3/31/09

Research day!!

1o:30 pagi golek-golek atas katil.
11:00 tgh hari Bangun pagi, terus mandi
12:30 tgh hari Siap mandi, blow rambut, pakai baju, makeup, makan tengah hari
13:20 gerak ke campus

Hari ini, boleh dikatakan hari bersejarah, di mana aku kena pilih Tema Research yang bakal bermula bila bukak sekolah 13 hb nanti. Research yang boleh dikatakan Final Year Project la...eheh...lagi setahun dah nak balik for good...macam tak percaya pulak...how fast..Aku boleh dikatakan agak bertuah sebab aku dapat pilih Tema yang memang aku minat dari awal-awal lagi...Tak payah nak fikir Janken atau ikut CGPA. Research course aku dibahagikan kepada 3; 材料Material, 制御Control(programming) dan 加工Processing. sah sah aku tk minat apa-apa selain processing. Tuhan bukakan jalan untuk aku awal-awal lagi aku dapat masuk 塑性加工研究室(plastic working/metal forming research) sebab aku tak sambung Master. Orang yang tak sambung master dihadkan seorang dalam setiap kumpulan research. Budak-budak course aku hampir 90% terus sambung Master. Aku pulak gatal nak balik. Tengoklah someday aku akan sambung jugak Master insyaallah..Kadang-kadang terasa jugak nak sambung Master, tapi taktau bila...

Dengar kata research aku 余裕(tak busy). Disebabkan aku tak berapa rajin, aku bertambah suka dapat 研究(research) ni. Senior pun boleh balik Malaysia masa Summer break nanti. Yey!

Hari ni jugak last day tahun Jepun. Esok 1 April 2009, tahun baru untuk orang Jepun. Sekolah, kerja kebanyakan dimulakan pada bulan April. Bunga Sakura pun mula berkembang dengan cantik di setiap jalan, halaman, sekolah dan di mana-mana saja. Bulan April ni lah kita boleh mulakan hidup baru, semangat baru macam mana bunga yang baru tumbuh.

What i wore to school today?

Leather jacket: Honeysuckle Rose from Right On
Skinny pants: Gal Fit?(lupa) from Raporu
Dress: Adika(made in India) from Jusco
3/30/09

feelings

i miss mama and papa, seriously.

aku teringat kata-kata mama tempoh hari, "angah, nak tau kenapa mama dan papa murah rezeki?"

aku menggeleng.

"tiap-tiap hari papa tak pernah lupa sembahyang sunat Dhuha sebelum masuk waktu Zohor....sejak papa ada rutin tulah, rezeki melimpah ruah datang....mama pun sekarang make a point untuk ke arah itu....kalau angah ada masa, jangan lupa untuk tunaikan solat sunat Dhuha ok..."

pesanan mama takkan aku lupa.

Cuma tunggu masa untuk menunaikan ibadah sunat yang jarang-jarang sekali aku lakukan. Sembahyang 5 waktu pun cukup-cukup makan sahaja....

Aku pun inginkan kesejahteraan hidup dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah....

We never know.... : )

whoaaaaaa! ;)

best buy!!

BEST BUY=when we purchase good things in cheaper price.

That is what i'm searching for when my money condition is not in good one. Nahh..there's no "NO" in buying the sale goods isn't it? As long as we love the design, in good condition and stuff, why not! I am not into expensive things all the time. I am flexible enough to make desicion whether to buy the expensive or in cheaper price. The main point is, if i like this one thing, no matter what it takes with the price, as long as i am capable enough to purchase it, i'll buy it. I just couldn't resist buying new clothes!!

From now on, I promise not to waste my money on expensive things anymore. I have to start saving! I love buying new clothes, but now they are all must be below 2000¥, at least. Let's challenge ourselves friends!!

Let's take a look at my fashion sense in cheaper price! hehe

short sleeve stripe dress for 1400¥

3 piece set of onepiece for only 1800¥

"Great Western" long sleeve shirt for 970¥


Oh by the way, Recently I'm into girly sense of fashion. Feels boring with my recent apparels which is a bit boyish. They all can be mixed up with variety of styles which i'd love to try soon!

I wish i could make a business on selling Japanese style of fashion's apparels one day....sigh..

Plus, just now i've bought a Torso mannequin in the net, just in case i would like to mix and match the clothes rather than i wear it by myself!

New Torso mannequin to come by
3/29/09

helping junior and room renovation

I have been a bit buzy nowadays helping the newcomers for my Univ. 5 boys and 2 girls. 4 of the boys are malay and one of the girl is chinese. The Malay seniors haven't been informed about the news of the 2 chinese. I don't know why.

The most important thing is helping the one and only our Malay junior girl. She's alone, no transportation to move, needing our help since she's new in Toyohashi.

Kami bawak junior kami, nama budak tu Hana, orang Kedah. Boleh kira berapa ramai orang Kedah kat Toyohashi nih..haihh terlampau banyak! Rumah Hana agak jauh la daripada student kat sini. Jauh dari Univ. Dekat dengan Aichi Univ.haha...Kami bawak Hana beli barang-barang rumah kat Jusco, Shimamura, dan Kahma Home centre. Hana kadang-kadang bosan, so selalu aja lepak rumah kami. Dia pun belum ada transport, tv, laptop semua. No entertainment, so kami ajak dia tinggal kat umah kami sebelum semuanya lengkap.

So far, rumah Hana dah lengkap, tinggal tv dan laptop dan internet yang belum pasang. Senang hati tengok junior dah boleh hidup dengan tak susah payah, teringat masa mula-mula sampai kat sini, banyak benda yang kena mintak tolong seniors. Seniors semua baik-baik belaka tolong bawakkan beli barang, hantarkan ke mana-mana tempat yang kami taktau. Thanks semua!

Anyway, Bercakap pasal rumah, bila tolong Hana kemas-kemas rumah dia, aku pun tersemangat sekali nak renovate bilik, bosan dah setahun mengadap benda yang sama. So masa bawak Hana beli barang kat Shimamura, aku pun terperasan macam orang baru kat sini, beli new rug, dan bed sheet. new spirit for this spring! hopefully...

Feels good!

Furthermore, memang dah lama aku nak buat something kat Closet aku yang lain daripada orang lain. Kat sini orang panggil "Oshi ire". Kalau tengok cerita Doraemon, tempat Doraemon tidur tu la kita panggil oshi ire. But bilik aku ni, oshi ire nya a bit western style. Pintu closet sampai ke atas siling, dilengkapi dengan cermin, ada sentuhan interior sikit. But my closet's weakness is KOSONG. Tidak langsung dilengkapi dengan apa-apa rak kayu. Macam ruang kosong saja. So, nak tak nak aku kena beli almari or, rak yang tinggi untuk isikan baju-baju yang semakin bertambah dari semasa ke semasa. Tahun lepas, aku beli rak besi sebab murah, dan aku tersilap pasang. Sungguh bangang. SO masa aku tengah semangat nak kemas-kemas bilik, aku kemas dengan oshi ire sekali. Penat. Sampai pukul 3 pagi baru siap. But the result is impressing. Sejuk mata meandang tengok bilik kemas.

BEFORE

AFTER
3/25/09

Takuya Kimura??!

Sejak 2 3 menjak ni....aku tak faham kenapa aku asyik termimpi Takuya Kimura...Macam kawan baik pulak tu..tihihihi. Yang paling aku ingat...Semalam Takuya Kimura sudi nyanyi lagu lembik SMAP dia kat depan aku....hahhaahhaha gila gila.

Actually masa sekolah mengengah dulu memang minat gila kat Kimutaku. But since datang Jepun ni...ada satu rancangan dipanggil SMAPxSMAP ditayangkan setiap hari isnin malam...Bertambah geli aku kat Kimutaku. Gaya bila dia menari dengan kumpulan seangkatan boy band dia tu....erghhhhhhhh sakit mata. Pinggang lembik, kaki lembut, tangan lemah gemalai. Geli. Geli.

Kimutaku ni pulak kadang-kadang tengok dia かっこ付け(kakkotsuke) yang bemaksud.....perasan skit...sebab dia tahu dia hensem....hehe takpa la..nasib hang hensem. Tapi memang gaya menari dia agak sucks. Sekian.



Kimutaku please stop being with SMAP!haha
3/24/09

shopping mood!adoihhhhh

adoi.....shopping mood aku datang membuak-buak pulak tiba-tiba. Masa aku shopping dengan family kat sini, Right On sale gila babi. Seluar jeans Levi's yang aku minat tak kesampaian nak beli. Mama aku cakap kalau seluar koyak dia taknak belikan hahahhah. Aku minat pun jeans damaged and ada koyak kat lutut sikit. Tak sesuai untuk tontonan pakcik dan makcik sekalian.

Aku sangat suka dengan baju-baju. Bertimbun tak cukup almari. banyak kali aku tahan diri daripada tak shopping. Kadang-kadang menjadi kadang-kadang tak menjadi. Banyak yang tak menjadi. Aku suka Japanese fashion yang ala-ala casual. Mix and match konsep. Main campur aduk, BUT within balance.haaaaa.... seminggu lepas aku tershopping dengan best. Check out apa yang aku beli. Penuh lagi almari. Nanti nak main fashion show and mix 'n match kan semua baju yang aku ada. Best. macam game pulak.hehe

star button shirt bought at Harajuku

grey ribbon and yellow shirt also from Harajuku

white leather jacket(short style) from Right On

black trench coat

light blue skinny fit from Uniqlo

Baju adik aku yang datang pun aku kebas,Kebas dalam erti kata tukar. Kami 3 beradik memang selalu exchange baju-baju. Sronok jugak tu.

Blue summer dress

blue black onepiece

I'M A SHOPAHOLIC :D
3/23/09

wasted navigation system

Travelling in Japan by car, it's not complete to not use the "car navigation system"(carnavi). Many people use carnavi as a machine to find destination routes in just few clicks. Nowadays, carnavi is already equipped in every brand new Japanese car, almost every car for free?

useful carnavi

Why we need a carnavi here in Japan? This is what I've searched in the net:
"Now a car is not really a car without some car navigation - especially in big city like Tokyo because many addresses dont have road names. Its quite funny actually. Take a Japanese address that ends in 6-2-12 for example.
"6" designates a block covering lets say 100x100 square meters. "2" covers a block within the 100x100 square. The "12" designates an abode "somewhere" within the "2". Finding an address can be a pain as you can imagine."
After many years of living in Japan, especially after I reached Toyohashi, I have been driving my cute car everyday. To school, karaoke, supermarket, department stores, friends', restaurants etc. with no carnavi. In Toyohashi, I can drive at 90km range without a carnavi. Travelling with car is more cheaper than using public transport. So, when my mom said that she had made the decision to visit me here, I decided to use my friend's car for travelling. I was not lucky enough because her car was not equipped with carnavi, but i needed it so much for safer travel. So, with no thaught, I bought a PSP carnavi software in the internet called MAPLUS 2 ポータバルナビ(portable navi) along with GPS reciever for ¥13000, nearly RM450.

Unfortunately, it couldn't be used. The routes are only provided in ONLY BIG CITIES. Unluckily, Toyohashi is not included in the range. So, I've wasted my time, and the most important thing, my damn MONEY. Give me back my money idiot! I've to think other way to make the gadjet useful enough, or maybe just sell it as second-hand good.

MAPLUS Portable Navi for PSP

50% suka 50% duka

dear blog,

sudah lebih seminggu aku tak menghadap "pc" untuk buang masa aku menulis. From today, I'm back to basic. Cuti sebulan lebih tak habis, ada lagi 2 minggu untuk aku habiskan. Gila. Taktau nak buat apa. Ntah kenapa aku kedekut sangat untuk berjoli sekarang. Rasa "sayang" kat duit makin bertambah. Tak macam dulu. Joli sana-sini. Duit mengalir macam air.

50% suka :
  • Suka family datang melawat aku selama 10 hari. Rasa rindu hilang sikit, in fact aku rasa, aku yang balik ke Malaysia. Hari-hari makan mewah, tak payah fikir duit tak cukup, rasa selamat bila ada family di sisi. Memang tak payah fikir apa-apa.
  • Suka bila Mama dan Papa offer nak belikan aku baju-baju yang sudah lama aku tak sentuh. Terasa nikmat "shopping" bila ada family. Yang paling aku gembira, Mama hadiahkan aku suit untuk aku pakai masa Career Fair bulan 5 nant. Thank you so much!!
  • Suka bila Mama bagi duit poket. Bukan aku yang mintak, tapi Mama aku cakap selagi aku tak kerja, duit poket dia akan bagi. heeee~
  • Suka yang paling berharga, aku dah cek result exam final tempoh hari. Semua lepas. So, masuk tahun baru aku hanya perlu ke 1 kelas dalam setahun. Bayangkan betapa rilex nya aku nanti. Yohooooo! Berkat doa mama.
50% duka:
  • Family aku tinggalkan tanah Jepun. Tinggalkan aku hidup berdikari di sini. Sungguh hiba.

Alhamdulillah, tak terbalas budi family terhadap aku. Aku hanya perlu menjadi anak yang baik. Aku akan cuba.
3/13/09

surirumah sepenuh masa

Aku selalu bermimpi-mimpi nak jadi surirumah sepenuh masa sebab aku takmau jadi engineer. Hari ini, mimpi aku jadi kenyataan walaupun separa kenyataan. Satu rumah aku kemas. Penat jugak sebenarnya jadi bibik@surirumah ni...Family aku nak sampai esok pagi, so dengan rajinnya aku mengemas rumah sampai berkilat.

Aku basuh sink, basuh pinggan, susun pinggan, vacum carpet, roll habuk, lap sink, buang sampah, tukar cadar, susun perencah masakan?, tukar fan dapur, basuh bilik air, lipat baju tinggal basuh baju ja tak lagi...sebab aku memang tak suka basuh baju. Kesian laki aku nanti. eheh.

living room

dapur rumah aku

toilet yang "berkilau-kilauan"

So ada chan tak aku jadi surirumah bertauliah?hihi
3/11/09

ethnic earings

Today, again I'm alone in the house, doing whatever i want to. My housemates ZAZA and YANA have gone somewhere else since the spring break has started. Woke up at aroun 1 pm, took a shower, and drove my Guppy to 3 places seperately.

Firstly, i went to nearest laundry to wash my 3 filthy outers. Damn expensive; 3 jackets for ¥1996. After that, i headed to Takashi Station just to comform whether the car park is in 24hrs operation. Yes, it is open 24hrs everyday. Then straight away i headed to Jusco. There, with no purpose at all, i haunted the Travel Agency. Asking whether they ever organize the one-day-Trip to Mount Fuji. Just in case my parents want to go there. The answer was NO. They do not organize the trip now unless it's summer. OK whatever...

While lingering around other stores, i got in a Thai-Indonesian store called AJARA Asian・Zakka, selling ethnic goods. The accecories were interesting. I grabbed one earing, and two bracelets and immediately with no thaught, made the payment.

Cool PEACE earings for ¥945

Bracelets from left ¥240, right ¥420

Now, here in my room, after i write this note, i'll clean up my house, I promise.
3/10/09

salon freak forever!

A tribute to all salons that i've ever been to:

Ya, aku sangat suka membuang duit aku di salon. Bukan apa, aku rasa sebagai seorang perempuan yang sangat mementingkan penampilan diri, serta menjaga kecantikan rambut, aku senang untuk ke sana, lebih-lebih lagi sebab aku tak suka menjaga rambut sendiri, menyusahkan. Dari kecil, masa aku kat Alor Setar, time sekolah menengah, aku ingat lagi aku selalu ke salon seorang pondan ni di City Plaza. Servis di situ best walaupun kedai buruk, pondan tu suka bersembang kosong dengan aku. Buat treatment, dan masa tu memang rebonding boom, tapi duit tak cukup, aku selalu buat instant straighten yang berharga lebih kurang rm10 sekali. Kalau kena air, habis. Masa sekolah menengah, rambut aku tak pernah panjang, pendek selalu. Aku kurang berkenan dengan rambut panjang masa tu. Entah kenapa.

Lepas aku SPM, salon tu dah tak ada. Tu lah satu-satunya salon yang dikendalikan oleh Melayu. Walaupun pondan.hehe. Sejak tu, salon-salon yang aku kunjung semuanya dikendalikan oleh Chinese. Tapi masa itu rambut aku panjang dan rebonded. Terserlah keperempuanan. Auww.

Bila aku datang ke Jepun 4 tahun yang lalu, aku menjadi salon fan lagi dan lagi. Masa aku kat Kyoto, rambut aku yang panjang tu serabut semacam, aku decide nak nipiskan sikit. Rambut aku macam singa jugak lebih kurang. Tebal, senang demaged. Aku ke salon bernama Salon de ar, dikendalikan oleh kakak-kakak cun. Aku panggil hairstylist tu "Ne-chan" ja. Ne-chan tu potong rambut aku jadi bentuk V, lama-kelamaan serabut pulak rambut aku yang V tu. Cuti summer aku dah serabut sangat, aku terus potong pendek. Suka gila..Cheeky style.

Aku juga selalu ditemani roomate aku yang bernama Dibah. Dibah suka ke salon lain, namanya ALLURE. Kat luar kedai tu semua dicat dengan warna merah "ang-ang". Masa aku dengan Dibah ke salon tu, aku pernah cuba Hair Extension. Rambut pendek tiba-tiba boleh jadi panjang. Selain itu, aku juga pernah ke salon-salon lain di Maizuru dengan member-member Jepun, salah satunya ialah salon bernama Ecru. Masa kat salon tu, aku try Digital Perm, di mana rambut pendek aku yang lurus di"perm" menjadi sedikit curl. Masa rambut pendek juga aku pernah try Straight Perm, sama la jugak dengan rebonding, tetapi kurang damage berbanding rebonding. Suka jugak style tu. Dulu, aku kurang jaga rambut di rumah, nak rambut cantik, cari salon.

Sejak aku buang rambut palsu di rambut, aku terus tak buat apa apa styling. Sabar nak tunggu panjang macam sekarang. Kalau aku ke salon pun, aku akan buat treatment untuk menjaga rambut aku yang senang rosak ni. Masa cuti panjang, ada jugak aku ke salon di Malaysia. Adik-adik aku pun boleh tahan kaki salon. Aku ke salon bernama MAY Hair & Beauty Consultant. Aku cepat bosan dengan rambut panjang aku yang straight ni, aku cuba Water Perm pulak. Konon-konon water perm ni akan jadikan rambut aku ikal mayang macam Kris Dayanti sebab aku mintak kat pondan tu nak rambut wavy, bukan curl macam nyonya. Tengok-tengok jadi macam nyonya dan singa jugak, terus aku blacklist May. Adik aku pulak recommend salon Red2. Dikendalikan oleh mamat-mamat dan minah-minah "comel" dan muda Chinese. Aku takut nak buat rambut jenis pelik-pelik sebab serik, cuma buat treatment yang agak mahal kononnya bagus. Membazir pulak bila fikir dua kali.

Tahun lepas, aku pindah ke Toyohashi, di mana aku akan ke salon ni paling kurang sebulan sekali. Nama salon tu, Lucido Style. Aku tertarik dengan top-stylist yang bernama Jyunya Morita. Setiap kali aku ke situ, Morita yang akan layan aku. Bukan apa, Morita tu dah tahu keadaan rambut aku, senang sikit kalau dia nak consult aku. Morita ni jugak banyak mengajar aku cara-cara menjaga rambut dengan betul, cara styling rambut dengan pelbagai cara dengan hanya satu perm. Seronok jugak dapat belajar semua ini. Selalunya kalau ke salon lain, masa kat salon rambut cantik sebab stylist yang buatkan, tapi bila balik rumah, mandi, nak keluar dengan styling yang sama tak kan jadi. Itulah sebabnya aku suka dengan Morita. Dia ajar cara styling sendiri di rumah, dari blow sampailah ke spraying mousse. Masa dia nak buat styling, di akan suruh aku cuba sendiri di salon tu, supaya aku biasa dengan cara-cara menjaga rambut. Di Lucido Style, aku berkeras nak buat semula rebonding,disebabkan aku sangat sibuk dengan kelas. Tapi Morita tu tak kasi sebab dia kata rebonding cepat rosakkan rambut, dia lebih suka kalau rambut itu tak rosak, tapi cantik. Apa-apa ajalah Morita, nasib baik kau handsome. Aku banyak consult dengan Morita pasal penjagaan rambut. Tahun lepas bulan 10, aku try Water Perm, perm pakai ubat sahaja. OK jugak, puas hati. Perm yang lepas dah jadi tak berkesan, 2 hari lepas aku try Digital Perm. Nanti aku cerita pasal Lucido Toyohashi, harga, pakej, servis salon di Jepun yang aku sangat suka sekadar berkongsi pengalaman.

Morita Top-Stylist
(dicuri dari blog lucido style ;p)

My newest hairstyle

Sekarang aku sedar, rambut kalau nak cantik, kenalah dijaga dengan elok. Bukan dengan hanya buat styling di salon, tetapi penjagaan di rumah pun penting jugak. Tapi nak jaga rambut, duit pun terbang. Patutla orang kaya rambut diorang cantik.Hmmm....
3/9/09

50% discount goodies!

I haven't been "shopping" since i came back from seoul. It was like last year. Shopping to me is when I go inside each boutique in a shopping complex, and come out with all sorts of paper bags around my hands, and arms. That is really what i call shopping. The reason i do not shop a lot now is because when i think of my wardrobe, it makes me feel that i have had enough, MORE than enough buying apparels. Or, maybe i have to start thinking of other important things, rather than shopping, maybe my someday-be-held-wedding? I must start to save from now unless....i will go back for good with nothing in my hand, but only clothes as my aset.

Collection of my paper bags!!yes i did shop a lot!

Btw, yesterday, i did shop; but only for a few, compared to the time when i was in College doing my Diploma. Actually, i'm not into buying handbags, feeling that japan's general handbag is not attracted enough to me, unless the quality ones. (quality=money), so i rather not buy some of handbags that i mentioned. But yesterday, i bumped into a SALE store with no expectation, but lastly, it came out to be a quite good shopping day. Guess what what i bought, and they have made me satisfied enough!

Butterfly hadbag at only ¥1000
(discount 50% from ¥2000+-)

leather handbag only ¥2500
(discount 50% from ¥5000+-)

AND,

checked muffler at only ¥500
(discount 50% from ¥1050)

last but not least,
my toiletries!haha
3/8/09

playin with makeups

Semalam aku, yana and intan si kaki makeup bosan-bosan tadak keja main makeups...si intan ni memang kaki makeup, suka tengok Youtube buat tutorial makeup semua, semua jenis makeup yang ala-ala spa-q pon boleh. intan ni jugak memang terer, sebab boleh makeup kan aku jadi hidung mancung hahahah.nice.

Japanese and non-japanese makeup memang totally different. Orang Malaysia sekarang aku tak faham asal nak makeup ja, nak pakai bulu mata palsu.gila fake nampak. Kalau orang Jepun, diorang ni memang kalau boleh nak habis natural, bulu mata palsu tak pakai pon tak apa. Biar nampak natural. Ok, untul lebih spesifik, makeup Jpn dan negara lain punya difference senang ja, semuanya tertumpu kat MATA. Mata Japanese makeup ni, Warna gelap akan dicalit kat kelopak mata ja. Tapi western or malaysian makeup lately banyak bagi tekanan kat "crease". Meaning that kat bahagian crease tu dicalit warna yang gelap. Best jugak try macam-macam jenis makeup ni.hihi
Eye crease

Kalau sebelum ni aku asyik makeup style japanese look(natural look), so semalam aku mintak intan makeup kan aku supaya muka aku nampak lebih gorgeous.haha!ala ala latino.ya ka?Kalau everyday life aku, aku prefer nampak lebih natural. But kalau ada apa-apa event aku nak nampak lebih outstanding, so japanese makeup tak sesuai kot. Simple sangat. Yang penting, tolong-la aku taknak makeup macam spa-q. Geli btol! Bulu mata dah macam bulu penyapu sapu lantai aku tengok.

Japanese Makeup

Non-Japanese Makeup

Malaysian @ "Spa-Q" Makeup

Dan hasil-hasil makeup aku yang semalam, taraaaaaaaaa!(pakai pajama ja pun, main sampai kol 5 pg haha best gila!)

3/5/09

it's spring break!

Hari ini, genap sehari daripada sebulan....cuti semester break aku dah sampai. Wajib bangun lepas kol 1, makan, lepak layan internet, tv, tidur petang, makan, tidur, makan, tidur, enjoy. Nais kan. Tak macam gaya student. Tak ubah macam penganggur. Student di oversea yang hanya menghabiskan duit kerajaan sesuka hati. Ahh...aku peduli apa, aku dah belajar sampai nak tepu otak aku ni.

Selalunya, setiap cuti semester yang berbulan-bulan ni aku akan beli tiket flight and terbang balik ke Malaysia. Tapi, cuti kali ni....parents dan adik kecik aku nak datang melawat tengok tempat anak diorang yang tek pernah cukup duit ni, tengok macam mana keadaan aku, everyday life aku, susah senang nak jadi perantau, 10 hari diorang akan melawat aku. Aku cuti sampai sebulan seminggu. Lagi sebulan apa yang aku nak buat? Makan tidur la jawabnya.....

Cuti musim bunga dah tiba...time to relax.....!
Insyaallah genap bulan 4 nant aku akan jadi final year student, tahun ke 5 aku dah bermastautin kat Negeri Matahari terbit ni...

polis malaysia

suatu malam ; jam tk ingat :

Jejaka bernama Hasrul(bukan nama samaran) syok memandu kereta baru yang baru sahaja dibeli. Dengan laju.

Tiba-tiba ada roadblock. POLIS berkata, "laju kamu bawak, kena saman ni.". Lantas Si Hasrul tunduk. Mengharapkan sinar tidak dikenakan saman. (350rm wey. banyak tu)

Si POLIS bersuara lagi, "Nak kena saman tak ni?". Apa lagi, bagai mengantuk disorongkan bantal, sudah tahu, bertanya pula.

Si POLIS kemudian berkata, "kalau taknak saman, bak 50 ringgit."

Si Hasrul tanpa bersuara, melangsaikan rasuah yang tidak disengajakan.....

POLIS MALAYSIA KUAT MAKAN RASUAH.
patutnya terima ja saman kot. ada sanggup?hehhehee
3/4/09

1 more to go.

Hampeh.....hampeh btol exam kali ni..subjek ke -5 dah abis...
maybe fail.fail.fail.hahahahha i should concentrate on tomorrow's , but my head can't even think of studying anymore. Esok open book test, 5 helai kertas A4. Salin sampai lebam. But for now, Masa untuk tidur! Wish me luck.

zzZZzzZZzz......
3/3/09

buat-buat tak tahu

Exam final kali ini aku ambik 6 paper . Buang 2.
Sebab 単位(credit) kira-kira dah cukup , kalaula kali ni lepas semua....
Satu subjek ni, 表面プロセス工学(pasal-pasal welding ni), subjek kena hafal.
Takda 過去問(past years nya soalan), setiap tahun, sensei akan kutip semula kertas soalan. Soalan tiap-tiap tahun sama ja kot. Sensei malas nak buat soalan baru. Sbb tu dia kutip semua.
So kalau betul-betul nak tahu soalan, kena tanya satu-satu kat senior. Yang mana keluar, yang tak keluar.Kalau senior baik dia bagitaula kan..

2 minggu sebelum exam semua orang dok mencari sapala yang dah ada hint untuk nak menghafal, sebab kalau nak baca semua, memang komfom fail. Takda sorang pun yang mengaku.

Aku pulak buat-buat tak tahu.
3/2/09

Dunia "Baru" muzik Malaysia.

Lagu-lagu "muzik baru" Malaysia sebenarnya bukannya tiada tandingan dengan lagu-lagu dari negara lain. Cuma tidak diketengahkan. Yang menyebabkan tiada tandingan itulah, disebabkan banyak aspek, dari segi tiada pendedahan, pendedahan "main stream" media hanyalah tertumpu kepada para penyanyi dan komposer yang lapuk sahaja. Balik-balik komposer penyanyi yang sama. Muzik ini sebenarnya luas. Aku tertarik dengan satu stesen radio Malaysia X - FM di mana stesen radio ini sangat berani mengambil "risiko" dengan hanya memainkan lagu-lagu "Baru" muzik Malaysia, tentulah daripada band-band baru, komposer muda yang lebih banyak dan kreatif dalam menggubah muzik dengan gaya yang tersendiri, berbanding dengan komposer lapuk. Malaysia perlukan perubahan.

Sebenarnya aku sudah bosan dengan adegan muzik Malaysia sekarang. Bukan mahu mengutuk. Tapi realiti di mana muzik lapuk Malaysia memang tidak akan ke mana. Apatah lagi di mata dunia. Imposible. Pada pandangan aku, komposer lapuk sekarang, kurang ilmu muzik, mereka hanya berbekalkan "pengalaman" menyanyi, atau menulis lirik, sekadar "pengalaman". Pengalaman memang bagus dari satu segi, tapi berbekalkan pengalaman sahaja tidak cukup. Sekurang-kurangnya seorang komposer muzik mestilah berpengatuan dalam bidang mereka, mempunya sijil yang melayakkan mereka untuk terbang lebih jauh. Sudah lama aku bergelumang dengan dunia muzik.Malah minat aku terhadap muzik amat dalam. Aku bukan mengkritik atas dasar "bodoh sombong", tetapi dilihat dari dasar melodi, susunan lagu muzik lapuk Malaysia, hanyalah sekadar orang bodoh ilmu muzik menciptanya. Banyak ilmu yang aku pelajari semasa belajar teori muzik dahulu, satu sahaja langkah sebelum diploma, tapi cukup membuatkan ilmu muzik aku boleh membuat perbezaan antara lagu tak sedap dan sedap. Apa sebebarnya dimaksudkan dengan musik yang sedap didengar? Muzik yang cukup sifat dari segi chording,melodi yang terdiri daripada soprano, alto, tenor, bass dan banyak lagi aspek. Kalau tak cukup sifat, lagu akan kurang mantap dari segi kualiti.
"Common elements of music/song are pitch (which governs melody and harmony), rhythm (and its associated concepts tempo, meter, and articulation), dynamics, and the sonic qualities of timbre and texture."
Semuanya mempunyai peranan masing-masing untuk membentuk kualiti sesebuah lagu.

Kepada sesiapa yang sudah bosan dengan muzik lapuk Malaysia, selain mendengar lagu-lagu import dari negara lain, cuba try test dengar radio X-Fm. Lagu-lagu muzik baru yang diketengahkan berkualiti dari segi gubahan melodi, chording, pemilihan instrument dan aku rasa muzik baru inilah yang boleh terbang jauh berbanding dengan muzik lapuk Malaysia. Aku tertarik dengan satu band ini yang diberi nama South Jordan dengan lagu Fatal Flaw. Salah seorang daripada 3 mamat handsome ini adalah Malaysian, 2 org lagi American. Tapi muzik baru Malaysia macam inilah yang aku dok cari selama ini. Sekali dengar tak mcm muzik Malaysia. Selamat mendengar and enjoy. "Support "NEW"malaysian music industry!"

3/1/09

Quotes from Andai Ia Tahu movie.

"Ruang waktu adalah hamparan luas tak bertepi,
terdiri dari rantai detik sambung menyambung menjadi menit, hari, minggu, bulan, tahun, dan lakon hidup kita terjadi di dalamnya.
Pernah kah kita berpikir, bagaimana sebuah kejadian pada detik tertentu seminggu yang lalu tidak terjadi seperti yang kita alami."


"Kejujuran itu seperti eskrim,
kalo tidak cepat dilahap, bakalan cepat meleleh hilang ditelan hawa panas.
Bicep di tangan itu kan otot fizik, nah.. kejujuran itu otot mental.
Dan otot harus dilatih terus biar kuat.
Untuk hari ini latihan kejujuran gue, jujur pada diri sendiri.
Gue takut, takut kalo intuisi gue mengenai banyak hal selama ini salah.
Gue takut kalo gue bangun besok matahari gak muncul di Timur.
Atau bagaimana kalo gue bangun besok, dan gue baru tau kalo hati bisa salah."

"Punya hati jangan dibawa terbang tinggi, sekalinya jatuh, sakit banget.. Tapi, kalau tidak terbang tinggi, ya.. nggak lihat pemandangan bagus"

p/s:suka-suka saja.tihihihi. tiba-tiba terasa nak tengok filem romance, life, from Indonesia yang boleh bagi motivasi skit unt aku. Love Indonesian's word art, sungguh puitis. Malas gila time exam ni oi!
 

Blog Template by YummyLolly.com