1.5min) sampai keras macam tauhu telur tu. Kalau tak keras onkan microwave tu sampai keras.
7. Hiaskan codroe dan daun bawang tadi dan siap!

note : aku rasa bosan makan telur ikan ni saja, aku masukkan cendawan, sayur2 lain dan udang. Sedap jugak!

Selamat mencuba!

Ah, aku suka resipi jepun, sebab kat belakang buku mesti dia akan bgtau cara nak sediakan stock ikan macam mana, even cara nak potong sayur macam mana(contohnya, hiris, siang, titik punya perbezaan dia akan tunjuk dengan gambar).

cara nak sediakan stock ikan

Siap pisau punya bahagian pon dia terangkan!how precise they are!(kot kot la tak reti nak potong macam mana, bahagian mana, diorang potong ikan pon ada orang yang master n kena ambik exam!kadang-kadang menyusahkan jugak bila dah terlampau cerewer ni kan)

heh. agak melampau kan.


inaho!

hey meet my japs friend!she's inaho chan!very the polite baik gila..tak pernah jumpa orang jepun sebaik dia.the best part is she's attending my wedding next april!tadi lunch dengan dia..発表まで頑張ろうね〜

contoh

sedikit air asam jawa, minyak masak dan garam.wudda?
ps:aku marah kt buku resipi ni.kalau ada buku detail tkpalah.nant aku beli bla dh balik msia.
11/25/09

lebih kurang

Aku paling naik lemak, allergic bila membuak-buak perasaan nak masak masakan baru, tapi cek cek resipi, resipi tu agak "kurang asam". hehe takdalah, aku rasa resipi yang orang Malaysia tulis ni kan halai-balai gila. Contohnyalah kan, garam dan gula memang "secukup rasa", cariklah resipi kat mana pun, memang wajib semua tulis secukup rasa tu. Sapa yang lidah dia memang macam chef, retilah nak bajet, yang tak reti tu, last-last jadi tawar la, terlebih masin orang cakap nak kawin plak. Yang paling bengong, resipi tu tak tertera untuk berapa orang makan. Memang takleh nak budget, kang buat resipi tu terlebih sapa nak melantak? Tolongla kalau nak tulis resipi kat mana-mana, jangan la lebih kurang sangat kan..kalau sukat betul-betul lagi senang nak jadi masakan tu, jangan kedekut ilmu ha ha.

Semalam serius teringin nak makan masak lemak yang "pure". Bukan perencah instant(selalunya mama yang buat, aku makan ja) dan aku jarang masak masakan ni sebab, entahlah. Bila rasa teringin ja baru nak makan. Tak berapa minat, yang paling aku suka, kari ha ha. Tengoklah resipi yang aku cari ni, rasa nak rimbuk ja laptop. Geram sebab benda paling main(santan), dia suruh letak IKUT SUKA. Baik tayah post resipi babe! Nasib baik tangan ni ada umph jugak, so takla sampai tak jadi, tapi geram gak la.

Kat buku resipi malaysia pon macam tu, resipi tak precise sangat. My mom masa dia kat aussie cakap, best baca buku resipi sana sebab sukatan memang perfect! Kat sini pon macam tu, sukatan walaupun garam, dia akan tulis. Tapi kalau dah sikit sangat memang la dia cakap "sedikit" garam. Tapi kalau dah masak lomak, takkan nak letak garam sejemput kan? Hish bengong. Last-last cipta resipi sendiri. Bagus gak resipi lebih kurang ni, boleh test skill masak sendiri ha ha.

Masak lomak cili api Hotate & terung
11/23/09

Cochineal


Lepas tengok rancangan 逆流 tadi, barulah aku tau pewana merah yang digunakan untuk buat 蒲鉾(kamaboko; japanese fish cake) adalah daripada sejenis serangga. Serangga semacam kulat,bakteria aja aku nampak melekat kat pokok kaktus. Serangga tu dikenali sebagai Cochineal. Kalau search kat wikipedia memang ada. Takpalah. meh aku ringkaskan :

DYE:
A deep crimson dye is extracted from the female cochineal insects. Cochineal is used to produce scarlet, orange and other red tints. The colouring comes from carminic acid. Cochineal extract's natural carminic-acid content is usually 19–22%.The insects are killed by immersion in hot water (after which they are dried) or by exposure to sunlight, steam, or the heat of an oven. Each method produces a different colour that results in the varied appearance of commercial cochineal. The insects must be dried to about 30 percent of their original body weight before they can be stored without decaying.It takes about 70,000 insects to make one pound of cochineal dye.

USE:
Traditionally cochineal was used for colouring fabrics. Today, it is used as a fabric and cosmetics dye and as a natural food colouring, as well as for oil paints, pigments and watercolours. When used as a food additive the dye must be included on packaging labels.Sometimes carmine is labelled as E120.
Carmine is one of the very few pigments considered safe enough for use in eye cosmetics. A significant proportion of the insoluble carmine pigment produced is used in the cosmetics industry for hair- and skin-care products, lipsticks, face powders, rouges, and blushes.

Eh tapi betul ka ni?
Many Muslims consider carmine-containing food forbidden (haraam) because the dye is extracted from insects.

Tekejut aku tengk orang korek-korek insect tu, then jemur tengah panas, pastu rendam dalam air panas, air tu jadi kaler merah! 勉強になります!Terima kasih kepada Wikipedia dan juga rancangan yang menambah ilmu yang tak berapa nak cukup dalam otak ni!

11/22/09

tutorial buang masa

Supposed to be megan fox inspired look. tah, sama ja macam makeup yang aku pernah try. Tak suka bila kena pakai eye liner kat water line bawah. Mata sensitif sangat. I'll prefer simpler one. hehe sekkaku dah try, post ja lah. Senang ja nak apply.

Langsung la tak se"HOT" megan fox hahahhahha

new life new hope!

Nak mula hidup baru, kena ada mood. Nak ada mood, kena ubah bilik supaya mood berubah. Kalau akulah. Bilik aku memang berkadar langsung dengan mood. Kalau mood aku baik, maka kemaslah, cantiklah bilik aku. Kalau mood aku serabut, tensen, maka serabai dan bersepahlah bilik aku. Rasanya ni memang sifat orang yang berdarah A yang tegar ha ha. Semalam untuk mengubah mood baru, aku dah nak grad, lagi sebulan kena present FYP. Fuh, perlukan mood yang agak baru untuk berusaha. Kalau tak, tak berjalan minda aku.

So, semalam dah tukar semula mood bilik aku. Hopefully aku boleh fokuskan semuanya kat FYP. Saat genting ni.....cuak cuak.....

11/19/09

tsubaki

椿
"TSUBAKI"

Sejenis bunga yang digelar camellia Japonica(scientific name). Mungkin mak bapak Camelia penyanyi tu suka bunga ni ya tak? Bunga ni setiap kali awal-awal masuk musim sejuk(autumn), mesti merata-rata akan nampak bunga ni. Aku suka sangat bunga ni, dah la cantik, masa bunga ni tumbuh, rasa macam tahun ni akan berakhir, tahun yang penuh dengan cabaran dan dugaan, mana yang baik dijadikan pengalaman manis, mana yang buruk tahun depan jangan diulangi. Bila tengok bunga ni, terasa macam...dah hampir berakhir tahun ni, entah sempat tengok bunga ni tahun depan atau tak. Tahun ni, dah masuk kali ke 5 aku boleh lihat bunga ni berkembang. Tahun ke-5 ni jugaklah merupakan tahun terakhir aku boleh tengok bunga ni berkembang. sigh. Tahun depan dah takda. Tahun depan aku dah di tanah air semula menjalani kehidupan baru yang belum tentu aku tahu macam mana rentaknya. Betul cakap kawan-kawan aku yang akan sama-sama pulang tahun depan, sudah bersediakah kami mentally or phisically? 5 tahun ni banyak mengajar aku erti hidup yang sebenar.

Sejak aku dihantar ke sinilah aku belajar hidup jauh dengan keluarga, tiada mereka di sisi, makan pakai duit semualah kena diuruskan sendiri, kalau kena marah dengan lecturer pun, tension study pun, terpaksa terima dengan hati yang redha. Di sini jugaklah aku belajar pegang periuk dengan betul, masak untuk diri sendiri, kalau di Malaysia semua dah disediakan. Di sni jugalah aku belajar untuk menjadi kuat, dengan kudrat sendiri untuk survive di negara ini, seriusly masa awal-awal datang macam orang bodoh tak reti nak berkomunikasi. Belajar pun tak senang sebab semua dalam bahasa Jepun 100%. Masa tu jugaklah terpaksa terkejar-kejar untuk menguasai bahasa Jepun dengan kudrat sendiri. Sejak datang ke sni, aku boleh lihat salji dengan mata sendiri. Boleh pegang dan rasa dengan lidah sendiri bagaimana sejuknya salji. sejak datang ke sinilah aku mendapat jodoh, kenal bakal suami aku, bubu. Sejak sampai sini lah aku belajar memegang chopstick, kenal makanan jepun, dan sebagainya. Kesimpulannya, banyak benda baru yang aku dapat masa kat sini.

Dan sejak dihantar ke sini aku mengenal erti persahabatan, kerjasama, kekeluargaan, kasih sayang yang tak dapat dipelajari di Malaysia. Kalau di Malaysia mungkin boleh hidup sendirian, tapi di sini tanpa kawan-kawan, rasanya susah nak survive kan? Kenangan pahit dan manis kat sini memang takkan aku lupa sampai bila-bila.

Tahun ni tahun terakhir, tahun depan mesti akan banyak "1st time" dalam hidup aku. Macam mana ni? he he terimalah. Hidup kena diteruskan kan!

awan cantik la semalam!

nak tergelak aku baca ni

"Kata orang sediakan payung sebelum hujan. Apatah lagi, saya sendiri menyedari tentang hakikat jualan album yang semakin merosot sejak akhir-akhir ini kerana banyak faktor.

"Antaranya senario muat turun lagu di Internet dan masalah cetak rompak. Senario itu berlaku di seluruh dunia," katanya pada sidang media di Seri Kembangan, Selangor, baru-baru ini.

Aduh Mawi, nasib baik kau pandai jugak cari makan. Album merudum nak salahkan masalah cetak rompak. cet podah.

aku jarang kutuk orang di blog dan tak suka, tapi memang aku takleh blah dengan artis macam ni.

11/18/09

hp canggih tapi takda guna


Kalau aku nak beli hanphone baru masa balik Malaysia for good nanti aku akan beli hp yang kamera resolusinya tinggi. Tak kira macam mana pun, pixel cameraphone tu mesti 5Mega ke atas. Sebab aku suka sangat ambil gambar pakai handphone. Kadang-kadang malas nak bawak camera, tapi hp wajib ada 24 hrs dengan kita kan. Orang Jepun pun sekarang ni ambil gambar pakai camera handphone ja. Cepat, mudah, senang sebab compact dan memang disarankan ha ha. Most of the pictures in my blog were taken with my cameraphone. I'm using SHARP 910 SH model, camera 5Mpixel. Sekarang ni handphone yang sampai 10Megapixel pun dah ada kat sini. Sebab memang ternyata ramai orang jepun pakai handphone ni sebetul-betulnya.

Banyak hp kat sini jenis flip style skrin gedabak punya besar. Sebab boleh mobile blogging, mobile shopping, baca novel or komik, cek jadual train, cek weather, navigation kot-kot sesat, tengok tv, main game, dengar lagu pun salah satu function hp kat sini. Tak ramai pulak orang Jepun yang pakai hp macam pda, eventho diorang bz, tapi takla sampai poyo nak buat kerja sampai dalam telefon. Cukup sekadar hp tu dapat memenuhi masa yang ada masa tengh tunggu train, bus, supaya tak bosan. Kalau dalam train, memang most of them akan pegang handphone macam tengah tulis message tapi tak pun sebenarnya, ada yang baca komik, novel dsb. Kat sini banyak model hp yang memang tak ada kat Malaysia. Kebanyakan company yang buat hp adalah dari Jepun sendiri seperti SHARP, CASIO, TOSHIBA dan aku rasa diorang buat hp yang power ni untuk kesenangan hidup orang negara diorang sahaja. *sigh*(cemburu)

Oh meh nak kongsi handphone-handphone canggih buat masa sekarang di sini.
solar charger handphone
Takyah nak risau pasal bateri "kong" dan pasni.

HD video camera phone from WOOO Hitachi. Video HD mestila lawa kan.

Sony ericson cybershot. Dah sebijik camera dah rupanya.

Hum...cara orang pilih hp kat Malaysia mungkin agak berbeza dengan di sini. Mungkin penggunaan internet(bukan nak berfacebook ja) dalam kehidupan penting. Kat Malaysia rasa macam orang berlumba-lumba nak pakai hp mahal yang aku tak faham kenapa. Kalau hp tak lebih dari seribu tu macam tak boleh nak hidup. Sesetengah tu, sanggup buat macam-macam just because nak pakai hp power. Last-last takda kredit jugak! Aduh...Kat Malaysia pakai hp canggih pun penggunaan aku rasa terhad sangat. Bukan boleh cek weather forecast, cek jadual train or navigation pun. Hopefully Malaysia pun from now on akan lebih maju dan company telecomunication macam MAXIS dapat memberi sumbangan kepada pengguna supaya hidup lebih senang. Maybe 20years ahead?Kot kot nanti boleh cek masa train putra lrt or komuter siapa tahu kan?

*bukan nak memperlekehkan negara sendiri, tapi rasanya pakai hp yang memadai, setakat yang kita mampu pun sudah cukup kan? Tapi aku nak jugak hp camera pixel tinggi!

haik haik!


Orang Jepun ni suka sangat tunduk hormat(bow) haik haik ni. Orang panggil お辞儀(ojigi). Sampai notis yang ditampal kat dalam lif ni pun nak ber"ojigi". Yang lawaknya sampai ke dalam telefon pon nak tunduk hormat. Baguslah, hormat orang benda yang baik kan. Notis kat atas tu adalah pemberitahuan "construction work" yang menggunakan lif dalam bangunan univ. Construction kat dalam building, so nak angkut-angkut barang naik atas pakai lif lah. Siap balut dengan plastik warna biru taknak kasi comot dinding lif tu. How fine and civilized they are kan?

「ご迷惑をおかけしています。工事中ご協力お願いします。」
"Sorry for the inconvinience. Please give your cooperation while underconstruction."

sweeet!


Kan aku dah cakap orang Jepun ni memang gilakan crepe! Sampaikan Baskin Robbins pon semangat buat crepe. Eh entah-entah kat Malaysia pun ada cuma aku ja yang tak tahu he he. Hari aku makan crepe ni taktau kenapa aku gila meroyan nak makan benda manis sangat! Padahal sebelum tu dah take away Mister Donut 2 ketul! Jangan kencing manis dah.

*eh, rindulah pulak rambut lama takdan dan nak rindu pun!
11/16/09

the last time that i was so damn happy

Venue : Toki Premium Outlet, Gifu or Aichi?

Hajat aku untuk menjenguk-jenguk barang hantaran kesampaian. At that time, I was very excited macam orang gila sanggup berjalan berjam-jam. Toki outlet tengah winter sale babe! Kat Jepun ni ada outlet shopping center, which boleh dapat satu barang yang sama brand dengan harga yang lebih murah. Yes, ada lagi sedikit barang yang perlu dicheck. Seminggu ni, semangat tak berapa nak ada tapi sekarang dah mula bersemangat (sikit saja, tak banyak). Malas nak semangat-semangat.

Sebelum menjadi orang gila bawak paper bag gedabak! ha ha

Leather jacket : Honeysuckle rose
black shirt : sid & nancy
pants : malas nk tgk brand
heels : rematched
studded handbag : also rematched
11/14/09

silky straight

Oleh kerana serabut, i have my hair cut today and changed my hairstyle to silky straight. Rimas masa kat lab kena ikat rambut, sayang perm curly tu so better let it straight.

with my hairstylist, Morita san

いつもお世話になりました!

oh -my -messy -bed

My life has completely changed, and i just have to start it all back. New life, new hope, new image~! Hopefully i have enough strength to get over it~
11/13/09

falling apart

Maybe it's because I'm crazy,
Maybe it's because I just can't,
Honestly tell you what I want.
It's never enough to stay still and hold you,
To break loose and run the taste of you,
Wild on my tongue.

Am I no good to you now?
Am I no good to you now?
We're spilling over.
We're falling apart.

Spent my days with doctors,
And my nights with crooks,
And all of them who sell me for a song.
So I'm here.
Safe Dear.
A fiction in your arms.

Am I no good to you now?
Am I no good to you now?
We're spilling over.
We're falling apart.

So get me out
Start me over
Forever changed
I should have told you
I'm falling apart.

Cause all I say,
It doesn't matter anyway.
All I say,
It doesn't matter anyway.
I'm giving up,
So call my bluff.
Cause I just need to be reminded who I am.
I'm falling apart.

We're spilling over.
We're falling apart.

I'm giving up.
Starting over.
I wanna be,
I wanna hold you.
We're Falling apart.

So wanna be loved?
So wanna be loved?
So come on now
Come on love.

broken

The broken clock is a comfort, it helps me sleep tonight
Maybe it can stop tomorrow from stealing all my time
And I am here still waiting though I still have my doubts
I am damaged at best, like you've already figured out

I'm falling apart, I'm barely breathing
With a broken heart that's still beating
In the pain there is healing
In your name I find meaning

The broken locks were a warning you got inside my head
I tried my best to be guarded, I'm an open book instead
And I still see your reflection inside of my eyes
That are looking for purpose, they're still looking for life

I'm falling apart, I'm barely breathing
With a broken heart that's still beating
In the pain (In the pain) there's the healing
In your name (In your name) I find meaning
So I'm holdin' on, (I'm still holdin')
I'm holdin' on, (I'm still holdin')
I'm holdin' on (I'm still holdin')
I'm barely holdin' on to you

I'm hanging on another day
Just to see what you will throw my way
And I'm hanging on to the words you say
You said that I would, would be ok

The broken lights on the freeway left me here alone
I may have lost my way now, haven't forgotten my way home

I'm falling apart, I'm barely breathing
With a broken heart that's still beating
In the pain (In the pain) there is healing
In your name (In your name) I find meaning
So I'm holdin' on, (I'm still holdin)
I'm holdin' on, (I'm still holdin')
I'm holdin' on, (I'm still holdin')
I'm barely holdin' on to you

I'm holdin' on (I'm still holdin')
I'm holdin' on (I'm still holdin')
I'm holdin' on (I'm still holdin')
I'm barely holdin' on to you
11/9/09

curry freak!!

Tadi tengok Hey!hey!hey! tv program. Selit-selit cerita pasal dessert perasa kari. Aku suka kari, terasa cam teringin la pulak nak rasa he he.

1. soft ice curry flavour hahahha

2. curry pudding auwwwwwwww~
cam tak sedap ja

3. curry ramune (minuman berkarbonat legend Jepun)

Fuh kalau lapar kari bila-bila try cicah dengan roti canai tengok macam mana. Masyuk ka tak eh?
11/8/09

headscarf style



LOVE LOVE LOVE.

Honeymoon style maybe? thihihihihihi. Dah sudah berangan.
11/6/09

tiada khinzir

note:Kalau entri aku dalam Bahasa Jepun mengarut tu maknanya aku tulis blog through Handphone. Snap gambar dan terus hantar ke go@blogger.com

Baru semalam aku merungut-rungut nak kelainan dalam hidup. Seriously weekdays memang bosan. Bosan sebab asyik buat benda yang sama bai. Tapi harini, hari Jumaat ada lah sedikit sebanyak kelainan yang aku dapat ha ha. Balik-balik makan kat luar dengan housemates n Aisha. Serius bosan nak makan kat umah. Masak pon dah takda mood asyik balik lambat. Harini makan kat halal Indian restaurant. "DEVI" restaurant. Nasib baik keadaan kedai OK(aku sangat geli kedai Indian ha ha).

hahhaahhahahhaa. Orang india pandai ckp BM.

ok saya ulangi, tiada babi di kedai DEVI ok.

Oh satu lagi kelainan, dah berbulan-bulan aku tak develop filem. Serius lama. Dah setengah tahun apa. Sebabnya aku takda film scanner dan kalau nak cuci filem memang mahal. 2000yen lebih untuk satu roll gila ka apa? Sebelum balik Malaysia memang aku akan beli scanner but not now lah. Banyak lagi barang yang aku fikir lagi penting...lagipon balik mesia cuci filem saja tak sampai rm10 kot. So, 2 hari lepas hantar 1 roll pakai pos, diorang cuci dan hantar balik pos kat aku, dan hasilnya....agak sakit mata sebab aku set まかせる(ikut suka hati) kedai tu nak buat contrast macam mana. Anyway, i love film cameras, and i believe film won't be dead.

left alone

ant'S view

tersadai....

IMG_0017

kosong....

lc-a+, fuji astia100c, x-pro


 

Blog Template by YummyLolly.com